|
laparnyer....
eiii, skang ni dah 10.36 pagi, tapi lum sarapan lagi.(bz menaip weblog) kalau tak sarapan, lapar pulak rasanya.ingatkan tak lapar. tak per la, tunggu jer makan tghari sekali. jimat duit. lagipun ni kan dah nak ujung bulan. duit dah tak brapa ada dalam dompet. yang tinggal cuma syiling-syilingan. hari jumaat yg lepas, ader gi ke pizza hut, makan pizza la ngan driver, tapi tak abis. jadi bawak balik. semalam bukak peti sejuk, terjumpa pulak pizza tu, panaskan dalam oven dan makan, ekekekke....jimat. (nasib baik elok lagi dan yg penting skali...masih sedap) hmmm, sekarang ni banyak restoran makanan segera mengadakan promosi harga murah.....agaknya menyambut karnival membeli barangan tak perlu dan membelah dompet(mega sale). hari ni nak ceritakan ttg makanan sempena meraikan rasa lapar. pernah tak makan buah delima? buah favourite saya ni.....ekekeke. ada la satu pasaraya kat tempat saya ni, sentiasa ada jual buah delima, tak kira musim. murah lak harganya. jadi setiap kali pegi ke sana, saya mesti beli buah delima 3 biji.(makan sikit2 ngan driver) masa adik saya duk serumah ngan saya dulu, dia tengah mengandung. saya lak penah dengar petua org lama, kalau nak anak comel makanlah buah delima. jadi saya beli buah delima dan suruh la adik saya makan. sekarang ni adik saya dah bersalin, anaknya pun dah 8-9 bulan umurnya. mmg anak sedara saya ni comel sangat. kebetulan la agaknya sebab makan buah delima, tapi adik saya ni pun comel gak an hubbynya bole tahan......tu sebab kut anak dia comel. jadi sesiapa yg tengah mengandung tu try la makan buah delima...ekekeke...tak salah kita berikhtiarkan..??? ermmm.....nak makan apa tghari ni...ekkk???
kali terakhir diubah pada: Mar 14, 2004, 19:47
Add a comment
salam.. act, saya tgh mencari maklumat ttg buah delima, n terus search engine bawak saya pada blog awak... act, i am pregnant n tgh mengidam nak makan buah delima.. puas saya n hubby cari tapi tak jumpa, mungkin dugaan saya n baby... kalau boleh, saya nak mintak tolong beritahu kat mana saya boleh dapatkan buah delima yg byk tue??? please let me know...
131878 |
Dipos oleh taty pada December 21, 2004, 16:06
|