|
sepetang di dalam bas (sambungan)
sebelum sampai ke tempat yang dituju, yang dijangka sampai dalam masa 15 minit tetapi waktunya diperpanjangkan oleh deretan kenderaan pekerja pekerja yang pulang dari bekerja. duduk di atas tempat duduk penumpang di dalam bas yang sedang bergerak menuju ke destinasinya, selalu menjadikan saya seorang pemikir. itulah realitinya. banyak pekara yang dapat saya renungkan terutamanya masalah dalam kehidupan seharian. idea idea penambahbaikan diri pun sering muncul pada ketika ini. kadang kadang sebaris ayat pun sudah mampu menerbitkan bermacam persoalan yang mengkehendaki penyelesaian dan kadang kadang juga sebaris ayat mampu menyelesaikan masalah yang cuba diselesaikan dalam masa bertahun tahun atau mungkin berzaman zaman. kadang kadang manusia terlupa, pertama oleh kerana egonya, dan kadang kadang oleh kerana ilmu yang di milikinya, dirinya terasa bagai tersangat besar, mesti dihormati oleh semua orang lain. tapi pernahkah dia terfikir untuk merenung dalam dirinya, sebelum dia menjadi sebesar itu, dia juga pernah menjejak tapaknya yang kecil itu. ini yang dapat saya fikirkan sepetang di dalam bas. kadang2 jawatan yang tak seberapa ini membuatkan saya lupa siapa saya yang dahulu. semoga catatan ini sentiasa menyedarkan diri saya sendiri yang selalu kurang sedar,
kali terakhir diubah pada: Feb 12, 2004, 18:19
Add a comment
sofea
nampaknya penulisan anda bergerak maju. dulu masa saya baca memula dulu, tergelak juga saya, 'kelakar sungguh blog ini'-kata saya. penulis dia ada gaya tersendiri,bagi la lima bintang tapi makin lama makin menunjukkan blog anda ini sama dengan orang lain:- mungkin itu datang dari jiwa kamu tetapi menurut pendapat saya cara penulisan kamu yang 'gembira' itu lebih baik untuk pembaca kamu. kerana apa ye? kerana saya dapati motivasi utk hidup lebih gembira dalam mesej-mesej kamu. itu aje
89387 |
Dipos oleh luqman pada February 12, 2004, 16:21
|