|
Kene ragging?
pagi tadi saya ada menonton MHI kat TV3, da terdengar ada budak sekolah agama yang meninggal kene ragging, disebabkan cerek elektrik? teringat masa saya sekolah dulu, ada gak kene ragging tapi tak teruk sangat. Meragging org....saya tak nak jadikan budaya (tipu la kalau kata budak hostel tak penah meragging). Nanti berlarutan. Kawan saya penah meragging, itupun tak secara serius. sewaktu kami dalam tingkatan 2, dia meragging (perkataan imbuhan baru/mendera)budak ting 1 manakala saya pulak meragging budak lelaki ting 4 (baru bertukar sekolah/abang kepada rakan sekelas saya). kawan saya telah memaksa budak lelaki tingkatan satu yang berbadan kecil lagi kurus selayaknyaknya budak darjah lima agar beraksi seperti seorang penjual kacang putih. Budak kecik itu dipaksa mengangkat meja tulis ke atas kepalanya(menjunjung) seraya bergerak mengelilingi dewan makan (pada ketika itu meragging dibenarkan malahan tempat khas disediakan pada hari yg khas juga). Budak kecik itu pun menuruti kehendak kawan saya semata mata untuk mendapat tandatangan kawan saya yg pada waktu itu bergelar kakak senior. setelah selesai 5 round (ingat2 lupa), baru lah tandatangan diberi dan budak itu kelihatannya pucat seperti nak putus nafas. hari esoknya perkabaran diterima bahawa budak itu tak dapat hadir e kelas kerana serangan asthma. kali ini tiba giliran muka kawan saya pula untuk menjadi pucat sepucat gigi pelakon iklan ubat gigi. kawan saya menjadi gabra tak tentu pasal kerana takut tindakan dikenakan ke atasnya. Namun ajal budak kecil itu masih jauh lagi, kalau tidak mungkin kawan saya itu juga akan dibawa naik trak polis dengan muka bertutup surat khabar atau juga mungkin benda2 lain (kerana tak tahan menanggung malu). selepas kejadian itu, kawan saya berjanji dihadapan saya, tidak lagi akan mendera freshies dan menjadi orang baik2, itu lah sebab agaknya dia menjadi pengacara TV untuk rancangan berunsur agama....ekekekeke ...agaknya la...
kali terakhir diubah pada: Mar 29, 2004, 20:42
Add a comment
mmg tak guna bebudak sekarang nie....elok cabut je kepala diorg tu cam cabut kepala sotong... hantar sekolah lain pulak yang diorg buat...
97902 |
Dipos oleh zz pada March 30, 2004, 16:45
|