************************************************** "Some people come into our lives and quicjly go. Some stay for awhile and leave footprints on our hearts. And we are never, ever the same - Insya Allah " 30-Jan-04, 11:48:31 **************************************************
" Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. "
Rasulullah s.a.w. bersabda; " Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaan sama sahaja." - Sahih Muslim
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda bersabda: Bacalah doa: ( Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbull 'afwa fa'fu 'anni ). Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku). -Hadis riwayat Imam Tirmizi-
Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Hadis: Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.
"Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada ALLAH (untuk berjuang membela Islam): maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun." (al-Ahzaab:23)
************************************************** "SuNyI iTu DukA,sUnYi ItU kUdUs,sUnYi ItU lUPa,sUNYi ITu L@mPuS" ************************************************** "DONNANI HANARETE ITEMO KOKORO NO NAKA NI NOKOTTEIRU"
~~Walaupun Jauh Di Mata Namun Dekat Di Hati~~ ************************************************** On the authority of Ibn Masud who said: The Messenger of Allah s.a.w said: “The blood of a Muslim may not be legally split other than in one of the three (instances): the married person who commits adultery; a life for a life; and one who forsakes his religion and abandons the community.”
It was related by al-Bukhari and Muslim.
*********************************************** "A journey of a thousand miles must begin with a single step." ~Chinese Proverb~
***********************************************
"B|La kAu tUTuP BuKU Der|tA,Ak@N KuBukA K|tAb B@hAg|@"
***********************************************
~ "Hope come when we trust ALLAH S.W.T with thing we can't understand.Even when we can't see it.He is at work in our live,landing a helping hand,listening to problem,comforting and healing our heart.ALLAH S.W.T is always with us."~
************************************************ ~ "Semalam dan hari ini aku bahagia,pastikah esok bahagia kan menjelang jua,seperti di dalam mimpi dan doaku saban hari???"
Semakin berpenghujung September ini, makin berdebar rasanya hati. Bahang peperiksaan akhir semakin terasa panas. Persediaan sudah tentu belum mantap menzahirkan peluh-peluh ketakutan.
Apa pun belum kusediakan untuk peperangan ini.
...Terbayang-bayang wajah Mak dan Abah di rumah... ...Ampunkan Ina Mak, Abah...
Semalam gagahkan juga pergi ke CC. Tempat yang sudah lama tidak dijejaki. Hajat di hati ingin menemui sahabat yang dilarang menjalinkan persahabatan dengan aku. Aku pasrah dengan taqdir-Nya jika itu untuk kebaikkannya. Sungguh aku tidak merasa sedikit ralat pun walaupun sepincing, kerana bila melibatkan ibu ayah, aku jadi sejuk tiba-tiba. Aku tak salahkan dia, aku mahupun keluarganya. Kerana aku tahu, setiap apa yang berlaku ada hikmah di sebaliknya.
Sahabat itu juga menjadi terkejut bila kukhabarkan sedikit pun aku tidak sedih dengan perpisahan ini. Sungguh. Kerana peristiwa itu juga adalah datang dari-Nya. Jalan terbaik yang aku boleh ambil adalah bertenang dan berfikir dalam-dalam.
Semalam hajat tercapai. Sahabat itu menegur. Sedikit sebanyak rasa riang juga di hati. Bertukar-tukar cerita, juga berkisahkan hal putusnya persahabatan ini. Huh. Baru berjumpa sudah bergaduh. Sudahlah pening kepala di tambah lagi dengan pergaduhan yang nyata bukan salah aku. Huh. Ingatkan nak terus keluar baik tak payah kawan sampai bila-bila .
Sesensitif aku, masih boleh bertoleransi. Benda yang berlaku tidak boleh diinjak kebelakang semula. Terima dengan hati yang terbuka. Itu jalan yang terbaik.
OK!. Aku terima dan engkau mesti boleh terima. Ingat. Jangan ulangi kesilapan yang sama.Aku tidak mengungkit tetapi mengingatkan. Juga atas nama persahabatan. .
Hai, menungguh buah yang tak sampai-sampai serasa bak pungguk rindukan bulan.
Sudahlah khabar pun tidak diberitakan.Senyap sunyi hp. Entah sampai entah tidak ke daerah Kelang. Aku masih diam. Malas mahu menanya gusar kalau-kalau, ada urusan penting di sana. Lagi pula bila melibatkan sekolah, aku jadi kecut.Hehe.
Harap-harap buah yang dihajati sampai juga hari ini.Sudah terbayang-bayang keenakkan salak dan duku. Dari kampung pula tu. Sabar hati sabar.
p/s : Hidup singkat kan?..jadi gembira-gembira la selalu....
Musim mega sale UIA sudah berarak pergi.Sekarang musim turun mengundi pula. Esok adalah penentuan setelah hampir setahun menanti siapakah bakal menerajui tampuk pimpinan UIA untuk semester akan datang.
Insya ALLAH 2 orang bekas pelajar KIsas akan bertanding esok; Helmi Razelan dan Faisal Idris (sebatch masa di KI) untuk kerusi General Male.
Alhamdulillah Munaliza (juga KI) sudah pun menang tanpa bertanding semalam untuk kerusi kuliyyah Kejuruteraan.
Gamat dewan Banquet CAC semalam.Debaran di dada hilang serta-merta bila calon-calon tidak ada masalah untuk bertanding esok.Semua calon disahkan boleh bertanding.
Aku yang hanya jadi pemerhati semalam (terpaksa gak jadi Nominator calon IRK -Lukman Adib; dan sudah pun menarik diri dari bertanding)melihat keadaan yang tidak kurang gamatnya.Erm. Semoga bila pertandingan diadakan,persahabatan yang sudah sedia terhulur sebelum ini tidak terjejas.Ingat.Pertandingan adalah pertandingan.Yang menang berkhidmat dan yang kalah, jangan gusar dan resah kerana percayalah ia hanya datang daripada-Nya.
Pemandangan yang paling menarik di sini adalah calon-calon yang pernah bertanding sewaktu di matriks dulu,sama-sama bertanding untuk teneo akan datang.Fuh.Gawat.Genting.Semua calon punya kredibiliti kendiri yang tersendiri.
Ingat lagi sewaktu di matriks.Mungkin kerana punya tubuh yang masih muda,senang benar untuk baran dan marah kepada siapa jua hatta sahabat yang sebelum ini bertepuk-tampar dan berkongsi suka-duka.Benar, kerana aku juga berada di kelompok itu.Terasa benar diperlakukan. Jangan kerana kita mewakili calon-calon yang berlainan, pangkah kertas lain-lain, hati kita juga ingin diremuk-rendamkan. Jangan kerana warna lain-lain, esak-tangis pecah juga empangannya.Benar, kerana aku juga berada di kelompok itu.
Kini kita bersua kembali tetapi dalam diri kita yang baru;dengan tubuh yang matang dan sudah pandai berbicara akal. Aku pasti kerna kutahu, kau juga tidak kurang hebatnya. Orang hebat, Insya Allah sakhsiahnya juga hebat.
Alhamdulillah..Alhamdulillah..Alhamdulillah..
Teman, pertandingan hanya untuk sehari dua tapi persahabatan untuk selamanya.Pegang janji ini pasti kau takkan berundur.
p/s : Pakdi pun bertanding (kerusi Law). Vote for him.
Majlis walimah tak pergi.. Badan jadi sakit-sakit.. Bahana mengatuk bulu tangkis..
Pertama kali bermain badminton.Maksud aku memasuki perlawanan.Saja suka-suka mengatuk bulu tangkis.Besh pula bila dapat terbang sekali-sekala.
Huhu..Kalah.. Tapi bukan penamat.. Moga MC League semester depan.. Bakal mengembirakan hati yang malang..Huhu..
Bermain dalam ketawa.Beregu bersama Dee.Aku tengok Dee - ketawa,Dee tengok aku-ketawa.Ketawa bukan kerana seronok.Tetapi malu sebab tak tahu adat permainan badminton.Uwaa..
Akhir sekali jadi pengadil (aku lupala pengadil dalam badminton panggil apa).Siap diajar oleh orang kuat Kelab Badminton.Tak tahu nama apa.Tak sempat nak menanya nama.Mungkin aku hanya layak jadi pengadil kot.Hehe.Tak besh langsung.Siap di suruh memasuki kelab badminton.Hanya tersenyum.
Mengadili perlawanan bersama Huda Akmal. Menyeronokkan.Lama tidak bersembang memberi peluang kami santai di tepi gelanggang.Dia pun kalah ke semi final.Hehe.Macam aku.Mungkin kami lebih serasi bermain bola jaring.
Bola jaring naib johan.Bermula dari tukang sorak untuk team Maaruf,terus di sapu di akhir perlawanan menggantikan mereka yang penat.Gusar takut badan jadi sakit-sakit.Persahabatan lebih penting dari mementingkan diri.Bermain untuk 3 minit perlawanan akhir.KUIKUI.
Disapu oleh Team Sciences.Hehe.Dorang main ala-ala gerakan matrik.Boleh nampak gerakan perlahan mereka menangkap bola.Fuhyoo.Kami pula bermain ala-ala tak bersemangat aja.Mungkin sebab digertak lincahan pemain pihak lawan.Iyelah mereka saban petang hujung minggu berlatih.Kami?..Esok nak main hari ini tak berlatih lagi.
Syukur naib johan.Hehe tu pun sebab dua pasukan ajer bertanding.Kui Kui.Mata?Eheh.14 berbalas 3.Hehe.
Kak Sarah kata
"Biar kalah bergaya"
Tak bergaya pun kak...
Rasanya pasukan pihak penganjur kalah teruk.Muslimin pun teruk dibelasah oleh pasukan Nadi Watan.Ala-ala perwira je tengok muslimin Nadi Watan.
Sesi penutup aku,Dee dan Huda hilang.Kalah tetap kalah.Tunggu pun bukannya dapat hadiah.Baik keluar makan nasi di luar.Hehe.Sedih betul.
Tapi takpa..balik kampung 6hb 8 nanti,nak bawa raket badminton (pinjam abah punye) ke sini.Hujung minggu katuk bola dekat stadium sukan untuk muslimat.Dah berjanji dengan Hannah dan Dee.
Dah nak keluar UIA baru nak bersukan...
Swimming pula bila nak try..ye..
Lecehlah sebab Dee tak dibenarkan oleh tunang pergi swimming.Aku tak salahkan tunang dia..Bila lagi nak belajar setia bukan.Bukankah tunang tu tempoh menunggu perkahwinan.Nak belajar setia tunggu bila dah kawin susah juga..
Selamat aku tak dak sapa yang nak tegah..Ada siapa-siapa yang nak tegah aku?Baik jangan,nanti aku tak nak dengar.Hehe.
Bukan apa..kita bayar..baik kita guna..nanti dah keluar belum tentu dapat pergi swimming..ye tak?
Bermasalah tentang pakaian renang?.Tula,Pihak UIA juga yang mengenakan syarat sedemikian rupa.Kasihan kami.Sudahlah ketat,mahal pula tu.Selamat boleh memakai t-shirt putih buat sokongan luar.Tu pun sudah meronakan merah di wajah.
Cuba fikir anak orang miskin.Sampai ke sudah tak merasa berenang dalam kolam renang.Duit bina bangunan tu pun guna duit pelajar juga.Duit anak orang miskin juga.
Apa salahnya melonggarkan syarat..
Erm.Bab swimming kena fikir dua tige empat puluh juta lagi..
Main badminton dululah,tak perlu ketat-ketat.
p/s: balik ke kedah 6hb 8.Yeye.Tapi ada orang ikut.Segan la pula.Macam ni ke perasaan mak bila dah besar?.Harap-harap umah berkemas rapi.Kalau tidak,mana nak letak muka ni..Setahun pun tak hilang malu..
Indah: He..sapa tu kak Dee?..kakak ek..takpala kejap lagi orang jauh tu dah nak jadi orang yang paling dekat..dah la kerja dekat UIA gak..hee..Selamat pengantin baru..
Pening sedari pagi tadi bukan di buat-buat.Benar-benar pening.Lain sahaja.
Tahan...
Mesyuarat IA terpaksa dihadiri.Sudahlah minggu lepas ponteng.Itupun kerana terpaksa membantu bengkel untuk adik-adik.Jadi tukang masak ajer.
Malam ini berkira-kira ingin menonton Finding Nemo.Bukan untuk suka-suka.Juga untuk tugasan kelas Social Psychology.Sudah terbayang-bayang keenakan menonton Vcd Finding Nemo di dalam bilik gelap (tutup lampu je).Tetapi terpaksa di batalkan kerana mewakili ahli-ahli International Affairs Maaruf Club menghadiri jemputan ke majlis penutupan program pertukaran pelajar Amerika.
Terharu..Benar-benar terharu..
Layanan yang diberi sedikit sewaktu League of Students tempoh hari di balas dengan berkarung-karung emas.Alhamdulillah.Semoga ukhuwah terjalin merentasi benua.
Selama 8 minggu mereka menghabiskan pengajian singkat di UIA dalam pelbagai situasi suka dan duka.Ceria tampak jelas di wajah-wajah mereka.
Alhamdulillah.Mereka ke sini berpeluang mendapat begitu banyak impak dan motivasi.Kelas bermula dari jam 10 pagi hingga 6 petang begitu mengajar mereka tentang Islam.
Selepas Subuh, adanya sesi belajar al-Quran dan hafazan.Di ajar oleh brother Adam ( penolong pensyarah bagi kelas arab di kelas aku,pelajar masters,degree dari Univ Madinah, juga seorang hafiz sejak berumur 12 tahun).Subhanallah.Tidak sia-sia mereka ke sini.Semoga pulangnya berkarung-karung mutiara.
Gabriel, baru memasuki agama yang Satu ini sejak 10 bulan yang lalu mengucapkan syukur kerana berpeluang belajar bahasa arab walaupun mendapat C untuk subjek itu,dan belajar membaca al-Quran dengan betul.
"Tiada yang lebih beharga dalam hidup saya,apabila saya membuka kitab al-Quran,saya boleh membaca al-fatihah dengan lancar"
Semoga Allah merahmatimu Gabriel.Ameen.
Di antara mereka,aku mengkagumi seorang tua yang berumur 67 tahun, Azwen Dallah.Aku kaguminya bukan kerana dia sanggup berhijrah ke sini.Tetapi kerana kesudian dan sifat bersedeqah yang ada di dalam diri beliau.Di khabarkan oleh Ibrahima Sainia (director bagi program Visiting Students Program), pakcik ini terlalu rajin meluangkan masa memasak bukan hanya untuk pelajar-pelajar Amerika,tetapi juga menjemput pelajar-pelajar Malaysia yang tinggal berdekatan.Lebih barakah jika makanan itu adalah untuk iftar pada hari Isnin dan Khamis.
Sesi Multimedia dilancarkan oleh Ibrahima Sainia memaparkan "Islam is raising in America",memaparkan beberapa gambar dan situasi di Amerika.Walaupun multimedia presentation ralat disebabkan sound tidak berfungsi,tetapi tetap tidak menghampakan hadirin yang hadir kerana Ibrahima Sainia sudi menceritakan apa yang terpapar di skrin.
Aku benar-benar belajar pada malam ini.Sifat menepati masa ada pada mereka.Tidak mustahil masyarakat Amerika sentiasa kehadapan daripada kita.Lantang bersuara serta cerdik akal juga ada pada mereka.
"Jangan jadi pelajar Malaysia.Hanya tahu belajar dan belajar tetapi tidak memikirkan hal-hal lain."
Komentar yang diberikan oleh Deputy Rector Muhamad Daud Bakar pedas menyusuk tangkal hati.Hehe.Dahlah pelajar Melayu yang hadir hanya kami berlima,wakil dari IA.Semuanya muslimat.Hehe.
Sifat perihatin pada sahabat juga terlihat di hati mereka.Ramah dan mesra.Walaupun kami hanya dijemput,tapi tetap di layan seperti tetamu-tetamu besar yang hadir.
