Andai Rindu Bertaut,Tandanya Ukhuwah Bersemi Kerana-Nya.
Dia itu Aku
about
create weblog
news
tutorial
faq
Email me
GuEstB0oK
Jenguk-Jenguk


login
nickname
password
remember


archived material
2003 April
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May
2004 June
2004 July
2004 August
2004 September

"Islam itu jaya dan benar bukan pada nama tapi pada intipatinya"

Bersih Itu Aku Kotor Itu Juga Aku!

************************************************** 
"Some people come into our lives and quicjly go. Some stay for awhile and leave footprints on our hearts. And we are never, ever the same - Insya Allah " 30-Jan-04, 11:48:31 
************************************************** 
 
" Dan perintahkanlah keluargamu serta umatmu mengerjakan sembahyang dan hendaklah engkau tekun bersabar menunaikannya. Kami tidak meminta rezeki kepadamu, (bahkan) Kamilah yang memberi rezeki kepadamu dan (ingatlah) kesudahan yang baik adalah bagi orang-orang yang bertakwa. " 
 
{Surah Toha 20:132} 
************************************************** 
 
Rasulullah s.a.w. bersabda; " Laknatlah untuk orang berzina, orang yang memakan riba dan orang yang menulis urusan riba dan orang yang menyaksikan riba. Mereka itu keadaan sama sahaja." - Sahih Muslim 
 
************************************************** 
 
Diriwayatkan daripada Aisyah r.a katanya: Aku bertanya: Wahai Rasulullah! Apa pendapat kamu sekiranya aku mengetahui (mendapati) malam lailatulqadar, apakah yang harus aku baca pada malam tersebut? Baginda bersabda: Bacalah doa: ( Allahumma innaka 'afuwwun karim, tuhibbull 'afwa fa'fu 'anni ). Yang bermaksud: Ya Allah! Sesungguhnya Engkau adalah Zat Yang Maha Pengampun dan suka memberi pengampunan, oleh yang demikian ampunilah diriku).  
-Hadis riwayat Imam Tirmizi-  
 
Pengajaran Yang Boleh Diambil Daripada Hadis
Permintaan yang paling penting bagi orang Islam ialah kesuciannya dari segala dosa dan penebusan diri dari perbuatan maksiat.  
 
************************************************** 
Doa; 
 
"Allahumma ahillahu alaina bil amni wal iman,wassalamati wal Islam,Rabbi warabbukallah" -ar-Tirmidhi- 
 
************************************************** 
 
Nilai Thabat: 
 
"Di antara orang-orang yang beriman itu,ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada ALLAH (untuk berjuang membela Islam): maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid),dan di antaranya ada yang menunggu giliran; dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun."  
(al-Ahzaab:23) 
 
************************************************** 
"SuNyI iTu DukA,sUnYi ItU kUdUs,sUnYi ItU lUPa,sUNYi ITu L@mPuS" 
************************************************** 
"DONNANI HANARETE ITEMO KOKORO NO NAKA NI NOKOTTEIRU" 
 
~~Walaupun Jauh Di Mata Namun Dekat Di Hati~~ 
************************************************** 
On the authority of Ibn Masud who said: The Messenger of Allah s.a.w said: “The blood of a Muslim may not be legally split other than in one of the three (instances): the married person who commits adultery; a life for a life; and one who forsakes his religion and abandons the community.”  
 
It was related by al-Bukhari and Muslim
 
*********************************************** 
"A journey of a thousand miles must begin with a single step." 
~Chinese Proverb~ 
 
*********************************************** 
 
"B|La kAu tUTuP BuKU Der|tA,Ak@N KuBukA K|tAb B@hAg|@" 
 
*********************************************** 
 
~ "Hope come when we trust ALLAH S.W.T with thing we can't understand.Even when we can't see it.He is at work in our live,landing a helping hand,listening to problem,comforting and healing our heart.ALLAH S.W.T is always with us."~ 
 
************************************************ 
~ "Semalam dan hari ini aku bahagia,pastikah esok bahagia kan menjelang jua,seperti di dalam mimpi dan doaku saban hari???"

30 Apr 2004

Lagu Untuk Ibu



Seorang wanita
Bermahkota ibu
Menggenggam jari-jari kecil
Ikatan ini tidakkan terurai
Kerna tautan ini
Tautan darah dan akidah
Dan rahmat dari Allah...

Kini ibu
Peganglah tanganku ini
Biarku bawa
Ibu menjelajah
Hasil titik peluhmu
Biarku bawa
Ke alamku
Hasil ukiranmu
Selama ini...

Dodoianmu ibu
Membina benteng pemisah
Antara yg hak dan yg batil
Membakar semangat perjuangan
Mengait kasih pada junjungan tercinta
Bersujud lemah
Mengabdi diri kepada yg Esa...

Jika belum pernah kau dgr
Ucapan terima kasih dariku
Ketahuilah doaku ini
moga Tuhan menyayangimu
Seperti mana kau mengasihi ku
Dari dulu hingga kini
Untuk selama-lamanya...

103595 | thurayya | 16:07 | 2 comments

28 Apr 2004

Aku berkelana di sini..

"Selamat bercuti bagi yang pulang ke kampung hari ini"

DAN..

"Selamat membosankan diri bagi yang tidak pulang ke kampung"

Akulah tu..

Aku punya tugasan yang perlu dilumati.Hantar 5 Mei 04.Oh.Bukan kerana punya tugasan memberatkan perasaan aku untuk menjenguk keluarga di kampung.Aku punya hati yang merindu.Sungguh.

Mak melarang keras.Huhu.Mak memang selalu begitu dan begini.Laranya hati hanya Tuhan yang tahu.Tak mengapalah.Aku turutkan walaupun birai mata dirasakan ingin pecah bila-bila masa sahaja.Huh jangan jadi anak manja.Sabar dilurut-lurutkan.

"Mak sayangkan ceq..I love U..semua anak mak,mak sayang sama rata..tak dak beza..jangan ingat mak tak sayangkan ceq"

"Hehe..Ceq pun (malu)..Ye ke mak tak beza-bezakan.."

Ada nada getar di situ..

"Seorang ibu kasihkan anak-anaknya melebihi segalanya"

Terkedu aku.Hanya satu yang aku tahu.Aku amat sayangkan mak walaupun susah aku nak menzahirkannya.Aku lebih pantas mencium pipi abah dari pipi mak sebab aku sedari kecil lebih rapat dengan abah.Kalau cium pipi mak,mesti aku tersenyum malu-malu.Aku bukan Didi yang belangkas dengan mak.Setiap pagi pasti mencari pipi mak untuk dicium.Aku?Hanya melihat dan tersenyum.

Dan mak pasti melihat dan bertanya..

