|
Lemas Dalam Dakapan mu
Satu hari la, saya pegi jenjalan kat satu sungai ni ngan abah saya, masa tu baru lepas hujan. air sungai naik ke tebing sungai yang landai. Saya pun berjalan jalan ditebing sungai tersebut lagaknya seperti seorang wakil rakyat yang melawat kampung semasa nak dekat2 pilihanraya. Kemudian, saya meengunjurkan lagi lawatan saya tu ke tebing yang dinaiki air, sambil memberi ulasan2 bernas kepada abah saya. ketika itu saya berjalan di belakang abah saya. tengah saya seronok melihat pemandangan, sambil memerhati kut2 ader ikan yang mabuk, tiba2 kaki saya tersadung benteng berumput yang telah ditenggelami air. dengan tak semena-mena, saya dapati bukan setakat kaki saya tersadung, malah tubuh saya pun terus jatuh ke dalam air yang mengalir deras. apa yang saya nampak pada ketika itu adalah sekejap terang dan sekejap gelap. apa yang terang itu mungkin ialah permukaan sungai dan yang gelap itu ialah dasar sungai, kerana pada ketika itu, saya diguling2kan atau didakap oleh air. sempat juga otak saya berfikir pada ketika itu, dah nak mati ke saya ni? tapi tak de rasa lemas pun, tengah saya sibuk berfikir tu, tubuh saya terlanggar satu lagi tebing berumput. dan akhirnya saya terlepas daripada gulingan air tersebut yang mungkin membawa tubuh saya hingga ke kuala. yang menarik sekali, apabila saya terlanggar tebing tersebut, secara automatiknya saya berada dalam keadaan berdiri. dengan itu, abah saya tak sedar pun sebenarnya saya hampir meninggal lemas, cuma dia terkejut tengok saya basah kuyup. itulah cerita ketika saya lemas dalam dakapan air sungai yang mengganas.
kali terakhir diubah pada: Mar 24, 2004, 18:24
Add a comment
apa nak panggil kao ni ekkk....tem?...jum la gi berenang ngan saya...leh blaja...tapi kalau pandai berenang pun, kalau dah samapi ajal tu, tak leh nak buat apa gak..
97096 |
Dipos oleh sofeanny pada March 26, 2004, 8:37
pernah gak lemas dalam laut. org lain ingat kita tgh berenang. padahal ingat dah nak mati dah. cuba cari langit tapi x jumpa. yg nampak cuma gelap. tu le padahnya x reti berenang. kekeke.
96858 |
Dipos oleh temp2escape pada March 25, 2004, 10:05
|