|
nafikan lah sekeras-kerasnya. berilah sejuta alasan. tetapi bila berkumpul lelaki dan perempuan dalam satu tempat atas apa alasan sekalipun maka yang bakal terbit darinya adalah maksiat. panggil aku apa saja. katakan apa saja, bila engkau kumpul dua kumpulan yang bertentangan tetapi mempunyai tarikan yang kuat untuk bersatu ini, tidak dapat tidak mesti terjadi maksiat. buat usrah. lelaki dan perempuan berbincang tentang agama dalam keadaan boleh berpandangan. yang terbaik darinya adalah ada yang bertemu jodoh. disatukan dan mereka berkasih-kasihan setelah di ijapkabulkan. atau mereka berpandangan. bertanya-tanya siapa aganya yang berjanggut lebat dan mata hitam pekat. atau siapa agaknya yang bertudung kuning air bermata lembut sedikit juling. meminta nombor talipon bimbit. berbual hingga tengah malam. berkasih-kasihan sebelum di ijabkabulkan. bertukar-tukar hadiah. kemudian bertukar-tukar resah. bertemu sebelum nikah kemudian engkau sambung sendiri kerana engakau juga seperti aku pernah disitu. golongan di atas berniat baik. untuk mengamalkan agama. malangnya ikut kepala sendiri. lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas tanpa sekatan. apa bodoh sangat! lelaki dan perempuan. laki orang dan bini orang. jantan muda dengan betina muda. mandi laut. mandi sungai. tutup aurat. pakai tudung. nampak segala alur. bodoh! bodoh! bodoh!-tamat- sedikit mengenai kumpulan musik madi gemuk. lan juga adalah pemain gitar kumpulan madi gemuk. dia meninggal akibat kemalangan jalanraya. lebih kurang sebulan sebelum kemalangan tersebut dia ada meminta kopiah yang dia pernah nampak aku pakai. aku mencari kopian tersebut dan aku berikan kepadanya. seminggu sebelum kemalangan dia memberitau aku, ' kopiah engkau buat aku rajin sembahyang.' katanya sambil senyum.
last modified May 17, 2004 at 16:05
tak perlu aku nafikan,memang ya. engkau memang patut sebut di sini aku rasa faham apa yang kau siratkan
tersirat sungguh entri ini. 
dan meninggal sebulan kemudian?
Kalau aku jumpa kau, aku nak minta kopiah juga.
|