|
mari memancing
saya suka memancing walaupun saya seorang perempuan....ayat pertama dari saya untuk hari ini rasanya sudah menjelaskan mengapa saya menerbitkan tajuk diatas.. dari kecik lagi....darjah satu kut...saya tak brapa ingat, saya gemar pegi memancing dgn sepupu2 saya. pada saya memancing ni memberi keseronokan terutamanya bila menarik ikan dan keduanya kedamaian bila melihat air mengalir sambil menghayati bunyi-bunyian alam sekitar yang mengundang bibit2 cintakan alam sekitar dalam jiwa saya. dulu-dulu saya memancing gunakan buluh, itupun bapak saya yang carikan. selalunya dalam kumpulan memancing saya, saya sorang je pompuan, kalau saya ajak kakak saya, dia buat dekkk...ajer, kalau ajak adik lelaki saya plak, dia kata buang masa jer...."tak penah dapat ikan pun" sebenarnya saya nak bagitau dia, kat ruangan ni...."aku slalu dapat ikan la" umpan yang saya gunakan dlu...cuma cacing tanah yang saya korek kat longkang belakang rumah. saya tak geli pegang cacing tapi saya paling geli kat katak. jadi saya tak boleh la memancing ikan haruan. tapi saya penah menangkap beberapa ekor haruan tanpa menggunakan umpan katak. saya penah menangkap sekor dengan umpan cengkerik dan beberapa ekor lagi ngan umpan tepung dan dedak. tapi seingat saya, saya tak penah dapat makan seekor pun daripada ikan haruan yang saya tangkap kerana beberapa peristiwa berlaku pada ikan tersebut. ada yang mati dan busuk sebelum sempat digoreng, ada yang terlepas masuk ke saluran kumbahan (agaknya ikan tu dah besar dah kat tangki INdah Water----jgn saman saya), ader yang meninggal ditangkap oleh kucing saya (nama dia Misai)
kali terakhir diubah pada: Feb 5, 2004, 20:30
Add a comment
menariknya
hello sofea...menariknya perempuan memancing..saya suka gak aktiviti mcm ni tapi takde peluang nak menikmatinya..coz susah nak cari geng..u duduk mana? u nak pi memancing i nak ikut boleh ka? maybe u could teach me few things bout fishing...wokey!!
89269 |
Dipos oleh YoungPhoenix pada February 11, 2004, 16:11
|