Dua perkara yang ditekankan oleh Deputy Rector.Di bawa dari sifat Rasulllah s.a.w
1. Sentiasa berfikiran kehadapan,tidak selalu memandang berat pada yang remeh. Tidak cepat berputus-asa walaupun badai datang menerjah. Contoh, Rasulullah s.a.w tidak ambil kisah tentang cercaan dan cacian masyarakat Quraisy terhadapnya.Apa yang terjadi, Rasulullah s.a.w semakin tegar di landasan perjuangannya.
2. Cuba mencapai apa yang diimpikan. Setiap matlamat yang digariskan sedaya-upaya berusaha supaya tercapai. Pendek kata, jangan hangat-hangat tahi ayam.
Kesimpulannya,aku amat berpuas hati menghadiri majlis ini.Dapat mengenali budaya mereka cukup bertuah untuk ditatapi sebagai kenangan di hari muka. Semoga apa yang mereka lakukan di sini,dithabatkan hati di sana.
Penghargaan berupa cederahati yang kami terima malam ini,tidak sama dengan ukhuwah yang terjalin.
Terima kasih sahabat;
Zakiah al-Amin,Iman al-Amin,Janafith Ishak, Singenail,Merina Tarmimim,Rosamat,Rabia Khan,Rafiq Kamal,Ibrahima Sainia,Gabriel Hamandes,Azwen dallah,Muhammad al-amin dan Daud adam.
Teringat kata-kata Ibrahima Sainia terhadap Dr Habib Rahman.
"Terima kasih Dr...Beliau menjemput kami datang ke rumahnya.Pertama kali kami merasa durian"
Herm..Durian ni memang raja segala buahla..femes je...
Lusa kena hantar tugasan subjek kaunseling.Kertas masih putih bersih.Dakwat masih penuh dan otak masih separa beku.
Jangan..
Jangan tiru macam aku..
Insya ALLAH isi-isinya sudah ada dalam otak.Hanya hendak dimuntahkan keluar.Senang sebab tak perlu merujuk buku.Hanya pandangan dan kritikan yang diperlukan.
Gambar semasa sesi kaunseling juga akan dicuci esok.Sebentar tadi berhempas-pulas bermandi peluh melawat sekiatar UIA dengan Dee untuk menghabiskan kodak.Aduh.Semua tempat larangan kami sapu.Hehe.Selamat pakcik guard sporting.
Rakaman suara semasa sesi kaunseling akan dimuat turun ke dalam cd oleh seorang teman yang berpengalaman.Jangan dia ingat aku mempergunakan dia sudahlah.Mentang-mentang baru sampai Malaysia.BUKAN TAU.
Ops.Semester ini mengizinkan aku menimba pengalaman asing.Presentation ala seminar untuk kelas Comparative Religion dan olok-olok sesi kaunseling untuk kelas kaunseling.Hanya tidak untuk kelas Islamic Call, Dr. Yusof kata kalau muslimin beliau suruh lakukan observation di club.Wau.Clubbing tu.Aku tak boleh sebab berlainan jantina.Lagipun Dr. takut kalau-kalau diganggu.Itupun dalam perancangan.Quite interesting.
Herm.Patutlah pelajar bidang lain dalam pengkhususan IRK cakap, student compare ni lebih terbuka pemikirannya dari pelajar agama lain.Dan..lebih berfesyen..lebih..lebih singkat tudungnya..Hehe..
Ada satu peristiwa..Lebih kurang begini dialognya..
"Kakak,kursus comparative religion ni ok tak?"
"Ok je.."
"Kawan-kawan saya semua nasihat suruh saya piki betui-betui..dorang tak sangka saya nak amik compare.."
"Erk..Laaaa"
Kenapa?.Pelajar compare lebih sosial ke?Takkan kerana segelintir bertudung jarang dan singkat,habis semua pelajar hendak dinilakan.Habis biru kesemuanya.Ilmu dan cara seseorang itu berlainan.
Senang contoh:
Muslim dan Islam berbeza.Kan?Islam sempurna.Muslim tidak semestinya sempurna.Sebab itu adanya dosa dan pahala.Impak dari itu ALLAH jadikan syurga dan neraka.Malaikatnya juga berbeza bukan.Malaikat kiri dan kanan.
Ilmu sudah benar.Hanya salah mempraktikkan apa yang dipelajari adalah akal pelajarnya.Benar?
Aku lebih sayangkan Islam hanya kerana aku mengetahui agama-agama lain.Sungguh.
Ada mereka terfikir,yang meletakkan pelajar-pelajar compare mengambil keputusan berada di dalam bidang ini adalah atas kehendak dan perancangan ALLAH?.Kalau ada,masalah takkan timbul.
Dan yang pasti.Aku gembira dan cinta berada di dalam bidang ini.Syukur.Ameen.
Hujung minggu yang terisi amat menyeronokkan.Tambah-tambah boleh menyalurkan pertolongan pada yang memerlukan.Alhamdulillah.
Semoga adik-adik bersemangat untuk berkorban demi agama dan matlamat.
Hajat ke Ulu Yam (berBBQ di sana)untuk meraikan adik-adik tidak kesampaian kerana musibah yang menimpa 2 orang adik muslimin.Terjatuh dari motosikal.Walaupun nampak luka sedikit,tapi yang merasai hanya ada pada empunya tubuh.Program Ahad terpaksa dibatalkan.
Ayam untuk BBQ sudah diperap.Hawas untuk kuah percik pun sudah siap di tumbuk.Hendak dibuang sayang.Akhirnya ayam hanya digoreng.Kuah percik juga licin.Alhamdulillah.Berkelah hanya di tempat program di dalam bilik berbentuk empat segi.Jadilah.
Hanya itu yang aku kuat.Hanya itu yang mampu kusalurkan sebagai pengorbanan dan pertolongan.
Aku sudah nampak..Pengkhususan aku di dalam program hanya sebagai tukang masak..kuikuikui..
Kenangan itu manis bukan?.Sesekali menyingkap memori lama mengundang pelbagai rasa di jiwa.Sedih,duka dan gembira.Bercampur-aduk.Makin lama teringat,makin sukar di kikis disanubari.Kadang-kadang tanpa sedar menitis air mata atau terukir senyuman di bibir.Bergantung atas apa yang kita fikir dan kenangkan.
Berpeluang menjenguk ke sekolah lama -Kisas- pada 10 Julai 2004 (Sabtu lalu) merupakan satu pengalaman yang sukar di cari-ganti.Sudah setahun aku tidak pulang ke Kisas dan dalam setahun itu jugalah aku tidak tahu-menahu tentang kisas.Kadang-kadang bila memasuki perkarangan Kisas,seolah-olah sekolah ini terlalu asing.
Hatta nak masuk tandas pun perlu bertanya pada teman yang mengambil STPM.Aku menjejaki kawasan itu pun disebabkan tiket untuk ke MANIS (Malam Inspirasi Seni), dibelanjai oleh seorang teman.Pergi bertiga (aku, yati dan Imah)dan bertolak dari UIA jam 3.30 petang sampai di sana pukul 8.20 minit malam. Berjam-jam dalam perjalanan.Di KL central makan nasi dan solat Asar.Berlengah-lengah menunggu komuter.Sampai ke Klang ambil teksi ke Mydin Klang dan solat maghrib di sana.Hehe.Sempat lagi ke Mydin.Saja suka-suka.
Teman yang sudi belanja tiket sudah ke sana ke sini tak senang duduk kerana aku lambat sampai.Maaf sangat-sangat.Memang sengaja datang lambat.Hehe.Datang awal nanti,tak tahu hendak duduk di mana.Apa-apa pun aku amat berterima kasih.
Berdebar-debar bila kaki melangkah masuk ke kawasan sekolah.Sudah lama tak melihat suasana di situ.Muslimin berserban kemas dan muslimat ayu bertudung labuh putih.Tanpa sedar sudah hampir 5 tahun aku meninggalkan suasana itu.(masa duk kat dalam tak terasa pulak suasana aman cegini)..
MANIS sekarang tak macam MANIS dulu-dulu.Dulu-dulu dewan gamat dengan suara orang ketawa bila melihat Sofful Mujahidin berlakon dan terpaku bila melihat Soutul Mujahidin mendendangkan nasyid.Dunia serba canggih bisa merubahkan segalanya.Tak mainla power point.Flash je semua.Tak mainla berpentomen cam selalu.Guna VCD lagi.Semua lakonan ditayangkan pada skrin putih.
Bagi aku,aku masih enak pada yang lama.Aku lebih suka pada realiti.Aku lebih suka pada apa yang di depan mata dan berjasad serta bernyawa.Walaupun yang melakonkannya itu manusia tapi suasananya lain.He.Ni pendapat akula.
Ingat lagi,sewaktu tingkatan 4,kerana terlalu terkejut dan takut (takut tu sebab terkejut..hehe) aku terspontan menengking pelakon-pelakon yang berlakon watak hantu (masa tu memperkenalkan sofful mujahidin tingkatan 4).Ada ke patut pergi ke barisan muslimat.Aku memandang di sebelah kiri (sebab kat situ banyak hantu-hantu), tak sedar di sebelah kanan tempat aku duduk tu,ada se'ekor' hantu betul-betul di sebelah aku.Terspontan aku tengking suruh jauh-jauh.Kuang kuang kuang. (selamat tak terbaca surah apa-apa..hehe).Memang gelabahla.Yang termenjerit pun ada(ter je).Waaa realnya hantu tu..
Kenapa ek dorang berlakon hantu?Aku dah lupa.Tapi ada kaitan dengan kisah orang yang melakukan maksiat.Hem.Ingatkan sampai malam tu je kisah hantu tu,rupa-rupanya esok di kelas ada muslimin ejek aku sebab aku tengking hantu.Alahai mana aku tahu yang jadi hantu tu classmate.Erk.Terspontan tengkingla.Tapi memang real la.Dah la dewan gelap.Latar musiknya pula menyeramkan..Sampaikan akak-akak senior berpesan kepada sesiapa yang lemah semangat segera pulang ke hostel.
Tapi aku juga punya kesedihan pada malam itu.Melihat suasana itu terasa ingin menangis...Jangan kerana ingin mengejar kecemerlangan akedemik,sakhsiah mereka tidak dipedulikan.
League of Student dilamar!!!..Alahai.Mengeluh pula Fadhlina ni.Rasa sibuk dan letih LoS lepas pun belum habis lagi sudah di lamar Presiden SRC.Memberi peluang dan galakan untuk mengadakan program ini pada CONVEST 04 disambut baik oleh tuan director LoS.Tapi masih memikirkan perlu atau tidak.Bukan apa, program yang berprotokol ni lecehla (aku je tau).
Apa-apa pun perbincangan akan menyusul nanti.Tapi hati merasakan, LoS akan bernafas di CONVEST nanti.Aduh.
Orang kata menanti kepulangan seseorang amat menyenangkan.Erm.Aku sudah merasainya.Walaupun bukan baru pertama kali tetapi perasaan menanti itu sentiasa bersifat baru.
Alhamdulillah.
Kepulangan yang di nanti sudah lama tiba. Hanya dada ini sesak bila menghitung hari pemergiaannya pula.
Moga diri ini merasakan hari berlalu terlalu lambat pergi.
Alhamdulillah... Itu yang mampu kututurkan buat pembuka kata..
Getar hati jangan dikira,takut tiada siapa yang datang menjengah.Walaupun sudah berkali-kali berpesan program pertama selalunya kecundang hebat tetapi harapan masih ingin dipasak.Moga program mendapat sambutan.
Bukan kerana ingin menjadi popular.Bukan.Kerana cita-cita ingin menyatukan bangsa dan agama yang satu.Berbincang bukan pada soal remeh-temeh.Tapi soal agama dan bangsa.Soal kemanusian yang sudah lama ditinggalkan.Bukan hanya ingin menuding jari dan menangisi bahawa kuasa itu yang jahat dan kuasa itu yang zalim.Resolusi terakhir itu penting.
Program bermula lewat dari perancangan.Jam 9 malam masih tidak penuh,mahu berpuluh-puluh lagi peserta jika ingin memenuhkan suasana dewan.Berbaik sangka,mungkin selepas Isyak kedatangan semakin ligat.
Program dimulakan apabila Moderator,Dr Ridwan Jamal dan Vip, Dr Yunus Soulhi datang.Menyedihkan kerana peserta hanya beberapa kerat.Boleh dibilang dengan jari.Tak mengapa.Ingat kembali objektif utama.Kuantiti tidak menjaminkan kualiti.Walaupun peserta tidak sampai 10 orang majlis perlu bermula.Lagipun,kami hanya menganggarkan 30 orang peserta.Itu maksimun.
Kedatangan 4 orang warga Amerika menarik perhatian walaupun hujah mereka ada yang di tentang.Wakil dari Universiti of Texas itu benar-benar membuka mata dan minda.Mereka lebih kepada keterbukaan.Kenapa Islam ditentang berpunca dari diri kita sendiri.Tidak perlu menuding jari.Lupakan soal Bush dan Amerika.Diri kita yang perlu diperbaiki.Walaupun di tentang sebagaimana hebat jangan sesekali mengambil langkah drastik membunuh orang lain yang tidak berdosa- suicide bombing.(hujah ini mendapat tindak balas yang ganas..hehe..dari tuan moderator sendiri dan beberapa warga dari negara yang tertindas)
Perkataan 'Terrorism' di kaji dan diberi definisi.Tidak bermaksud pengganas semata-mata.Ada juga yang memberi hujah; lebih kepada ingin membentengi atau memerangi diri dari kejahatan dan kezaliman luar.Pengganas tidak bermaksud jahat atau zalim.
Biarlah mereka menggelar orang Islam itu pengganas.Kita mengganas kerana kita tahu kewajipan kita.Kita mengganas kerana kita terdesak dan didesak.Hanya itu jalan yang sebaik-baiknya.(mengikut keperluan semasa dan keadaan di sesuatu tempat).Kalau perbincangan demi perbincangan tidak menjayakan dan meleraikan perbalahan.Mungkin mengganas satu jalan yang paling releven.Ayuh dan jalankan.
Mungkin ada diantara kita jengkel dengan kenyataan ini kerana kita bukan tergolong dari mereka yang sengsara.Kita hanya merasa dari jauh.Mungkin hari ini kita berasa sakitnya sengsara,tapi esok belum tentu.Mungkin 10 minit semasa membaca akhbar tentang kesengsaraan saudara di sana,5 minit kemudian sudah hilang rasa sakit dan pedih bila mata menatap berita sukan atau gosip artis tempatan.Atau kita hanya mampu berkata.."eh eh siannya"..'Ohh..sakitnya".Kita hanya akan benar-benar merasa bila berada ditengah-tengah kekalutan itu.Benar?
Kami (penganjur) lebih banyak melihat dari sudut mereka-mereka.Ada di antara berasal dari Iraq,Chechya,Pakistan, dan Palestin.Mereka itu lebih 'dewasa' dari kita yang sedari kecil dididik dalam keamanan.
10 minit kemudian,semakin ramai peserta yang hadir.Syukur alhamdullillah.Kami (penganjur) lebih bersemangat pabila,mereka yang hadir itu bukan hanya datang dan melihat dan mendengar tanpa suara,tetapi berlumba-lumba mengangkat tangan ingin berkongsi pengalaman,pendapat,dan hujah-hujah yang tidak dapat di mana-mana.Hanya pada malam itu.
Ada yang masam kelat bila hujahnya dipotong oleh tuan moderator tanpa ayat-ayatnya sempat dihabisi.Ada yang terkilan kerana, hujahnya di tentang oleh peserta-peserta yang lain.Dan ada yang mengangguk-ngangguk setuju pendapat sahabat-sahabat lain.Suatu keadaan yang sihat aku lihat.Malah bertambah seronok melihat pelbagai bangsa berkongsi pendapat dan berdiskusi tanpa takut-takut.
