|
hari yg memenatkan....
hari ni agak bz di tempat keje. nasib baik tak terpilih.....ekeke...kalau tidak nahas... smalam, perabut baru yg dibeli dah sampai, tapi punya la lewat, dekat jam 7.00 mlm baru la lorinya sampai. dah tu, cermin sebelahnya dah pecah, cerminnya pulak jenis yg berdekorasi (bukan yg biasa), tokey nya pulak kata, dah tak de stok nak ganti cermin tu, mungkin ganti dengan cermin biasa sahaja dan sebahagian kecil duit yg telah dibayar akan dikembalikan. saya bersetuju sahaja kerana saya minat sangat ngan almari perhiasan tu. tapi tanpa kehadiran cermin tu,janggal rupanya. tapi tak per lah, dapat duit balik, dah kira ok la tu. malam semalam, dah letak pinggan mangkuk dan perhiasan lain dalam almari tu, dan dah letak lampu sekali.emmm...cantik sekali....ekekekke punya la penat menghias, sampai tertidur depan TV dan tersedar jam 2.30 pagi. bangun sekejap dan selesaikan apa yg patut. kemudian sambung balik tidur depan TV, tak yah tidur kat bilik (kat tingkat atas), tidur kat atas karpet pun ok gak.lena sampailah pagi dan gi kerja.kalau tak gi kerja, rasa serba tak kene. saya ni jenis org yg kene gi kerja, walaupun tak buat kerja. jadi, sebelum pencen ni, saya kene merancang apa yg saya nak buat bila dah sampai umur 55 nanti, mungkin berniaga kut. sekarang ni pun ada kawan yg ajak bukak kedai jahit, namun masalah utamanya ialah.......saya tak pandai menjahit, setakat nak menjahit baju koyak ke, butang ke...bole la...cemana nak bukak kedai jahit??? kene amik kursus dulu kut. tapi dah tua2 ni, ilmu susah nak lekat.
kali terakhir diubah pada: Mar 15, 2004, 21:10
Add a comment
|