home
we::blog

being abdullahjones

if i cant please everybody, i might as well please nobody at all  
(there's but so many people and i just cant please them all)  
bob dylan

last modified Jun 2, 2004 at 11:52


Thursday, May 12, 2005

pindah

http://www.danchan.com/weblog/abdullahjones

141727 | posted by therat at 3:09 | 1 comments

Thursday, July 1, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

mereka orang panas
di siram air
mendidih
di simbah ais
cair

di ajar
tidak masuk
di tunjuk
sesat arah

mereka orang buas
di tegur
sangkanya marah
di sayangi
sangkanya benci

biarkan sahaja mereka
tunggu mereka sedikit dewasa
biarkan sahaja mereka
mana tahu mungkin
mereka tidak akan mati

tulisan diambil dari esastera.com.
malas betul aku nak menulis.
-tamat sementara-

111910 | posted by therat at 10:17 | 2 comments

Friday, June 25, 2004

sampai hati sungguh para penulis yang berbakat* dan berpeluang menerbitkan buku hanya menulis apa yang dikehendaki oleh masyarakat (remaja terutama). mereka yang dari mula menulis, dari masa mengendeng para pengarang dan penerbit sehinggalah diri sendiri menjadi pengarang dan penerbit hanya menumpukan kepada penulisan yang diyakini membawa keuntungan.

jika kamu yang menulis berusia bawah duapuluh lima tahun, aku boleh terima jika kamu masih asyik dengan penulisan tentang cinta yang tidak sampai, tentang betapa keciwanya apabila kekasih pergi jauh dan kemudiannya mati dilanggar lori baja. ini tidak menghairankan kerana memang menjadi kelaziman mereka-mereka yang berusia demikian untuk hanya menulis tentang perkara begitu. mentelah lagi ibubapa dan masyarakat sekeliling tidak pernah merasa apa-apa apabila anak-anak kita membawa pulang kekasih. baik untuk diperkenalkan kepada keluarga ataupun untuk mengenalkan kekasih masing-masing kepada bilik tidur mereka.

ini tidak, umur dah sama dengan usia batu giling masih lagi dengan kisah cinta. dari zaman potret-pekerti sehingga kezaman cerekarama, tak habis-habis dengan kisah bini mati laki atau laki hilang bini di kota paris.

kamu katakan yang kamu perlu hidup. kamu perlu wang. nasihat aku, jangan jadi penulis. tidak ada lagi rakyat malaya yang menyara hidup dengan menulis. belum ada. BELUM ADA. kerana apa? nombor satunya kerana setiap tulisan yang dikirim dan disiar diakhbar akan dibawar dibawah rm200 dan bayaran akan dibuat setelah sejuta tahun tulisan itu disiarkan. kerana apa ini berlaku? kerana pengarang ataupun tokeh suratkhabar/majallah menganggap penulis berhutang budi dengan mereka kerana menyiarkan tulisan mereka.

bayangkan, samad said perlu meminta bayaran sebanyak rm500 untuk menghadiri apa-apa majlis rasmi tentang sastera. bayangkan, sastrawan negara perlu meminta bayaran untuk datang. tidakkah memalukan. siapa malu? samad said malu, orang yang menjemput pun malu. sebab apa beliau meminta bayaran? kerana beliau tidak boleh cari makan dengan menulis.

sepatutnya setiap tulisan harus dianggap sebagai barang dagang. orang yang menerbitkan/menyiarkan tulisan mesti membeli tulisan yang wajib dibayar penulisnya sebelum tulisan tersebut digunakan.

sebenarnya aku sedang berkempen untuk tulisan aku. untuk pengarang/penerbit majallah yang ingingkan tulisan ataupun sajak/puisi aku yang mahahebat itu, harga setiap tulisan aku bermula dari rm2000. dan harus dibayar sebelum tulisan tersebut digunakan. jika tulisan yang sama digunakan untuk kali kedua, maka harganya naik sekali ganda. begitulah seterusnya untuk kali ketiga, keempat dan seterusnya. jadi kepada para pengarang/penerbit akhbar atau majallah, jangan malu-malu,segera hubungi aku.-tamat-

*sebenarnya tidak ada perkataan bakat dalam apa juga hal. yang ada adalah latihan dan peluang. aku ada dua contoh.

pertama.

kepok adalah nama gelaran kawan aku yang sibuk menjual keropok ketika cikgu mengajar didalam kelas. selain kepok, kami juga mengelarnya laksamana bengkeng kerana beliau adalah seorang pemanas dan juga merangkap kaki pukul bagi pihak kami. jika kami ada masalah yang perlu dipukul, kepoklah yang kami hantar untuk memukul masalah tersebut.

kepok, kaki pukul dan samseng sekarang ini bertugas sebagai pereka seni kepada syarikat musik emi. (atau mungkin sudah menjalankan perniagaan sendiri, aku kurang pasti) apapun, bidang tugas beliau berkait rapat dengan seni. buat cover album artis, buat video musik dan macam-macam.

semua ini bermula apabila beliau mendapat peluang melalui seorang kawan yang bertugas disebuah penerbitan. bermula dari melukis entah apa-apa ( aku tahu sebab aku kenal kepok dari kecil) sehinggalah menjadi pereka seni kepada syarikat musik gergasi tersebut. samada kepok sangat seni atau pun emi sangat dunggu.

kedua.

anak encik tarudin yang terkenal seantero malaya sekarang ini kata kamu mempunyai bakat semulajadi. kamu tidak tahu yang encik tarudin mengarak anaknya kehulu kehilir mengikut band polis. belatih hari-hari dan kemudian diberi peluang oleh tokeh cina ( yang dianggapnya sebagai bapanya sendiri walaupun jika anak encik tarudin mendapat sejuta ringgit, tokeh cina ini akan mendapat lapanbelas juta ringgit) kerana abangnya pernah menjadi penyanyi bagi sebuah kumpulan yang bernaung dibawah syarikat tokeh cina ini.

p/s: untuk kelihatan sangat orang putih dan demi untuk memudahkan permohonan untuk mendapatkan kerayatan british ( aku yakin ada wakil dari kerajaan british yang membaca tulisan ini ) aku sedang bersedih kerana pasukan bolasepak england tewas dan terkeluar dari euro2004.

cover album kebanggan kepok adalah cover album rahmat yang masuk bertanding cover album terbaik. (kata dia, aku tidak tahu samada betul atau dia kelentong aku) .. rahmat pok...memalukan kaum betul engkau ni pok. rahmat pok, kah!kah!kah!...

