|
..............SOFEANNY...........
***************************************** ~catatan diri orang yang emosional ~ kalau rasa menyampah jangan baca *****************************************
kali terakhir diubah pada: Mar 5, 2006, 23:10
Monday, October 1, 2007
Perjalanan ke QUEENSBAY
Dalam perjalanan singgah pasar Ramadhan Medan Gopeng, beli murtabak Singapore 1, nasi kerabu satu, air kelapa laut sebungkus. nak beli satu ikan pari bakar tapi malas nak tunggu masak nanti lambat pulak sampai.
Teruskan perjalanan sehingga ke R&R Bukit Gantang, ala yang dekat2 dengan peristiwa bas terjun tu. Masa tu dah sampai waktu berbuka, kat R&R tu ramainya orang, jadi driver pun berhenti kat parking sebelah stesen minyak tu.
driver bentang tikar dan kami makan kat situ, wow bestnya cam berkelah la pulak. selepas selesai segala urusan, kami pun teruskan lagi perjalanan.
berhentii jap kat tol Juru. peh tu teruskan lagi naik jambatan pusing kiri ke arah Bayan Lepas dan terus meredah cari jalan ke Queensbay, main hantam jer, betui la pulak.
parking kerete kat luar, kena bayar dua rengget, peh tu masuk dalam jenjalan, amboi luasnnya.
beli baju raya.
jalan lagi, org Jusco buat pengumuman, masa shopping di tambah lagi sehingga jam 11 malam. gi toilet, terjumpa foreigner (Bangla cleaner).
peh tu guard nak tutup pintu dah, kami pun kluar.
gi Padang Kota, saya nak makan balitong tapi dapat, makan kerang rebus jer la.
Naik kete dan teruskan perjalanan pulang.
160149 |
Dipos oleh sofeanny at 6:19
|
Nak kata apa2? [0]
Thursday, September 20, 2007
Makan-makan
Tengok akaun bank kat Internet, menjerit..yee ha! duit dah masuk, bukan duit bonus tapi duit lain, jadi la, walaupun tak banyak, syok jugak waktu kering ni dapat duit.
planning macam2, gi shopping peh tu smalam gi makan buffet steamboat, syedap.
saya makan banyak siput, memacam jenis siput, cendawan, sayur dan apa2 yang saya teringin nak makan dan seekor udang harimau.
driver pulak makan udang harimau dekat sekilo rasanya, saya pun siap pilih udang yang beso-beso bagi dia makan, saya tak berapa berahi makan udang ni semenjak dua menjak ni.
peh tu driver makan ketam yang berisi penuh. saya pilih sup ayam ngan kari.
saya dah pesan driver jangan banyak makan tepung yg fishball la, prawn ball la.
peh tu saya amik pulak sliced lamb, tak leh makan bebanyak nanti muak, minum teh cina, air milo ngan teh lemon
peh tu diakhir oleh aiskrim vanilla + mangga dan sedikit coklat.
balik, masuk dalam kete, driver kata dia nak muntah, saya ok jer.
tak penah makan kat situ waktu bulan puasa. ini kali pertama, kalau bulan lain biasa, ok jer.
driver rupa mmg cam nak muntah. peh tu saya kata, makan le bebanyak lagi yeee! dia kata nak isap rokok pun dah tak leh.
kesimpulannya. kenyang.
160087 |
Dipos oleh sofeanny at 8:37
|
Nak kata apa2? [0]
Wednesday, September 12, 2007
Rasanya kompom!
jangan jeles tau.
Kompom saya dapat bonus Ramadhan lebih kurang RM700 lebih sikit.
Bonus Raya atau lepaih raya pulak rasa rasanya.......... dekat2 35K... ekekekeke sukenya ati. makcik kayo.
bagi memana individu, keluarga dan masyarakat yang tak dapat bonus atau tak sure lagi dapat bonus tu jangan kecewa, keluarkan la duit ASB ke, ASW ke A AM ke, peh tu pura2 la itu duit bonus.
harap cadangan saya ni dipertimbangkan.