Resolusi yang dapat disimpulkan untuk dibawa kemudian hari disambut pertamanya oleh Presiden SRC, saudara Mukhtar Suhaili. Secara berseloroh dia berkata "Biar kita di gelar pengganas oleh mereka.Apa kita peduli!!.Kita pengganas baik" ( memetik sebuah buku yang kulit hadapannya mempunyai dua wajah; Bush dan Osama Laden.Tulisan di bawah gambar itu berbunyi; Good Terrorist (Bush), Bad Terrorist (Osama). Beliau berkata, integrasi sepatutnya bermula di UIA dulu kerana kelebihan UIA terdapat pada pelajar-pelajarnya yang berbilang bangsa dan kaum.
Seorang warga Amerika berkata, resolusinya untuk melihat umat Islam bersatu-padu adalah dengan berjinak-jinak ke masjid pada waktu Subuh.Ini kerana cuaca pada musim sejuk di sana membataskan pergerakan mereka untuk berjemaah di masjid lebih-lebih lagi pada solat subuh.Tambah-tambah ketika salji berinci-inci tebal sehingga ke paras paha.Em..Resolusi yang cukup baik dan manis bagi aku.Kita hanya memikirkan sebesar-besar perkara untuk membuat resolusi mantap,tapi meninggalkan seremeh-remeh benda yang asalnya begitu penting.Rasulullah s.aw. dahulu pun membina sebuah kota bermula dari pembinaan masjid.Dari situlah datangnya integrasi.Alhamdulillah terbuka kembali minda yang lama berkarat ni.
Warga Bombay,India;mengajak hadirin yang hadir untuk sama-sama belajar mendalami ilmu masing-masing jika kita ingin bersatu dan kuat.Sebagaimana Yahudi dan Kristian begitu pandai dalam bidang-bidang yang unggul seperti ekonomi dan teknologi,begitu juga kita.Sayang bukan, kerana Islamlah yang dahulunya memonopoli bidang-bidang unggul itu.
Sepertimana bidang Comparative Religion,Barat hanya mengetahui bidang ini secara khususnya pada kurun ke 19,dan mereka begitu berbangga mendabik dada memberitahu dunia bahawa merekalah pelopor ilmu tersebut.Sedangkan,ilmuan-ilmuan Islam sudah membahaskan mengenai bidang ini sejak kurun ke 10 lagi.Dan di Malaysia,bidang ini amat sedikit untuk dijadikan kerjaya manakala di UIA,bidang ini juga di antara pilihan yang tidak mampu membangkitkan ghairah pembelajaran di antara pelajar-pelajar Ilmu Wahyu dan Warisan.
Semua resolusi pada malam itu berdasarkan praktikal,bukan teori.Tinggalkan teori,janakan praktikal.
Pengaduan tidak berpuas hati banyak juga kami terima pada malam itu.Mengadu kerana tempat penuh.Ada yang mampu melihat dari luar bilik.Minta maaf kerana tempat seluas itu saja kami mampu menyewa.Ada juga di antara mereka malu untuk masuk kerana untuk ke tempat muslimin perlu melalui tempat muslimat.Muslimat pula sudah penuh hingga kebelakang bilik.(aik..pertama kali melihat pelajar antarabangsa malu dengan muslimat.heheh).
Sempat bergambar kenangan dengan peserta pada akhir majlis.Itulah kenangan sepanjang zaman.Bukan senang nak bergambar dengan wakil pelajar dari Universiti of Texas.Mereka melalui program pertukaran pelajar untuk musim panas.
Terima kasih kepada yang menjayakan program tersebut.Walaupun tenaga kerja amat sedikit,dengan kerjasama kita mampu melampaui benteng.
Kerja makin menimbun,sudah tentu!.Ada yang tidak terjangkau bertangguh-tangguh.Sakitnya parah!.
Semester ini menjanjikan kelainan.Bukan lagi presentation,tapi seminar yang akan menentukan markah untuk di bawa ke peperiksaan akhir.Bunyinya sungguh unik.Sesekali merasa kelainan,pasti dikenang sepanjang hayat.
Seminar berkaitan subjek Comparative Religion: Quranic Perspectives Insya Allah akan diadakan pada bulan September akan datang(untuk kumpulan aku) . Harap segala gerak-kerja akan dijalankan bersungguh-sungguh sesama ahli kumpulan.Siapa tak nak markah kan...
Hannah baru pulang dari mengerjakan Umrah dua hari lepas telah selamat sampai ke pekarangan kolej Asma' pagi semalam.Alhamdulillah.Ramai sahabat datang menziarah.Riuh sekejap bilik aku.Aku pun tumpang sekaki gembira.
Alhamdulillah budaya ziarah-menziarahi masih tertanam di dalam hati muda-mudi sekarang.Bukan senang hendak meluangkan masa menziarahi teman walaupun berdekatan kolej.Aku pun sudah jarang berjumpa dengan teman-teman persekolahan.Hanya pabila terserempak di jalanan,bertanya-khabar dan berpisah.
Rabu nanti Insya ALLAH, International Affairs Maaruf Club akan mengadakan satu program diskusi bersempana McFest (Maaruf Club Festival) dari 29 Jun-2 Julai berkaitan dua topik yang sepakat di pilih:
1) Terrorism and its Impact to the Muslim World 2) How can Muslims be united?
Program yang julung-julung kali dipersembahkan oleh IA akan mengambil tempat di Conference Room 1,Research Centre pada jam 8.30 malam serta bertarikh 30 Jun 2004.Program yang diberi nama League of Students (LoS) berobjektif untuk merapatkan hubungan integrasi di antara pelajar-pelajar UIAM serta ingin mendidik para pelajar sentiasa sensitif akan isu semasa dunia (hanya menyebut beberapa objektif)
Sebelum ini,League of Students telah dijalankan secara senyap dan halus.Hehe.Bermaksud tidak dipamirkan kepada orang ramai( kang ada orang ingat underground pula.BUKAN).Beberapa siri perbincangan melibatkan anggota-anggota IA sendiri dan beberapa wakil dari pelajar-pelajar antarabangsa telah berlangsung dengan bersejarahnya di beberapa tempat di antaranya; Bilik Gerakan SRC (perbincangan pertama) dan Bilik Gerakan Maaruf Club.
Perbincangan yang kadang-kadang terlalu emosional,marah dan sedih melibatkan negara-negara sahabat pelajar antarabangsa UIA menggamit hati pendokong IA untuk memperkenalkan kepada massa.Beberapa siri tohmahan telah banyak diterima dan ia cukup mengajar erti kesabaran dan ketekunan.Walaubagaimanapun,pengalaman yang lebih bernilai bagi anggota-anggota IA apabila mendapat tahu beberapa siri maklumat yang tidak mungkin dapat dijangkau individu lain (Jangan ada CIA salah sangka pula ye.)
Contoh: Pengambilan bagi pelajar Turki pada tahun ini adalah pengambilan yang terakhir kerana dasar kerajaan Turki yang amat membencikan agama Islam. Dikhuatiri lebih ramai graduan mempunyai ilmu agama membanjiri negara tersebut lantas memutuskan untuk tidak lagi berkrompomi dengan UIA.Sumber- Turkish man.
Diskusi League of Student bukanlah sebuah forum yang mempunyai ahli-ahli panel terlantik yang sudah bersedia dengan teks di tangan dan hanya apabila saat-saat akhir barulah akan dibuka sesi soal-jawab.League of Student adalah terdiri daripada para peserta yang diberi peluang untuk mengeluarkan hujah,pandangan,kritikan (tidak melampau sampai menyentuh isu-isu tidak sepatutnya)dan pengalaman individu membabitkan isu-isu yang dipaparkan (juga tidak meleret-leret).
Aku amat berharap program ini akan dapat berjalan dengan lancar.Walaupun tidak menaruh harapan tinggi akan jumlah kedatangan yang ramai kerana ini adalah program pertama (tentu tidak mendapat publisiti yang meluas dan tidak tahu bagaimana keberkesanannya) aku harap,aku boleh mendapat sesuatu dari majlis seumpama ini.Semoga TUHAN membuka hijab pengetahuanku pada malam tersebut dan maklumat-maklumat itu akan sentiasa tersemat kemas di fikiran sebagai pedoman.
Erm..Dengar-dengar Pakdi akan menjadi MC dalam program ini.Dan aku..jadi pencatat sukarela.Hehe.Insya ALLAH peneman aku pada malam itu adalah pencatat dari international student yang akan di cadangkan pada malam itu juga.Harap-harapnya dia adalah perempuan.Kalau tidak gelabah juga sebab meja diletakkan berdekatan.Depan peserta-peserta pula.Dah nasib jadi pencatat.Catat jela.
Ops..Dua orang pelajar dari US (pertukaran musim panas) akan menyertai program ini.Aku tidak sabar ingin mendengar komentar dari mereka.Tahu sajalah pelajar luar.Agresif.Aku tak suspek ia akan datang dari peserta US.Aku takut jika dilahirkan oleh peserta-peserta dari Iraq.Semoga aman.Ameen.
************************************************** Banyak siri ujian yang telah dialami oleh anggota-anggota IA.Dari tajuk Terrorism yang menjadi bualan dan susah nak mendapat persetujuan pihak atasan dan yang terakhir sekali,banner kesayangan dah jadi arwah.Hehe.Dicuri,disimpan seseorang atau ditarik balik oleh orang atasan.Tak tau.Kalau orang atasan mesti bertemu jawapan.Erm.
Hai..dunia-dunia.Penuh manusia pelbagai corak.Biarlah mereka lakukan apa sahaja.Kerana ALLAH itu Pengadil Saksama.Andai ini mengajar kami bersikap sabar.Kami terima.
Tapi sungguh,mereka ketara kebudak-budakkan.
************************************************** Adik aNg^: waalaikummussalam..kenapa bosan??..takpala hang leh balik umah..tapi aku???..sapa nak jawab tu.. jgn sedih3..
Lakaran Sahrawi: Walaikummussalam kak..a'ah..ye saya..tu lupa la tu....tahniah jadi doktor tina dah....tahniah..lama tak jumpa kak..
gild: salam..dah abih lama dah cuti....
amiza: la baksa..
Abu zar: thanks sudi datang sini....weblog awak saya dah jejaki..puitis..suka....alhamdulillah..
dak 5/2: He..maaf la awak..tu hanya sebut beberapa nama yang terlintas..ops dan tak terlintas bukan bermakna tidak bersahabat.. Ukhuwah lestari kerana-Nya.
Rynsa:..he awak pun tak tahu ek perasaan syah dan kaduk..alahai..masalah besar tu....
Ummimq: waalaikummussalam umii..sihat aja anak mu ni mii....maaf la dah lama sgt na tak berhubung ngan mii..insya ALLAh ingatan itu tetap ada..teringat roti john dengan sos cendawan di UKM la..yang umi belikan aritu..na ada cuba wat di rumah..tapi sosnya enggak jadi laa..tapi perasaan sedih tak jadi wat sos tu bertukar gembira bila tengok adik-adik pulun makan....alhamdulillah..
kupu-kupu: boleh je link link..saya dah gi tengok rumah awak..nice..dan ada persamaan dengan saya la..hehe..wahsia..nanti saya kabo..
Pulang UIA bersama hati yang separa enggan.Sudahnya,taqdir-Nya menetapkan aku sampai ke Puduraya sekitar jam 5 pagi dan sampai ke daerah permukiman pada pukul 7.30 pagi hari Ahad.
Letih yang memanjang aku sudahi dengan tidur yang amat pulas selama 2 jam apabila kunci bilik bertukar tangan.Tak pernah aku rasa tidur sesedap itu.Tiada mimpi juga masalah.
Hanya bila langit menukar wajah keadaan menjadi makin sukar.Hitam gelap jam 8.15 malam,aku beria-ria pergi ke cc Hafsah untuk membuat keputusan terakhir menukar dan menambah subjek. Tempoh pendaftaran subjek hanya diberikan sehingga jam 12 malam sahaja.Aku dah kalut.Semuanya gara-gara satu subjek yang aku daftar rupa-rupanya tidak valid bagi pelajar yang mengambil psikologi sebagai subjek minor.Penat datang tiba-tiba.Hah,sudah!
Menghampiri pintu cc Hafsah.Baca.Alahai..internet down pula.(sungguh aku lupa Halimah ada cc!!)Sudah.Berfikir-fikir ingin meminta tolong siapa.Telefon sana sini.Akhirnya berjumpa satu no.Dail dan..Hehe..amarah yang aku terima.OK OK.Belum sempat aku cakap suaranya kedengaran agak marah.AKU TAK TAHU APA SALAH AKU!.Dia ada masalah agaknya.Berbaik sangkalah INA.
Mengapa tidak ke ITD lab?.Aku tahu,dan amat tahu.ITD takkan boleh menolong.Pasti gelap di dalam dan berkunci mangga besar di luar.Pasti.Gedung ilmu?.Huh,hari Ahad sudah tentu separuh hari.
Teringatkan Didi di UUM.Lab yang terletak bersebelahan kolej kediamannya pasti buka.Dail lagi.Suara asing kedengaran.Hah sudah.Ke cafe pula.
Akhirnya aku cuba menghantar mesej merentas benua.Jauh berbatu-batu nautika.Harap impian terlaksana.Peluh jangan di kira.Ke hulu ke hilir tak tentu tapak.Urusan ke umrahnya yang masih di dalam fatrah menunggu jawapan membolehkan dia bersetuju menolong aku ke cc di sana.Tapi..
HAMPA.HAMPA.RESAH SUDAH TENTU.
Laman UIA tercinta tak boleh buka pula.Masalah lagi.Sabar INA sabar.
Aku jadi penunggu setia.Sudah tahu ITD tak buka masih tercongok di depan pintu.Bukan aku seorang malah berbelas pelajar lain. Tunggu punya tunggu,sah tekaan aku tepat.ITD tetap gersang.
Dail nombor DIDI lagi.Masih belum pulang dari cafe.Hah dah hampir sejam ke cafe.Ish.Geram juga.Hehe.Sudahnya DIDI telefon.Cahaya makin terang.Dari hp atau harapan?.Yang pasti cahaya hp terpadam,harapan aku pula makin punah.Lab di kolej kediamannya masih bersawang.Berdebar-debar makin menggigit rasa.
Mungkin orang lain kata,apa susah,manual kan ada.OK OK.Esok agenda aku telah tersusun.Tak nak menyesakkan lagi keadaan dan meletihkan aku.Biar aku letih malam tu esok aku lega sepanjang hari.
Mesej dari jauh tetap berbunyi kehampaan.Kasihan juga. Aku membebankan dia yang tengah kusut perihal umrah yang tidak kunjung tiba.Dari bertarikh 16.5.04 lalu sudah ditunda dan ditunda berkali-kali hingga ke hari semalam.Sudahnya jawapan ke umrahnya akan terjawab esok.Sabar ye.
Cuba mendail Kak Amy.Bunga-bunga dirasakan makin kembang.Dia sudi menolong sementelah pula dia tengah menggunakan perkhidmatan internet di rumahnya.Aku tumpang sekaki.Bunga yang dirasakan akan kembang semekar-mekarnya,rupa-rupa masih kekurangan baja malah air.Laman UIA tercinta masih tidur.Tak boleh ditembusi.
Aku pasrah.Letih bertimpa-timpa.Sudah jadi jalan-jalan cari ikhtiar.Fikiran terdetik.Ingin memohon simpati.
Bilik gerakan Perwakilan pelajar ada internet.Juga di bilik gerakan convest 2004.Blink.Blink.Terus rasa macam nak menceroboh. Jumpa presiden SRC,Bro.Mukhtar Suhaili yang pemes.Hampa lagi.Soket yang menyambung pc ke line internet tak boleh guna.Sudah.Dia menyarankan cuba bertanya di OR convest.Macam yang aku rancang.Alhamdulillah.