111325 | posted by therat at 10:30 | 0 comments

Tuesday, June 15, 2004

berjaya juga politik aku. mat jan meletakkan gambar yang aku lukis di blognya. dulu tok rimau letak gambar anaknya yang aku lukis di blognya. dan aku baru tahu MBA menghaikukan lukisan aku. politik yang sangat berjaya.

kemudian abu yusuf pula berpolitik. dilukisnya aku.(dia kata aku look nice atau dalam bahasa melayu baku yang dimansuhkan selepas anwar dipecat bermaksud 'engkau sangat kacak') yang di bawah ni aku suka. yang rasta aku tak suka.

makluman. mana-mana pemblog terkenal atau yang mahu terkenal dan mahu dilukis sila sebut nama aku di blog masing-masing.(ini juga politik. supaya aku lebih terkenal)

Image Hosted by ImageShack.us

p/s: aku hanya mengambil masa tiga bulan untuk menjadi pemblog terkenal setara dengan mat jan. aku yakin di pilihanraya geng jurnal akan datang tok rimau akan berputih mata untuk memegang kerusinya bagi penggal kedua. tok,pak long kampung seberang kirim salam. katanya tangkal yang dulu dah tamat tempoh. dia suruh datang ambil tangkal baru jika kamu ingin menang pilihanraya akan datang.

110322 | posted by therat at 12:31 | 3 comments

Monday, June 14, 2004

orang sibuk cerita bola, jadi untuk tidak dikatakan anti sosial, aku tengok juga bola semalam. england lawan perancis. tengok hampir habis separuh masa kedua. dzidane memang bagus.

aku teringat lama dulu. aku ikut rombongan pergi ke kuala lumpur untuk sama-sama bersorak untuk pasukan negeri aku. perlawanan akhir.

bas yang kami naiki berhenti di satu kedai mamak dipertengahan jalan. selesai makan, kami dikejutkan dengan harga makanan yang sangat mahal. walaupun tidak berpuas hati, kami bayar juga.

setelah selesai perlawanan, kami pulang. (pasukan kami kalah) kami singgah lagi di kedai mamak yang sama. kali ini kami makan dengan lebih meriah lagi. setelah selesai makan, kami terus keluar dari kedai. mamak kedai menjerit-jerit memanggil kami. kami tanya kenapa? dia menjawab yang kami belum membayar harga makanan. kami jawab kami sudah bayar. dia tanya bila? kami jawab, 'dulu, itu hari time kami datang dulu.'-tamat-

p/s: kami juga 'menangkap' seorang penyokong pasukan yang menang yang membaling cermin tingkap bas kami sehingga pecah. kami tangkap, kami tanggalkan pakaiannya sehingga tinggal seluar dalam dan kami tinggalkan dia di genting sempah.

abu yusuf melukis muka aku di fotopagesnya. imiginasinya terlalu tinggi. aku diraggaekannya. mungkin untuk mengelak dari melukis padang jarak padang terkukur aku. ahh.. itulah sahabat, lakukan apa saja untuk menutup malu temannya...
klik dibawah untuk melihat rasta pencen.

http://abuabu.fotopages.com/

setelah serak suara bersorak dan setelah lepas kekaguman melihatkan kekacakkan aku, sila ke alamat di bawah. klik dan tunggu.

http://www.al-muhaajiroun.com/videos/talks/duafull.swf

110183 | posted by therat at 14:26 | 2 comments

Sunday, June 13, 2004

ini adalah cubaan untuk merapu.

yang paling senang untuk beranak adalah bohsia. dalam jamban pun boleh beranak. sudah pupuskah generasi bohsia atau kini di beri nafas baru dengan panggilan yang lain?

dulu, lama dulu mereka di gelar anak abu. kemudian ada yang memanggilnya ration dan ada juga yang memanggilnya sebagai subsidi.

tamat percubaan pertama yang tidak berjaya.

pergi ke fotopages aku untuk melihat percubaan merapu selanjutnya.-tamat-

110056 | posted by therat at 16:29 | 0 comments

Friday, June 11, 2004

'jangan ambil duit bila kamu mengajar nanti'. ini adalah pesan bapa borhan kepada borhan semasa borhan masih belajar di mesir.

bapa borhan adalah manusia paling garang yang pernah aku jumpa. borhan ada enambelas orang adik-beradik dengan satu emak. semasa belajar membaca quran dengan bapa borhan, aku pernah tengok dia tempeleng tiga anaknya sekali gus kerana berbuat bising semasa belajar quran. bapa borhan (bah salim) meninggal di HKL kerana penyakit kanser. anak-anaknya bergilir-gilir membaca quran semasa menjaga beliau. tubuhnya yang amat besar kelihatan mengecil akibat kanser.

setelah habis belajar, borhan pergi mengajar ke merata masjid dan dia mematuhi pesanan ayahnya tadi. setiap imbuhan yang di terima akan di masukkan kembali ke tabung masjid. untuk perbelanjaan seharian, borhan berkongsi niaga dengan abang nya, rai.

aku tidak tahu hukumnya mengambil wang sebagai imbuhan mengajar quran atau apa ilmu agama. tetapi aku berpendapat ada sesuatu yang kurang enak mengenai perkara ini.

kebanyakkan guru-guru agama (bukan semua) bergantung penuh kepada imbuhan ini buat membayar ansuran rumah atau kereta. dan ada juga sebahagian yang tidak senang apabila pembayaran lambat di buat.

akan ada yang menyatakan yang guru-guru agama juga perlu hidup dan aku bersetuju. tetapi yang menjadi persoalan sekarang adalah mengapa perlu mengharapkan wang dari hasil mengajar ilmu agama.