160038 |
Dipos oleh sofeanny at 6:12
|
Nak kata apa2? [0]
Tuesday, September 11, 2007
Makan capati
Malam selasa siang Isnin, round bandaraya, rasa cam nak makan capati.
pegi makan capati, kompom duit dalam dompet ada RM10 jer lagi. cukup la makan capati.
capati sedap.
masa nak bayo, rasa terkejut sebab dalam dompet tetiba ada RM20.
ajaib.
toyol mana la pulak bagi duit lebih ni. (ke pampasan daripada raja tebuan sebab dah sengat saya)
160034 |
Dipos oleh sofeanny at 9:37
|
Nak kata apa2? [0]
Kene sengat tebuan lagi!
hari Isni ada kursus berkaitan komputer, pegi kat satu pejabat sebelah padang golf, banyak flora apatah lagi fauna, semak belukar, maklum la sebelah padang golf yang hijau.
saya pulak pakai baju kurung hijau muda berbunga ros hijau tua.
saya mengadap komputer, tetiba rasa cam terbakar kat peha belah kanan. aik apa ni, nak menjerit malu, ramai la pulak peserta2 lelaki, pompuan ada la sesikit.
raba punya raba tak jumpa sesapa yang buat pasal kat peha tu.
relak dan bertenang, dah naik bengkak, panas jer rasanya. teruskan menaip naip keyboard (menunjuk terrer)
mengadu kat kawan sebelah, dia suruh check kot2 pejenayah menyorok dalam baju, cari punya carik tak jumpa pun.
tak lama lepas tu dia bagi lagi satu das kat belakang bahu, peh tu lagi satu das, tak boleh jadi, saya pun klua lab komputer tu.
raba punya raba jumpa kat depan baju, penjenayah sudah di kesan, keluarkan daripada baju, amboi besonya, panjang badan jer dekat 2cm.
saya geram, tenyeh dia kuat2 kat atas peti merah bomba, simpan dalam angpau hijau, nak tunjuk bukti atau kut2 lepas ni gi hospital bole la tunjuk sapa penjenayahnya, kut2 doktor ada anti venom yang sesuai.
sepanjang kursus saya tahan je, bengkak dan panas, badan seram sejuk.
abis kursus tak pegi hospital pun, maleh.
malam tadi cam tumbuh bisul la pulak kat peha belah kiri, betul la org kata cubit paha kanan, peha kiri yang terasa.
ari ni saya masih gi kerja, walaupun ramai yang ramal saya demam ke, atau masuk sepital.
160033 |
Dipos oleh sofeanny at 9:34
|
Nak kata apa2? [0]
Terkunci dalam bilik air
Saya mandi waktu petang pada hari ahad, pintu belakang rumah saya bukak, pintu depan tutup, depan belakang pagar berkunci.
Saya mandi ...la, la, la, abis mandi saya nak kluar, tapi pintu tak leh bukak, kenapa ni? dah la tak bawak henpon (mana ada org bawak henpon waktu mandi kecuali la ada hubungan sulit).
masa tu saya sensorang kat umah, sapa nak tolong bukak ni?
akhirnya saya rasa saya terpaksa kluar jugak, lalu saya pun menendang pintu bilik mandi dengan sekuat ati, terbukak, nasib baik sebab dia punya selak buat daripada PVC jer.
kalau tandas tu pintunya selaknya daripada besi, alamatnya tido dalam toilet la makcik ari tu.
misteri betui, toyol mana la tolong kuncikan pintu tu dari luar.
160032 |
Dipos oleh sofeanny at 9:25
|
Nak kata apa2? [0]
Monday, September 3, 2007
ulangtahun hari lahir saya
ialah semalam, tapi tak de org bagi hadiah pun, tahu la saya dah tua, saya ingat la.
159991 |
Dipos oleh sofeanny at 12:56
|
Nak kata apa2? [0]
|