|
masjid tempat aku ada tiga orang imam. iman satu seorang tua yang berjanggut merah (inai), imam dua dalam empatpuluhan dan imam tiga lewat duapuluhan. imam tiga juga anak kepada imam satu. sembahyang tidak akan dimulakan selagi mana-mana satu dari ketiga-tiga imam ini datang. dan imam-imam ini juga akan menunggu sehingga rakannya yang bertugas hari itu datang baru sembahyang akan dimulakan. imam yang bertugas akan datang tepat pada waktu sembahyang. misalnya, sembahyang zohor untuk hari ini adalah 1:31 tengahari. maka tepat 1:31 tengahari, imam yang bertugas akan datang untuk mengimami sembahyang. selama aku disini, belum pernah sekali pun imam yang bertugas datang lewat. dan belum pernah juga berlaku imam yang tidak bertugas mengambil alih tempat imam yang bertugas. selepas sembahyang, ( ini yang sebenarnya yang hendak aku ceritakan) imam dua ,imam tiga dan lebih kurang sepuluh orang jemaah akan mengiringi imam tua pulang kerumahnya. rumahnya selang empat buah dari masjid. mereka-mereka yang mengiringi imam tua ini akan berjalan di belakang imam tua. sampai di muka pintu rumahnya, dia akan menyerahkan kunci rumahnya kepada imam dua. imam dua akan menyambutnya dengan kedua-dua belah tangannya. imam dua akan membuka pintu rumah imam tua dan menghulurkan kembali kunci tadi (juga dengan kedua-dua belah tangannya) kepada imam tua. imam tua akan memberikan sedikit nasihat kepada jemaah yang mengikut beliau tadi. jemaah akan mendengar kata-kata dari imam tua sambil menundukan kepala. selepas beberapa minit, imam tua masuk kerumah dan jemaah pun bersurai. rutin ini berlaku setiap hari. lima kali sehari. aku pernah bertanya kepada jemaah disini adakah imam tua ini pemimpin kepada apa-apa pertubuhan. atau adakah beliau shiekh tarikat atau pun adakah beliau mempunyai apa-apa kedudukan. jawap mereka. 'tidak, dia cuma imam sembahyang kami.' masjid tempat aku cuma sebuah masjid kecil. sama seperti masjid-masjid atau surau-surau di taman perumahan yang ada di malaya. di malaya perbuatan seperti diatas di panggil ' taksub pemimpin'. -tamat- tok rimau, aku bukan menyatakan dia bersembahyang kerana kopiah aku, cuma sebagai melayu aku menceritakan 'buang tebiat' sebelum matinya. (minta kopiah)
last modified May 20, 2004 at 12:08
Aku tak kira, kalau aku jumpa kau aku nak minta kopiah juga. Aku tahu kopiah tak boleh buat orang rajin solat atau mati. Mungkin ramai orang bangga dapat lukisan kau, aku bangga dapat kopiah kau. Kalau kau bagi lukisan pun bangga juga. Tapi banyak-banyak bangga tak baik. Dosa. Riak takbur namanya.
Kau tak ikut pak imam balik rumah?
Mr. Jones now,eh .... whatever it is, just keep on writing ... I very much agree with your last entry ...lelaki dan perempuan tidak boleh bergaul bebas tanpa sekatan. Tetapi dlm dunia masa kini wanita terpaksa juga keluar mencari rezeki, bercampur lelaki dan wanita dlm satu pejabat - suami org, isteri org, anak dara, anak teruna, janda mahupun duda - setiap hari berjumpa (tempat mencari rezeki), berkerja, berkomunikasi mahupun bergurau senda ... tidak kurang juga ada yg keterlanjuran .... Selain itu, pergaulan bebas lelaki dan wanita juga boleh berlaku di alam cyber .... yg ini lagi parah dan sukar dibendung ..... Pucuk pangkalnya didikan dan penghayatan agama yg ada dlm diri seseorg ... hanya itu menjadi pendinding dari segala maksiat ... Insya Allah.
|