"Anak mak seorang lagi ni tak sayang mak pun hari ni"

Dan aku terpisat-pisat malu..

"Hee..orang tak gosok gigi lagi la..busuk ni.."

Alasan..Hehe.

Aku sayangkan mak.Rindukan mak.Tambah-tambah sepetang tadi,telinga aku mendengar dendangan Lagu Untuk Ibu dari Brothers (kaset satu perjuangan).Ralit aku menghayati lirik-lirik itu.Khas untuk mak.Ah.Aku menangis dalam diam.Sebak bergetar.

Aku nak baliklah..

"Assalamualaikum Kak ina..balik tak Kedah?Ija balik ngan abang Naran..jom sekali"

"Kak Ina tak baliklah..Ija balik leklok..orang ada exam Rabu ni"

"Erm takpalah..sian dia..hehe..kita rindukan Kedah ni.."

Jika tidak sudah lama aku mengemaskan beg dan balik bergembira bersama-sama dua orang sepupu rapatku.Nasibku di sini rupanya.

Terserah dan berserah.

********************************************************
Layan chatter box:

Kak Nurin : semoga berbahgia selalu..na doakan akak

Rynsa : Thanks sudi ke sini..Salam perkenalan..Saya tertarik pada novel awak tu..

Dzaki : Dengar-dengarkanlah selalu..

Anonymous : hem hem macam kenal je sapa ni..aku dah update dah..

Dak 5/2 : Sebesh alarme,hati saya masih di brothers. Cinta pertamalah katakan..hehe

Amiza : ..Senyum itu sedeqah..enta senyum je sokmo..

p/s: aku rindukan mak dan abah..waa..tunggulah lepas final exam..aku baliklah..

103277 | thurayya | 23:22 | 2 comments

Mengapa Saya Berhenti Menjadi Jurulatih PLKN

Tidak ada sesuatu pun apa yang dilaksanakan oleh manusia akan benar-benar berjaya.Itu bukan soal yang diperbahaskan.Semua kita sudah maklumi.Kita hanya punya kudrat untuk melaksanakan,
dan selebihnya doa dan tawakal lebih memainkan peranan.

Memang.Memang program ini baru pertama kali diadakan,punya banyak kelemahan.Kita akur dengan itu.Tapi jika awal-awal lagi kelemahan itu yang cuba kita cari dan terapkan,sehingga akhirnya kelemahan itu akan berlumut tebal di situ.Baru terkalut merintih mencari resolusi berkuasa,sudah jauh ketinggalan waktu itu.Takut-takut ada yang tercicir dari landasan.Parah.

Sekurang-kurangnya kerajaan perlu berbangga kerana ada telinga-telinga yang sudi menadah,mata-mata yang sudi ralit melihat dan juga ada hati-hati yang bersedia untuk bergetar andai ada yang lari dari persimpangan.Kerajaan perlu berbangga.Kerana punya rakyat yang perihatin.Tidak begitu wahai pentadbiran?

Kami bersuara bukan dengki atau cemburu kerana kerajaan punya akal yang brilliant.TIDAK.Sesekali tidak.Kami belajar dan ambil tahu kerana kami sayangkan Malaysia.Itu kepastian.Kerana bumi Malaysia inilah kita sekalian berkongsi mengharap masih punya cebisan nafas untuk di bawa ke hari esok.Dan yang pasti kami sayangkan agama rasmi kami di sini,Agama Islam.Itu yang terutama.

Jangan sesekali berfikir,jika akal yang menentang itu adalah akal pembangkang.Jangan begitu.Tidak baik untuk diamalkan.Jangan menjadi ekstrem kerana sesuatu perkara duniawi,kerana apa yang kita cuba perjuangkan ini adalah tuntutan agama,yang penting adalah akidah yang cuba kita bajai dan jagai selama ini.Jangan nanti bila kita pulang kepada-Nya,akidah kita bernilai zero.Setidak-tidaknya kita mahu akidah kita berada di tahap infiniti.Bukan begitu?

Sesungguhnya kami di sini amat berbangga dan riang bila ada ura-ura kerajaan ingin mendalami dan menganalisa kembali modul-modul terdahulu.Syabas.Maka laksanakanlah mengikut lunas-lunas yang telah digariskan dalam al-Quran dan Sunnah.Untuk apa Nabi Muhammad s.a.w tinggalkan dua keagungan itu jika bukan untuk kegunaan kita?Bukan untuk membiarkan lelabah mengambil alih membina sarang serta beranak-pinak di situ.Rugi.

Kenapa kita tidak hendak mengikut ketertiban pengikut agama lain yang mengambil benar apa yang ditinggalkan buat pedoman?.Mari saya bawakan contoh.

Sikhism juga punya pedoman agung seperti kita.Kita punya al-Quran dan Sunnah,mereka juga punya Guru Granth Sahib untuk dijadikan pedoman.Kenapa mereka boleh menjadikan Guru Granth Sahib (sebuah kitab) sebagai successor selepas 10 Guru agung mereka meninggal dunia,tapi tidak kita?Malah kita langsung tidak mahu mejenguk dan membelek.Dicampaknya laksana kain buruk tidak berharga.Mereka(sudah tentu manusia) yang mengarang buku itu sebagai panduan orang-orang selepas kita,tapi kita yang punya al-Quran (sudah tentu dari ALLAH) mengabaikan keistimewaan yang di beri.

Semoga perubahan yang dibuat bakal menggembirakan kami rakyat yang mengharap suara kami terdengar di corong-corong kamu.

Anda dan anda pernah mendengar kisah tragis pembunuhan kejam,rogol bersiri dan sumbang mahram dari kalangan penganut agama Sikhism di Malaysia?Jarang malah tiada langsung bukan?

Kenapa kita yang digembar-gemburkan punya saksiah dan agama yang terbaik.The best way of life orang kata.Tapi punya senarai melangit di dada-dada akhbar?Kerana kita hanya tahu mendabik dada tapi akal menghampiri jalan mati.Bodoh sombong.

Jangan pula nanti anak-anak kita jadikan Karpal Singh tu sebagai
idola.Punah nanti.Ayuh,bergegaslah wahai kerajaan.

********************************************************
Tuesday, April 27 @ 13:09:07 MYT
Oleh Kapten Bersara


SAYA terpanggil untuk memberikan komen terhadap beberapa surat yang telah dihantar oleh pembaca malaysiakini, mereka merupakan ibu bapa yang gelisah tentang perlaksanaan PLKN yang sedang berlangsung sekarang.

Pandangan mereka supaya PLKN perlu dihentikan adalah wajar dan saya sangat bersetuju. Saya merupakan bekas jurulatih PLKN dalam Modul Pembinaan Karektor (Character Building) yang telah menarik diri dari menjadi jurulatih atas sebab-sebab yang akan saya kemukakan.

