|
memancing lee koh di kolam siakap
aiiii....terpaksa la tukar tajuk 'BUKAN WEBLOG BIASA'....SEBAB ADER ORG KOMPLEN, 'TAK LUAR BIASA PUN'....ok la, cek tak marah. malam minggu lepas, saya berkesempatan menjalankan aktiviti memancing (hobi yg hampir ditinggalkan). saya tak brapa pandai memancing ikan air payau ni, tapi sbb ader org dah ajak, saya gi la jugak. saya biasanya pancing ikan kecik2 je, ada saya itu lebih menyeronokkan sbb ikan kecik ni kalau makan umpan ramai2, jadi tak boring la saya nak nunggu kadang2 ikan beso ni, tiga jam baru dapat sekor je dan slalunya tak dpt lansung. (membazir duit dan masa) saya pun memancing ikan liko (lee koh) kat kolam siakap. biasa tengok dak ikan ni? dia ada misai atau sesungut kat mulut dia. slalunya org gunakan ikan (anak dia) ni sbg umpan utk pancing ikan siakap, jadi mana yg terlepas tu, berkembang biak la dia dlm air payau tu. saya pancing ikan liko ni pakai pancing udang galah (sbb pancing lain tak de). pancing ni agak lembut hujungnya. tak sangka plak saya boleh dapat ikan lee koh yg agak besar (500g) drp yg sepatutnya. punya la susah nak menariknya ke tebing. saya takut pancing tu patah (pancing pinjam), saya pun tarik talinya bila sampai tebing. bila sampai kat saya mulutnya pun dah terkoyak (mulut dia ni lembut) tak sangka la pulak ramai peminat masa saya menjalankan aktiviti tersebut. akibatnya saya menjadi malu malu kucing(dalam hati sebenarnya bangga). ramai peminat tersebut bertanya bermacam macam soalan, membuatkan saya tak dapat menumpukan perhatian kpd aktiviti yg dijalankan. akhirnya, saya berjaya menaikkan hanya 5 ekor ikan lee koh. saya cuba menghadiahkan seekor drp ikan tersebut kpd seekor kucing yg duduk tepi kaki saya ttp malangnya kucing tersebut tidak menghiraukan 'hadiah' yg saya beri kpdnya. nampaknya dia lebih tertarik kpd umpan yg saya gunakan utk memancing ikan lee koh tersebut iaitu udang segar yg dah mati. kucing ini kadangkala membahayakan dirinya dgn cuba melompat sambil cuba menggunakan mulutnya uuntuk mengambil udang segar yg terdapat pada mata kail. puas saya menasihatnya ttp dia tak peduli sbb dia tak paham cakap saya. ikan2 yg saya dpt pada malam minggu nan lalu masih berada dlm keadaan beku di dlm peti ais. saya belum merancang, apakah yg perlu saya lakukan pada ikan tersebut. tetapi dlm otak saya sekarang ini sudah terpacul satu idea yg saya kira bernas : sedekahkan kat kengkawan bujang kat opis, maklum la skang ni blum dpt gaji, mesti diaorg tak de lauk kat umah. (mmg slalu mcm tu pun)
kali terakhir diubah pada: Feb 15, 2004, 22:48
Add a comment
|