|
kemalangan di lebuh raya selenggaraan PLUS
hujung minggu lalu, saya melalui lebuh raya dr utara menuju selatan. waktu tu petang dan hari mendung. menandakan hujan bila bila saja akan turun. (dibaca dengan gaya pembaca berita TV1) sampai di kilometer *** , berhampiran bandar Tapah, hujan turun dengan sangat lebat. dengan itu pastilah perjalanan tidak akan tersangkut oleh pemeriksaan Polis, JPJ atau yg lain2. Namun, dari arah yang bertentangan kelihatan sebuah lori kontena menyalakan lampu kecemasan berkali kali. apakah maksud yg ingin di sampaikan oleh pemandu tersebut???........ driver terus berhati-hati dan memastikan tali pinggangnya terpasang begitu juga dengan penumpangnya. maklumlah persediaan sekiranya ada apa apa dihadapan. dan kenderann pun di pandu dengan lebih berhati hati. lebih sekilometer kemudian, kelihatan sebuah kereta perdana terdampar di tengah tengah jalan dalam keadaan tercabut bumper dan lain lain lagi selayaknya kereta yg terlibat dalam kemalangan atau keterbabasan. hujan lebat telah menghadkan jarak penghilatan pemandu pemandu lebuh raya, dan sekiranya tidak berhati hati, bukan setakat perdana, lain2 pun mungkin terlibat sama. tindakan pemandu lori menyalakan lampu kecemasannya telah berjaya mengelakkan saya dan driver daripada memasuki wad atau alam yg satu lagi. selepas melalui kawasan kemalangan, driver telah menurut jejak langkah pemandu lori kontena, agar dapat memberi amaran awal kepada pemandu lain. "PEMANDUAN BERHEMAT MEMBAWA BERKAT"
kali terakhir diubah pada: Mar 2, 2004, 22:35
Add a comment
|