|
teringat masa sekolah dulu
setelah membaca komen bagi catatan semalam, teringat plak saya kisah masa saya kat skolah dlu. crita ni berkaitan dengan pelajaran Bahasa Malaysia (Tingkatan 3), teringat saya kat cikgu saya, seorang perempuan iaitu insan yang slalu org kata penuh dgn emosi. nak jadik crita, cikgu saya ni suruh lah kitorang buat cerpen (kerja rumah). saya ni memang minat menulis benda merepek repek. kebetulan hari tu, idea banyak, jadi penulisan pun menjadi lancar, lalu terbina lah satu crita. lalu saya suruh rakan rakan sehostel membacanya, dengan tujuan nak buat penambahbaikan. rata-rata, kawan2 saya memberi komen yang memberansangkan. diorang cakap cerpen yang saya tulis tu mmg menarik. tapi.....crita saya tu, kesudahannya sedih.....omputih kata sad ending ok.esoknya saya pun hantarlah cerpen tu pada cikgu saya untuk dinilai. selepas dinilai, saya dapat markah rendah, bukan sebab nahunya salah, tatabahasanya ke, susunan ayat ke (saya yakin sebab slalunya cikgu saya ni suka buat bunga: beri komen panjang berjela ngan pen merah, kali ni yang terpampang cuma markah yang rendah (jauh lebih rendah drp rakan yang nak cakap bahasa Melayu pun kene fikir lapan kali), cuma saya rasa emosinya terganggu dgn pengakhiran crita tersebut....lalu dia sanggup memberi markah rendah pada saya.(saya rasa dia tu peminat filem hindustan) pengajaran yang saya dapat daripada peristiwa itu ialah kalau anda menghasilkan karya untuk dinilai terutamanya kat skolah. jangan le buat benda yang menyedihkan...nanti kao sendri yang kecewa... tapi di ruangan ini, saya rasa, catatan yang saya taip bukan tujuan utamanya untuk dinilai (terutamanya oleh peminat filem hindustan spt cikgu saya tu).tapi hanya: syok sendiri....ekekekke
kali terakhir diubah pada: Feb 12, 2004, 18:13
Add a comment
|