|
sendirian
saya sekarang ni duk sorang2 kat opis, org lain semua dah pegi mana tah, makan tghari kut.....yang membuatkan saya bengang masa ni ialah aircon yang sungguh ajaib ni, tak sampai lima minit on, dia terpadam sendri......setakat yg saya duduk sorang2 ni, rasanya dah dekat 5 kali dia buat hal....nak kene jampi kot aircon ni. baru tadi ade sorang kawan lama bagi sms, nak pinjam duit...kesian dia, tapi tak leh nak kasi la kat dia, bulan ni ader banyak perancangan yang memerlukan kos yang agak besar. baru baru ni saya ada menalipon mak kat kampung, katanya ada permintaan daripada mak saudara saya untuk membuat cenderamata(potpuri) utk majlis perkahwinan anaknya. nampaknya kene la saya tolong membuatnya tapi dia janji nak bayar, tapi tak leh la saya nak cas mahal mahal, mak sedara saya ni orgnya baik sangat, slalu menolong mak saya kalau ader kenduri kendara, org kata ringan tulang. disamping tu, banyak jugak jasanya pada saya ni, kene la saya kenang. kalau org nak bagi duit tu jangan la menolak.....nanti org kata tolak rezeki plak... musim org kawin ni, bole la carik duit sampingan. saya mmg berminat buat cerderamata dan lain2 kraftangan tapi tak seterer mak saya la. org pompuan ni sebenarnya senang je kalau nak carik pendapatan sampingan...kalau rajin hari2 pun bole buat duit. saya teringat masa blajar dlu, geng2 saya buat nasik lemak ngan burger pas tu jual kat hostel. boleh tahan gak pulangannya. tapi yang tak sedapnya ada yg ngelat, tanak baya. ada jugak terdengas desas desus beberapa org yang jeles dgn mod pendapatan sampingan kitorang tu. dalam hidup ni bukan tak boleh nak jeles kat org, bole, tapi kene btui la caranya, jangan asik nak menjatuhkan org lain....tapi cuba bina diri sendri, kalau boleh cuba lebih baik daripada org tu, kalau tak boleh, setanding pun cukup la. aii...sekarang org pun dah masuk keje balik, aircon ni baik lak dia, tak buat hal lagi......
kali terakhir diubah pada: Feb 25, 2004, 22:55
Add a comment
..sama la kat opis aku ari nih..seko pun tader..sebab bos aku tak ada...pantang bos cuti..semua hilang..yg ada kat pej.am nih ada la 2 org pompuan..aku dan kawan aku..yg jantan semua lesap...bosan aku...sakit hati jek..
91837 |
Dipos oleh riscTz pada February 26, 2004, 16:34
|