|
lawak diekstrak dari email seorang rakan
KISAH DI SEBUAH KLINIK Seorang pemuda pergi ke sebuah klinik. Waktu dia nak masuk ke klinik tu tiba-tiba keluar seorang wanita yang sedang menangis teresa-esak. Pemuda tu tanya pada wanita tu. "Kenapa cik menangis"?. Wanita tu kata..."Saya datang untuk ujian darah. Sewaktu doktor tu nak ambil darah dari jari saya, dia terpotong hujung jari saya nie..." (sambil menunjukkan jarinya yang luka). Tiba-tiba lelaki yang bertanya tu menangis dengan kuat. Wanita tu terpinga-pinga. Dia pun tanya la pada laki tu...."Kenapa awak menangis"? Laki tu pun menjawab...."Waaa...saya datang untuk ujian air kencing"......wanita tu terdiam.... alamak..... MUNGKIN SATU KEBETULAN 4 orang bakal ayah sedang menunggu di bilik menunggu di Hospital sementara isteri masing-masing sedang berjuang untuk melahirkan anak. Kemudian keluar nurse dan memberitahu kepada ayah pertama, "Tahniah, kamu sekarang telah menjadi ayah kepada kembar dua! Mungkin satu kebetulan" kata ayah pertama. "Saya bekerja di Twin Star Enterprised". Kemudian keluar pula nurse lain dan memberitahu kepada ayah kedua,"Tahniah! awak mendapat anak kembar tiga!". "Wooow!, mungkin satu kebetulan" jawab ayah kedua. "Saya kerja di 3M Corporation". Keluar pulak nurse lain dan memberitahu ayah ketiga, "Congratulation! isteri you dapat kembar empat," "Alhamdulillah! Mungkin juga satu kebetulan. Saya kerja di Four Season Hotel!" Pada masa ini ayah yang ke empat kelihatan amat tidak menentu dan gelisah. Kesemua ayah-ayah yang menunggu pun bertanya, "kenapa risau sangat??" Jawab ayah keempat, "Saya bekerja di Seven-Eleven" MALU SEMALU-MALUNYA Ini cerita pasal seorang pemuda yang baru membukak satu pejabat baru. Al-maklumlah loan baru lulus kat bank dan hati meluap-luap nak bukak business...tak tahu lah business apa...nanti aku tanya dia...!! Pejabat dia tu tak laaa banyak sangat barangan pejabat yang diisinya, ada laa 3 biji meja dan kerusi tiap satu... almarinya... stationerynya la... tong sampahnya la... dan yang patut patut kena isi kat pejabat dan especially talipon...!! Dia ni boss kat pejabat tu...selepas mengemas bilik pejabat, dia pon releks laaa kat dalam opis dia tu...ye laaa...boss lah katakan?!! Mula lah berangan tu berangan ni...!! Tiba tiba pintu pejabat diketuk dari luar...ah!!...mesti pelanggan datang nie. Lalu disuruhnya orang yang diketuk pintu tu masuk.. masa tu jugak dia angkat talipon dan ceritalah projek besar besar...juta juta...pura-pura kat depan orang yang datang tadi...orang yang datang tadi hanya duduk diam tak kata apa apa... Bila dah puas cakap sampailah masa dia letak talipon tu...lalu dia pon kata kat pelanggan yang masuk tadi...errr!...maaflah...sibuk sikit... maklumlah projek tu...projek ni....tak boleh nak biar... kena arrange appointment dengan client...so...boleh saya bantu??!! Dengan selamba pelanggan itu kata... "Err...boss...saya ni dari Syarikat Telekom ...datang nak sambung wayar talipon...!! Agak korang laaa...camana eh reaksi pemuda tu...kalau lah kena kat aku...bengang beb... MALUUUUU...semalu-malunya!!!!!!!!!!!! Tak sanggup tengok muka mamat Telekom tu.....Gerenti kengkawan dia berdekah-dekah tergelak bila diorang dengar cerita mamat tu.. So, ingat tu..jangan bohong, jangan berlagak. Ok, tu jer...wassalam
kali terakhir diubah pada: Mar 9, 2004, 17:54
Add a comment
|