Sebagai seorang bekas pegawai tentera yang pernah menjadi jurulatih di pusat latihan tentera selama lebih lima tahun, saya sangat ingin menyumbangkan tenaga dan pengalaman saya untuk membentuk dan membina karektor yang positif kepada generasi muda kita.

Mereka ini ibarat kain putih yang perlu kita corak dan lukiskan dengan imej yang baik, sikap positif dan kelakuan yang terpuji. Namun, semasa saya menghadiri kursus TOT (Training of Trainers) di Bangi, saya mendapati keseluruhan silibusnya menerima pakai silibus dari Barat.

Saya tidak pasti daripada mana puncanya, namun jurulatih yang mengajar datangnya dari United Kingdom, Kanada dan Amerika Syarikat.

Manual jurulatih juga menerima pakai silibus tersebut. Ramai peserta kursus TOT tersebut tertanya-tanya, mengapa tiada satu pun subjek ke arah keagamaan diterapkan di dalam silibus tersebut, yang boleh disesuaikan dengan pelbagai agama anutan peserta PLKN.

Saya tidak menyatakan silibus pengajaran yang sedia ada tidak baik atau tidak sempurna, namun penambahan dan pengubahsuaian adalah perlu kepada budaya dan adat berbilang bangsa di Malaysia ini.

Apabila saya diarahkan untuk melapor ke sebuah IPTA untuk menjadi jurulatih Modul Pembinaan Karektor, pemerhatian saya pada hari pertama pengajaran modul tersebut, mendapati segala-galanya dalam keadaan yang tidak sempurna.

Jurulatih tidak dibekalkan dengan alat bantuan mengajar seperti Flip Chart, pembesar suara, pemain VCD, pemain audio CD dan sebagainya.

Terpaksalah kami bersusah payah mendapatkan segala peralatan tersebut dari rumah, meminjam dan sebagainya. Mengapa berlaku sedemikian?

Tender pembekalan alatan tersebut baru dikeluarkan oleh Kementerian Pertahanan pada bulan Mac 2004 (kalau tidak silap saya).

Sudahlah kami dibebani dengan masalah ketiadaan peralatan bantuan mengajar, kelas mengajar kami juga sangat sempit untuk menempatkan kira-kira 120 peserta.

Maka kami terpaksa terjerit-jerit semasa mengajar kerana ketiadaan alat pembesar suara, berpeluh-peluh dalam keadaan yang panas kerana kelas tersebut sememangnya tiada alat penghawa dingin, bagaikan seperti berada di dalam 'oven'.

Oleh kerana peserta PLKN yang kami terima ini majoritinya datang daripada 'Modul Fizikal' yang telah mereka lalui selama sebulan di kem-kem, saya menjangka mereka semua ini sangat berdisiplin dan senang dikawal.

Ternyata jangkaan saya meleset. Sebagai bekas seorang pegawai tentera yang berpengalaman menjadi jurulatih di pusat latihan tentera, saya sangat tertekan dan 'sakit jiwa' dengan perangai anak-anak kita ini.

Saya tidak mengatakan kesemuanya, tetapi sebilangan kecilnya degil dan tidak mengendahkan arahan.

Insiden yang memeranjatkan ialah ada jurulatih PLKN yang telah dipukul oleh peserta PLKN! Mereka inilah yang menjadi 'racun'. Malah diperhatikan, peserta yang datangnya dari rumah lebih berdisiplin dan lebih mendengar kata.

Tapi apalah yang mampu kami lakukan. Kami tidak dibenarkan berbuat apa-apa selain daripada mengajar dan membuat laporan sahaja.

Apa yang berlaku kepada mereka sebelum kelas jam 9 pagi dan selepas kelas jam 4.30 petang bukan urusan kami.

Saya tidak menafikan seperti apa yang dilihat oleh ibu bapa yang melawat anak-anak mereka di IPTA, mereka ini seperti 'berpeleseran' dari selepas kelas hingga malam.

Mereka melepak di tepi-tepi jalan, di bawah pokok, ada yang berdua-duaan dan pelbagai lagi kelakuan yang sangat menyakitkan mata saya.

Semasa saya menjadi jurulatih di pusat latihan tentera dahulu, perkara ini tidak mungkin berlaku kerana mereka akan sentiasa sibuk dan terlalu letih untuk 'melepak' walaupun selepas kelas.

Berbagai aktiviti boleh dilaksanakan untuk mengisi masa lapang.

Saya ada terbaca surat dari ibu bapa dalam akhbar Berita Harian tiga empat hari lalu yang menyatakan jurulatih PLKN sewajarnya diambil dari kalangan bekas tentera supaya masalah dan gejala bergaduh, melepak dan berperangai tidak senonoh dapat dibendung. Saya sangat bersetuju.

Namun saya pasti akan ada kalangan ibu bapa pula akan mengungkit bahawa apa perlunya anak mereka dilatih untuk menjadi tentera.

Walaupun sekarang ini majoriti jurulatih dari kalangan bekas tentera mengendalikan Modul Fizikal, namun tiada kesinambungan apabila mereka kemudiannya mengikuti Modul Pembinaan Karektor.

Saya mencadangkan agar perlaksanaan PLKN dikaji dan diperhalusi dengan sedalam-dalamnya dari semua aspek. Saya amat pasti sekiranya apa yang berlaku sekarang ini berterusan, objektif PLKN tidak akan tercapai.

Malah, kemungkinan boleh membawa kepada gejala sosial di dalam PLKN itu sendiri.

Peserta PLKN sewajarnya telah ditapis semasa mereka menjalani Modul Fizikal dan adalah wajar peserta-peserta yang bermasalah dari segi sikap dan kelakuan, diasingkan dan jurulatih bekas tentera diberi kuasa sepenuhnya untuk memperbaiki mereka ini.

Disebabkan oleh faktor-faktor di atas, saya sangat rasa tertekan dan hati saya memberontak melihatkan perangai sebilangan kecil peserta PLKN yang sangat tidak saya senangi kerana saya tidak diberi peluang untuk memperbaiki mereka.

Inilah yang memaksa saya menarik diri. Pendekatan secara psikologi dalam silibus yang diberikan sepertimana yang telah ditetapkan dalam Manual Jurulatih, kurang sesuai untuk mereka yang bermasalah.

Oleh itu, adalah wajar Kementerian Pertahanan, khususnya Jabatan Latihan Khidmat Negara mengkaji semula perlaksanaan PLKN ini.

103276 | thurayya | 22:56 | 0 comments

27 Apr 2004

Warna langit..

