|
akak hebat....(mengumpat)
ada la sorang akak ni, dia kan senior la.....degree pun dari ober-cees, cakap omputih memanjang.....bagus la tu, menyahut seruan kerajaan. pandai cakap dan baca omputih....maknanya lebih berilmu la...cam akak ni la... aiseh.....akak ni, Sarjana Tua (master) pun ni dah ader, hebat aaaa..... tapikan..... ada ke patut dia bagi keje dia kat saya. aiyok...ini suda melampau.....tak patut ma...cik (cakap macam iklan teksi tu). dah la taun lepas dia buat hal ngan saya (tuang keje), saya buat tak tau je, sbb dia bagi alasan yg memaksa saya mengaplikasikan sifat bertimbangrasa saya. tapi taun ini tidak lagi.....saya tak kan kasi can lagi.....senior ke, pangkat besar ker...saya pedulik apa....keje sendiri, sendiri musti buat! tindakan yang saya ambil kali ini, ialah dengan menghantar kembali kerja2 yg perlu dibuat ke biliknya (melalui org perantara) dan menghantar e mail amaran versi sopan kepada dia yg buat akak meluat....... saya ni bukan tak biasa marah org atasan. dah biasa dah. sebelum dia marah saya, saya marah dia dulu. dlu masa saya keje kat JB...ada la sorang manager berbangsa Melayu (ada 2,3 manager = Cina, India, Jepun). dia ni, sana sini bawak beg UKM (nak tunjuk dia blaja kat U la tu), umur lebih kurang 35 - 40 thn. berpewatakan hebat, skema, serba tau dan sentiasa nak memajukan syarikat (kononnya). dia ni ari2 memberikan arahan terlampau (arahan yg dia rasa leh buat tapi dalam dunia biasa sebenarnya tak leh buat). saya bengang sebabkan nak menurut arahan dia, org bawahan saya lak menyusahkan saya. jadi, saya terpaksa nasihat dia (marah sebenonya) tentang tindakannya yg tah apa apa tu (saya berani marah dia sbb saya dah dpt keje lain.....ekekekkeke ). saya tak peduli dia nak marah saya balik ker, nak repot kat Pengarah Urusan ke dan lain lain lagi. masa tu saya btui2 muak dengan arahan2 dia. tapi yg terjadi sebaliknya pulak, saya tak sangka dia menerima amarah saya dengan tenang dan mula berubah. akhirnya, saya dan rakan sekerja yg lain mendapat manafaat drp tindakan saya. sejak itu kami dapat bekerja dengan tenang dan bahagia, tanpa mengganggu prestasi dan keuntungan syarikat. tapi saya berenti jugak keje kat situ.... moral yg boleh diambil drp cerita saya ni......try la marah boss anda skali skala.....(itupun kalau anda pikir anda betul dan setelah buat kajian menyeluruh)
kali terakhir diubah pada: Mar 8, 2004, 23:23
Add a comment
|