|
trip memancing
teringat dedulu ngan geng2 pegi memancing ... kami pergi ke sebuah lombong tinggal untuk memancing ikan.siap bawak khemah dan beras dan lain lain lagi. sebelum sampai ke lombong tinggal yg sepatutnya, kami telah singgah ke sebuah lombong yang lain. dan kami telah pegi menjala kat lombong ni, tapi tak dapat ikan pun. kami nampak ader banyak kepah lombong dan kami pun masuk dalam lombong dan amik ngan tangan ajer. pas tu masak la kepah ni, nampak cam sedap je, tapi bila dah masak punya la liat dagingnya, pas tu tak sedap dan berbau lumpur. yg makan masakan tu cuma kengkawan yg lelaki jer la. bila sampai kat lombong yg sepatutnya, kami pun mula memancing. yang dapat cuma ikan tilapia hitam. tak de ikan lain. kami guna umpan cacing. agaknya kalau nak ikan lain kene guna umpan lain kut. sampai ke malam kami memancing, pas tu sorang demi seorang terlelap kat tepi lombong, yang tinggal berjaga cuma saya sorang, nasib baik tak de apa apa yg terjadi. bila malam, ikan tak brapa mau menjamah umpan. hasil tangkapan kami walaupun cuma sejenis ikan, tetap banyak. kami bakar ikan tu, masak nasik dan makan ramai2 kat tepi lombong. pabila teringat trip memancing cam ni, teringin rasanya nak gi Pulau Sembilan kat Pangkor tu. diorang kata kat sana best. kami penah gak gi memancng kat laut tapi kat pantai je. masa tu saya duk kat Penang, geng2 mancing sanggup datang dari jauh berjumpa ngan saya dan mengatur plan utk memancing di pantai Padang Kota. tempat tu saya yg cadangkan, pasal saya tengok petang2 ramai org mancing kat tepi pantai tu. selepas berjalan2 kat Penang, kami pun mula memancing kat pantai tu waktu malam, tapi ikan yg group kami dapat cuma anak ikan gelama aje. org sebelah dapat ikan sembilang yg beratnya saya kira mencecah 1.5 kg. pas tu ada yg menjala kat tepi pantai tu, dapat ikan sembilang gak. rupa rupanya kat tepi pantai banyak ikan gelama ngan sembilang ajer. sekarang geng memancing pun dah bubar semenjak saya bertukar kerja. masing2 buat hal sendri. ada gak terjumpa kadang2. tapi dah tak mampu berkumpul semula dan menjalankan aktiviti seperti dahulu. ada yg sibuk berniaga dan dengan urusan masing2. sekarang ni cuma dapat memancing kat kolam berbayar ajer. kat tempat lain dah tak dapat pegi lagi. mungkin satu hari nanti, buat kolam ternakan ikan sendiri dan memancing ikan dalam kolam tu, best gak kan. ataupun beli bot dan gi mancing dengan org yg sudi. paling tidak pun, kalau tak dapat mancing lagi, pegi pasar hari2 dan tengok ikan yg dijual kat pasar tu puas2......ekekkeke
kali terakhir diubah pada: Mar 6, 2004, 20:02
Add a comment
excuse me
mana ada saya bercinta.I'm only 18.Cannot cinta-cinta...nanti mak marah.Apa yg saya tulis...cuma sekadar keluhan yg ada maksud tersendiri. Erkk? eheheh...:D
93382 |
Dipos oleh nostalgia pada March 6, 2004, 18:47
|