|
hari ahad aku ke opis
datang ke opis pada hari ahad mungkin merupakan pekara biasa kepada sesetangah orang. tetapi tidak bagi saya. saya datang ke opis pada hari ahad kononnya bagi menyiapkan kerja tetapi apa yang saya buat hari ini ialah saya mencetak kartun garfiel dalam mod warna. semalam merupakan hari yg amat boring bagi saya, nak masak pun malas. sambil menonton tV, saya perhatikan ada se botol kertas chip kentang bersebelahan TV. kerepek kentang ini telah lama di beli semasa Karnival Mega Sale yang sudah berakhir, tetapi masih tak abis-abis.untuk mengisi perut yg berkeroncong, saya cuba makan kerepek ini, tetapi sangatlah masinnya, terasa susah sangat nak masuk ke tekak walaupun tengah lapar. saya memikirkan apakah caranya supaya saya dapat mengurangkan rasa garam pada kerepek ini tanpa membasuhnya dengan air. akhirnya saya menjumpai seplastik tisu berhampiran kerepek tersebut. tisu ini saya dapat percuma semasa Mega Sale. Lalu saya menggunakan tisu tadi untuk mengelap kedua2 permukaan kerepek kentang tadi, dan saya berjaya memakan kerepek kentang kurang masin sebagai makan tengahari saya. Tapi kerepek itu masih ada lebih lagi.........nak sikit ke???
kali terakhir diubah pada: Apr 4, 2004, 1:03
Add a comment
|