|
berjalan kaki di subuh hari
subuh tadi saya berjalan dari rumah utk ke opis. jam yang baru saya dapat hari sabtu lalu(ade bau kedai lagi) menunjukkan tepat pukul 6.40 pagi. beginilah kehidupan seorang pejalan kaki.selalunya saya bertolak dari rumah pada pukul 7.30 pagi, masa tu hari dah cerah. saya tak sangka pulak jam 6.40 pagi agak gelap, hampir seperti pukul lapan malam. namun kaki saya telah melangkah keluar dari pagar rumah, terpaksa jugalah saya teruskan perjalanan ini demi mencari sesuap nasi utk diri sendiri. sampai di persimpangan, saya lihat ramai org tgh menunggu bas. hati saya berkata 'nasib baik, tak le takut sangat', saya bukannya takut kat hantu pada ketika itu, tapi saya gentar dengan penyamun ke, pencuri ke atau perogol atau mana tau ader 'geng kera" (sila rujuk edisi siasat khas malam Isnin atau org melayu panggil malam selasa). hantu saya rasa tak de kut, sebab saya ni dah beberapa kali ternampak hantu(2 kali kat Johor, sekali kat Tg Malim dan beberapa tempat yg saya dah tak brapa ingat": nanti la saya crita pasal hantu(syaitan) yg saya ternampak). setelah melepasi cabaran (macam explorace plak) suasana gelap, kini cabaran kedua pula bermula, sewaktu saya meneruskan perjalanan saya pada simpang yg kedua, saya terpaksa melalui satu jambatan kecil yang hanya boleh dilalui oleh pejalan kaki, motosikal dan juga basikal. 50 meter sebelum sampai ke jambatan tersebut, saya menemui 2 org budak sekolah menengah (pompuan) yang menaiki basikal yang td bergerak (sbb diorang tak kayuh). mereka kedengarannya bercakap antara satu sama lain, apa yg dapat ditangkap oleh telinga saya ialah perkataan 'takut', tak nak la, macam mana ni' saya tertanya-tanya juga, kenapakah mereka tidak meneruskan perjalanan mereka? saya pun cuba mengamati, apakah yg berada di jambatan itu sehingga mereka berkeadaan demikian. setelah puas melihat dengan mata saya yg rabun ni, saya mula mengenalpasti masalah sebenar.... rupa-rupa beberapa ekor lembu sedang meragut makanannya berhampiran dengan jambatan tersebut. saya, dengan machonya berjalan menuju ke jambatan tersebut. sambil itu saya terlupa warna apakah baju saya hari ni, rasanya, saya tak de baju kerja yg berwarna merah kesukaan lembu, setelah melihat baju saya, saya pasti saya memakai baju yg berwarna biru tua dan tiada secalit pun warna merah pada baju tersebut. walaupun kajian menunjukkan lembu buta warna, namun nasihat org2 tua yg penah membela lembu perlu juga di ambil kira. sewaktu saya melangkah dengan yakin menghampiri kawanan lembu tersebut, budak2 sekolah itu mengambil kesempatan terhadap keberanian saya lalu mengayuh basikal dengan laju sehingga hampir melanggar saya (tak patut betui). nasib baik kejadian tersebut td menaikkan amarah lembu tersebut. kalau tidak mungkin saya tak dapat menaip catatan ini ataupun sudah dibacakan Talkin dengan menyebut nama saya yang berbintikan nama mak saya. tak patut...tak patut...bebudak ni setelah selamat melalui jambatan tersebut, saya pun meneruskan perjalanan ke opis. jam menunjukkan tepat pukul 7.07 pagi sewaktu saya sampai ke mesin scan (punch card). saya merupakan org pertama yg sampai ke opis pagi itu (pak cik jaga ade opis dia sendri kat pintu masuk). huh! tak sangka btui, setelah melalui beberapa cabaran, saya telah sampai ke opis hampir sejam sebelum dakwat punch-card bertukar ke warna merah. pulang bekerja hari ini, saya tak mau berjalan kaki lagi, saya berjanji akan memaksa rakan sekerja menumpangkan saya, agar tiada lagi yg boleh mengambil kesempatan terhadap saya.....sekian, Terima Kasih
kali terakhir diubah pada: Feb 16, 2004, 22:35
Add a comment
|