Lampu-lampu di UIA tika ini malap.Hendak tidak hendak aja menyuluh sinar bahangnya.Awanan berselaput satu warna punya pelbagai tona hidup ada di mana-mana.Di sana dan di sini.Sekejap cuma ia berlegar-legar melanggari cahaya malap milip lampu-lampu langit.Dan..Dush..

Titik-titik berangkaian punya air jernih berkeladak itu pecah juga empangannya ditembusi panahan aturan Tuhan.Jatuh bagai air dari syurga membentuk lopak-lopak hanyir berbaukan tanah lembik.Lampu langit UIA bertukar warna,tiada lagi seri tona hiasan yang memikat walaupun punya satu warna!.Yang tinggal hanya hitam.Di sana dan di sini.Rona hidup menghiasi wajah juga sudah lama bertukar.Kelat dan masam.Bagaimana ingin kaki membawa pulang?

Berjejeran air dari tudung tidak dihiraukan.Lembab-sembab bercampurkan riak wajah dan lembut pakaian tidak lagi diendahkan.Perlu gegas pulang.Kaki diatur bukan lagi berjengket-jengket keanak-anakan seperti mula mengenal perjalanan.Kaki diseret penuh kewarasan bertukar dengusan nafas bermatlamatkan satu.Harus pulang.Jika tidak,kulit kering bertukar hidup di lautan!

Sesekali pandangan terkaleh menuju kebelakang.Mencari-cari wajah yang sakit penuh kedut seribu.Ah.Jauhnya kutinggalkan dia longlai keseorangan.Tercuit detak hati,jangan mendidik diri ralit sendiri,
berkerjaya seorang diri,bukan itu sifat insani!Yang pasti,sifat itu tidak tertanam dalam diri ini.

Melukis wajah dari kerutan itu merimaskan aku.Acap benar dia sakit jika datang bulan tepat menghampiri.Berjalan beriringan hanya untuk memujuk dia supaya tabah.

"Sekejap aja,pasti badanmu mengerekot di atas baldu nanti"

Bibir tidak bergerak,hanya hati yang bergetar sealunan deras degupan jantung yang dipam bagaikan mahu pecah.Lari mengejar meninggalkan batas terpinggir amat memeritkan.

Bibir ini punya tuan yang alah pandai bermain rentak pujuk-memujuk.Hanya hati ini bertuah mempunyai tuan yang amat pandai memohon doa terselindung di balik dada.Kata-kata keramat penyegar pendengaran dia tidak terhambur di situ.Tetapi di antara dua peparu di sebalik degupan harapan jantung,di situ dia menyembunyikan diri persis seorang pemalu.

"Lidah kelu sejuk sedangkan badan punya panas yang bisa mencairkan tembok berpagar di lidah".

Lambat-lambat titis-titis itu hilang dari tompok-tompok hitam.Titisan sejuta ahlinya itu hilang di serap dek lampu-lampu UIA yang semakin menukar tona warnanya.Cerah dan Cerah.Hayunan kaki juga sudah lama tertinggal di luar permukiman sementara.
Senyap berbilik-bilik.Hanyir lembik sang tanah dipijak-pijak bukan lagi mengandungi lopak berlumpur.Hanya bau tertinggal terawang-awang berkira-kira tidak mahu bersawang.

Ikan-ikan di alur nan satu itu jua riang tidak terkejut lena dek desahan air deras di haluan cuma.Lembut tidak seperti tadi.Dan hanya satu cuma yang pasti tidak terlepas dari ingatan.

"Dan kau mengerekot kesepian di sebalik gebar di baldu idamanmu"

p/s:buat sahabat yang tengah sakit..Semoga cepat-cepat sembuh!

103062 | thurayya | 16:54 | 0 comments

23 Apr 2004



Hee..mesti pelik kenapala aku letak gambo ni kat sini kan..apala makna khemah3 tu semua..

Harini baru lulus belaja letak gambar kat sini..rerupanya selama ni aku gagal meletakkannya kerana aku tak buh simbol < >.Patutla..berguru tak abih lagi..hehe

Dan hari ni juga belaja letak music background.Tu pun amik yang dak 5/2 (kawan sekisas dulu..hee) punya.Dia suruh pakai dulu lagu alarme tu (walaupun aku bknnya minat sangat..opss - jangan mare ek orang fanatik cam dak 5/2 tu heehe).Dia janji nak tolong uploadkan lagu brothers -Sahabat (lagu kegilaan aku) nanti.Maaf mengganggu awak je dak 5/2.

Terima kasih sudi ajar saya semua tu.Senyum lagi.

Buat terbaik final exam nanti.Jangan gopoh-gapah (tahu dak 5/2 rajin baca buku bukan macam saya).Okla tatau nak tulis apa.Sebab terlalu happy dapat belaja sesuatu yang baru walaupun kalau nak diikutkan sepatutnya saya dah tahu benda remeh camni.

Nak keluar,Khutbah pun dah lama bersidang,kejap lagi solat Jumaat,harini aku tak solat Jumaat (dah lama tak solat Jumaat sebenonya).Nak balik la.Nak makan nasik ngan sup ayam kampung (kalau akak tu bukak la arini).Aku dah ketagih sup ayam kampung dia.Beli tu makan ngan nasi kosong pun aku dah berselera.Sebenarnya dia mana jual sup tu.Dia jual bihun sup,soto ayam dll.Aku je pandai mulut gi minta sup aja + sedikit sayur (untuk bihun sup sebenonye..he) dan + sedikit cebisan daging ayam kampung.Dan..."Sup biar penuh ek kak".Dan memang penuh plastik dia bubuh kat aku.Senyum lebar aku.Aku memang gilakan apa jua jenis sup.Tak kira la walaupun sup tu hanya bubuh kiub ayam.Asalkan dia sup.Aku hirup dengan senyuman yang takkan lekang di bibir.Macam tak pernah jumpa sup seumur hidup.

Alamak dah terkecur air liur.Lepas makan kita solat ek kawan-kawan.

Ok nak balik dah ni.Dah pukul 2ptg.

p/s:Thanks sahabat..ajarkan aku sesuatu yang baru.

102437 | thurayya | 13:16 | 9 comments

22 Apr 2004

Aku Tak Tahan Untuk Tuli Lagi.

Aku ambil ini dari sumber yang menjanjikan kesahihan.Tapi tolong jangan ingat ini adalah angkara akal pemimpin PAS yang diwar-warkan terlalu buruk dan melampau.Dan juga terlalu samseng dalam menyuarakan hak.Hanya pandai membangkang tapi tidak pandai mentadbir!.Huh!.Bukan dari mereka.Dan ini juga bukan dari akal anak didik asuhan mereka.Tapi inilah akal matang dan keinsafan anak didik yang paham apa itu ISLAM dan apa itu perjuangan dan sunnah yang ditinggalkan Rasullullah S.A.W.

