|
nak citer pasal antu la pulak....
korang biasa tak jumpa antu (hantu)....ekekekke...soalan yg menyeramkan... masa saya bebudak, saya ni penakut skit (bila mlm la). kalau pegi mengaji ngan kakak saya, kitorg slalu belari dr umah Pak Sarip (guru mengaji) ke rumah kitorg masa balik mengaji. satu hari tu (masa bebudak), saya ngan kakak saya pegi berjalan jalan kat satu kws pembinaan (perumahan) yg berhampiran ngan hutan. masa lalu kat satu kws tu kitorg terpandang satu kws bersebelahan ngan tempat pembinaan tu(hutan) dan nampak satu kolam kecil yang ditengah2nya ada pokok mengkuang dan ditepinya ada semacam taman dengan bunga semarak kuning berguguran kat atas rumput yg menghijau dan dijaga rapi. saya masih boleh membayangkan rupabtk kawasan taman tersebut. tapi saya tak nampak org pun kat taman tu. suasananya sungguh nyaman berbanding dengan kws pembinaan tersebut. yang menghalang saya dan kakak saya drp sampai ke taman tersebut ialah kolam tersebut. selepas melihat kawasan tu, kami bercadang nak pegi ke taman tu esok harinya dgn melalui jln yg sebelah lagi (yg kami jangka ada la). esoknya, kami pegi lagi ke kws tu, tapi yg kami nampak cuma hutan, tak de tanda2 pun ader jln lain ke dan lain2 yg sewaktu dgnnya. kami pun malas lagi nak carik dan kitorg balik la umah kitorg balik. itu baru satu kisah misteri yg saya alami. sebenarnya banyak lagi berlaku selepas tu. kira boleh buat satu telenovela la, idak pun masuk dalam misteri nusantara ...perghhh...caya aaa ############################################ setelah saya dewasa, barulah saya menyedari saya ni jenis yg senang nampak yg org lain tak nampak.....tapi sehingga hari ni saya blum penah (bukan nak riak, cuma pengakuan kisah benar) kene rasuk, histeria atau yg lain2 seumpama dgnnya. saya pernah membuat perkiraan huruf2 nama saya (ala yg slalu ader kat majalah, kat internet pun ada) dan saya dapat nombor 6, salah satu ciri org yg bernombor 6 ni mudah ternampak makhluk halus (agaknya la, bkn boleh pecaya sangat). semasa saya skolah (saya duk asrama dr ting 1), skolah saya ni skolah yg dah agak lama, jadi macam la kisah seram yg dpt dikumpulkan, saya sendri pernah mengalaminya di mana pada satu hari, waktu tgh mlm, saya terdengar satu suara kecil yang berbunyi begini " tak cukup lagi ke", saya tak tau la apa yg tak cukup, suara tu kedengaran drp dlm stor yg berkunci. masa tu saya dalam ting 2, aiiii...takutnya saya, tak leh tido sampai pagi...yg peliknya sorang pun kawan2 sebilik yg bangun...ches...terpaksala saya menderita ketakutan seorg diri....tapi mungkin juga yg saya dengar tu suara kwn saya yg mengigau. tak tau la..... lagi satu kejadian yg membuatkan saya menyampah ialah, saya terdengar bunyi tapak kaki budak berlari dari tangga (bilik saya di tingkat satu) ke pintu bilik dan selepas tu dia ketuk pintu bilik tu sebanyak 3 kali...ketukannya agak perlahan, bunyinya spt dtg dr tgn yg kecil sahaja. larian dan ketukan itu berulang sebanyak 3 kali (3 round: turun naik tangga hingga ke pintu), tak tau la makhluk apa..... kemuncak kpd kejadian yg saya alami sepanjang saya berada di asrama itu ialah, pada satu tgh mlm saya terbangun, bila saya buka mata, saya nampak makhluk yg berselubung kepalanya dengan kain guni dan saya juga nampak bajunya berwarna merah spt darah (saya tak pasti)...tak tau la sapa yg saya nampak tu...dia berdiri tak bergerak2 di depan katil saya(bahagian kaki)....mungkin itu imaginasi saya atau mungkin juga benar... sebelum kejadian ini, saya cuma dengar sahaja pegerakannya...tapi kali ni saya nampak plak...mungkin dia nak berkenalan kut.. peritiwa makhluk yg tidak dikenalpasti ini td berakhir sewaktu saya disekolah tersebut shj, ianya juga berlaku apabila saya bertukar sekolah. nanti aaa...saya citer ekkk...itupun kalau pecaya la..
kali terakhir diubah pada: Feb 18, 2004, 22:11
Add a comment
|