|
henpon
zaman saya blaja dlu, henpon tak brapa glamer lagi digunapakai oleh student (sebabnya mahal sangat). kalau ader pun yg pakai henpon, semuanya nak blagak ajer, itupun pinjam daripada ayah diorang. saya selalu berangan yang kalkulator saintifik yang saya guna untuk mengira boleh digunakan untuk menalipon apabila angka angka pada padnya di tekan. namun impian saya tidak terlaksana kerana orang telah menukar henpon kepada kalkulator dan bukannya kalkulator kepada henpon. suatu hari, saya dan seorang lagi kawan saya teringin mencipta satu alat yg memudahkan perhubungan diantara saya dan dia dimana bilik saya berada di tingkat atas biliknya. kami telah memakan 2 tin laici dan kemudiannya menyambungkan kedua tin laici tersebut dengan benang dengan harapan tin laici tersebut dapat menyampaikan hasrat masing2 kepada masing2 juga. namun harapan kami hampa kerana tak kedengaran lansung bunyi percakapan atau getaran daripada talian telepon yg kami bina itu. akhirnya kami terpaksa akur kepada kehendak Alexander Graham Bell, agar menggunakan sajer ciptaannya. tahun lepas pula, saya dan dua lagi rakan saya telah mencipta sebuah almari berlampu. namun almari berlampu itu kelihatan biasa sajer. pihak penilai hanya mendiamkan diri apabila kami membuat persembahan prototaip yg kami hasilkan. selalunya org tua kata, diam tandanya setuju. namun sebaliknya berlaku kepada kami. penilai tersebut kemudiannnya telah mengutuk kami dibelakang, dan salah seorang rakan saya telah menceritakan perihal itu kepada saya. tapi saya tak kiisah sebenarnya, sebab almari berlampu tu pun kami tiru ideanya daripada buku rujukan PMR....ekekekeke. hasrat saya untuk mencipta sesuatu masih belum pudar. tahun ini saya akan mencipta(kononnya) sejenis komposit daripada Mullit dan Zirkonia (mmg dah ader pun) la pulak. TUnggu...........
kali terakhir diubah pada: Apr 1, 2004, 18:41
Add a comment
|