Ke OR Convest.Internet tak berjalan dengan lancar.Laman UIA masih belum boleh dicerobohi.OK OK.Kata putus dari hati.Sudahlah Ina.Dah hampir 11 malam.Pasrah ye.Itu jalan terbaik.Aku cuba belajar untuk senyum.Alhamdullillah aku tergolong dalam orang yang pandai mengukir senyum di hadapan orang tapi di hati...UWA.Cuba juga belajar menerima taqdir yang aku gagal untuk melaksanakan misi.
Ada hikmah.Boleh bersenam di malam hari.Lantas dengan hati yang separa sabar separa bingung dan separa masih mengharap walaupun sudah hampir pasrah,aku lantas menjejaki tangga ke OR Maaruf Club.Aku dah berjanji hendak datang awal tapi kelewatan juga aku terpaksa hidangkan.Maaf.Hanya 15 minit di atas aku dan beberapa ajk program bersidang,kami mengambil keputusan hendak pulang.
Dalam doa yang masih bersisa,aku tidak sangka TUHAN masih pemurah padaku.Dalam hati yang sudah mahu menerima taqdir,aku benar-benar tidak menyangka TUHAN masih menolong aku.Sesungguhnya ALLAH itu maha Pemurah.Syukur.
Melintasi OR Convest sebelum menuruni tangga,rupa-rupanya penantian berpenghujung juga.Sekilas memandang ke dalam OR rupa-rupanya menyedarkan Presiden SRC yang sedang menggunakan komputer.Lantas digamitnya supaya mencuba di sini.Mungkin pisang tidak berbuah dua kali,kami bertiga singgah di situ.
Alhamdullillah.Dengan sekali cubaan,akhirnya laman UIA tidak bertahi mata lagi.Mata melirik ke jam.Masih berbaki 40 minit.Dengan muka yang cuba ditebalkan,kerusi bertukar pengguna.Aku malu kerana perkhidmatan internet itu hanya dikhaskan untuk gerakerja convest sahaja.Aku pula orang luar yang hanya kenal beberapa kerat orang-orang besar di dalam convest.
Syukur.Rahmat-Nya masih memayungi.Lega.Esok pasti tugasku tidak begitu berat.Terima kasih.
Ayatku hampir begini..
"xpala..dah boleh regist.Alhamdulillah.Pres Src tolong..umrah camna?"
Dan ayat balasannya hampir begini..
"tahu tak Pres Src tu Mukhtar Suhaili..bekas roommate 'saya'.."
Hehe.Sudah pasti aku tahu.Setidak-tidaknya aku dapat mengembalikan nostalgia dia dan Mukhtar..dan setidak-tidaknya aku tahu..masih ada orang memegang amanah dengan jujur lagi di dunia ini..Iyalah..Ini baru namanya YB..bukan Yang Berhormat tapi Yang Berkhidmat..menolong apa jua..pasti kerana-Nya.
Baru pulang dari Belek Kechek Gild.Seputar mengenai kehebatan sahabat.A'ah.Sahabat itu memang penting.Sahabat punya duka,suka,cemburu,gaduh,menangis dan kecewa.Hanya dengan pelbagai rasa itulah kita berkenalan,mengenal dan rapat.
Sahabat itu penting.Dengan bersahabat,diri bisa dipupuk dan bersemangat baik.Dengan bersahabat jua diri dicela dan di hina.Peranan sahabat bukan mainan tetapi air yang punya corak berwarna.Hitam airnya,hitamlah ia bukan kelabu jua putih.
Aku juga punya sahabat.Tetapi aku tak pandai mengukur sahabat itu pandai menangis untuk aku,ketawa bila aku gembira dan beria-ria sedih jika aku terluka.Aku hanya tahu bersyukur diri ini bersahabat dengan orang itu,orang ini.Aku ada Hannah dan Dee.Itu pun sudah cukup membuatkan zaman persekolahan dan kampusku berwarna-warni.Tambah lagi dengan Salmah,Zue,Huda Akmal, Muna dan Husna, bumi terus berpelangi.
Perempuan aku tak berkira,semuanya aku kenal dan rapat.Seboleh-bolehnya.Tetapi lelaki sukar menjadi perkiraan.Aku hanya ada beberapa kenalan lelaki.Bukan hak aku untuk menentukan yang mana karib,mana member,mana teman sejati dan mana teristimewa di hati.Selagi ada nyawa bersahabat,tentu talinya akan kupanjangkan menjangkaui lautan.Sungguh.Kerana dengan sedikit itu aku pandai berjaga-jaga dan menjaga.
Benar orang kata, kawan lelaki akan tamat bila tarikhnya sampai.Takut bila terkenangkan.Bukan tarikh kematian,tetapi tarikh hidup berpasangan.Aku pernah mengadu pada Rynsa lewat menulis emel perkenalan antara aku dan dia.Tersentuh pada novelnya,aku juga begitu.Hanya dilemanya lain.Novelnya ingin berkasih,tetapi aku cukup dengan tali persahabatan.Tetapi rasa gundahnya sama,takut kehilangan.Hehe.
Memang benar,antara lelaki dan perempuan ada batas memisahkannya.Seakrab manapun mereka,andai tidak diizinkan pasangannya baik membawa kaki melangkah dari menunggu bala bakal menjelma. Walaupun pasangannya tidak kisah, tetapi bila memikirkan aku tiada apa-apa kaitan,perlu juga membataskan pergaulan. Tahu olehnya aku membebel macam tak ingat dunia ni mati-mati dia marah aku.Hehe.
Aku kenal dunia persahabatan berlainan jenis bermula dari dia.Aku juga kenal dunia jemaah juga dari dia.Aku kenal dunia sahabat sukar di cari,air mata peneman dan ketawa terhambur juga dari dia.Dan aku juga tahu,bumi tidak lagi ketandusan sahabat yang jujur seperti itu.Ketawa dan menangis bersama-sama.Dia acapkali ada jika aku bermasalah.Aku memang remaja yang bermasalah.Hehe.
Dari umur belasan hingga menginjak 22 tahun,dari dia masih di kampus hingga bekerja, kami punya identiti yang tak pernah berbeza.Masih seperti dulu.Itu yang membuatkan aku tegar dengan persahabatan ini. Aku harap masa-masa akan datang, persahabatan ini masih kukuh,walaupun jarang bertanya khabar lagi. Aku mengharap walaupun nampak macam sukar.Ameen.
Ucapan untuk ampa:
"Selamat Pengantin Baru.Semoga perjalanan ke daerah asing takkan menjadi terasing di hati ampa.Tempuhlah walaupun sukar mendahului kesenangan.Minta maaf sebab tak dapat meraikan hari bahagia ampa.Jauh sangat.Buat masa kami tengah sengkek.Ce buat masa dah dapat duit loan.Hehe.
Azmi bin Hashim G7 (Batu Pahat Johor) dan pasangannya kak Ku Mastura (Kota Sarang Semut,Kedah) akan melangsungkan hari bahagia pada 5.6.04 Sabtu di Kedah dan 17.6.04 di Rengit,Batu Pahat.Macam cerita Kutub Utara Kutub Selatan.Johor-Kedah-Johor.
Walaupun Kota Sarang Semut dekat je ngan Sungai Petani aku tetap tak boleh pergi,sebab keluarga pengantin perempuan mana kenal aku.Hehe.Maaf sangat-sangat.
Opss..Dorang ni bolehlah bagi contoh x-Ki kawin dengan x-Ki..hehe..sama bec tu..SPM'95.Ops.Jangan hairan.Aku memang tak panggil dia pangkat abang walaupun aku memang muda banyak dari dia.Sekadar berkami-ampa cukuplah.
Ok.Nak balik.Dah lama.
p/s: Dah minta kebenaran ampa kan nak tulis di sini...
Hudasoid : Thankz berziarah di sini dik..He..Mesti adik heran,kita pernah berpeluk-cium.Akak ni kawan kak Hannah.Dan akak memang selalu masuk-baca weblog adik....salam ukhuwah..
atierah: waalaikummussalam atierah..
wewr: Takpala..kejap lagi nak balik jugakkan..sabar-sabarkan hati..hehe
Shbt: he..sorila..internet tak leh guna la kat umah aku..so kena gi cc je..tu yang senyap..windu gak kat hang..nanti bawa baju kurung hang tau..
Hanyasayang: He..tu aa na balik kg dulu dari akak kan....na baca dah weblog akak tu..sian kat akak..jgn sedih-sedih..gembira selalu....selamat release-tension..
Maaf.Aku bersungguh-sungguh mengisi cuti.Leka sampai tak meninggalkan apa-apa di sini.
Cuti macam sebelum-sebelum ini.Hanya kurang membosankan berbanding ketika menghabiskan cuti pekerja di UIA tempoh hari.Huh.Itu bosan yang sungguh-sungguh membosankan.
Balik kampung di Penang.Tokwan tak sihat.Aku pun baru je tau yang Tokwan kena strok haritu.Sampai hati mak tak cakap kat aku.Mak kata sebab aku nak exam.OK.Mak selalu jadi perisau.Aku pun dah terikut-ikut perangai mak.Tapi lagi dasyat.Perisau tak kena tempat.Benda yang tak perlu aku risaukan,aku jadi risau sungguh-sungguh.Benda yang perlu aku risaukan,aku jadi minah dunno.Selalunya benda yang perlu aku risaukan adalah tentang diri aku, aku jadi manusia paling tenang di dunia.Orang lain tolong risau untuk aku.
Sampai di pintu rumah Tokwan.Hanya satu pintu yang ada.Rumah Tokwan tidak berjiran.Satu terpisah di hujung bukit.Di kelilingi hutan,kolam tak macam kolam (dulu tempat aku tangkap ikan),batu-batu bukit yang besar-besar,kota yang berbata-bata merah mengelilingi kubur-kubur nenek-moyang dan saudara-mara Tokwan (dulu seram sekarang tidak lagi sebab aku dah besar),dan binatang peliharaan Tokwan yang dah sampai waktu pupus.
Gembira bila salam bersambut dengan berdirinya Tokwan di tengah-tengah ruang tamu.Aku hanya menjenguk di sebalik jaring-jaring tingkap.Pintu masih berkatup.Syukur Tokwan dah boleh bangun dan berjalan-jalan walaupun nampak tidak enak dipandang.Ah,umurnya juga bukan muda lagi.Sudah melebihi angka 70 tahun.Tok membuka pintu.Masuk dan menyalami tangan-tangan berkedut itu.
Tokwan tinggi orangnya walaupun tidak serasi dengan namanya Megat Kechil Megat Zin.Dulu aku selalu tanya pada Mak,kenapa Tokwan besar tapi namanya Kechil.Hehe.Aku tak tahu berapa tinggi Tokwan tapi bolehlah di andaikan 186 cm.Kalau Tokwan naik kereta,aku sedih sebab kepala Tokwan pasti mencecah bumbung.Sebab tu pintu-pintu di rumah Tokwan tinggi-tinggi belaka.Kalau tidak pasti lebam kepala Tokwan.Berbeza dengan Tok,Tok hanya tinggi separas pinggang Tokwan.Tok lebih rendah daripada aku walaupun akulah yang paling rendah dalam keluarga aku.Heh.
Tokwan menjadi manusia peramah apabila bersembang dengan kami.Kalau dengan Mak dan Abah sembang juga,tapi hanya sesekali dia menyampuk.Mungkin dari dulu jenisnya begitu.Aku pun malas nak mengomen.Aku suka mendengar cerita Tokwan mengenai detik-detik Tanah Melayu mencapai kemerdekaan.Tambah-tambah lagi Tokwan menjadi anggota penting pada hari bersejarah itu.Aku malas nak bercerita panjang di sini.Aku hanya tahu,aku bangga punya Tokwan berhati pejuang.
Sejak aku kecil sampailah umur menginjak usia 20 tahun,aku masih dengan hobi yang satu, sauk ikan di kolam.Hanya kebelakangan ini je hobi itu seakan pupus.Mungkin sudah matang.Dulu,akulah manusia yang selalu hilangkan botol-botol yang sudah dibasuh bersih oleh Tokwan di bangsal.Aku jugalah yang selalu menjahanamkan penyauk ikan milik Tokwan.Aku jugalah yang membuatkan tanah-tanah disekeliling rumah Tokwan becak dengan air.
Tapi Tokwan senyum je.Tanpa sedar,Tokwan buatkan kayu pancing dari buluh dan tolong carikan cacing di kebun.Tapi kayu pancing tu hanya sesuai diberikan kepada adik-adik sebab aku tak suka cacing.Geli.Aku masih setia dengan penyauk.Dapat anak ikan jadilah.Buat bela.Abah dan Mak dah puas bising.Bising-bising,balik dari kampung aku sentiasa bertemankan ikan karing berekor cantik dari kampung.Esok pagi dengarlah aku main tepuk-tepuk di depan rumah cari nyamuk buat sarapan ikan karing kesayangan.Dari mempunyai rumah berbentuk bulat dari botol-botol terbuang,Abah ganti rumah cantik berbumbung merah dari kedai buat ikan tersayang.Heh.Mak dan Abah bising sekejap je.Kan.Tak lama kemudian,penyakit main tepuk-tepuk terjangkit kepada adik-adik,lantas kerja mencari nyamuk diserahkan kepada mereka.Heh.Biasalah ikan kampung mana biasa makan cacing mesin bulat-bulat berwarna-warni dari kedai.Sombong.
Aku dan adik-adik pernah dimarahi Tok.Bukan main garangnya. Lantaran komplot kami bersama Tokwan terpecah akhirnya.Itupun sebab suara nyaring milik budak-budak terdengar sampai ke rumah.Haha.Tokwan mengajak kami berjingkit-jingkit pelan-pelan membawa kain ela warna putih-biru-kuning macam kawaq (pencuri).Apa lagi keinginan nak mandi kolam terbiar di kaki bukit terlaksana.Kolam tu tak pernah siapa pun berani mandi.Iyalah lintah bukit,tempat angsa-angsa bermain air dan tah apa-apa lagi tah.Tapi disebabkan Tokwan dah bagi green light,kami bertiga (waktu tu Adik Chan kecil lagi dan asyraf tak wujud) apa lagi berenang-menyelam-kuak-tak-reti berenang.Tengah riuh-riuh tepuk air,dengar suara Tok di gigi air.Uwaa.Marah-marah tak tahu butir apa.Tapi yang teruk kena marah ialah Tokwan.Kehehe.Tok risau kalau jadi apa-apa.Muka masing-masing dah naik biru terus naik ke atas darat lari lintang-pukang tinggal Tokwan sorang-sorang. Kenangan betul.Sekarang kolam tu pun dah tak macam kolam,air dah kurang.Sedih.
Tokwan pun dah sakit-sakit.Macam kolam juga.Siapa sangka kalau dulu kolam penuh air,sekarang dah kehausan.Aku pernah jadi gemuk macam dipam-pam disebabkan Tokwan.20 kg dalam masa tak sampai 5 hari abah dan mak tinggalkan aku dan Didi di kampung tahun lepas.Dasyatkan.Patutlah dulu angsa-angsa Tokwan gemuk-gemuk.Bukan sebab aku disuntik,tapi disebabkan makanan yang Tokwan bagi.Tak perlu ayam gemuk dan ikan pari masak kari hasil tangan Tok.Hanya pucuk ubi dan kerabu kerang jantung pisang aku boleh bertukar wajah menjadi sebegitu gemuk.Setiap kali kami balik,itulah makanan yang Tokwan bagi.Bukan kerana kesempitan hidup.Bukan.Tapi kerana itulah makanan kegemaran kami adik-beradik. Memang berubah habis.
Epun (adik ketiga aku) kata:
"Aku tengok hang tak dak leher la"
Syukur masih ada ubat kurus di pasaran.Heh.Aku makan Sendayu Tinggi dua minggu,berat aku kembali pada asal.Syukur.