banyak guru-guru agama yang pernah aku jumpa melakukan perkerjaan lain sebagai hasil. ada satu tokoh agama yang sangat terkenal membuka kedai membaiki jam. ada yang membuka kedai runcit. dan ada juga yang berkebun.
mereka mengajar agama secara percuma.

dan katanya,setiap panel ehwal islam di bayar sehingga rm5000 untuk setiap rancangan.-tamat-

109745 | posted by therat at 3:05 | 0 comments

Wednesday, June 9, 2004

Image Hosted by ImageShack.us
0 bulan sampaikan salam pada rat

apabila Allah menurunkan rahmat, tempat mula-mula yang akan menerima rahmat tersebut adalah baittullah. kemudian dari sana rahmat akan di sebarkan ke seluruh masjid-masjid di seluruh alam. sesiapa yang pergi ke masjid akan membawa pulang rahmat ini kerumah mereka.

kata-kata diatas adalah sebahagian dari kutbah yang pernah aku dengar beberapa tahun dulu.

masalah didalam rumah biasanya akan membawa kepada masalah didalam kampung yang kemudian pergi ke bandar dan seterusnya ke seluruh dunia.

atau lebih mudah, budak perempuan lari dari rumah, pergi ke kampung sebelah, di bawa lari dek jantan pergi ke bandar kemudian di jual ke siam dan di langgani oleh segala macam orang dari seluruh dunia.

mungkin contoh di atas tidak berapa baik, tetapi itulah yang terbaik yang dapat aku fikirkan saat ini.

banyak lagi sebenarnya masalah yang berpunca dari rumah yang hanya di sebabkan tiadanya rahmat yang di bawa pulang.-tamat-

p/s: ada juga mereka-mereka yang tidak ke masjid tetapi mendapat rahmat tadi. mereka adalah tokeh-tokeh kedai yang kita singgah setiap kali selepas sembahyang. lihat perniagaan mereka. maju bukan main. tak apalah, sekurang-kurangnya di depan tuhan nanti kita boleh mendakwa memberikan rahmat kepada mereka.

sila ke alamat di bawah untuk melihat lukisan yang seribu kali lebih baik dari gambar yang aku buat. gambar di atas adalah satu contoh lukisan beliau dan aku berdoa semoga beliau tidak menjumpai blog aku ini. (untuk efek sila baca blog ini sambil mendengar lagu o bulan oleh m nasir)

http://abuabu.fotopages.com/

109457 | posted by therat at 12:12 | 0 comments

Tuesday, June 8, 2004

cadangan:untuk efek yang lebih bagus, sila baca tulisan di bawah dalam loghat terengganu sambil mendengar lagu blues terangganu kita.

+ ayah wan, saya ni payah betul nak hafal doa-doa harian. kalau
baca bismillah ganti doa masuk tandas ke, doa makan ke, doa
tidur ke...boleh?

- bolehhhhh...siapa yang kata tak boleh? macam pakai gunting buat potong rambut, buat belah kayu, buat siang ikan...boleh pulak. siapa kata tak boleh? bodoh....

.........

mat jan, aku buang gambar tu kerana,

i. aku ingat ko tak lalu area ni.
ii. aku ingat ko tak suka.

ini aku ganti.
baru. (sorry, aku lupa kaler leher ko)

Image Hosted by ImageShack.us
mat jan.

bagus juga ya lagu alhamdulillah yasin/ too phat. cuma jika di tiadakan rap aku rasa lebih bagus. suara perempuan bersajak mengingatkan aku kepada wayang-wayang rano karno. ahh..christine panjaitan...

109323 | posted by therat at 12:49 | 2 comments

Sunday, June 6, 2004

aku membaca cerpen tulisan jimadie shah di mingguan malaya. jarang sebenarnya aku membaca cerpen. kerana setiap kali aku membaca, aku akan perhatikan baris pertama ayat yang di tulis. jika menarik, aku sambung. jika tidak aku berhenti. semua pembacaan aku mengikut keadah ini.antara tulisan terawal yang menarik yang pernah aku baca adalah buku mona gersang. fuh!!

cerpen drirwan berjudul gila juga menarik. ringkas dan menarik. (www.esastera.com) (bodek i)

aku membaca tulisan jimadie shah kerana beberapa sebab. pertama kerana dia membela aku ( aku rasa) semasa aku di hentam teruk di esastera.com dulu.MBA secara senyap-senyap juga membela aku. dan ke dua kerana tulisan dia bagus.

begitu juga dengan beberapa blog yang aku temui di sini. semuanya aku baca. selain mat jan, blog pajak gadai juga membuatkan aku ketawa. mereka memang bagus. tok rimau di kelasnya tersendiri. (bodek ii)

dairi datin adalah satu tulisan yang amat bagus, tetapi isi kandunganya membuatkan kita menangis.

blog adik-adik (anak-anak?) biasanya tidak menceritakan apa-apa. mereka hanya mencatit rutin harian. dari yang berpuluh tahun mencari cinta hinggalah kepada yang terkulat-kulat terpegun dengan hamba dari seberang.

kawan-kawan yang di luar negara juga menceritakan kelebihan dan kekurangan negara yang mereka lawati. dan kawan-kawan di luar negara biasanya akan melawat dari satu tempat ke satu tempat untuk bergambar dan berhibur.sendirian, bersama kawan atau bersama keluarga. mereka biasanya akan melihat apa yang di lihat oleh beribu-ribu kawan-kawan di luar negara yang lepas dan juga yang akan datang. mereka pergi ke tempat-tempat yang dulunya hanya mereka dengar atau lihat gambarnya. mereka cuma mengesahkan keujudan tempat-tempat tersebut.

musim sejuk nanti, mereka akan bergambar di dalam salji. untuk di hantar kepada keluarga di malaya. aku pun sama. gambar aku dalam saljilah yang di jaja oleh bonda kesayangan aku ke merata tempat. dia takut orang tak percaya anak kesayangan dia duduk luar negara. tapi itulah emak. bangga apa saja dengan anak mereka. dan menutup apa saja kesalahan anak mereka. mereka tidak bersalah, cuma kita kadangkala banyak sangat 'ter'. seperti 'terbeli' wayang kongkek. (maaf, aku masih belum habis dengan cerita ini. cuma terlalu sedih apabila ada yang sampai hati menghina para nabi hingga begitu. aku tidak akan menggunakan perkataan babi di sini kerana aku telah menulis perkataan babi di ayat tadi. aku juga cuba me-*mellowkan tulisan aku supaya aku sendiri tidak terpengaruh dengan apa yang aku tulis)

aku tidak bergambar dan tidak melawat kemana-mana kerana seluruh dunia tahu aku di luar negara dan aku boleh auta apa saja.-tamat-

MBA, macam dia cerita, jumpa masa aku merayau-rayau. geng jahat dia yang kata. jika betul, mengumpat, jika salah, fitnah.

