|
banyak yg nak dicatatkan.....
tetapi masa balik keje dan pun sampai......jadi terpaksa lah saya balik lambat ari ni. saya ada seorang kawan yang perihatin jadi dia ada bagi tatakerja di bawah, kalau ader yg senasib dengan saya boleh lah juga mencuba tatakerja di bawah: Cara-cara nak handle hantu Pocong Hantu yang berbungkus macam lepat pisang baru masak ni memang mudah cari kelemahannya. Kita hanya perlu bukak tali pengikat di atas kepalanya dan tarik kain balutannya. Sudah tentu dia akan berasa malu kerana dia tidak pakai apa apa pun, selain kain kapan pembungkusnya tu. Langsuir Dia ni suka pandang muka kita, jadi beranikan diri anda tenung balik muka dia sambil jelir-jelir lidah. Kalau tak pun tunjuk cermin muka kat dia, pasti dia tersipu-sipu malu. Pontianak Hantu yang suka ketawa. Kalau terserempak dengan dia, kita pun mestilah ketawa sama. Kalau boleh kita cuba mengilai lebih kuat dari dia, tentu dia boring. Hantu Raya Hantu ni suka beraya dan suka menyamar jadi tuan dia. Cara mengalahkannya senang saja, sambutlah hari raya tiap kali jumpa dia, bagi duit raya, ajak main meriam buluh, suruh kacau dodol atau jaga lemang. Tentu dia tak kacau kita sebab banyak kerja dan aktiviti lain dia nak buat.
kali terakhir diubah pada: Feb 25, 2004, 1:05
Add a comment
|