org ketawa

RM100 ; 21 March 2004 ; GATE E ; FREE SEATING ; HILL STAND E

wow! dah jumpa saya di Sepang yujung minggu tu? Saya duk kat information counter kat gate E dan dikelilingi oleh kipas-kipas yang menyemburkan air.....nyamannya. 
 
Catatan perjalanan: 
 
sesampainya di masjid KLIA, saya teringat kat sorang kawan saya yang keje Engineer kat Nilai. Saya pun call dia, dia nak jumpa ngan saya, oppp saya kata tak leh walaupun dia sanggup drive dan datang ke masjid tersebut dan bawak jenjalan kat NIlai 3, saya cakap kat telepon dia...saya ada agenda penting, saya nak nengok F1, first time sejak gelanggangnya di SEpang dibuka sejak 6 tahun yang lalu. Lalu saya bertelepon lagi kepada kawan saya, nantilah aku ader kursus kat sana, kita jumpa ekkk....aku pun rindu gak kat kau.....! Ayat power saya akhirnya bisa melembutkan hati sahabat yang dah lama tak bertemu....ekekekeke 
 
akhirnya jejak juga kaki saya ke kawasan berhampiran gelanggang yang gah diperkatakan itu, hmmm....jauh lagi nampaknya.....ooooo....ader bas yang akan membawa kami ke gelanggang. Aiiii....ramainya orang, itam, putih, putih lagi......sawo dan fusion pun ada. ermmm...ramainya orang....banyaknya duit diorang yer....ataupun diorang sama gak ngan saya? 
 
Sewaktu tiket saya dilubangkan oleh pemeriksa tiket ngauman kenderan lumba kedengarannya memanggil-manggil mata saya untuk melihat keadaaannya. rupa-rupanya perlumbaan dah bermula, saya terlewat rupanya...... 
 
tingginya tangga, payung golf saya menghalang laluan, kene la julang tinggi-tinggi. No outside food are allowed. Hmmm...paham la saya. hmmm....keropok ader, epal hijau ader....satay pun ader....saya terdengar air setin RM4.50...tapi saya tak pasti, air Pepsi atau beer.....banyak beer saya tengok terjual dan yang menjualnya orang sawo macam saya pulak tuh.....tak tau la.....fusion juga kut....tak sempat plak nak berkenalan atau amik no telepon...ekekekeke 
 
saya cuba melihat lihat kenderaan yang mengaum lebih kuat daripada harimau kat zoo tu, tapi yang saya nampak cuma daun pakis yang banyak tumbuh kat batang kelapa sawit di keliling gelanggang. berjalan lagi kedepan, baru lah nampak keretenyer. 
 
Bunyinya punya la kuat, rasa nak pecah gegendang tellinga saya yang elastik ini. terlupa pulak nak bawak penyumbat telinga yg ada tersimpan kat umah, rasanya deria pendengaran saya kurang 10%. penat juga menjengah kepala, namun masih takde kerete yang terbabas. rasanya bagi org seperti saya, yg menarik cuma bila ada kemalangan kat trek ajerla. saya tak brapa paham, apa yg menarik sangat melihat kerete2 pusing 56 kali (sumber drp kaunter cenderamata gate E). tapi bagi yg paham, ok la kut. 
 
Makin lama saya berdiri kat bukit tu, semakin rasa nak muntah pulak, jadi baik berundur ajelah, turun bukit dan duduk ajer bawah khemah sambil menyamankan tubuh disebelah kipas berwap air. Ramai pulak orang asing berwarna pink jeling-jeling dan macam nak datang dekat. saya dah sediakan skrip: NO....NO...NO...ENGLISH...NO....ekekeke.... 
skrip bagi mengelakkan kene bersembang ngan omputeh. Busan kalau kene bercakap ngan omputih ni...kang tak abis abis...pengalaman yang saya kutip bertahap tinggi sewaktu berkerja selepas SPM dulu. Manusia omputeh ini kenkadang mmg melecehkan. naluri ingin tau nya tahap melampau. 
 