Walaupun aku jarang-jarang balik kampung kerana dari kecil aku jarang berada di Kedah tapi aku tetap sayangkan Tokwan dan Tok.Tokwan sakitpun sebab rindu.Rindukan cucunya.Bukan aku adik-beradik,tapi si Apit kecil.Megat Hafizuddin.Biarlah peristiwa itu menjadi rahsia kami sekeluarga. Aku hanya mahu,Tokwan seperti dulu,walaupun tidak segagah sewaktu membina danau yang tak macam danau (macam rumah je aku tengok) atas bukit tempat kami main masak-masak,aci-nyorok,melukis dan bergaduh , mesikpun tidak sekuat dulu menghayun cangkul membina batas-batas di belakang rumah menanam sayuran kegemaran kami serta membawa balik berkarung-karung durian dari dusun juga dari atas bukit hanya menunggang motosikal berseorangan.
Aku hanya mahu Tokwan boleh berjalan-jalan bukan hanya di dalam rumah tetapi biarlah jalannya panjang sampai ke hujung bukit walaupun tidak seperti dulu mendaki bukit bersama kami sampai ke puncak melihat pemandangan sekitar Penang dan melihat kolam di celah-celah bukit yang sudah banyak menelan nyawa budak.
Banyak bukit kan?.Sebab rumah Tokwan terletak di kaki bukit.Dah nama kampungnya pun Bukit Tengah.Berbukit-bukaulah ia.
Minggu depan mungkin pulang sekali lagi ke kampung.Melihat buat kali terakhir sebelum aku pulang ke UIA.Aku harap Tokwan dan Tok masih lagi dipanjangkan umur,biarlah sehingga mereka dapat menatap wajah cicit-cicit comel mereka.Hehe.Tak salahkan berimpian.
Alhamdulillah..syukur..penantian sudah berakhir..Insya ALLAH aku akan pulang pada hari esok..21.5.04..bukan seperti apa yang aku rancangkan sebelum ni..Hannah pun sudah sampai ke rumah.
Esok seawal 7.15 aku akan tercongok dekat perhentian bas bersama-sama sepupu rapat menunggu bas ke Pudu.Berharap jika dapat mengejar tiket bas pukul 9 pagi.Lagi awal naik bas lagi cepat sampai ke rumah.
Exam?..
Penuh liku semester ini.He.Tak mengapalah.Dah lepas.Exam Introduction of Law petang tadi pun lebih kurang sama je coraknya.Tapi penyebabnya lain.Aku di serang sakit perut dari awal peperiksaan bermula sehinggalah akhir peperiksaan.Memulas-mulas.
Tapi alhamdulillah, soalan-soalan yang dijangka naik pakat berlumba-lumba naik.Kesemua soalan.Puas juga menelek-nelek yang mana boleh mendapat lebih markah.Jawab sekadarnya.Dahla malas nak cerita bab exam.Berat otak masih terasa.Aku mahu santai.
************************************************** Kepada semua kawan-kawan yang sudi meninggalkan pesan,tak kira la yang terkejut ke,marah-marah,usik-usik,sayang-sayang (khas tuk Didi ) dan ucapan good luck buat saya..Terima kasih bebanyak..Maaf sebab tak boleh nak balas di situ.Entahlah.Susah sungguh nak menulis di situ.
Hee..jangan gaduh-gaduh..Alahai baru je tinggal kejap weblog ni dah ada camtu..Sabar ek....
Alhamdullillah, peperiksaan akhir pertama sudah berakhir.Hanya 10 minit yang di ambil,hanya 10 minit yang ditaqdirkan dan hanya 10 minit aku selesai menjawab dan aku tahu,10 minit itu belum lagi melukiskan kejayaan atau kegagalan.Aku akan cuba merintih pada TUHAN moga keputusannya seperti yang kuidam-idamkan. Tawakal dan doa pasti boleh membantuku.Ameen.
Malulah jika aku gagal dapatkan A dalam tilawah.Bukan tak pernah belajar tajwid.Ingatlagi seorang sahabat aku,Imah pernah cakap;
"kalau tajwid ni tak dapat A memang memalukan sebab kita hidup dari kecil sampai besar dengan tajwid"
Aku mengiyakan.Memang betul.Tapi persembahan aku tadi tak begitu memberangsangkan.Menjadi orang pertama dihadapkan membuatkan aku kalut.Kalau sudah tahu akan jadi orang pertama mungkin aku dah bersedia.Ni ustaz point kat aku.Huhu.Sabar sajalah.
Teringat mak dan abah tadi bergilir-gilir bercakap dengan aku menerusi telefon seawal 5.45 pagi.Mengingatkan aku ada peperiksaan hari ini serta memberi kata semangat.Alahai.Sedih bila kenangkan apalah keputusan yang bakal ku dapat.Sedih bila kenangkan mak dan abah begitu prihatin dan bertambah-tambah sedih jika aku gagalkan harapan mereka.Walaupun markah tajwid tak akan di kira dalam GPA mahupun CGPA,tapi aku tetap rasa ralat.
Dan juga Didi yang menelefonku pada pukul 6.45 pagi menyuruhku bangun kalau-kalau tertidur.Heh.Dah bangunlah.Terasa diri semacam bayi kecil yang perlu di jaga rapi pula. Aku dah biasa dengan keadaan seperti ini,kalau nak pulang ke kampus ataupun ke asrama sewaktu pengajian menengah dulu, mulut mak dan abah pasti bising mengingatkan aku;
"kad pengenalan dah bawak?kunci bilik dah ada?matrik kad dah buh dalam beg lum?Charger dah amik dak,ha h/p tu karang tertinggal plak..kain tuala,kain sembahyang,baju-baju..dan ...dan.."
Uwaa..dan aku pasti menjawab..
"Uwaaa..lagi 4 jam la nak balik..na kemaih pun idak lagi..malaih aa nak balik..tak nak balik laa"
"La tak kemaih lagi..ish budak ni..gi kemaih..karang lupa itu ini..kena pos plak..ish ish"
Hehe.Hati aku membebal tapi aku senyum...Dari kecil sampai berumur 22 tahun..ayat itulah yang biasa aku dengar bila nak ber jalan jauh.Hehe.
Tapi memang ada peristiwa abah kena pos barang yang aku tertinggal.Hehe.Tulah bebel banyak-banyak aku jadi makin lupa.Heh.Alasan.
Mak kata aku ni suka ambil mudah semua perkara.Aku pun rasa aku macam tu.Sebab tulah aku tak macam Didi.Dia nak balik ke asrama lagi 2 hari,beg dia dah siap berkemas.Aku bukan apa,rasa sesak dada ni nak balik.Jauh pula.Sedih je.
Tapi tak mengapalah. 20.5.04 ni aku akan pulang bersama Hannah,Insya ALLAH.Yeye.Dan bercuti sampai sebulan.Yeye.Ops atau mungkin kena kembali 5 hari awal untuk menjalankan gerak-kerja.No hal nye.Asalkan aku dah merasa cuti.
Kononnya ketika peristiwa Paul menerima vision dari Jesus (entah Jesus..tah tah Syaitan),di satu tempat di daerah Damascus,seorang pengikut Jesus juga menerima vision dari Jesus.
10.In Damascus there was a disciple named Ananias. The Lord called to him in a vision, "Ananias!"
"Yes, Lord," he answered.
11.The Lord told him, "Go to the house of Judas on Straight Street and ask for a man from Tarsus named Saul, for he is praying.
12.In a vision he has seen a man named Ananias come and place his hands on him to restore his sight."
13."Lord," Ananias answered, "I have heard many reports about this man and all the harm he has done to your saints in Jerusalem.
14.And he has come here with authority from the chief priests to arrest all who call on your name."
Kononnya Annanias akan membantu Paul dan memberi khabaran yang gembira buat Paul.Iyalah,Paul diterima menyambung dakwah yang tergendala itu.Bukan hanya untuk kaum Yahudi tetapi bermulalah visi pendakwahan kepada orang-orang luar yang bukan Yahudi. Jangan terkeliru dan percaya. Ayat-ayat ini Paul yang tulis, jadi senanglah dia nak berdakwah dan mencipta agama baru itu.Kalau dari segi pemikiran Islam, kita cukup arif bahawa, hanya Nabi Muhammad s.a.w yang diperintahkan ALLAH s.w.t untuk berdakwah kepada sekalian umat.Bagi Nabi Isa a.s,tugasnya adalah kepada kaumnya sahaja.
Mungkin Paul menulis Jesus menyuruh beliau berdakwah kepada orang luar (paradigm sift) kerana kalau di kaji, kaum Yahudi sendiri tidak berapa gemar Paul mengajarkan mereka tentang Gospel,impak dari situlah Paul mengambil keputusan berdakwah kepada kaum selain Yahudi. Bukankah manusia sukakan bukti?.Mungkin disebabkan buktilah Paul cuba menukirkan pada kitab Gospelnya.
Aku sertakan ayat bukti di atas:
15.But the Lord said to Ananias, "Go! This man is my chosen instrument to carry my name before the Gentiles and their kings and before the people of Israel.
16.I will show him how much he must suffer for my name."
Ini adalah sebahagian ayat-ayat dari chapter Acts.Kalau sahabat ingin mengetahui jalan cerita yang lebih lanjut,boleh selak-selak helaian bible.Kalau tidak ada kitabnya, alam maya sudi sediakan. Aku menggunakan laman www.biblegateway.com.Cubalah.
Suka aku hendak ingatkan, kematian Jesus di palang salib bukanlah kerana misi agama yang dilancarkannya,tetapi lebih kepada misi politik di antara pemerintahan Kerajaan Rom ketika itu yang gentar mendengar khabar bahawa Jesus ingin menjadi seorang raja.Bila pengaduan pertama yang di buat oleh orang yang membencikan Jesus mengatakan bahawa Jesus ingin memperkenalkan agama baru iaitu agama selain Musa (Padahal Jesus ngan Moses bawa dakwah yang sama,hanya di tukar mengikut kaum je).Si Raja(Pontius Pilate) sedikit pun tidak gentar kerana Pilate adalah seorang raja yang berfahaman pagan.Kerajaan Rom rata-ratanya mempercayai banyak Tuhan.
"Apa salahnya kalau Jesus ingin membawa fahaman baru.Tidak ada kena-mengena dengan aku dan juga takhta ini"
Dan apabila pengaduan kedua menyusul mengatakan Jesus ingin menjadi raja,Pilate seakan-akan mati akal.Mana mungkin takhta Rom dirampas oleh orang seperti Jesus.Sedangkan kalau di bahaskan perkataan King of Jew adalah lebih kepada nabi atau ketua bagi Jew tu sendiri.Tidak ada kena-mengena langsung perancangan untuk merampas takhta si Raja.Si raja yang tercabar dengan kewibawaannya lalu memerintahkan Jesus di salib. Hukuman salib dikenakan kepada sesiapa yang ingin merampas takhta pada zaman tersebut.
Jesus di salib bukan kerana di hantar oleh Tuhan untuk menghapuskan original sin di kalangan penganut-penganut!!
Jika kita sorot kembali sejarah agama Yahudi akan diceritakan lebih terperinci tentang kematian Jesus di palang Salib (ini mengikut pemikiran Kristian dan Yahudi).Jika mengikut Islam sudah tentu bukan Nabi Isa a.s yang tergantung di palang salib tetapi adalah si Judas yang sanggup mengkhianati Nabi Isa a.s sedangkan Judas ini adalah salah seorang 12 pengikut setia Nabi Isa a.s. Insya ALLAH aku akan cuba terangkan pada catatan Agama Yahudi nanti.Hehe.Aku ni suka lompat sana lompat sini lah.Maaf.
Rasa,patut berhenti di sini.Alhamdulillah,siri perjalanan Paul sudah dapat diceritakan.Insya ALLAH,kalau aku punya masa selepas ini,aku akan ceritakan bagaimana timbulnya Trinity Doctrine dalam agama Kristian.Semuanya adalah kerana satu; Paul Si GIla.
Kerana idea dia jugalah Kristian mempunyai fahaman percaya kepada 3 Tuhan.Jika dibelek-belek,di dalam Bible tidak ada satu pun surah ataupun ayat yang menceritakan tentang Trinity.
Ralit di kampus menemani Hannah atas urusan dia yang bakal ke umrah cuti nanti lantas terlajak melebihi batas-batas hari pada semester 1 nanti.Hannah belanja aku milo di gerai nescafee yang sesak dek pelajar antarabangsa.Thanks Hannah.Lalu mengusung kaki ke lab ITD.Terasa ingin pula meneruskan cerita mengenai Paul hari ini.
Mengikut Hyam Maccoby yang berbangsa Yahudi di dalam buku karangannya,seboleh-bolehnya beliau akan mencari kebodohan dan kejahatan Paul.Sesungguhnya aku juga bersetuju dengan kenyataan Hyam Maccoby di atas banyak perkara tentang Paul.Tapi sensitifiti aku masih sensitifiti Islam.
Bagi pelajar jurusan perbandingan agama yang mengambil madah Myth wajib melihat video yang mencuit pergolakan di kalangan pemikir-pemikir di antara Hyam Maccobby sendiri dan beberapa ahli panel lain yang sudah tentunya pakar di dalam Agama Kristian.Yang Kristian cuba menjerat Maccoby dan Maccoby pula cuba membelasah pemikir-pemikir (kalau tak silap aku,Pope pun ada juga).Kami yang menonton,adeh,pening kepala.
Sebetulnya soal Kristian kalau di bahaskan pun tak kan habis,sebab mereka sendiri yang mencipta segala-galanya,banyak pincang dari kebenaran.Impak dari situlah ramai yang keliru hatta penganut Kristian sendiri.
Sedikit penambahan latar belakang Paul;
Paul adalah dari kalangan Yahudi yang lahir setelah peristiwa Diaspora.Diaspora ni adalah ketika puak-puak Yahudi di usir dari tempat tinggal mereka dan berpecah-pecah ke beberapa kawasan. Sewaktu Diaspora, Old Testament sudah di alih bahasa kepada bahasa Greek.Kemampuan berbahasa hebrew di kalangan kaum Yahudi sudah makin menipis.Dan lebih dasyat ada di kalangan mereka tidak tahu langsung berbahasa hebrew.Paul juga termasuk di antara kaum Yahudi yang lemah bahasa ibundanya.Semuanya di sebabkan penjajahan oleh Kerajaan Rom.Paul pandai menulis di dalam bahasa Greek dan fasih menutur di dalam bahasa Greek tetapi agak lemah di dalam sastera Greek.
Paul berkerja sebagai peguam bagi golongan Pharissee dan juga sebagai penterjemah kitab Gospel,lebih di kenali sebagai New Testament.NT ni adalah lanjutan daripada Old Testament dan di dalam NT lebih banyak kepincangan berlaku tambah-tambah bila Paul mengistyharkan agama Kristian.Jika kita lihat,segala penulisan mengenai kandungan Gospel adalah di bawah penguasaan Paul dan setiap kandungan itu ditapis sebelum dibukukan.Peter (seorang pengikut setia Jesus) cuba menulis perkara yang benar tentang Jesus,dan cuba menasihati Paul jika ada yang tidak benar kerana Paul tidak pernah bersua dengan Jesus apatah lagi menerima secara langsung dakwah yang di sampaikan Jesus.Tetapi ditolak mentah-mentah.
Disebabkan kegagalan menjadi seorang peguam yang berwibawa dan penterjemah yang bagus,karier Paul dalam golongan Pharissee diperkecilkan.Di atas rajuk yang panjang itulah Paul membawa diri dan terjebak bekerja di bawah Sadducee High Priest di bawah penguasaan Rom. Sadduccee adalah golongan elit dan banyak berkrompomi dengan kerajaan Rom ketika itu.Orang kita kata, golongan mengipaslah.
Dan di bawah arahan High Priest ni jugalah yang aku telah cerita di dalam catatan sebelum ini,Paul memulakan perjalanan ke Damascus.Perjalanan ini adalah ingin menangkap pengikut-pengikut Jesus yang lari ke Damascus.Jika di tangkap mereka akan dijadikan hamba-hamba untuk rakyat Rom.