* mellow adalah ayat yang di berikan kepada aku oleh airmas sz setelah aku menukar nama.

lope, aku baca tulisan kamu.kamu banyak mengajar aku perkataan baru. perkataan santai di atas adalah ehsan dari tulisan kamu.

aku curi doa ini dari blog mak andeh

http://makandeh.blogspot.com/

doa anaknya.
budak-budak. senang.

Ya Allah, Engkau tidak makbulkan doaku tapi aku nak tanya, kenapa Engkau tidak makbulkan doaku ini. Aku ialah hambamu. Aku ialah makhlukmu. Jadi, tolonglah makbulkan doaku ini. Kalau engkau makbulkan, aku akan mengucapkan terima kasih banyak-banyak. Cuba Engkau dengar ya.

"Ya Allah Ya Tuhan
Doaku Panjatkan
Limpahkan HidayahMu
Ya Wasi'al Karimi"

Tapi kenapa Engkau tidak makbulkan ?
Tolonglah kali ini, aku rayu pada Kamu Ya Allah
Tolonglah, janganlah Kau matikan ikanku. Tolonglah,
Aku rayu pada Engkau, Tolong aku Ya Allah
Engkau mesti janji pada hambamu ini
Ya Allah Ya Tuhan, tolongkah aku, janji pada aku
Tolong jangan matikan ikanku ini. Tolonglah Ya Allah

Ya Allah Aku rayu pada Kau
Tolonglah makbulkan doaku ini
Tolong.

Ya Allah Maha Berkuasa

apa agaknya yang kita doakan?

109010 | posted by therat at 5:19 | 1 comments

Saturday, June 5, 2004

hari ini aku ke pesta buku. cari buku yang hebat-hebat dari penulis yang besar-besar untuk menjadi bahan tulisan yang akan membanggakan di dalam blog aku. biar orang semua tahu yang aku adalah seorang yang amat minat membaca. aku tahu segala macam teori. aku tahu setiap patah perkataan dalam buku tulisan penulis tersohor dan aku tahu novel mana yang tidak mengunnakan walau satu pun huruf 'e' dalam penulisanya.

di rumah aku ada kutubkhanah kecil yang besar. ada lebih kurang empatpuluh ribu buku yang semua telah aku baca. tidak hairanlah aku amat handal menulis. aku tahu dimana dan di mukasurat mana tulisan tentang apa sekalipun.

aku tidak boleh di ganggu apabila sedang membaca. isteri dan anak-anak aku, hatta ibu aku sendiri akan merendahkan suara apabila aku sedang membaca.biasanya aku menghabiskan berjam-jam masa untuk membaca. dari novel tentang perempuan yang hilang laki kepada teori mein kroft.

setelah selesai membaca semua buku-buku, aku akan bersantai sambil menghisap rokok dan membelek-belek tafsir quran tulisan hamka untuk mencari ayat-ayat quran yang boleh aku sabitkan dalam tulisan di blog ini.aku. aku.aku.-tamat-

uipts, jangan risau tentang beraku-engkau dengan aku kerana jika tulisan itu di terjemahkan ke dalam bahasa inggeris, ianya kelihatan amat sopan.( jika diterjemahkan kedalam bahasa arab dan dibacakan dengan sedikit lagu, siapa pun tidak menyangka yang tulisan itu sebenarnya tulisan memuji-muji aku)

108936 | posted by therat at 5:03 | 1 comments

Friday, June 4, 2004

min
ini hatiku
ambil
dan simpan didalam
hati mu

bosan nanti
kembalikan hati itu
kepada aku

min
hidup ini
ringkas

tidak perlu tangis-menangisi
tidak perlu bunuh diri

min

uipts, aku tidak mahu membina apa-apa empayar. aku menulis hanya kerana aku punya banyak masa lapang dan akan berhenti apabila masa lapang itu di penuhi.

108900 | posted by therat at 20:00 | 1 comments

Thursday, June 3, 2004

sifat ingin tahu sebahagian masyarakat malaya amat membanggakan.

sebagai contoh, cuba kita ambil tajuk berita dari akhbar sensasi tentang bagaimana tokeh wayang kongkek menghina para nabi. ( dari tajuk-tajuk yang sudah-sudah akhbar sensasi ini, aku berpendapat tokeh wayang kongkek dan juga tokeh akbar sensasi ini adalah orang yang sama. dia menyiarkan berita itu untuk melariskan wayang kongkeknya dan sebaliknya)

apabila tersiar berita mengenai wayang kongkek itu, maka sebahagian masyarakat malaya yang bersifat ingin tahu akan segera meluru ke pasar-pasar malam untuk mencari penjual vcd (yang kadang-kala menjadi cikgu sekolah kata tok rimau) untuk bertanya kan wayang kongkek tersebut. ada dua kategori manusia yang berjumpa dengan cikgu part-time ini. pertama yang menegur cikgu part-time dengan ' err..tokeh...' atau pun yang dari jauh lagi akan di ' bos! bos! niari ada baru punya!' oleh cikgu part-time tersebut.mereka kawan lama. pelanggan tetap wayang kongkek.