Sakit mata ini melihat,sudah tuli telinga ini mendengar.Tapi aku tetap aku,tetap tak salahkan peserta-peserta itu seratus-peratus.Aku hanya salahkan mereka yang punya bergulung-gulung sijil dari ijazah sampai PHD (baca=bukan perasaan Hasad Dengki).Aku salahkan mereka yang ada title Dato',Datuk',Datin dan TAN SRI.Aku salahkan mereka yang ada calit di bahu yang bukan satu calit malah bercalit-calit itu.

Inikah kesudahan matlamat mereka yang sebelum ini bertekak dalam mesyuarat,bersekang mata menyiapkan laporan dan
menyiapkan modul yang dianggapnya memenuhi ciri-ciri Islam Hadhari.Atau,atau mereka itu hanya bersembang kopi dan
bergoyang kaki.Hanya tunggu saat bulan jatuh ke riba,cucuk duit di dinding bank!.Itukah Islam Hadhari yang sebenarnya.Canggih sampai dinding pun boleh keluarkan duit!.

Aku tetap tak salahkan peserta-peserta.

Anda dan anda pernah terfikir??..

Dia di kampung..

"Aku diterima mendaftar di PKN.Yahoo dan senyum.Aku sebelum-sebelum ni jahat.Curi duit mak.Tendang ayam ayah.Cubit adik-adik.Huh.Aku bukan seorang abang yang baik.Dah banyak dosa yang aku lakukan.Aku nak bertaubat.Mana tahu selepas program ini aku betah menjadi anak yang soleh.Aku nak tengok air mata mak dan air mata ayah bersatu memeluk aku kerana aku sudah berguna.."

Dia di pekan besar..

"Dengar cerita,semua orang-orang besar yang terlibat pandai-pandai.Aku nak cedok ilmu dari mereka.Bukan hanya ilmu dunia tapi aku nak lebih dari itu,aku nak rasa setiap hari sepanjang 3 bulan itu solat berjemaah penuh.Biar selepas ini aku boleh konsisten solat berjemaah.Aku nak telinga aku yang sudah penat mendengar amarah ayah dan lagu-lagu yang melalaikan dengan ayatul Quran.Aku tak suka aku ini.Aku nak berubah.Tolonglah aku."

Dia di kebun sayur..

"Gua dengar orang-orang Islam baik-baik.Tapi ayah gua selalu pesan jangan kawan dengan lu lu semua.Lu lu orang jahat.Gua tak caya.Gua tahu mesti agama lu lu muslim hebat.Mesti lu lu orang Islam hebat-hebat.Gua boleh tanya pasal agama lu lu orang.Gua pasti tanya.Azam gua."

Sanggup tengok impian dia,dia dan dia itu berkecai langsung tak berharga?Lalu disapu dan disodok buang.Begitu?.Senangnya.

Inilah kalau Islam Hadhari hendak diterapkan.Islam Hadhari hanyalah Islam yang hidup dan bernafas hanya pada nama tetapi zero pada penghayatan.Sanggupkah kita menjadi hamba pada kebendaan?Sanggup tengok orang itu,orang ini membina mercu-mercu tinggi melangit hanya untuk keselesaan orang calit di sana ataupun untuk orang 'tua-tua' di sini?Sekarang ramai orang yang 'tua' sebelum umurnya.

Islam dan tamadun yang sebenar adalah Hadratul Islam.Benda yang tunduk pada kita,bukan kita yang cintakan kebendaan.Mercu gemilang tamadun Islam hanya pada zaman khalifah Umaiyyah dan Abasiyah.Kerana apa mereka jatuh?Kerana alpa jua teman-teman.Mereka lupa,ada TUHAN yang memerhati,ada TUHAN yang menghisabi.Mereka lupa itu.Lalu mereka jua seperti kaum-kaum sebelum ini.Jatuh bersepai dan berselerakan.

Islam Hadhari!Huh.Awal-awal lagi dah kebendaan,langsunglah tak berpeluang menjadi tamadun Islam.Inilah yang mereka cuba terapkan.Jangan kita yang beraqal ini dipandu oleh benda yang tidak beraqal!.Zalim namanya.Mengubah fitrah sebenar kejadian manusia.Bab aqidah tak selesai jangan impi berlian bergunung-gunung.

Kata mereka..

ISLAM HADHARI = ISLAM HAD + HARI.

Paham maksud aku?Begini.Islam bagi mereka ada hadnya.Apa had-had itu?Begini lagi.Hukum syariah di hadkan - hukum hudud! (zaman nabi je semua tu,zaman nabi?Kepala tak betul sungguh! Nabi Muhammad s.a.w nabi akhir zaman la..takkan tak belajar masa di sekolah agama dulu?),pemakaian tudung di hadkan (sebab tu ada yang berjambul) dan penggunaan kain di hadkan (masih bebas berskirt,tidak pun berbaju kurung melekat di badan) - hanya mengambil beberapa contoh.

Apa pula kaitannya dengan Hari?.Ala Islam hanya gemilang pada harinya dan tertentu sahaja.Hari apa?.Hari Awal Muharram,Hari Raya Puasa,Hari Raya Aidil Adha.Hari Israk-Mikraj.Masa itu kau boleh nampak mereka yang dulu sakit (sakit tekak) gagah melaungkan takbir dan boleh pula berjalan berkilo-kilo meter.Biasalah lancar seperti pen kilometrico.Lancar gitu.

Ada anda terbaca kes rogol melibatkan urusetia dan peserta kem?Anda baca?Apa yang anda rasa?Kesimpulannya.Itulah 'kejayaan' pertama Islam Hadhari mereka.Huh.

********************************************************
MODUL FIZIKAL

1.Kerohanian

-tak solat berjemaah
-tak azan sekalipun kemudahan speaker disediakan
-takde pengisian / kuliah / ceramah
-tempat solat amat tidak selesa & tak dapat menempatkan semua
peserta muslim.