Mari aku kisahkan bagaimana Paul's Conversion di dalam perjalanan ke synagogue di Damascus mengalami peristiwa ajaib (Paul experienced a vision of Jesus).Maaf andai ayat-ayat Bible ini berbahasa Inggeris.Bercampur-campur pula aku ni.Hee.
Keratan dari surah Acts chapter 9:1-6;
1.Meanwhile, Saul was still breathing out murderous threats against the Lord's disciples. He went to the high priest
2.and asked him for letters to the synagogues in Damascus, so that if he found any there who belonged to the Way, whether men or women, he might take them as prisoners to Jerusalem.
3.As he neared Damascus on his journey, suddenly a light from heaven flashed around him.
4. He fell to the ground and heard a voice say to him, "Saul, Saul, why do you persecute me?"
5."Who are you, Lord?" Saul asked.
6."I am Jesus, whom you are persecuting," he replied. "Now get up and go into the city, and you will be told what you must do."
Aku nak berbahas mengenai ayat 5 dari chapter Acts.
"Who are you, Lord?" Saul ( nama Paul dalam bahasa hebrew,Paul dalam English dan Poulous dalam Greek) asked.
Ramai penganut Kristian terikut-ikut dengan perkataan Lord merujuk kepada Jesus.Kenapa Paul tak tahu sesiapa tetapi terus memanggil Lord?.Ok,Ini bukan kerana dia sudah tahu bahawa Jesus sedang bercakap dengannya,dan bukan kerana dia sangka suara itu adalah suara Tuhan.Tidak.Sebenarnya perkataan Lord tu adalah perkataan hormat bagi orang.Huh,Kan penganut Kristian secara buta-terang-malap telah tertipu.Alhamdulillah kita dilahirkan Muslim.Syukur.
Ramai pemikir agama berbahas tentang kesahihan cerita di mana Paul mendengar suara Jesus.Bukan di bahaskan samada betul atau tidak Paul mendengar suara Jesus (kalau aku,terus aku kata Paul Si GiLA),tetapi cerita yang berlainan tentang saksi-saksi yang menyaksikan peristiwa ajaib ini.
Minta maaf kerana aku sudah lupa chapter satu lagi yang mempunyai perbezaan tentang keadaan saksi pada ketika itu.Tetapi keralatan tu aku boleh tampungkan dengan membawa keratan ayat chapter Acts ni.
7. The men traveling with Saul stood there speechless; they heard the sound but did not see anyone.
Ayat "They heard the sound but did not see anyone" tu yang bercanggah dengan ayat dari chapter lain (maaf terlupa) di mana ayat lagi satu menceritakan bahawa pengikut-pengikut Paul ketika itu tidak mendengar suara tetapi melihat cahaya.Huh,ini adalah salah satu bukti bahawa Bible terlalu ralat dan lompang untuk dijadikan kitab panduan.
Ok ayat seterusnya dari surah yang sama:
8.Saul got up from the ground, but when he opened his eyes he could see nothing. So they led him by the hand into Damascus.
9.For three days he was blind, and did not eat or drink anything.
Kasihan sampai tiga hari buta.Cerita buta ini juga mempunyai kesamaan dengan cerita bagaimana agama Sikh dirintis di dunia ini.Tidak ada kena-mengena dengan agama Kristian tetapi aku hanya suka untuk menceritakan di sini.Insya ALlah kalau ada kekuatan akan aku sentuh pasal Sikhism pula.
Sudah lama ingin menulis di sini berkongsi apa yang aku telah pelajari.Ini merupakan percubaan pertama aku.Aku takut apa yang aku bawakan tak sampai pada pemikiran kawan-kawan.Bukan sebab kawan-kawan tidak memahami.Tapi aku takut aku yang dangkal untuk memberi pekongsian maklumat.Aku tak pandai menjadi guru.Hee.
Hari ini aku teringin untuk bercerita tentang latar belakang agama Kristian.Agama yang dikenali umum sebagai agama yang mempunyai ramai penganut di dunia dan juga lebih dikenali sebagai agama perosak di dunia.
Aku mengambil fakta-fakta mengenai Paul dari buku karangan Hyam Mccobby berjudul "Mythmaker".Karangan penulis ini aku pelajari sewaktu mengambil subjek Myth:Islamic Critiques ketika tahun 2 semester 1.Perasaan aku sungguh terkesan sewaktu menghadiri kelas ini.Alhamdulillah apa yang sebelum ini aku tidak ambil peduli malah tidak tahu,sedikit demi sedikit kecintaan untuk mengetahui lebih lanjut sentiasa membuak-buak.
Untuk permulaan biarlah aku menceritakan serba ringkas latar-belakang pencipta Agama Kristian.Sebab itu buku karangan Hyam berjudul Mythmaker.Agama Kristian bukanlah agama wahyu (ingat lagi masa sekolah rendah dalam peksa; Berikan contoh-contoh agama wahyu,akan ada jawapan agama kristian;betul pulak tu.)
Sebenarnya agama ini bukanlah lahir daripada agama Islam.Walhal ramai di antara kita menyangka agama Kristian adalah lanjutan daripada agama Islam.Jawapannya adalah salah sama sekali.
Agama Kristian adalah agama ciptaan manusia laknat bernama Paul.
Para ilmuan sentiasa berdebat di kalangan mereka mengenai siapakah pelopor atau perintis agama ini.Ada yang menyakinkan dia adalah Paul dan tidak ketinggalan perintis itu adalah Jesus (Nabi Isa A.s).Bagi penganut agama Islam sudah tentulah perintis laknatullah adalah si Paul.Meskipun mereka berbalah sesama sendiri,keputusan sebulat suara yang acapkali dicapai adalah mengatakan Paul merupakan perintis bagi agama Kristian.Hatta penganut ajaran itu juga menyetujui akan kenyataan itu.
(Aiseh..napa bila tulis BM asyik tingat bahasa English je ni.Rasa payah plak nak buat ayat fakta.Tapi aku tetap nak menulis BM)
Mari aku ceritakan serba ringkas kehidupan Paul.
Paul dilahirkan jauh kebelakang dari zaman Nabi Isa a.s dan meninggal dunia pada tahun 68 A.D.( A.D dah tak diguna dah sekarang ni.Sekarang guna C.E atau B.C.E merujuk bagi tahun).Ini membuktikan Paul bukan menerima perintah dari Nabi Isa a.s untuk meneruskan dakwahnya. Nama Paul dalam bahasa Hebrew (dahulunya Hebrew ini adalah sebuah kaum) adalah Saul.Lazimnya orang yahudi mempunyai dua nama.Macam kitalah.Contoh Azura@Latifah Binti Qasim.
Paul mengatakan bahawa dia adalah berasal dari susur-galur kaum Benjamin (Bunyamin) dan daripada golongan Pharissee.Golongan ini terdiri daripada orang-orang yang baik-baik juga punya pegangan yang kuat terhadap agama.Paul dilahirkan di Tarsus,Turki.Keluarganya beragama yahudi.
Paul menerima pendidikan di Jerusalem di bawah jagaan Gamaliel.Gamaliel adalah seorang guru agama yang terkenal pada zaman tersebut dan juga berasal dari golongan Pharissee.
Secara keseluruhannya, latar belakang Paul tidak banyak yang boleh diketahui. Tidak ada sejarah khusus yang membincangkan tentang sejarah Paul ataupun mempunyai fakta-fakta mengenai diri beliau.
Peribadi Paul yang tidak dapat dilupakan adalah sentiasa bersifat ekstrem dalam melakukan sesuatu perkara.Samada ketika menganut agama Yahudi,beliau menjadi terlalu ekstrem menganuti agama itu dan ketika merintis agama Kristian,beliau juga terlalu keras dalam tindak-tanduknya.Ada juga yang menyifatkan Paul ini seorang manusia yang GILA.Hem.Aku pun rasa dia GILA.
Ketika Paul meniti usia muda, paul telah menjadi sebahagian daripada keluarga Jerusalem Church yang baru sahaja ditubuhkan. Untuk maklumat, penganut kristian percaya bahawa Jesus akan didatangkan semula sebagai penyelamat mereka ketika itu. Selepas kematian Stephen, Paul menjadi pengganti.
Di sinilah Paul di katakan melakukan kekerasan dan bersifat ekstrim.Mencerobohi synagogue (holy place for the Jews) dan menangkap serta membunuh penganut-penganut agama Yahudi.
Mengikut sesetengah fakta, Paul seperti menconteng arang pada kumpulan Pharissee kerana golongan ini terkenal dengan adab sopan-santun kerana golongan ini juga menghormati Jerusalem Church ketika itu.
Paul bekerja di bawah ketua agama (high priest) berpusat pada kerajaan Roman.Beliau diberi tugasan menangkap saki-baki pengikut setia Jesus kerana walaupun selepas Jesus telah disalib masih ada pengikut yang berani menentang walaupun dalam keadaan senyap.
Di dalam siri pekerjaannya,Paul telah menerima satu misi yang akhirnya telah mengubah corak kehidupan Paul sendiri dan pengakhiran yang sudah tentunya lebih dasyat; Penciptaan AGAMA BARU.Setelah diperintahkan oleh ketua agama,beliau bersama-sama beberapa pengikut yang lain pergi ke Damascus (yang waktu itu belum di bawah penguasaan Rom) untuk menangkap saki-baki pengikut-pengikut Jesus (puak Nazareth).Bukan kerana menentang Kristian,bukan.Masa ni Kristian tak berkembang.Hanya kerana di atas arahan Bos yang berkuasa, King of Roman Empire pada waktu tu.
Di dalam perjalanan inilah Paul mendapat visi (kira macam halusinasi laa.) daripada Jesus. Cerita mengenai kejadian ketika Paul menerima 'wahyu' (maafla terpaksa guna ni jugak.Susahla nak cite dalam BM ni.Ish) daripada Jesus termaktub di dalam NT (new testament =BIBLE). Di dalam siri surat-surat Paul.
(Kat dalam cite ni kita dapat tau,ada percanggahan di situ.Putaq belit betuila si Paul ni.Kejap cite lain,kejapnye cakap lain.Hehe.Nanti esok kalau ada masa aku cari dan post di sini.Detail punya okeh!)
Kiranya selepas peristiwa itulah,Paul menjadi penganut Kristian.Bukan setakat penganut tetapi Perintis agama di mana mencipta Pauline Doctrine (kalau ada masa akan aku ceritakan mengenai Pauline Doctrine ni).Kiranya Paul dah mendapat mandat dari Jesus untuk menyambung dakwah Jesus yang tergendala tu serta membentuk pengikut-pengikut baru.
Untuk pengetahuan teman-teman, bagi bangsa Yahudi,mereka menggelarkan Paul adalah orang yang murtad tetapi bagi orang-orang Kristian,Paul merupakan nabi.
Aku rasa setakat ni buat masa sekarang.Ada kerja yang perlu di selesaikan.Kejap lagi mesyuarat terakhir yang perlu aku hadiri sebelum bermulanya peperiksaan akhir untuk semester 3 ini.
Jika tiada aral melintang akan aku luangkan masa menulis di sini lagi.Banyak sebenarnya aku nak bercerita pada teman-teman.Insya Allah siri akan datang,aku akan sentuh cerita di sebalik pengembaraan beliau.
Doakan aku teman.Semoga dengan doa-doa kalian, kejayaan bakal kuraih..Ameen.
Jika manusia sudah telap oleh sifat kebinatangan...
Jangan bicara soal malu kerana malu itu sudah terhapus tika dosa menggunung tinggi bermalam-malam di katil pemusnah.Jangan bicara soal amanah kerana isi perutmu bisa ditendang-tendang inikan pula badan bernyawa yang hilang harga kehidupan.Jangan bicara soal kasih sayang kerana jika ini yang satu kau bagaikan dia seperti daging busuk lagi berulat.Jangan biaca soal takut kerana aku tahu ketakutan kau hanyalah ketika perutmu memboyot.Itupun ragu-ragu jika orang lain melihat engkau sudah berisi.
Tidak terdetikkan kasih sayang ketika kau berhempas-pulas melahirkan dia?Tidak terpancarkah naluri keibuan tika kau memandang matanya yang masih berselaput lendir-lendir merah?
Manusia jika sudah berlumutkan noda dan dosa.Persis binatang tak punya akal...
Aku tak salahkan binatang walaupun bidalan itu tidak pernah lari dari menggunakan nama-nama binatang.Keranaku tahu...
Harimau bisa mengganas jika anaknya diganggu..Rusa bisa mengorbankan diri jika nyawa sebagai galang ganti.Kerana ku tahu mereka binatang yang kaya dengan sifat azali manusia...
Berbunga kasih sayang yang bukan sedikit...
Tidak Allah jadikan manusia yang pelbagai itu adalah untuk berkasih sayang...
Sekadar ingin meninggalkan bunga-bunga persahabatan di sini..(jangan ingat aku menziarahi pusara sudah)..
Gild = amik la....sila-sila..saya pun dah linkkan belek kechek awak..
Amni = w-salam..hee ingat lagi..semalam kabo kat Hannah..cite yang amni jenguk sini....
Adik Syaffa = thanks sudi terbangkan kak amni ke sini....lama sungguh tak jumpa kak amni..bila la ek akak nak tau nama adik ni ek..emel pun akak tak sempat send lagi buat adik..
Zulia = he..anonymous tu sapa ek..saya pun tak dapat cam sapa tu....zulia boleh bagi url weblog zulia kat saya?
dak 5/2 = dah dah gi baca buku..hee..
Izinkan aku pulang.Ini pun mengambil sedikit ruang waktu menjenguk ke sini.Apalah aku ni.Aku bersenang-lenang di sini sedangkan adik-adik yang kutinggalkan membongkok-bongkok mengecat banner di OR.Tak patut sungguh kan..
So dari tak patut sungguh tu melekat kat diri aku..aku minta izin keluar dulu..minta maaf tak membalas di chatterbox..entahla..chatterbox tu seakan bencikan aku..bila nak post asyik fail je..apa la..rasa cam nak tukar chatterbbox lain jek..biar padan muke..sombong sangat ngan tuan sendiri..
p/s: sorila guna ayat pasar..he sesekali berpasar-pasar besh jugak..
Deruan angin yang berpusar-pusar membawa empangan hujan lantas membanjiri pelbagai bentuk muka bumi di sekitar UIA.Tanah landai dan berbukit-bukau tidak ketinggalan disimbahi air rahmat itu.Sesekali guruh berdentum diselangi kilat memancar sabung-menyabung menyeramkan lagi suasana.Petang seawal 5 petang sudah kelihatan pekat seakan malam berusia detik 8 malam.
Suasana di luar tampak membosankan.Tiada kedengaran derapan kaki yang selalu menuruni atau menaiki tangga ke gobok-gobok yang menjaminkan perut tidak lagi berdondang sayang.Suara-suara yang melekap di corong-corong telefon pengurai rindu di hati juga hilang di bawa pulang.Tiada satu pun cebis tertinggal buat kenangan di sini.Semuanya diragut si pulang.
Aku bukan berbungkus gebar di pundak baldu berbirai kayu melayani rasa kantuk.Hari ini acapkali mata terbuka dan tertutup tanpa berbuat apa-apa.Suasana ralit membosankan.Mataku terbuka dan tertutup ditujahi sinaran skrin komputer amat menyilaukan panahan arjuna.Aku juga bukan menunduk menekuni baris-baris huruf tertacap di papan kekunci ataupun bait-bait indah tersemat di dada-dada buku yang kupinjam dari perpustakan atas nama tugasan.Bukan.
Selepas satu cakera berbentuk bulat dan berlubang ditengahnya habis dimainkan,satu lagi mengambil tempat menggantikan yang lama.Lantas paparan wayang berwarna-warni pelbagai rasa; seram,suka,duka dan geram itu dibayangi sinar hitam yang disengajakan bertujuan mengambil rasa sang pemerhati-pemerhati yang punya 8 biji mata dan setiap si pemerhati mempunyai 2 biji anugerah itu bisa menjelma merangkak dari saat kepada minit dan menghampiri lebih 2 jam.Ralit.
