|
Gempar....
pagi tadi kebetulan saya datang ke opis awal, jadi terpaksa bersesak dengan kereta ibu bapa yg menghantar anak2nya ke sekolah. sewaktu di satu persimpangan di hadapan sebuah sekolah kebangsaan, sebuah motosikal telah melanggar sebuah kelisa. namun dengan bangganya penunggang motosikal itu telah melarikan motornya daripada tempat kejadian. Sukacita dimaklumkan kejadian berlaku dihadapan mata saya dan saya telah berjaya tidak menghafal no plat moto itu. sekian, laporan kemalangan. Laporan kedua pula: pagi tadi juga lebih kurang 7.30 pagi, sewaktu driver menunggu saya di tempat parking opis sebelum berangkat untuk sarapan selepas saya memaksa mesin mencatatkan waktu saya sampai di opis (punch card). satru kejadian terlampau telah berlaku di depan mata driver seperti yang dilaporkan oleh driver kepada saya 5 minit selepas kejadian. Seorang remaja perempuan, dikuatiri seorang pelajar sekolah telah kencing di satu rumpun buluh dihadapan tempat parking. menurut driver dia terpaku (atau sengaja memakukan diri) dengan kejadian tersebut dan terus memandang kejadian itu. kebetulan kereta yang dipandu driver bercermin gelap dan mungkin remaja perempuan itu tidak sedar akan kehadiran driver di dalam kereta (teori saya). Mungkin juga remaja perempuan tersebut 'sewel',mengalami tekanan perasaan atau mungkin juga tekanan pundi kencing yang melampau (teori kawan saya) yang menyebabkan beliau tergamak kencing di situ. saya sungguh terkejut dengan kejadian tersebut. sewaktu saya sampai, pelajar itu masih berdiri di kawasan tersebut, namun wajahnya terselindung disebAlik tiang elektrik. sewaktu saya ke tempat parking sekali lagi pada pukul 10 am, remaja tersebut masih berada di kawasan tersebut. ini menguatkan lagi teori2 yg telah diutarakan. pada pukul 1.30 pm, waktu makan tengahari, driver telah mengejutkan lagi saya dengan satu berita gempar. rupa2nya kisah pelajar itu telah diketahui ramai, dan kisah itu sebenarnya adalah salah satu kisah April Fool yang telah dicipta oleh driver untuk mengenakan saya. dengan itu saya juga telah menyampaikan berita yg lagi gempar kepada driver, elaunnya bulan ini akan dipotong 50% sempena dia menyambut hari April Fool tanpa kebenaran saya. sekian. terima kasih.
kali terakhir diubah pada: Apr 1, 2004, 0:58
Add a comment
|