|
selesai tugas utk hari ni...
sekarang ni jam menunjukkan 1.02 minit petang, nampaknya keje keje utk hari ni dah hampir selesai, tapi tak boleh balik umah lagi...kesian (kalau nak balik boleh aje tapi leceh kene datang balik) cuti tiga hari tapi saya tak ke mana, cuma menjelajah shopping complex berbekalkan poket kosong. tapi sempat jugak saya membeli sebuah lampu tidur yg agak murah ttp nampaknya nilai seninya tinggi. tak semua barang yg mahal tu bagus, kalau pandai memilih yg murah pun berbaloi membelinya. (mmg berbaloi-ayat tarikan bagi sebuah pusat membeli belah textile) hari ni nak crita pasal apa yer?(tanya hati) critalah apa apa pun (jawab hati) tanak crita la...nak bagi teka teki: 1. how do u spell mouse trap with only three letters (sumber: buku tadika) 2. how du ya spell CANDY with only two letters (sumber: buku tadika yg sama) 3. teka teki peristiwa(yg telah diubahsuai): ada tiga ekor kerbau yang hendak menyebrangi sebatang sungai. di dalam sungai ini ada tiga ekor buaya yang suka memakan daging di bahagian perut lembu sahaja. kerbau bertiga ini telah menjalankan proses pengundian dan didapati kerbau yg bernama Comel kene menyeberang sungai dahulu. Comel pun berjalan ke sungai dan tak sampai 5 minit kemudiannya, comel pun didapati telah hanyut dan mati kerana perutnya telah tercedera dan setelah pakar forensik membedah siasatnya, didapati punca kematiannya adalah kehilangan darah yg melampau. tibalah giliran kerbau yg kedua(setelah diundi juga) pula memcuba nasibnya, nama kerbau ini ialah Comit, nasib Comit juga nampaknya lebih kurang sama dengan Comel.Comit mati di tempat kejadian. kerbau yg ketiga diberi nama oleh tuan gembalanya sebagai Comote. Comote ni pernah menyertai Sukan Komanwel (for animal only). Comote dapat menyeberang sungai yg berbuaya itu dengan jayanya. soalannya: pada pandangan anda kenapakah atau bagaimanakah Comote boleh berjaya menyeberangi sungai tersebut tanpa gagal seperti Comel dan Comit?
kali terakhir diubah pada: Feb 23, 2004, 22:25
Add a comment
jawapan teka teki
1. CAT 2. C and Y 3. kerbau berenang gaya kuak lentang
93340 |
Dipos oleh sofeanny pada March 6, 2004, 10:09
|