Di bawah tanah ini,hanya dihuni 6 orang puteri yang hatinya sudah tertambat di sini.Tertambat dari pulang.Dingin pagi bertukar merah senja dan gelap malam,semuanya dalam rentak yang sama.Tiada beza.Setiap pertukaran itu,hanya satu rasa yang terselit.Bosan!.
Bosannya.Semua benda dirasakan tidak bernyawa.Adam juga rindukan Hawa,aku juga sepertinya.Malah aku rindukan nyawa-nyawa lain yang sekarang ini pasti bergembira di rumah jauh dari pandangan.
Kesimpulan : Jangan sesekali ambil sem pendek..(hanya untuk aku..hehe)
Rabu quiz Intro to Law 10 markah.Hanya dua tajuk yang akan dilumati.Alahai.Final hampir datang,Mid term test pun belum diadakan lagi.Nanti tergawang-gawang harap jangan jatuh bersepai.
Fadhlina, Kenapa engkau suka jadi pembosan?Pemalas lebih tepat.Astagfirullahal'azim..
"Harap antum bermuhasabah kembali..pada yang rasa malas dan bosan tu..sedar-sedarlah kembali..jangan kita menyesal di kemudian hari sudah..kalau sem pendek ini,hanya 2 madah sahaja yang perlu dipelajari,kalau A- pun antum tak dapat.Alangkah ruginya." Jelingannya semakin kuat ke arahku..
Hehe..Aku terasa..Terasa ya amat.Sebab sesi muhasabah tu jugalah,aku meluahkan perasaan betapa sem ini amat membosankan!Walaupun acapkali kaki ini terkejar-kejar ke bilik mesyuarat.Itu pun tidak dapat melepaskan kebosanan dari terus terhimpit di dalam diri.Huh.Seksa rupanya merasa bosan setiap masa.
Selamat pengantin baru kepada dua pasangan mempelai yang selamat dinikahi kelmarin.
1.Pasangan Farha (ex-KI 5/8) dan pasangannya.Semoga kalian berbahagia.
2. Pasangan Kak Amy dan Abaah (nickname) di Klang.Aku mohon maaf tidak dapat menghadirkan diri.Harap kedatangan Kak Tina sebagai wakil dari chanel anak^ummi mampu memeriahkan suasana.
Kak Amy dan Abaah kedua-duanya kukenali sewaktu rajin singgah ke chanel itu sejak tahun 2000.Selepas Abaah pulang dari Mesir,Kak Amy sibuk dengan kuliah perubatannya dan aku juga sudah lama tinggalkan dunia Mirc,kami terputus hubungan.
Tahu-tahu 1 May hari bersejarah mereka.Alhamdulillah.
Tahun ini ramai kenalanku akan berkahwin.Tunggulah bulan hadapan pula.Dua pasangan pula akan memasuki dunia baru.Tentunya.Senyum.
Aku?.
Kahwin dengan ijazah pun belum tentu selesai.Berbaki 2 tahun lagi.Hehe.Aku tua di UIA.6 tahun.
Seorang wanita Bermahkota ibu Menggenggam jari-jari kecil Ikatan ini tidakkan terurai Kerna tautan ini Tautan darah dan akidah Dan rahmat dari Allah...
Kini ibu Peganglah tanganku ini Biarku bawa Ibu menjelajah Hasil titik peluhmu Biarku bawa Ke alamku Hasil ukiranmu Selama ini...
Dodoianmu ibu Membina benteng pemisah Antara yg hak dan yg batil Membakar semangat perjuangan Mengait kasih pada junjungan tercinta Bersujud lemah Mengabdi diri kepada yg Esa...
Jika belum pernah kau dgr Ucapan terima kasih dariku Ketahuilah doaku ini moga Tuhan menyayangimu Seperti mana kau mengasihi ku Dari dulu hingga kini Untuk selama-lamanya...
"Selamat bercuti bagi yang pulang ke kampung hari ini"
DAN..
"Selamat membosankan diri bagi yang tidak pulang ke kampung"
Akulah tu..
Aku punya tugasan yang perlu dilumati.Hantar 5 Mei 04.Oh.Bukan kerana punya tugasan memberatkan perasaan aku untuk menjenguk keluarga di kampung.Aku punya hati yang merindu.Sungguh.
Mak melarang keras.Huhu.Mak memang selalu begitu dan begini.Laranya hati hanya Tuhan yang tahu.Tak mengapalah.Aku turutkan walaupun birai mata dirasakan ingin pecah bila-bila masa sahaja.Huh jangan jadi anak manja.Sabar dilurut-lurutkan.
"Mak sayangkan ceq..I love U..semua anak mak,mak sayang sama rata..tak dak beza..jangan ingat mak tak sayangkan ceq"
"Hehe..Ceq pun (malu)..Ye ke mak tak beza-bezakan.."
Ada nada getar di situ..
"Seorang ibu kasihkan anak-anaknya melebihi segalanya"
Terkedu aku.Hanya satu yang aku tahu.Aku amat sayangkan mak walaupun susah aku nak menzahirkannya.Aku lebih pantas mencium pipi abah dari pipi mak sebab aku sedari kecil lebih rapat dengan abah.Kalau cium pipi mak,mesti aku tersenyum malu-malu.Aku bukan Didi yang belangkas dengan mak.Setiap pagi pasti mencari pipi mak untuk dicium.Aku?Hanya melihat dan tersenyum.
Dan mak pasti melihat dan bertanya..
"Anak mak seorang lagi ni tak sayang mak pun hari ni"
Dan aku terpisat-pisat malu..
"Hee..orang tak gosok gigi lagi la..busuk ni.."
Alasan..Hehe.
Aku sayangkan mak.Rindukan mak.Tambah-tambah sepetang tadi,telinga aku mendengar dendangan Lagu Untuk Ibu dari Brothers (kaset satu perjuangan).Ralit aku menghayati lirik-lirik itu.Khas untuk mak.Ah.Aku menangis dalam diam.Sebak bergetar.
Aku nak baliklah..
"Assalamualaikum Kak ina..balik tak Kedah?Ija balik ngan abang Naran..jom sekali"
"Kak Ina tak baliklah..Ija balik leklok..orang ada exam Rabu ni"
Tidak ada sesuatu pun apa yang dilaksanakan oleh manusia akan benar-benar berjaya.Itu bukan soal yang diperbahaskan.Semua kita sudah maklumi.Kita hanya punya kudrat untuk melaksanakan, dan selebihnya doa dan tawakal lebih memainkan peranan.
Memang.Memang program ini baru pertama kali diadakan,punya banyak kelemahan.Kita akur dengan itu.Tapi jika awal-awal lagi kelemahan itu yang cuba kita cari dan terapkan,sehingga akhirnya kelemahan itu akan berlumut tebal di situ.Baru terkalut merintih mencari resolusi berkuasa,sudah jauh ketinggalan waktu itu.Takut-takut ada yang tercicir dari landasan.Parah.
Sekurang-kurangnya kerajaan perlu berbangga kerana ada telinga-telinga yang sudi menadah,mata-mata yang sudi ralit melihat dan juga ada hati-hati yang bersedia untuk bergetar andai ada yang lari dari persimpangan.Kerajaan perlu berbangga.Kerana punya rakyat yang perihatin.Tidak begitu wahai pentadbiran?
Kami bersuara bukan dengki atau cemburu kerana kerajaan punya akal yang brilliant.TIDAK.Sesekali tidak.Kami belajar dan ambil tahu kerana kami sayangkan Malaysia.Itu kepastian.Kerana bumi Malaysia inilah kita sekalian berkongsi mengharap masih punya cebisan nafas untuk di bawa ke hari esok.Dan yang pasti kami sayangkan agama rasmi kami di sini,Agama Islam.Itu yang terutama.
Jangan sesekali berfikir,jika akal yang menentang itu adalah akal pembangkang.Jangan begitu.Tidak baik untuk diamalkan.Jangan menjadi ekstrem kerana sesuatu perkara duniawi,kerana apa yang kita cuba perjuangkan ini adalah tuntutan agama,yang penting adalah akidah yang cuba kita bajai dan jagai selama ini.Jangan nanti bila kita pulang kepada-Nya,akidah kita bernilai zero.Setidak-tidaknya kita mahu akidah kita berada di tahap infiniti.Bukan begitu?
Sesungguhnya kami di sini amat berbangga dan riang bila ada ura-ura kerajaan ingin mendalami dan menganalisa kembali modul-modul terdahulu.Syabas.Maka laksanakanlah mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam al-Quran dan Sunnah.Untuk apa Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan dua keagungan itu jika bukan untuk kegunaan kita?Bukan untuk membiarkan lelabah mengambil alih membina sarang serta beranak-pinak di situ.Rugi.
Kenapa kita tidak hendak mengikut ketertiban pengikut agama lain yang mengambil benar apa yang ditinggalkan buat pedoman?.Mari saya bawakan contoh.
Sikhism juga punya pedoman agung seperti kita.Kita punya al-Quran dan Sunnah,mereka juga punya Guru Granth Sahib untuk dijadikan pedoman.Kenapa mereka boleh menjadikan Guru Granth Sahib (sebuah kitab) sebagai successor selepas 10 Guru agung mereka meninggal dunia,tapi tidak kita?Malah kita langsung tidak mahu mejenguk dan membelek.Dicampaknya laksana kain buruk tidak berharga.Mereka(sudah tentu manusia) yang mengarang buku itu sebagai panduan orang-orang selepas kita,tapi kita yang punya al-Quran (sudah tentu dari ALLAH) mengabaikan keistimewaan yang di beri.
Semoga perubahan yang dibuat bakal menggembirakan kami rakyat yang mengharap suara kami terdengar di corong-corong kamu.
Anda dan anda pernah mendengar kisah tragis pembunuhan kejam,rogol bersiri dan sumbang mahram dari kalangan penganut agama Sikhism di Malaysia?Jarang malah tiada langsung bukan?
Kenapa kita yang digembar-gemburkan punya saksiah dan agama yang terbaik.The best way of life orang kata.Tapi punya senarai melangit di dada-dada akhbar?Kerana kita hanya tahu mendabik dada tapi akal menghampiri jalan mati.Bodoh sombong.
Jangan pula nanti anak-anak kita jadikan Karpal Singh tu sebagai idola.Punah nanti.Ayuh,bergegaslah wahai kerajaan.
******************************************************** Tuesday, April 27 @ 13:09:07 MYT Oleh Kapten Bersara
SAYA terpanggil untuk memberikan komen terhadap beberapa surat yang telah dihantar oleh pembaca malaysiakini, mereka merupakan ibu bapa yang gelisah tentang perlaksanaan PLKN yang sedang berlangsung sekarang.
Pandangan mereka supaya PLKN perlu dihentikan adalah wajar dan saya sangat bersetuju. Saya merupakan bekas jurulatih PLKN dalam Modul Pembinaan Karektor (Character Building) yang telah menarik diri dari menjadi jurulatih atas sebab-sebab yang akan saya kemukakan.
Sebagai seorang bekas pegawai tentera yang pernah menjadi jurulatih di pusat latihan tentera selama lebih lima tahun, saya sangat ingin menyumbangkan tenaga dan pengalaman saya untuk membentuk dan membina karektor yang positif kepada generasi muda kita.
Mereka ini ibarat kain putih yang perlu kita corak dan lukiskan dengan imej yang baik, sikap positif dan kelakuan yang terpuji. Namun, semasa saya menghadiri kursus TOT (Training of Trainers) di Bangi, saya mendapati keseluruhan silibusnya menerima pakai silibus dari Barat.
Saya tidak pasti daripada mana puncanya, namun jurulatih yang mengajar datangnya dari United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat.
Manual jurulatih juga menerima pakai silibus tersebut. Ramai peserta kursus TOT tersebut tertanya-tanya, mengapa tiada satu pun subjek ke arah keagamaan diterapkan di dalam silibus tersebut, yang boleh disesuaikan dengan pelbagai agama anutan peserta PLKN.
Saya tidak menyatakan silibus pengajaran yang sedia ada tidak baik atau tidak sempurna, namun penambahan dan pengubahsuaian adalah perlu kepada budaya dan adat berbilang bangsa di Malaysia ini.
Apabila saya diarahkan untuk melapor ke sebuah IPTA untuk menjadi jurulatih Modul Pembinaan Karektor, pemerhatian saya pada hari pertama pengajaran modul tersebut, mendapati segala-galanya dalam keadaan yang tidak sempurna.
Jurulatih tidak dibekalkan dengan alat bantuan mengajar seperti Flip Chart, pembesar suara, pemain VCD, pemain audio CD dan sebagainya.
Terpaksalah kami bersusah payah mendapatkan segala peralatan tersebut dari rumah, meminjam dan sebagainya. Mengapa berlaku sedemikian?
Tender pembekalan alatan tersebut baru dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Mac 2004 (kalau tidak silap saya).
Sudahlah kami dibebani dengan masalah ketiadaan peralatan bantuan mengajar, kelas mengajar kami juga sangat sempit untuk menempatkan kira-kira 120 peserta.
Maka kami terpaksa terjerit-jerit semasa mengajar kerana ketiadaan alat pembesar suara, berpeluh-peluh dalam keadaan yang panas kerana kelas tersebut sememangnya tiada alat penghawa dingin, bagaikan seperti berada di dalam 'oven'.
Oleh kerana peserta PLKN yang kami terima ini majoritinya datang daripada 'Modul Fizikal' yang telah mereka lalui selama sebulan di kem-kem, saya menjangka mereka semua ini sangat berdisiplin dan senang dikawal.
Ternyata jangkaan saya meleset. Sebagai bekas seorang pegawai tentera yang berpengalaman menjadi jurulatih di pusat latihan tentera, saya sangat tertekan dan 'sakit jiwa' dengan perangai anak-anak kita ini.
Saya tidak mengatakan kesemuanya, tetapi sebilangan kecilnya degil dan tidak mengendahkan arahan.
Insiden yang memeranjatkan ialah ada jurulatih PLKN yang telah dipukul oleh peserta PLKN! Mereka inilah yang menjadi 'racun'. Malah diperhatikan, peserta yang datangnya dari rumah lebih berdisiplin dan lebih mendengar kata.
Tapi apalah yang mampu kami lakukan. Kami tidak dibenarkan berbuat apa-apa selain daripada mengajar dan membuat laporan sahaja.
Apa yang berlaku kepada mereka sebelum kelas jam 9 pagi dan selepas kelas jam 4.30 petang bukan urusan kami.
Saya tidak menafikan seperti apa yang dilihat oleh ibu bapa yang melawat anak-anak mereka di IPTA, mereka ini seperti 'berpeleseran' dari selepas kelas hingga malam.
Mereka melepak di tepi-tepi jalan, di bawah pokok, ada yang berdua-duaan dan pelbagai lagi kelakuan yang sangat menyakitkan mata saya.
Semasa saya menjadi jurulatih di pusat latihan tentera dahulu, perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka akan sentiasa sibuk dan terlalu letih untuk 'melepak' walaupun selepas kelas.
Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk mengisi masa lapang.
Saya ada terbaca surat dari ibu bapa dalam akhbar Berita Harian tiga empat hari lalu yang menyatakan jurulatih PLKN sewajarnya diambil dari kalangan bekas tentera supaya masalah dan gejala bergaduh, melepak dan berperangai tidak senonoh dapat dibendung. Saya sangat bersetuju.
Namun saya pasti akan ada kalangan ibu bapa pula akan mengungkit bahawa apa perlunya anak mereka dilatih untuk menjadi tentera.
Walaupun sekarang ini majoriti jurulatih dari kalangan bekas tentera mengendalikan Modul Fizikal, namun tiada kesinambungan apabila mereka kemudiannya mengikuti Modul Pembinaan Karektor.
Saya mencadangkan agar perlaksanaan PLKN dikaji dan diperhalusi dengan sedalam-dalamnya dari semua aspek. Saya amat pasti sekiranya apa yang berlaku sekarang ini berterusan, objektif PLKN tidak akan tercapai.