2.Aurat

-wirawati muslimah tak menutup aurat.
-tiada penekanan pihak urusetia berkaitan isu penutupan
aurat.
-pakaian wirawati yg menjolok mata (muslim & non-muslim)
-wirawati muslim kurang mjaga aurat dgn non-muslim

3.Couple

-wira & wirawati bjumpa hingga larut malam
-wira datang ke kawasan khemah wirawati
-wira & wirawati melakukan perkara2 kurang sopan
# berpelukan & berciuman
# bercampur (di air terjun)

4.Aerobik/Tarian cha cha

-dilakukan pd waktu hampir maghrib & pd waktu maghrib
-muzik terlalu kuat ; ala2 disko
-percampuran (ikhtilath) ant wira & wirawati

5.Kebersihan
-ditekankan tetapi kurang diambil berat oleh para peserta

6.Muzik
-terlalu kuat
-dipasang pd waktu2 yg kurang sesuai oleh para peserta spt zuhur, azan, subuh

7.Histeria

MODUL PEMBINAAN KARAKTER

-muzik yg dipasang terlalu kuat
-tarian2
-pergaulan yg tidak ada batas ant wira & wirawati
-wirawati memasukkan tudung ke dalam pakain (tuck-in)
-modul2 kebudak2an (kurang matang)

MODUL KENEGARAAN

-ala politik (menjurus/cenderung kpd ‘biru’)

MASALAH GLOBAL DI UIAM
1.Aurat
-terdapat wirawati muslim yg masih tak memakai tudung sekalipun telah diwajibkan & tidak menjaga aurat dgn non-muslim
-wirawati memakai pakaian menjolok mata
-tudung dimasukkan ke dalam (tuck-in)
-tdapat wirawati muslim yg mewarnakan rambut
-wirawati tak menjaga aurat suara-ketawa terbahak2 & menjerit

2.Couple

-wira & wirawati bdua2an pd hujung2 minggu & tidak menjaga batas2 pergaulan berlandaskan syariat
-berpegang tangan

3.Kerohanian

-masih tdpt peserta muslim yg tak solat & tak mjaga solat
-pengisian di masjid (maghrib-isya) kurang diambil berat
-kurang penekanan solat oleh jurulatih/fasilitator
-peserta kurang ambil perhatian pd pengisian-berbual2

4.Malam kebudayaan
-campur laki pompuan

5. Histeria

P/s:aku nak tahu..JUMUDkah kalau tidak membenarkan percampuran lelaki dan perempuan?Baik jadi 'jumud' kalau perkara itu mendekatkan pada zina.Itu cara aku berfikir.Ops bukan.Dalam Quran dan Sunnah ada..Apa yang payahnya..

102292 | thurayya | 11:16 | 0 comments

Aku adalah aku

Jalan semakin menghampiri penghujung di semester ini.Tugasan belum lagi dilaksanakan.Berleka-leka membawa padah.

Isnin depan test Intro to Law.Pagi tadi menghabisi soalan-soalan quiz law.Bolehlah tahan kekeliruannya.Hanya di beri masa 5 minit menjawab apalah sangat otak sempat menafsir dan memanggil segala maklumat yang tertanam sehari sebelum hari itu muncul menjenguk diri.Sehari sebelum hari itu?.Habis 5 hari berbaki ke mana pergi.Hehe.Aku bukan kaki study macam DIDI.Hehe.Alasan.

Aku bukan kaki meja dan kaki kerusi.Aku juga bukan kaki selak buku sana selak buku sini.Tambah-tambah berkaitan dengan madah yang di ambil.Kalau selak majalah sana selak majalah sini,novel sana novel sini,aku pandailah.Selamat semester pendek ni tak menjanjikan aku sekang mata sana sekang mata sini menonton VCD.

Itulah aku.Aku hanya akan dapat dilihat terpaku di kerusi dan di meja hanya 2 hari sebelum menjelang final exam.Sudah sebati sejak kecil.Aku pernah berusaha membuat jadual.Tapi akhirnya,bakul sampah juga menjadi tempat penginapan si jadual.

Aku pernah beberapa kali muhasabah tentang diri.Tentang kelekaan yang berpanjangan boleh membawa padah.Aku tahu.Tahu ya amat.Tapi bak kata seorang umi (aku kenal melalui irc) aku ini ibarat "hangat-hangat tahi ayam".Malanglah siapa yang memperisterikan aku.Awas bagi yang membaca entri ini.Pendam-pendamkan perasaan anda kerana kelak membahayakan jantung anda juga (perasan).Hehe.Mencegah lebih baik dari mengubati.Pesanan kerajaan tu!!.

Tapi aku tahu,aku perlu jua bangkit dari kelekaan yang bukan sekejap bersarang,malah sudah berlumut.Sakit itu lebih parah di semester pendek rupanya.Aku berkorban masa dan rindu untuk datang ke sini hanyalah kerana memikirkan kalau-kalau beratus-ratus masa bakal digunakan dengan aktiviti yang tak berguna jika masih menternak di rumah.Rupa-rupanya mengecewakan aku.

Tapi aku masih bersyukur,kerana di sini aku masih dikelilingi sahabat-sahabat sefikrah sudah tentunya seagama.Setidak-tidaknya ilmu itu tidak bercerai ke mana.Menyerap juga di hati walaupun aku jenis yang sukar nak berkongsi dengan sesiapa.Itu kelemahan aku.Sebab itu pekerjaan seperti guru,pensyarah dan seangkatan dengannya bukan dalam senarai pekerjaan yang aku minati.

"Enti, terang jap apa makna nuisance (law of torts) ni..ana tak pahamlah"

(camni..ala cam menganggula..cam kalau kat kolej kita ni orang bukak radio kuat sangat..kita leh la tegur dia..kiranya ni civil wrongla)

"Erk..erm..ok camni..enti cuba baca..haa camtulah.."

(Laa..mana pergi perkataan-perkataan tadi..laa bergema dalam hati je..parahh)

Blurr je aku tengok muka sahabat ni.Hampir nak tersembur ketawa aku,kenapalah susah sangat nak menerangkan.Padahal dah ada dalam otak.

Aku bukan pakar terang-menerang.Pakar buka lampu bolehlah!.

102190 | thurayya | 2:14 | 3 comments

17 Apr 2004

Tahniah Didi..

Aku nak amik kesempatan di sini..

Ucapkan berjuta-juta tahniah pada adik perempuan aku nan seorang itu...Tahniah wahai cik Didi kerana penat lelah bersekang mata sehinggakan tersengguk-sengguk di meja study untuk lulus dengan cemerlang dalam pelajaran....lebih-lebih lagi hadiah buat mak dan abah....

Cayya laa dapat kekalkan Dean L dalam 4 semester berturut-turut..hanya berbaki 2 semester saja lagi..Aku harap hang dapat kekalkan prestasi macam tu..malah tingkatkan lagi ok....

AKu tumpang gembira..

P/s: bila nak belanja aku ni..hihih...

101331 | thurayya | 21:06 | 2 comments

16 Apr 2004

Aduan.

Situasi 1

Mata acapkali mengerling paparan jam di telefon genggam.Melilau dan menawaf sekitar bilik mesyuarat yang sunyi tanpa penghuni.Hanya aku.Bosannya.Mana pergi semua orang.

Turun ke bawah.Niat untuk menelefon ustaz.Kemungkinan mesyuarat dibatalkan tanpa aku mengetahuinya.