kedua-dua mereka akan mendapatkan wayang kongkek tersebut untuk mengesahkan berita sensasi tersebut. apabila terbukti betul apa yang di sensasikan oleh akhbar tersebut maka mereka secara senyap-senyap merasa puas kerana berjaya mengikut aliran semasa dan secara bising-bising akan berkongsi wayang kongkek tersebut dengan kawan-kawan yang tidak berkesempatan berjumpa dengan cikgu part-time kita tadi.

sebahagian lain masyarakat malaya yang membaca berita sensasi tadi akan marah. akan menyumpah-yumpah ( dalam blog) , kemudian kembali ke ruang selibriti. (berita nabi di hina pun perlu berkongsi dengan berita heronya pelakon)

jika hal ini berlaku di india, indonesia atau pun di mana sahaja kecuali malaya, akan berlaku tunjuk perasaan, cikgu part-time tadi akan di ganyang, meja pamerannya akan di pecahkan jika tidak kepalanya. dan masyarakat akan mencari siapa yang menerbitkan penghinaan tersebut dan tidak mustahil dia akan di bunuh.

tetapi tidak di malaya. kita pergi pasar malam, peluk tokeh wayang kongkek dan minta pelan-pelan. babi! -tamat-

MBA, terima kasih. selesai masalah pop-ups. terima kasih banyak.

108748 | posted by therat at 12:42 | 2 comments

Wednesday, June 2, 2004

babi! babi! babi! babi! babi!
buat lah sejuta wayang kongkek
aku tidak peduli
tapi jangan engkau sentuh nabi aku!
babi! babi! babi!babi! babi!babi!babi!
babi! babi! babi! babi! babi babi! babi! babi!!!!!!

108634 | posted by therat at 13:58 | 1 comments

Tuesday, June 1, 2004

mula-mula aku nak jawab pertanyaan MBA. sebab dia MBA.sebab dia kawan lama aku. jumpa tak pernah, bergaduh pun tak pernah. kami berkawan di esastera.com.

MBA, blog kamu keluar laju macam kilat. ( aku juga secara diam-diam selalu ke blog kamu) tentang blog ini yang kurang laju, minta maaf MBA, aku tidak berapa paham tentang IT ni. yang aku tahu komputer aku sekarang ini di bebankan dengan bermacam pop-ups dan jika tidak silap pembacaan aku, komputer ini juga di penuhi dengan virus yang katanya bernama 'spyware'. MBA boleh tolong?

tamat MBA.

mula tulisan.

dahulu. hamba adalah sehina-hina manusia. ( sila rujuk filim p.ramlee). hamba tidak memiliki apa-apa hatta dirinya sendiri. hamba boleh diperlaku mengikut kesukaan atau kemarahan tuannya.
di dalam islam hamba kadang kala boleh di gunakan untuk menebus dosa. hamba perempuan adalah halal untuk di tiduri oleh tuannya. ( jangan beritahu perkara ini kepada 'kakak-kakak dalam islam', kerana mereka libih gila dari aku) hamba juga di jualbeli. ada juga hamba yang menjadi rebutan. boleh jadi kerana kecantikkannya atau pun dek kerana kemerduan suaranya. pendek kata seorang hamba menjadi berharga apabila ia memiliki keistimewaan. harga mereka melambung tinggi.

sekarang. adalah menjadi impian setiap pasukan bolasepak untuk memiliki pemain-pemain yang handal. dzidane,becham dan nama-nama lain lagi. ( hanya dua ini yang aku kenal. dzidane kerana dia amat cerdik apabila dipadang. becham kerana akhbar di sini saban hari menghebahkan cerita mengenai beliau. contoh tajuk berita mengenai becham, 'BECHAM KENTUT!') . harga bagi mendapatkan kedua pemain ini amat tinggi. (jangan tanya aku berapa kerana aku tidak tahu).

begitu juga dengan penyanyi. jika suara merdu dan muka jambu, maka berebutlah tokeh rekod menawarkan bayaran yang mahal. kita juga akan berduyun-duyun ke tapak pesta untuk menyaksikan ke hebatan mereka.

pemain bola dan penyanyi adalah dua contoh hamba. banyak lagi contoh-contoh hamba. tetapi disebabkan kemalasan maka tidak aku tulis.

penyanyi dan pemain bola di puja dan di hormati.

kemudia. cuba semak senarai tanda-tanda kiamat dan cari tajuk mengenai hamba menjadi tuan atau kamu mahu tunggu matahari terbit songsang?-tamat-

aku pernah menulis yang aku sukakan lagu hindi dari raihan. rupa-rupanya raihan juga pernah menyanyikan lagu cina. tahun depan aku yakin atas desakan peminat, raihan akan merakamkan lagu siam.

108508 | posted by therat at 12:14 | 2 comments

Sunday, May 30, 2004

ada tiga perkara yang harus di ingat setelah selesai kita memotong kuku.

pertama.

setelah memotong kuku tangan dan kaki, kita akan merasa satu kepuasan dan terasa bersih. ini mungkin di sebabkan ianya adalah satu anjuran agama dan juga menjadi sunnah untuk memotong kuku dan juga menjaga kebersihan.

kedua.

kuku adalah harta milik kita. tetapi kebanyakkan kita tidak merasa kehilangan apabila membuang kuku. kita mengharapkan perkara yang sama dengan segala harta lain milik kita.samada kehilang jam tangan atau kehilangan apa sahaja.

ketiga.

ingat tulisan ini apabila memotong kuku tangan dan kaki dan doakan aku.-tamat-

untuk melihat lukisan orang yang kehilangan jam tangan dan baru selesai memotong kuku, sila ke alamat di tulisan yang lepas.

