|
Gelap gulita
malam tadi, sewaktu dalam toilet,tiba2 alam maya menjadi gulap gulita, terputus bekalan elektrik. saya menggelabah dalam gelap, torch light ada kat bilik tingkat atas, cemana ni....lilin lak tah dimana menyorokkan diri. saya keluar daripada toilet, dan pegi ke dapur dan menyalakan kedua dua penunu dapur gas, masih tak terang lagi.....cemana ni. saya mesti jugak ke bilik atas, saya jalan ke ruang depan sambil melangar apa sajer yang ada dihadapan....untuk terus ke bilik atas rasanya mustahil, saya raba dalam gelap dan capai handphone....saya tepon driver untuk minta tolong.... driver berada jauh daripa kawasan umah saya, jadi ambil masa skit untuk sampai.....saya tak sabar duk dalam gelap, saya pun meraba lagi dalam gelap untuk mencari sesuatu yg dapat mengganti lilin. saya jumpa sampul penyata kad kredit, saya pegi ke dapur dan bakar sampul tersebut lalu naik ke tingkat atas dan saya jumpa torch light. selamat....tiada lagi kegelapan. udara dalam rumah panas, saya buka pintu umah dan kemudian buka pintu pagar dan berdiri di depan pagar rumah (jam 12 tghmalam)........tiba2 sebuah van yang tidak dikenali muncul dan berhenti dihadapan saya....dan secara tergesa-gesa, keluar seorang lelaki sambil menghulurkan sesuatu. 2 batang lilin. rupa-rupanya driver menumpang sebuah van kawan lama (dulu naik kancil) saya hanya untuk menghantar 2 batang lilin dan terus pergi, tanpa sempat saya nak membebel padanya. malam itu saya tidur bergelap di depan TV sambil berpanas-panasan kerana kipas tak boleh bergerak tanpa elektrik.
kali terakhir diubah pada: Mar 25, 2004, 17:56
Add a comment
|