Tut..tut..tut..PUTUS (disengajakan oleh penerima talian sana)

Situasi II

"Maafkan ana,lewat sebab ana ada hal dengan polis".Cepat saja meluncur dari mulut ustaz.Biar benar.

"Ustaz ni ada-ada je.Haritu kata langgar anak anjingla.."Adik Fizah sudah mula menjuihkan bibir.

"Betullah..ada orang buat aduan tentang ana!!"

Melopong mulut-mulut yang leka memerhati...

********************************************************

Aku pernah bercerita tentang kejadian sampuk dalam weblog ini.Situasi di atas adalah kesinambungan cerita sampuk yang lepas.

Ustaz di tuduh berniat mencederakan gadis-gadis yang di sampuk.Buktinya pada kepingan mati yang di hantar ke balai polis.Bukan semua gadis itu yang membuat aduan,hanya seorang.Anak manja agaknya.Orang nak mengubati dia,di balasnya dengan tuba.Tidak profesional sehingga sanggup melaporkan kejadian yang bukan tiada saksi,tapi mempunyai berbelas-belas saksi itu.Huh.Buang masa saja kalau di bawa ke mahkamah!

Ustaz pergi ke sana pun di atas panggilan orang lain.Orang yang sudah buntu bagaimana ingin menenangkan 'keganasan' berpunca dari si gadis manja itu.Bukan seorang dua yang terperosok ke belakang di tendang olehnya!.Kesan-kesan lebam itu bukan di buat oleh ustaz,tapi disebabkan kesan pegangan tangan-tangan lembut yang lain.Terpaksa memegang kuat kerana dia di katakan meronta-ronta.

Aku hanya tersenyum sinis,sudah ditolong,begitu pula perangainya.
Membalas dengan tuba nampaknya.Ustaz meredakan kegelisahan di hati anak-anak buahnya tika memberitahu ayah kepada si gadis manja itu menarik balik aduan yang dibuat oleh anak kecilnya.Selamat si ayah berfikiran positif.Mungkin sudah masak benar dek perangai tak matang anaknya.

Berita 24 Jam

"Seramai 30 peserta PKN di Kem Jasin di sampuk kerana tiadanya kawalan ketat oleh komando-komando yang digajikan untuk menjaga dan mentarbiah mereka untuk melakukan aktiviti-aktiviti yang berfaedah dan penuh sifat keIslaman."

"Akibat mengadakan tarian-tarian lama di Kem Jasin,'sejahat-jahat manusia' mengganas mencari mangsa-mangsanya yang alpa.Malah mengikut mereka hingga ke perkarangan UIA"

********************************************************

Aku tak salahkan peserta-peserta itu.Aku kasihkan mereka seperti adik aku sendiri.Mereka tak bersalah.Mereka suci.Walaupun mereka nakal,tapi mereka nakal kerana sekeliling mereka.Kerana mereka tidak diterapkan dengan amalan yang sepatutnya.Syahdu bukan jika setiap kali solat bergema suara imam dari kalangan perserta muslim mengimamkan jemaah?.Kalau pihak gereja sanggup bertungkus-lumus mengumpul dana mengadakan pelbagai seminar pengetahuan tentang Jesus dan Trinity kepada remaja-remaja kristian,kenapa kita yang Muslim ini makin menjauhkan diri dari nilai-nilai murni itu?.

p/s:Fikir-fikirlah..

101019 | thurayya | 12:07 | 0 comments

15 Apr 2004

Udara Palestine

Udara UIA membawa rintih,sendu dan tangisan bumi Palestin!!.
Sudah heboh sejak Selasa lepas,udara dan nafas UIA bukan lagi berbau Malaysia walaupun di dalamnya terdiri udara-udara dari Arab,Aghfanistan,China dan segala macam udara yang tak mampu deria bau aku menapisnya.Kolong langit UIA menerima udara simpati dari Palestin.Udara merah.Udara darah.

Sesak nafas Palestinean Week.

Aku tak banyak mengetahui tentang udara ini.Semester 3 yang agak santai membataskan 2 kakiku berkejaran di sekitar kampus induk.Kaki-kaki ini hanya betah meninggalkan tinggalan tapak-tapak kaki di sekitar mahallah.

Aku hanya menjenguk gerai menjual murtabak sahaja tadi.

Aku bukan kaki shopping.Dan bukan kaki window shopping.Aku hanya akan pergi menjenguk jika ada apa-apa yang perlu dibeli.Jika tidak,sekadar menjeling dari jauh sudah ku tahu apa barangannya.Heh!

"Bertuah siapa yang dapat enti berdua (aku dan Hannah)",
teringatkan kata-kata seorang muslimin yang agak kaget kerana kami tidak suka memanjakan diri seperti orang lain.Huh!Penatlah bershopping.

Sakit tapak kaki!Bukan pemalas?Atau kedekut?..Erkk!

Udara Palestinean Week bakal berakhir Ahad nanti.

********************************************************
Quiz Law sudah berjaya dijawab.Hanya tinggal mid term test History saja.

Kenapa diri ini tak takut?Tak takut dan tak sedar yang peperiksaan besar akan datang.Teruk mid term test,susahlah nak dapat terbaik nanti.Dah lah selama ni bukannya aku dapat terbaik pun.Huh.Menyusahkan betullah kalau tak dak deria ketakutan ni.

Puas memohon supaya TUHAN campakkan perasaan takut dalam diri.Moga menjadi peringatan pada diri.Agar cepat tersedar dari lena yang menghampiri.Tetapi makin hari,makin alpa tak guna diri.Malah lupa niat pertama ke sini.

Parah.

Masa jawab quiz law pada Isnin lepas,jiwa aku mati.Kosong.Hai.
Pergi mana ketakutan yang dulu selalu bersarang di hati.Aduh.Tak boleh jadi.Perlu membuat sesuatu.Aku tak suka dengan diri seperti ini!.

Bila membaca,fikiran aku menerawang entah ke mana.Gerakan mata meneliti huruf demi huruf dari muka surat pertama sehinggalah ke akhir,tapi otak tak nak langsung menaakul.

Aku baca atas angin!.

Penat rupanya memaksa diri supaya akur pada kehendak hati.Kehendak tidak mahu gagal.Tapi hati ralit menyepi,malah disenyumnya sinis.Aduhai.

Isnin -History of Islamic Civilization.
Rabu - Quiz Intro to law sekali lagi.

Harapan otak,hati,mata,diri berkerja keras melawan nafsu.

p/s:doakan aku kawan..

100893 | thurayya | 23:24 | 0 comments

Aku Sakit...

Terima kasih pada yang ternanti-nanti bingkisan suka dan duka dari weblog yang masih lagi setia bertemankan sawang-sawang yang berselirat di sana sini.

