|
Nelayankah aku?
Masa bebudak dlu, saya slalu gi memancing ngan sepupu2 saya yang semuanya lelaki. seronoknya tak terkata. pekara pertama yang kami buat adalah mencari cacing tanah kat belakang umah berdekatan dengan longkang. Pancing pula slalunya dibuat oleh abah saya menggunakan buluh sahaja dan pakai tali tangsi (yang biasa orang buat perambut tu). mata kali lak beli saiz yang kecik skali, sebab kalau guna yang besar, alamatnya tak dapat ikan la, sebab kat sungai (longkang kut)belakang umah saya tu mana la ada ikan yang besar. Selalunya, saya pergi memancing dengan Abg Lan yang jauh lebih tua daripada saya (kira2 6-7 tahun), selalunya menurut petua org tua, kalau nak memancing mesti senyap, tapi sepupu saya ni mmg minat sangat menyanyi terutamanya lagu2 dari kumpulan yang popular pada ketika itu, Alleycats. Sepanjang memancing tu, semua jenis lagu Alleycats dinyanyikannya, suara dia mmg mirip sangat ngan nyanyian drp kumpulan tersebut, malah sepupu saya ni berkulit agak gelap sebab sebelah ayahnya berketurunan mamak, manakala mak dia, kakak kepada ayah saya. Yang peliknya, walaupun dia menyanyi dengan begitu kuat sambil bergendang menggunakan tin susu DUmex, hasil tangkapannya mmg sangat banyak berbanding saya. sehinggakan membuat saya jeles. saya pernah jugak gi memancing sorang2, dan saya cuba jugak menyanyi, malangnya suara saya tak semerdu Abg Lan, jadi hasil tangkapan saya tak de lansung. Tapi pernah satu ketika, sewaktu saya memancing berseorangan, saya berasa tersangatlah boringnya, lalu saya teringat sebuah cerita dalam buku antologi cerpen kepunyaan kakak saya. Saya tak brapa ingat tajuk buku tersebut, tapi saya sangat ingat ceritanya yang berkaitan dengan sebuah sungai yang dituba dan bagaimana kehebatan seekor ikan haruan diceritakan dalam cerpen tersebut. sewaktu saya tengah sedap berangan angan sambil mengingat kembali jalan cerita tersebut, tiba2 pancing saya ditarik2 ikan, setelah bersusah payah, saya berjaya menaikkan seekor ikan keli yang saiznya agak besar. saya masih ingat sangat peristiwa itu sebab itulah ikan yg paling besar yang dapat saya tangkap pada ketika itu (waktu sekolah rendah).
kali terakhir diubah pada: Mar 17, 2004, 17:28
Add a comment
|