akhirnya, terdengar bunyi apatah...siren kut...menandakan perlumbaan dah tamat. cepat2 saya berundur ke tepi jalan menunggu shuttle bas untuk ke destinasi seterusnya. nasib baik cepat.kawan saya, sewaktu naik bas, terdorong ke depan akibat sondolan perut omputeh. diorang ni sopan santun kat negeri dia ajer...kat sini terpedaya lak dgn cara org Malaysia (naik bas berebut). 
 
dalam bas lak, saya lihat omputeh2 ni sibuk menyimpan dalam plastik, tiket, risalah2 dan lenlain yang diorang dapat, agaknya nak buat kenangan la tu. ingat saya jer kemaruk nak simpan tiket (nak nunjuk kat kengkawan seopis), rupa2nya diorang lagi teruk. 
 
fikir punya fikir, baik saya duk kat tepi gate tu dan jual ajer tiket saya tu, kurang2 boleh dapat RM50, pasaran mmg ader sebab ada org tanya, ada tiket lebih tak...dia nak beli. 
 
Rasa saya la, ramai org datang kat sini buat mengabihkan duit ajer, tapi yang saya pasti majoritinya dapat tiket sponsor atau lebih tepat lagi....TIKET fREE....ekekekekke....macam saya la jugak.

Add a comment





www.flickr.com
sofe's photos More of sofe's photos
BUKU PELAWAT SOFE
Free Photo Albums from Bravenet Free Photo Albums from Bravenet
www.flickr.com
This is a Flickr badge showing public photos from SOFEANNY. Make you own badge here.

SOFEANNY

[SOFE] sofeanny memula tadi
[SOFE] Daftar Diri Anda
[SOFE] WE::Blog

CATATAN LALU


PERGILAH KE:

[e mail saya] sofeanny@yahoo.co.uk
[BLOG SAYA] Sofeanny
[BLOG SAYA] RESEPI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI
[GAMBAR SAYA] KOLEKSI II
[Resepi] RESEPI.NET
[Resepi] RESEPI mesra
[Resepi] RESEPI KakLiza
[KOD] WARNA BLOG
[BLOG]Akutakreti
[BLOG]Arisa
[BLOG] Basri
[BLOG] Bob
[BLOG] Cilibo
[BLOG]Daffodil
[BLOG] Donny
[BLOG] gigitakbertato0
[BLOG] Hana
[BLOG] Jones
[BLOG]KakiPancing
[BLOG]Kumprinxcom
[BLOG]Kumprinx
[BLOG] LamanBicara
[BLOG] Luqman
[BLOG] M J
[BLOG] MBA
[BLOG] Opto
[BLOG] Naga
[BLOG] Nurul
[BLOG] PapiMami
[BLOG]Rambai
[BLOG] Ramlah
[BLOG] Rasanubari
[BLOG] Rosiegirl
[BLOG] Selendang Biru
[BLOG] SriDiah
[BLOG] SyedSyahrul
[BLOG] ToK R
[BLOG] MIMPI
[GJ] GENG JURNAL
[BERITA]JORAN
[BERITA]PANCING2
[BERITA]Nama Ikan
[GAMBAR]WORDPHOTO
[GAMBAR]BUNGA
[WAYANG]STUPID VIDEOS
[DENGAR Lagu]Hit Em' Up
[DENGAR Lagu]31 OGOS
[DENGAR Lagu]Gadis Puri
[DENGAR Lagu]NEGARAKU
[DENGAR Lagu]Sweetie Pie
[DENGAR Lagu]Hindustan
[DENGAR Lagu]MLTR
[DENGAR Lagu]SpongeBob
[DENGAR Lagu]Lagu2 Omputih
[DENGAR Lagu]Don't Cry Joni
[DENGAR Lagu]U r not alone
[DENGAR Lagu]Another day
[DENGAR Lagu]OLDIES
[KAMUS]Melayu-Inggeris
Who links to me?
SStunning
OOrderly
FFurious
EEnergetic
AAstounding
NNeat
NNeat
YYummy

Name Acronym Generator
From Go-Quiz.com
referer referrer referers referrers http_referer