|
Lemas
Kalau menjadi nelayan, tentulah pernah menghadapi bahaya di air. betul tak? Betul (jawab saya sendiri) Seingat saya, pernah berlaku 2 kejadian hampir lemas (hampir meninggal) dalam hidup saya sudah berpuluh tahun ini. saya sangat gemar(bahasa org tua, sesuai dengan usia) pergi ke tempat perkelahan yang ada sungai (bukan laut, sebab laut masin sangat). Kalau pergi mestilah berteman, jadi saya bawak adik lelaki saya yang berusia dalam lingkungan 11 tahun pada ketika itu. kami berbasikal sejauh 5km. (hebat tak?) setelah sampai, kami pun mula terjun ke sungai yang telah mencatatkan banyak peristiwa hitam kerana rami org telah mati lemas di sungai tersebut. tapi kerana jiwa remaja yang membara dan sangat sukakan air, saya pegi jugak. (walaupun mak ngan abah saya melarang). Air sungai ini jernih dan penuh dengan ikan2 kecil (besar tak penah nampak). tapi air sungai ni, kalau dilihat di sesetengah bahagian kelihatan hitam kerana terlalu dalam dan mungkin sampah2 termendap di dasarnya. Dapatkah anda bayangkan keindahan persekitaran sungai ini.....eekekekeke Setelah sampai, saya pun segera terjun ke sungai, tempat ni org tak biasa pegi sebab merbahaya. saya pun berenang ke kawasan air yang dalam untuk duduk kat batu seberang sungai. adik saya pun naik ikut gak. bila dia hampir sampai kat batu tu, dia tak leh naik. jadi saya pun turun kembali dalam air dan suruh dia patah balik ke seberang yg lagi satu. Malangnya, adik saya tak leh nak keluar daripada dkawasan air yang dalam tu. terpaksa lah saya menolongnya, tapi saya sendiri pun tak leh nak jejak dasar sungai dan tak leh nak lonjakkan badan dan berenang ke kawasan yang lebih cetek. pada ketika itu, saya terfikir, mungkinkah saya dan adik saya akan jadi mangsa lemas seterusnya yang sering diperkatakan orang. tapi saya menguatkan tekad dan azam(chewah! tapi sebenarnya, saya takut mak saya marah) untuk menyelamatkan adik saya (kalau adik saya meninggal dan saya lak hidup, tentu mak dan abah saya salahkan saya sbb saya yg bawak adik saya gi situ). saya pun berusaha sedaya upaya melonjakkan adik saya keluar daripa kawasan bahaya tersebut sambil menjerit pada adik saya " berenang! berenang!" (adik saya tak brapa pandai berenang). setelah berkali kali saya menolak tubuh adik saya ke kawasan cetek (seluruh tubuh saya berada dalam air), akhirnya adik saya terlepas dari lingkungan air tersebut dan berjaya berenang ke tepian. kemudian, barulah saya cuba menyelamatkan diri saya pulak...puas saya melonjakkan badan dan cuba keluar ke kawasan yang cetek, tapi saya tak berjaya kerana air terlalu dalam dan seperti ada sesuatu yg menyedut kaki saya daripa keluar dalam lingkungan air terbut (mungkin air pusar) akhirnya, saya berjaya menyelamatkan diri saya sendiri tanpa bantuan penyelamat lain (manusia la). dan saya idup sampai ari ni dan dapat menulis catatan ini.......ekekekeke
kali terakhir diubah pada: Mar 19, 2004, 0:15
Add a comment
|