108256 | posted by therat at 7:44 | 1 comments

Saturday, May 29, 2004

percaya kepada benda-benda ghaib adalah salah satu dari rukun iman.

maka kita pun mula percaya yang kedai makan yang kita usahakan tidak maju atau tidak akan maju tanpa pertolongan dari pak long yang tinggal hujung kampung sana. sebelum membuka kedai makan samada yang bertaraf restoran atau pun hanya sebuah bangsal goreng pisang, kita akan segera berjumpa pak long untuk meminta tangkal, azimat, pendinding, pelaris dan pemanis.

kita juga percaya yang kudis di kaki anak kita yang sudah berpuluh kali di rawat tapi masih tidak sembuh juga adalah angkara makhluk alam ghaib. kita segera juga berjumpa dengan pak long untuk meminta beliau berunding bagi pihak kita dengan makhluk tumpangan tersebut.

untuk menang jawatan ajk jkkk pun kita perlu berjumpa dengan pak long. untuk jawatan ketua pemuda pak long tidak mampu, itu kita perlu pergi ke seberang sana. jumpa dengan wak karno.-tamat-

sedikit mengenai tandas di sini.
kami perlu membawa bekas air,selalunya botol air mineral, apabila hendak ketandas di sini kerana kebanyakan tandas tidak menyediakan paip di dalam tandas.
sedikit pesanan.
basuh kecing kerana nabi sallallahalaiwasallam berpesan begitu bagi mengelakan siksa kubur.

dan sedikit iklan.
tengok gambar di sini

http://tareht.fotopages.com/

108158 | posted by therat at 7:09 | 0 comments

Friday, May 28, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

bila aku membaca kisah di blog tok rimau mengenai kembalinya seorang lelaki kepada islam, aku jadi teringat kepada dua kisah yang agak serupa. ( tok rimau, aku minta maaf kerana meniru kamu). kisah aku tidaklah dramatik seperti kisah tok rimau.

kisah pertama berlaku di malaya beberapa tahun yang lalu.

seorang lelaki jepun yang bertugas dengan sebuah kilang di malaya telah memeluk islam kerana tidur. dia menghadapi masalah untuk tidur. baik siang atau malam. dia bagaimanapun amat kagum dengan kebolehan sebahagian rakyat malaya yang di lihatnya boleh tidur dalam keadaan panas terik. dimana dia melihat keadaan itu? di masjid di jalan masjid india pada hari jumaat.

suatu hari tanpa di ketahui sesiapa, dia telah ke masjid jamek kuala lumpur waktu tenghari selepas zohor. dia hanya duduk di bahagian luar masjid. tidak berapa lama kemudian dia tertidur.

hanya disebabkan ini dia kembali kepada islam.

moral kisah pertama.
tidurlah di masjid.

kisah kedua pula berlaku disini.
seorang lelaki inggeris telah kembali kepada islam setelah melihat bagaimana seorang lelaki islam membuang air kecil di tandas.

lelaki inggeris ini melihat lelaki islam tadi tidak membuang air kecil di tempat berdiri, sebaliknya menunggu sehingga tandas kosong. dia bertanya kepada lelaki islam tersebut adakah dia menunggu tandas kosong kerana dia ingin membuang air besar? lelaki islam memjawab yang dia cuma ingin membuang air kecil. 'mengapa tidak gunakan tempat berdiri?'. ' o..tidak boleh, saya perlu duduk untuk membuang air kecil'. 'mengapa?' tanya lelaki inggeris tadi. 'kerana agama saya mengajarnya begitu'. 'agama apa?' 'islam', jawab lelaki islam itu. 'jika hingga kepada cara membuang air kecil pun di ajarkan oleh agama kamu, pasti ini agama betul!'.

dia seterusnya mengkaji mengenai islam dan kembali kepada islam tidak lama kemudian.

moral kisah kedua.
duduk kalau kencing.-tamat-

108107 | posted by therat at 14:06 | 1 comments

Wednesday, May 26, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

piring terbang, ufo dan yang sewaktu dengannya adalah satu-satunya subjek yang paling aku minati.lain dari itu tidak ada yang aku suka. hmm..boleh jadi ufo dan bob dylan. menulis aku tidak suka. melukis aku tidak suka. khabarnya di malaya baru-baru ini satu kampung terlihat ufo. alangkah baiknya jika aku ada di sana.-tamat-

baca ufo sini.

http://www.qtm.net/~geibdan/framemst.html

p/s: aku tidak percaya manusia pernah ke bulan dan aku tahu berapa kali aku gunakan perkatan 'dan' dalam blog ini.

107836 | posted by therat at 15:11 | 0 comments

Monday, May 24, 2004

107447 | posted by therat at 15:31 | 0 comments

Sunday, May 23, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

seladang jantan adalah binatang yang paling cantik yang pernah aku tengok. dengan badan hitam pekat dan stokin putihnya hanya satu perkataan yang boleh mengambarkannya,magnificent!

singa jantan pula adalah binatang yang kelihatan paling gagah. memang layaklah ia di gelar raja rimba.

merak jantan juga adalah burung yang paling cantik. dengan bulunya yang berwarna-warni. memang layak ia sombong.

di alam haiwan semua yang cantik dan gagah adalah milik haiwan jantan.

bukan untuk samakan haiwan dengan manusia, tapi aku berpendapat berhias adalah milik lelaki. perhatikan larangan lelaki untuk BERHIAS dengan emas dan sutera. cuba fikir sebalik larangan tersebut. (awas- ini mungkin ciri-ciri ajaran sesat) ia sebenarnya menyuruh lelaki berhias melainkan dengan emas dan sutera.

perempuan memberi alasan mereka berhias untuk suami. mereka berhias untuk kepejabat walaupun suami mereka berkerja di lain pejabat. mereka berhias apabila ada majlis yang kadangkala suami mereka tidak di undang. biasanya perempuan akan berhias untuk suami apabila keluar dari rumah. apa mereka tidak berhias untuk suami di rumah? para suami yang membaca tulisan ini di rumah sila toleh ke belakang dan lihat sendiri.

perempuan yang belum bersuami terkecuali kerana mereka harus belajar berhias buat persediaan apabila berlaki nanti.-tamat-

p/s: untuk lelaki yang berhias tetapi tidak menyimpan misai atau janggut, sila bandingkan wajah kamu dengan semua pondan.

