|
misteri Sofe III
setelah habis blajar kat skolah tu, tak de dah nampak2, jumpa2 atau seumpama dgnnya. bila saya mula keje kat Johor(kat sana banyak hantu kot), episod episod ni bermula lagi. masa saya keje kat Pasir Gudang, saya duk umah sewa kat Taman Mawar yg dekat dgn tempat org main layang2 tu...apa namanya Tasik apa ntah, yg ader masjid yg cantik tu, peh tu ada rumah anak2 yatim kat situ tu. bila cuti, saya rajin la berjalan jalan kat tasik tu dengan kengkawan serumah. salah seorang kawan saya tu ader sorang rakan yg abangnya pernah lemas kat tasik tu dan meninggal. pada saya tasik tu cantik. saya suka duduk kat bangku tepi tasik tu. suatu petang, saya duduk ngan kawan saya (berdua) kat satu bangku kesukaan saya, saya pandang kat tengah2 tasik dan saya nampak satu objek berbentuk kiub (macam kotak ) yg saiznya lebih kurang kotak TV, timbul kat tengah tasik tu, saya tanya kawan saya, dia nampak tak? dia kata dia tak nampak apa apa. pada masa tu, saya anggap je la saya tersalah nampak... hari yg lain kitorg gi mancing plak, tapi tak dpt ikan....busan btui.malam tu saya tidur bertiga kat ruang tamu, bawah kipas. tgh malam tu saya tersedar (tapi tak buka mata lagi), saya rasa ada org peluk saya (bukan himpit). saya yakin yg terpeluk saya tu ialah salah seorang rakan yg tidur sebelah saya tu. dia ni mmg terkenal dgn tidurnya yg sungguhlah lasak. saya bercadang nak bukak mata dan marah kat dia. tapi......jeng jeng........ bila saya bukak mata, yg saya nampak adalah.........sesuatu yg berwarna putih, bahagian kepala atau mukanya berwarna kelabu (tak nampak rupa bentuknya) dan mengeluarkan bunyi seperti bunyi hembusan angin yg sangat kuat(bukan bunyi kipas), disamping itu kedua tangannya (atau apa2 la), menekan kedua belah bahu saya.....saya pun apa lagi....mula lah membaca ayat Kursi sepenuh hati dan perasaan, akhirnya makhluk tu hilang bersama bunyiannya itu....... saya pun segera bangun dan check seluruh rumah, belakang pintu dalam bilik air dan saya juga check sama ada pintu depan belakang berkunci atau tidak. hasilnya, saya dapati semua pintu berkunci termasuklah grillnya skali dan tak de org menyorok kat mana, yg ader cuma rakan2 saya yg sangatlah lenanya. saya buat begitu kerana saya tak pasti sama ada saya berkhayal ke, atau ader org pecah rumah ke. sebenarnya, sekiranya seseorg itu selalu berhadapan dgn situasi sebegini...dia akan menjadi lebih berani.....sehingga kan saya berani jalan sorang2 pukul 2 - 3 pagi masa balik keje (dulu la, srang tak buat dah)
kali terakhir diubah pada: Feb 18, 2004, 19:07
Add a comment
|