Malah, kemungkinan boleh membawa kepada gejala sosial di dalam PLKN itu sendiri.
Peserta PLKN sewajarnya telah ditapis semasa mereka menjalani Modul Fizikal dan adalah wajar peserta-peserta yang bermasalah dari segi sikap dan kelakuan, diasingkan dan jurulatih bekas tentera diberi kuasa sepenuhnya untuk memperbaiki mereka ini.
Disebabkan oleh faktor-faktor di atas, saya sangat rasa tertekan dan hati saya memberontak melihatkan perangai sebilangan kecil peserta PLKN yang sangat tidak saya senangi kerana saya tidak diberi peluang untuk memperbaiki mereka.
Inilah yang memaksa saya menarik diri. Pendekatan secara psikologi dalam silibus yang diberikan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Manual Jurulatih, kurang sesuai untuk mereka yang bermasalah.
Oleh itu, adalah wajar Kementerian Pertahanan, khususnya Jabatan Latihan Khidmat Negara mengkaji semula perlaksanaan PLKN ini.
Lampu-lampu di UIA tika ini malap.Hendak tidak hendak aja menyuluh sinar bahangnya.Awanan berselaput satu warna punya pelbagai tona hidup ada di mana-mana.Di sana dan di sini.Sekejap cuma ia berlegar-legar melanggari cahaya malap milip lampu-lampu langit.Dan..Dush..
Titik-titik berangkaian punya air jernih berkeladak itu pecah juga empangannya ditembusi panahan aturan Tuhan.Jatuh bagai air dari syurga membentuk lopak-lopak hanyir berbaukan tanah lembik.Lampu langit UIA bertukar warna,tiada lagi seri tona hiasan yang memikat walaupun punya satu warna!.Yang tinggal hanya hitam.Di sana dan di sini.Rona hidup menghiasi wajah juga sudah lama bertukar.Kelat dan masam.Bagaimana ingin kaki membawa pulang?
Berjejeran air dari tudung tidak dihiraukan.Lembab-sembab bercampurkan riak wajah dan lembut pakaian tidak lagi diendahkan.Perlu gegas pulang.Kaki diatur bukan lagi berjengket-jengket keanak-anakan seperti mula mengenal perjalanan.Kaki diseret penuh kewarasan bertukar dengusan nafas bermatlamatkan satu.Harus pulang.Jika tidak,kulit kering bertukar hidup di lautan!
Sesekali pandangan terkaleh menuju kebelakang.Mencari-cari wajah yang sakit penuh kedut seribu.Ah.Jauhnya kutinggalkan dia longlai keseorangan.Tercuit detak hati,jangan mendidik diri ralit sendiri, berkerjaya seorang diri,bukan itu sifat insani!Yang pasti,sifat itu tidak tertanam dalam diri ini.
Melukis wajah dari kerutan itu merimaskan aku.Acap benar dia sakit jika datang bulan tepat menghampiri.Berjalan beriringan hanya untuk memujuk dia supaya tabah.
"Sekejap aja,pasti badanmu mengerekot di atas baldu nanti"
Bibir tidak bergerak,hanya hati yang bergetar sealunan deras degupan jantung yang dipam bagaikan mahu pecah.Lari mengejar meninggalkan batas terpinggir amat memeritkan.
Bibir ini punya tuan yang alah pandai bermain rentak pujuk-memujuk.Hanya hati ini bertuah mempunyai tuan yang amat pandai memohon doa terselindung di balik dada.Kata-kata keramat penyegar pendengaran dia tidak terhambur di situ.Tetapi di antara dua peparu di sebalik degupan harapan jantung,di situ dia menyembunyikan diri persis seorang pemalu.
"Lidah kelu sejuk sedangkan badan punya panas yang bisa mencairkan tembok berpagar di lidah".
Lambat-lambat titis-titis itu hilang dari tompok-tompok hitam.Titisan sejuta ahlinya itu hilang di serap dek lampu-lampu UIA yang semakin menukar tona warnanya.Cerah dan Cerah.Hayunan kaki juga sudah lama tertinggal di luar permukiman sementara. Senyap berbilik-bilik.Hanyir lembik sang tanah dipijak-pijak bukan lagi mengandungi lopak berlumpur.Hanya bau tertinggal terawang-awang berkira-kira tidak mahu bersawang.
Ikan-ikan di alur nan satu itu jua riang tidak terkejut lena dek desahan air deras di haluan cuma.Lembut tidak seperti tadi.Dan hanya satu cuma yang pasti tidak terlepas dari ingatan.
"Dan kau mengerekot kesepian di sebalik gebar di baldu idamanmu"
p/s:buat sahabat yang tengah sakit..Semoga cepat-cepat sembuh!
Hee..mesti pelik kenapala aku letak gambo ni kat sini kan..apala makna khemah3 tu semua..
Harini baru lulus belaja letak gambar kat sini..rerupanya selama ni aku gagal meletakkannya kerana aku tak buh simbol < >.Patutla..berguru tak abih lagi..hehe
Dan hari ni juga belaja letak music background.Tu pun amik yang dak 5/2 (kawan sekisas dulu..hee) punya.Dia suruh pakai dulu lagu alarme tu (walaupun aku bknnya minat sangat..opss - jangan mare ek orang fanatik cam dak 5/2 tu heehe).Dia janji nak tolong uploadkan lagu brothers -Sahabat (lagu kegilaan aku) nanti.Maaf mengganggu awak je dak 5/2.
Terima kasih sudi ajar saya semua tu.Senyum lagi.
Buat terbaik final exam nanti.Jangan gopoh-gapah (tahu dak 5/2 rajin baca buku bukan macam saya).Okla tatau nak tulis apa.Sebab terlalu happy dapat belaja sesuatu yang baru walaupun kalau nak diikutkan sepatutnya saya dah tahu benda remeh camni.
Nak keluar,Khutbah pun dah lama bersidang,kejap lagi solat Jumaat,harini aku tak solat Jumaat (dah lama tak solat Jumaat sebenonya).Nak balik la.Nak makan nasik ngan sup ayam kampung (kalau akak tu bukak la arini).Aku dah ketagih sup ayam kampung dia.Beli tu makan ngan nasi kosong pun aku dah berselera.Sebenarnya dia mana jual sup tu.Dia jual bihun sup,soto ayam dll.Aku je pandai mulut gi minta sup aja + sedikit sayur (untuk bihun sup sebenonye..he) dan + sedikit cebisan daging ayam kampung.Dan..."Sup biar penuh ek kak".Dan memang penuh plastik dia bubuh kat aku.Senyum lebar aku.Aku memang gilakan apa jua jenis sup.Tak kira la walaupun sup tu hanya bubuh kiub ayam.Asalkan dia sup.Aku hirup dengan senyuman yang takkan lekang di bibir.Macam tak pernah jumpa sup seumur hidup.
Alamak dah terkecur air liur.Lepas makan kita solat ek kawan-kawan.
Ok nak balik dah ni.Dah pukul 2ptg.
p/s:Thanks sahabat..ajarkan aku sesuatu yang baru.
Aku ambil ini dari sumber yang menjanjikan kesahihan.Tapi tolong jangan ingat ini adalah angkara akal pemimpin PAS yang diwar-warkan terlalu buruk dan melampau.Dan juga terlalu samseng dalam menyuarakan hak.Hanya pandai membangkang tapi tidak pandai mentadbir!.Huh!.Bukan dari mereka.Dan ini juga bukan dari akal anak didik asuhan mereka.Tapi inilah akal matang dan keinsafan anak didik yang paham apa itu ISLAM dan apa itu perjuangan dan sunnah yang ditinggalkan Rasullullah S.A.W.
Sakit mata ini melihat,sudah tuli telinga ini mendengar.Tapi aku tetap aku,tetap tak salahkan peserta-peserta itu seratus-peratus.Aku hanya salahkan mereka yang punya bergulung-gulung sijil dari ijazah sampai PHD (baca=bukan perasaan Hasad Dengki).Aku salahkan mereka yang ada title Dato',Datuk',Datin dan TAN SRI.Aku salahkan mereka yang ada calit di bahu yang bukan satu calit malah bercalit-calit itu.
Inikah kesudahan matlamat mereka yang sebelum ini bertekak dalam mesyuarat,bersekang mata menyiapkan laporan dan menyiapkan modul yang dianggapnya memenuhi ciri-ciri Islam Hadhari.Atau,atau mereka itu hanya bersembang kopi dan bergoyang kaki.Hanya tunggu saat bulan jatuh ke riba,cucuk duit di dinding bank!.Itukah Islam Hadhari yang sebenarnya.Canggih sampai dinding pun boleh keluarkan duit!.
Aku tetap tak salahkan peserta-peserta.
Anda dan anda pernah terfikir??..
Dia di kampung..
"Aku diterima mendaftar di PKN.Yahoo dan senyum.Aku sebelum-sebelum ni jahat.Curi duit mak.Tendang ayam ayah.Cubit adik-adik.Huh.Aku bukan seorang abang yang baik.Dah banyak dosa yang aku lakukan.Aku nak bertaubat.Mana tahu selepas program ini aku betah menjadi anak yang soleh.Aku nak tengok air mata mak dan air mata ayah bersatu memeluk aku kerana aku sudah berguna.."
Dia di pekan besar..
"Dengar cerita,semua orang-orang besar yang terlibat pandai-pandai.Aku nak cedok ilmu dari mereka.Bukan hanya ilmu dunia tapi aku nak lebih dari itu,aku nak rasa setiap hari sepanjang 3 bulan itu solat berjemaah penuh.Biar selepas ini aku boleh konsisten solat berjemaah.Aku nak telinga aku yang sudah penat mendengar amarah ayah dan lagu-lagu yang melalaikan dengan ayatul Quran.Aku tak suka aku ini.Aku nak berubah.Tolonglah aku."
Dia di kebun sayur..
"Gua dengar orang-orang Islam baik-baik.Tapi ayah gua selalu pesan jangan kawan dengan lu lu semua.Lu lu orang jahat.Gua tak caya.Gua tahu mesti agama lu lu muslim hebat.Mesti lu lu orang Islam hebat-hebat.Gua boleh tanya pasal agama lu lu orang.Gua pasti tanya.Azam gua."
Sanggup tengok impian dia,dia dan dia itu berkecai langsung tak berharga?Lalu disapu dan disodok buang.Begitu?.Senangnya.
Inilah kalau Islam Hadhari hendak diterapkan.Islam Hadhari hanyalah Islam yang hidup dan bernafas hanya pada nama tetapi zero pada penghayatan.Sanggupkah kita menjadi hamba pada kebendaan?Sanggup tengok orang itu,orang ini membina mercu-mercu tinggi melangit hanya untuk keselesaan orang calit di sana ataupun untuk orang 'tua-tua' di sini?Sekarang ramai orang yang 'tua' sebelum umurnya.
Islam dan tamadun yang sebenar adalah Hadratul Islam.Benda yang tunduk pada kita,bukan kita yang cintakan kebendaan.Mercu gemilang tamadun Islam hanya pada zaman khalifah Umaiyyah dan Abasiyah.Kerana apa mereka jatuh?Kerana alpa jua teman-teman.Mereka lupa,ada TUHAN yang memerhati,ada TUHAN yang menghisabi.Mereka lupa itu.Lalu mereka jua seperti kaum-kaum sebelum ini.Jatuh bersepai dan berselerakan.
Islam Hadhari!Huh.Awal-awal lagi dah kebendaan,langsunglah tak berpeluang menjadi tamadun Islam.Inilah yang mereka cuba terapkan.Jangan kita yang beraqal ini dipandu oleh benda yang tidak beraqal!.Zalim namanya.Mengubah fitrah sebenar kejadian manusia.Bab aqidah tak selesai jangan impi berlian bergunung-gunung.
Kata mereka..
ISLAM HADHARI = ISLAM HAD + HARI.
Paham maksud aku?Begini.Islam bagi mereka ada hadnya.Apa had-had itu?Begini lagi.Hukum syariah di hadkan - hukum hudud! (zaman nabi je semua tu,zaman nabi?Kepala tak betul sungguh! Nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman la..takkan tak belajar masa di sekolah agama dulu?),pemakaian tudung di hadkan (sebab tu ada yang berjambul) dan penggunaan kain di hadkan (masih bebas berskirt,tidak pun berbaju kurung melekat di badan) - hanya mengambil beberapa contoh.
Apa pula kaitannya dengan Hari?.Ala Islam hanya gemilang pada harinya dan tertentu sahaja.Hari apa?.Hari Awal Muharram,Hari Raya Puasa,Hari Raya Aidil Adha.Hari Israk-Mikraj.Masa itu kau boleh nampak mereka yang dulu sakit (sakit tekak) gagah melaungkan takbir dan boleh pula berjalan berkilo-kilo meter.Biasalah lancar seperti pen kilometrico.Lancar gitu.
Ada anda terbaca kes rogol melibatkan urusetia dan peserta kem?Anda baca?Apa yang anda rasa?Kesimpulannya.Itulah 'kejayaan' pertama Islam Hadhari mereka.Huh.
******************************************************** MODUL FIZIKAL
1.Kerohanian
-tak solat berjemaah -tak azan sekalipun kemudahan speaker disediakan -takde pengisian / kuliah / ceramah -tempat solat amat tidak selesa & tak dapat menempatkan semua peserta muslim.
2.Aurat
-wirawati muslimah tak menutup aurat. -tiada penekanan pihak urusetia berkaitan isu penutupan aurat. -pakaian wirawati yg menjolok mata (muslim & non-muslim) -wirawati muslim kurang mjaga aurat dgn non-muslim
3.Couple
-wira & wirawati bjumpa hingga larut malam -wira datang ke kawasan khemah wirawati -wira & wirawati melakukan perkara2 kurang sopan # berpelukan & berciuman # bercampur (di air terjun)
4.Aerobik/Tarian cha cha
-dilakukan pd waktu hampir maghrib & pd waktu maghrib -muzik terlalu kuat ; ala2 disko -percampuran (ikhtilath) ant wira & wirawati
5.Kebersihan -ditekankan tetapi kurang diambil berat oleh para peserta
6.Muzik -terlalu kuat -dipasang pd waktu2 yg kurang sesuai oleh para peserta spt zuhur, azan, subuh
7.Histeria
MODUL PEMBINAAN KARAKTER
-muzik yg dipasang terlalu kuat -tarian2 -pergaulan yg tidak ada batas ant wira & wirawati -wirawati memasukkan tudung ke dalam pakain (tuck-in) -modul2 kebudak2an (kurang matang)
MODUL KENEGARAAN
-ala politik (menjurus/cenderung kpd ‘biru’)
MASALAH GLOBAL DI UIAM 1.Aurat -terdapat wirawati muslim yg masih tak memakai tudung sekalipun telah diwajibkan & tidak menjaga aurat dgn non-muslim -wirawati memakai pakaian menjolok mata -tudung dimasukkan ke dalam (tuck-in) -tdapat wirawati muslim yg mewarnakan rambut -wirawati tak menjaga aurat suara-ketawa terbahak2 & menjerit
2.Couple
-wira & wirawati bdua2an pd hujung2 minggu & tidak menjaga batas2 pergaulan berlandaskan syariat -berpegang tangan
3.Kerohanian
-masih tdpt peserta muslim yg tak solat & tak mjaga solat -pengisian di masjid (maghrib-isya) kurang diambil berat -kurang penekanan solat oleh jurulatih/fasilitator -peserta kurang ambil perhatian pd pengisian-berbual2
4.Malam kebudayaan -campur laki pompuan
5. Histeria
P/s:aku nak tahu..JUMUDkah kalau tidak membenarkan percampuran lelaki dan perempuan?Baik jadi 'jumud' kalau perkara itu mendekatkan pada zina.Itu cara aku berfikir.Ops bukan.Dalam Quran dan Sunnah ada..Apa yang payahnya..