107239 | posted by therat at 5:26 | 2 comments

Friday, May 21, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

sebelum pilihanraya 200

Image Hosted by ImageShack.us

selepas pilihanraya 2004

setiap kali jika aku membaca mengenai 'kemalangan' yang menimpa islam dan umatnya, aku akan segera memikirkan hadis nabi sallallahalaihiwasalam yang bermaksud (lebih kurang) 'orang yang mendirikan sembahyang menegakan agama, orang yang meninggalkan sembahyang, meruntuhkan agama'. dan setiap kali juga aku akan menyalahkan diri sendiri atas apa yang berlaku kepada islam dan umatnya. tetapi apabila membaca mengenai penderaan yang di lakukan terhadap tahanan di penjara abu gharib aku menjadi sangat marah dan sedih.

sampai sungguh hati mereka memalukan umat islam.
benci benar mereka kepada kita. aku tidak pernah mendoakan sesiapa pun supaya segera mati dan di humbam ke neraka, dan aku berbelah bagi untuk mendoakan begini kepada pendera tersebut. cuma aku berdoa supaya mereka mendapat bahagian mereka dengan kadar segera.-tamat-

sedikit mengenai rakyat amerika.
rakyat amerika adalah hasil dari kempen cinta negara yang paling berjaya di dunia. kebanyakan rakyat amerika adalah sangat patriotik. dan mereka percaya apa saja yang di katakan oleh media.
amerika juga adalah negara paling komersil di dunia di mana segalanya di nilai dengan wang. menjadi terkenal dan kaya adalah salah satu tujuan hidup rakyat disana.

107111 | posted by therat at 19:17 | 1 comments

Thursday, May 20, 2004

106945 | posted by therat at 12:10 | 0 comments

masjid tempat aku ada tiga orang imam. iman satu seorang tua yang berjanggut merah (inai), imam dua dalam empatpuluhan dan imam tiga lewat duapuluhan. imam tiga juga anak kepada imam satu.

sembahyang tidak akan dimulakan selagi mana-mana satu dari ketiga-tiga imam ini datang. dan imam-imam ini juga akan menunggu sehingga rakannya yang bertugas hari itu datang baru sembahyang akan dimulakan.

imam yang bertugas akan datang tepat pada waktu sembahyang. misalnya, sembahyang zohor untuk hari ini adalah 1:31 tengahari. maka tepat 1:31 tengahari, imam yang bertugas akan datang untuk mengimami sembahyang. selama aku disini, belum pernah sekali pun imam yang bertugas datang lewat. dan belum pernah juga berlaku imam yang tidak bertugas mengambil alih tempat imam yang bertugas.

selepas sembahyang, ( ini yang sebenarnya yang hendak aku ceritakan) imam dua ,imam tiga dan lebih kurang sepuluh orang jemaah akan mengiringi imam tua pulang kerumahnya. rumahnya selang empat buah dari masjid. mereka-mereka yang mengiringi imam tua ini akan berjalan di belakang imam tua. sampai di muka pintu rumahnya, dia akan menyerahkan kunci rumahnya kepada imam dua. imam dua akan menyambutnya dengan kedua-dua belah tangannya. imam dua akan membuka pintu rumah imam tua dan menghulurkan kembali kunci tadi (juga dengan kedua-dua belah tangannya) kepada imam tua. imam tua akan memberikan sedikit nasihat kepada jemaah yang mengikut beliau tadi. jemaah akan mendengar kata-kata dari imam tua sambil menundukan kepala. selepas beberapa minit, imam tua masuk kerumah dan jemaah pun bersurai.

rutin ini berlaku setiap hari. lima kali sehari.

aku pernah bertanya kepada jemaah disini adakah imam tua ini pemimpin kepada apa-apa pertubuhan. atau adakah beliau shiekh tarikat atau pun adakah beliau mempunyai apa-apa kedudukan. jawap mereka. 'tidak, dia cuma imam sembahyang kami.'

masjid tempat aku cuma sebuah masjid kecil. sama seperti masjid-masjid atau surau-surau di taman perumahan yang ada di malaya.

di malaya perbuatan seperti diatas di panggil ' taksub pemimpin'. -tamat-

tok rimau, aku bukan menyatakan dia bersembahyang kerana kopiah aku, cuma sebagai melayu aku menceritakan 'buang tebiat' sebelum matinya. (minta kopiah)

106944 | posted by therat at 12:08 | 2 comments

Monday, May 17, 2004

nafikan lah sekeras-kerasnya. berilah sejuta alasan. tetapi bila berkumpul lelaki dan perempuan dalam satu tempat atas apa alasan sekalipun maka yang bakal terbit darinya adalah maksiat.
panggil aku apa saja. katakan apa saja, bila engkau kumpul dua kumpulan yang bertentangan tetapi mempunyai tarikan yang kuat untuk bersatu ini, tidak dapat tidak mesti terjadi maksiat.

buat usrah. lelaki dan perempuan berbincang tentang agama dalam keadaan boleh berpandangan. yang terbaik darinya adalah ada yang bertemu jodoh. disatukan dan mereka berkasih-kasihan setelah di ijapkabulkan.

atau mereka berpandangan. bertanya-tanya siapa aganya yang berjanggut lebat dan mata hitam pekat. atau siapa agaknya yang bertudung kuning air bermata lembut sedikit juling. meminta nombor talipon bimbit. berbual hingga tengah malam. berkasih-kasihan sebelum di ijabkabulkan. bertukar-tukar hadiah. kemudian bertukar-tukar resah. bertemu sebelum nikah kemudian engkau sambung sendiri kerana engakau juga seperti aku pernah disitu.

golongan di atas berniat baik. untuk mengamalkan agama. malangnya ikut kepala sendiri. lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas tanpa sekatan. apa bodoh sangat!

lelaki dan perempuan. laki orang dan bini orang. jantan muda dengan betina muda. mandi laut. mandi sungai. tutup aurat. pakai tudung. nampak segala alur. bodoh! bodoh! bodoh!-tamat-

sedikit mengenai kumpulan musik madi gemuk.
lan juga adalah pemain gitar kumpulan madi gemuk. dia meninggal akibat kemalangan jalanraya. lebih kurang sebulan sebelum kemalangan tersebut dia ada meminta kopiah yang dia pernah nampak aku pakai. aku mencari kopian tersebut dan aku berikan kepadanya. seminggu sebelum kemalangan dia memberitau aku, ' kopiah engkau buat aku rajin sembahyang.' katanya sambil senyum.

