|
memancing lagi
malam minggu nan lalu, saya mengunjungi semula kolam siakap untuk memancing ikan selain drp ikan siakap. kedatangan saya ke kolam telah disambut oleh kucing yg sama (spt yg saya ceritakan pada Sunday, February 15, 2004). nampaknya dia masih ingatkan saya, mungkin kerana nasihat saya yg masih terngiang-ngiang ditelinganya yg comot. dia mengikut ke mana saja saya pergi. akhirnya saya menghadiahkannya seekor udang segar kerana kesetiaannya yg merimaskan itu. kali ini saya menggunakan kail khas untuk memancing udang galah. sekiranya ada pemancing profesional yg membaca catatan saya ini, tentu mereka tahu rupa bentuk pancing ini. kepada yg tak tau, saya ceritakan sikit. hujung pancing ini agak lembut, jadi bila udang makan umpan senang lah nampak hujungnya meliuk dengan lembutnya, dulu saya pernah jugak terlibat dengan pemancingan udang ni, rekod terbaik yg pernah saya tempuhi bersama rakan ialah 77 ekor dalam masa 3 jam (kat kolam berbayar). rekod terburuk pula, cuma seekor dalam masa 3 jam. berbalik kepada pemancingan saya di kolam siakap. saya masih menggunakan umpan yg sama (udang segar). tangkapan pertama saya pada hari itu, ialah seekor ikan lee koh yang berwarna emas seberat 300g. 2 minit kemudian, saya menaikan tangkapan kedua saya, seekor ikan tilapia hitam seberat 500g. selepas itu, saya dapati pancing saya tidak lagi menjadi tumpuan ragutan ikan. saya menunggu selama lebih kurang 10 minit ttp tiada apa apa yg berlaku. saya mengambil keputusan menggulung tali pancing untuk menukar umpan. semasa proses menggulung tadi berlansung, saya dapati sesuatu yg berat berada dihujung tali. pada mulanya sesuatu itu cuma mengikut sahaja arah tarikan tali pancing, ttp kemudiannya dia bertindak ganas melarikan tali pancing saya ke hujung kolam. walaupun saya cuba menggulung tali tersebut dgn pantas, tali pancing tetap ditarik ke sudut kolam. untuk memastikan pancing tak patah dan yg terlekat dihujung mata kail terlepas, saya terpaksa meminta bantuan org lain, akhirnya seekor ikan lee koh berwarna emas dan bertompok hitam seberat 1 kilogram datang menemui saya di hujung mata kail. ikan tersebut saya sedekahkan kepada org yg menolong saya menaikkan ikan tersebut. sebelum ini, saya pernah menaikkan ikan lee koh yg lebih besar dengan hanya menggunakan pancing biasa (tanpa mesin). lokasi pemancingan saya ialah di sebuah lombong tinggal yg dijadikan pusat penternakan ikan. dan pernah juga pancing saya dilarikan oleh ikan Pacu (macam ikan bawal ttp lebih besar) sehingga ke tengah kolam. nasib baik ada org yg sudi berenang ke tengah kolam untuk mengambil semula pancing yg dah putus talinya. saya lebih suka memancing di sungai atau kolam terbiar kerana jika kita memancing di tempat sebegini selalunya ikan yg kita dapati tidak dapat dijangka spesiesnya. pada saya keadaan ini lebih menarik daripada memancing di kolam berbayar, selain mengabihkan duit, ikannya pulak, sama saje. boringkan...
kali terakhir diubah pada: Mar 1, 2004, 1:08
Add a comment
|