|
selepas melecurkan badan....
percutian pada hari tersebut di sambung untuk mencari punca air yg sejuk pulak. saya pergi ke satu kampung urang ashli yang berdekatan dengan satu kawasan hutan simpan. dalam perjalanan tersebut saya melalui kawasan pembalakan, tempat ashkar berlatih, hutan lipur yang dah terbiar dan jugak saya ada jumpa lori yang tersadai tanpa pemandu. sesampainya saya di kampung urang ashli itu, saya nampak banyak lagi poster2 pilihanraya yang belum diturunkan, nampaknya hensem jugak muka calon yg dipertandingkan itu (BN). mungkin sebab dia agak hensem walaupun dah tua, dengan itu posternya tak diturunkan lagi. saya ada terdengar cakap seorang kuat parti bahawa tarikh akhir menurunkan poster ialah pada 5 hb April 2004. sebelum pilihanraya berakhir, saya pernah meminta jasabaik seorang yang kuat berkempen termasuk kenkadang menampal poster agar selepas pilihanraya, dia dapat memberikan saya bendera parti2 yg tidak digunakan lagi kepada saya. tujuannya ialah saya ingin membuat sarung bantal daripada bendera2 tersebut. daripada membazir dan dijadikan habuan tong sampah, lebih baik saya recycle saja kain2 itu. saya telah meneliti bendera2 tersebut dan nampaknya mata saya lebih tertarik kepada bendera biru muda berlambang mata/2 bulan sabit untuk dijadikan sarung bantal walaupun saya tidaklah menyokong parti tersebut. habis cerita tentang sarung bantal. setelah sampai di kampung tersebut, saya nampak sungai yg cantik tetapi airnya keruh sepekat teh tarik. mungkin akibat pembalakan. jadi hasrat untuk mandi sungai/air sejuk dibatalkan. akhirnya cuma melawat2 saja kg tersebut. kg tersebut nampaknya bersih dan cantik dan sungguh ramai org wanitanya yg berkemban tapi nampaknya setiap rumah ada kenderaan bermotor seperti van, motorsikal dan jugak kereta. manakala anak2 kecil memakai pakaian harijadi mereka sahaja. saya tamatkan lawatan hari itu dengan menangkap gambar lagi dan pulang ke rumah dengan perut berkeroncong.
kali terakhir diubah pada: Mar 29, 2004, 18:27
Add a comment
|