106492 | posted by therat at 15:57 | 4 comments

Sunday, May 16, 2004

'boleh bawak aku jumpa member engkau yang boleh nyanyi tu?' tanya madi gemuk masa kami duduk menghabiskan masa di bawah pokok tembesu besar belakang kedai sidek. aku dan pa tercengang. 'sapa?' tanya pa. 'alah, kawan engkau yang engkau kata suara sedap tu'. aku dan pa tertanya-tanya. 'tonjong?' tanya aku kepada madi gemuk. 'ye la agaknya'. jawab madi gemuk sambil melibaskan rambut panjangnya kebelakang.

madi gemuk adalah ketua kumpulan musik. dia sedang mencari penyanyi bagi kumpulan musiknya.

'budak hitam yang nyanyi dengan geng engkau mana pergi?' tanya pa. madi gemuk menerangkan kepada kami yang dia ingin mencari penyanyi baru yang lebih 'putih' dari penyanyi sekarang. katanya 'aku nak buat rekod, sapa nak beli kalau penyanyi hitam'.

aku dan pa kemudia membawa madi gemuk bertemu dengan zul tonjong. setelah berbincang, zul tonjong bersetuju untuk menjadi penyanyi untuk kumpulan madi gemuk.

aku lupa berapa rekod yang mereka rakamkan, tetapi mereka agak terkenal dan pernah memasuki pertandingan musik di tv.

selepas beberapa tahun bergiat secara kumpulan, mereka akhirnya berpecah. mungkin kerana tidak mendapat sambutan.

tidak berapa lama selepas itu, kami memdapat berita yang zul tonjong sedang tenat di hospital setelah di pukul oleh beberapa orang lelaki. dia meninggal tidak lama kemudian.

madi gemuk sekarang sedang sibuk mencari rezeki merata tempat. dia pernah membuka restoran di putra jaya semasa putra jaya masih baru di buka. perniagaannya tidak mendapat sambut. dia kemudia mengambil upah menebar roti canai. tapi juga tidak mendatangkan hasil yang baik. terakhir aku dengar dia telah bercerai dengan isterinya dan aku tidak pasti di mana dia sekarang.

saipul adalah pemain drum bagi kumpulan madi gemuk. dia kini berkerja sendiri dan berkedudukan agak selesa.

mazuan adalah pemain gitar utama kumpulan madi. dia masih belum berkahwin.dan dia adalah antara ahli kumpulan tersebut yang paling berjaya. dia aktif dalah jemaah agama di malaya.

bila terdengar lagu 'patahnya sayap' aku teringatkan mereka.-tamat-

106287 | posted by therat at 5:58 | 1 comments

Friday, May 14, 2004

karl brecknock adalah seorang pemuda yang amat benci dengan islam. benci kepada agamanya dan juga kepada orangnya. setiap kali berjumpa dengan orang islam dia akan memukul mereka. setiap masjid yang ditemuinya akan di rosakkan. dia adalah antara penjahat yang paling di kehendaki di coventry. tidak susah untuk mengenalinya kerana badan dan tangannya penuh dengan tatoo.

sulaiman adalah lelaki pertengahan umur yang amat rajin beribadat. setiap lima waktu sembahyang dia akan kelihatan berjalan perlahan-lahan ke masjid. langkahnya kini tidak lagi sesombong waktu remajanya. dia adalah gambaran seorang yang amat takut dengan TUHAN.tidak susah untuk mengenalinya kerana badan dan tangannya penuh dengan tatoo dan nama penuh beliau adalah sulaiman kark brecknock.

faris adalah orang putih yang pandai berbahasa melayu. dia tinggal di malaya selama lima tahun dan baru-baru ini beliau kembali ke mari 'untuk cari duit' katanya. 'kemudia saya kembali ke malaya. saya suka malaya dan saya mahu anak-anak saya membesar di malaya. dan saya suka makanan melayu. saya suka sambal udang petai. saya suka nasi putih dan saya suka kicap manis habhal.' aku tak pernah jumpa orang putih yang sangat melayu seperti faris. dia juga rajin ke masjid.

kadang-kadang mengalir airmata apabila mendengar cerita mereka. cerita bagaimana mereka kembali kepada islam. cerita bagaimana mereka belajar al-quran . cerita bagaimana mereka jatuh cinta kepada rasullallah sallallahalaihiwasallam. dan cerita tentang kicap habhal. dan airmata juga mengalir lebih deras apabila ada cucu ulama besar, anak ustad besar yang membiarkan isteri tidak menutup aurat.-tamat-

aku tidak lagi akan menggunakan nama therat. mulai hari ini aku menggunakan nama abdullahJONES. abdullah kerana aku mahu jadi abdullah, jones kerana counting crows.

lirik mr.jones

106120 | posted by therat at 15:58 | 0 comments

Thursday, May 13, 2004

Image Hosted by ImageShack.us

cium #69. untuk sofeanny.

terima kasih sofeanny kerana memberitahu cara mengecilkan gambar di sini.
terima kasih juga semua yang menulis di ruang komen.

tiada cerita. aku letih.

105897 | posted by therat at 8:52 | 1 comments

Wednesday, May 12, 2004

untuk bersembahyang tepat pada waktunya semasa berkerja disini memerlukan sedikit pengorbanan. pertama korbankan masa. kedua korbankan wang. kami diberi pilihan samada menggantikan masa yang kami ambil untuk bersembahyang ataupun gaji dipotong mengikut masa yang diambil. sembahyang biasanya mengambil masa kurang dari sepuluh minit untuk dilaksanakan.

pesanan untuk pekerja-pekerja di malaya, sembahyanglah tepat pada masanya kerana kamu tidak dipotong gaji dan juga tidak perlu menggantikan masa yang kamu ambil untuk sembahyang.-tamat-

105737 | posted by therat at 15:56 | 2 comments

105682 | posted by therat at 9:56 | 0 comments