Aku ada penyakit.Penyakit kronik.Kronik yang hampir tiada penawar sembuhnya.Sudah lama ia bersarang di dalam diri,malah melazimi menziarahiku saban hari.Aku tidak dapat berbuat apa-apa melainkan terus menerima ia sebagai kunjungan terhormat.Jauh dari rahmat.Aku kira!

Aduh!!.Peritnya bukan kepalang.Hanya aku yang merasainya.Betapa ia menyucuk-nyucuk ulu hati zalim menyelami jauh membenamkan segala duri dan merobek serta menerobos paksa segenap ruang yang menghuni di dalam diri ini.Aku terkulai.Layu yang bukan hanya menunggu siraman air setiap masa tetapi lebih kepada menunggu saat-saat kapannya diri ini.Aku dungu.Hina kerana tidak pernah memaksa berusaha tabah menghalang ia dari terus menyeksa diri ni,malah lebih menerima ia.Dayuskah aku?

Hari ini ia tidak datang.Janji ia hendak datang kemudian hari,mungkin esok,mungkin lusa,mungkin selepas lusa,dan selepas,selepas itu.Aku takut untuk bertanya.Takut mata merahnya menjengil geram.Takut amarahnya membuak sekali lagi.Aku takut.Takut.Takut pada diri?

Kerana itu jari-jemari aku pantas menyulam di sini.Sulaman yang dari dulu lagi tidak beberapa cergas dan pantas.Tapi bisa mengundang kenangan di sini.Kenangan tersendiri.Aku juga terlalu rindu untuk bersama angin di sini.Angin Thurayya mendamaikan walaupun acapkali di terpa angin kering kontang.Entah dari mana monsun melanggarinya.Lantas menyusur terbang jauh hinggap di sini.Mungkin berkomplot dengan penyakitku.Ah.Penyakit itu maha zalim.Sanggup berkrompomi menjatuhkan aku!

Buntu berfikir bagaimana untuk menyingkirkan ia dari hidupku.Anugerahkah ia?.BUKAN!!.Anugerah hanya pada yang baik.Benda yang baik.Perkara yang manis-manis sahaja.Habis?Sakit itu bukankah satu anugerah?Jua untuk menyedarkan.Semacam manis untuk bersyukur?

Sakit itu BEDEBAH!.

Bedebah lagi si aku yang tolol ini bukan?.Sudah tahu diri suka bermalas-malasan masih membentangkan baldu merah setiap kali menyambut ketibaan SAKIT itu datang.Huh.

p/s: dari menuding jari ke arah orang lain.Bai beli cermin,kaji diri sendiri dulu.

100832 | thurayya | 16:36 | 5 comments

8 Apr 2004

Angkatan Garuda Menyerang!

Sudah lama aku ingin membuang rasa kesal di sini.Sudah lama.Tapi hati yang tertahan-tahan (malas nak menulis) memanjangkan perkara yang sepatutnya aku lebih dulu mendahulukannya.

Ana ada sedikit perkongsian tentang situasi PKN yg sebenar di
USM. Utk pengetahuan semua, di USM ada 2 desa (asrama) yg diduduki oleh peserta PKN.Kebetulan salah satu desa yg digunakan adalah desa yg ana duduki sepanjang pengajian ana kat sini.Sekarang ni pun ana menginap sementara di desa yg sama bg memudahkan ana dlm gerak kerja PERKASA. Keadaan ini membolehkan ana melihat situasi sebenar yg berlaku dlm PKN ni. Minggu ni dah masuk minggu ke 2 utk peserta PKN. Peserta PKN yg mendiami desa tmpt ana ni merupakan peserta siri ke 3 PKN. Astaghfirullahhalazim, ana mmg betul2 terkejut dgn situasi yg berlaku. Drp minggu pertama sampai minggu ke 2 ni. Nak tahu
apa yg berlaku?


Sebelum mata melirik ke perenggan seterusnya aku dah dapat agak apa yang berlaku di sana.Mungkin tidak sama atau sama atau hampir sama seperti apa yang berlaku di UIA.Akal dan hati aku terdetik mengatakan ia berlaku hampir sama malah mungkin mendahului rekod terburuk di USM.Huh!!.Kesal yang bukan di buat-buat!!.

Bayangkan, ana lihat pemakaian peserta terutamanya peserta
perempuan ISLAM, mengalahkan pelajar cina di kampus sblm ni. Dgn free hair, rambut merah, baju ketat dsbnya, tanpa ada seorang fasi/pembantu fasi pun yg menegur mereka.paling dahsyat, segelintir fasilitator, pembantu fasilitator dan juga sukarelawan rakan muda sendiri pun mengalahkan peserta dlm
bab pakaian ni. Mcm mana nak jadi cth utk peserta. Peserta lelaki pula dgn bangganya mendedahkan aurat msg2 dan juga menghisap rokok di khalayak ramai dgn senang hatinya.


Aku tidak berani memberi sebarang komentar mengenai isu free hair,rambut merah di sebabkan kedudukan kolej mereka yang jauh dari kolejku membatasi pandangan.Tapi pakaian yang ketat,pendek (fesyenlah katakan..OoO..up to date!!) memang selalu ditajami.Rasa geram sudah lama bersarang.Tak menghormati langsung etika pemakaian di universiti ini (kalau ye pun dah teringin sangat nak bergaya..hey..bergaya di luarlah).
Opss..Pihak pentadbiran UIA pejam mata (atau buta terus),tutup telinga (tak pun dah tuli agaknya.
APA??..letak kapas ek..patutlah - Kaya kilang kapas..HEH!)
.

Bukankah pelajar bukan Islam di universiti ini dimestikan (wajib) memakai skaf kepala??Memakai pakaian yang sopan-santun??.
Kenapa tidak dipraktikkan ke atas peserta-peserta PKN??Ke mana larinya syarat tersebut.(Oo..Menikus sebab takutkan kerajaan (matilah aku sebut kerajaan.Huh!!)

Apabila ptg pula, bermulalah operasi "dating" disepanjang jln yg berhampiran blok. Di situ pun, tiada sesiapa yg menegur. Malah yg paling teruk, sampai ke tengah mlm peserta ber"dating" tanpa sebarang gangguan sedangkan masa tu mmg pak guard berada hanya bbrp meter shj drp mereka.

Macamana tak timbul isu berdating (atau bahasa kasarnya merendek= berdua-duaan),semuanya bermula ketika perkenalan sulung di kem latihan lasak sebulan yang lalu.Biasalah,bila dah tak terkawal (lebih tepat "malas nak kawal") dek komando-komando bergaji kerajaan (mati aku sebut sekali lagi.Huh!!).Di biarkan lepas berdikari (kononnya.."biarlah..dorang dah besar").Bila sang musang ataupun serigala melihat biri-biri yang comel dan bersih,putih bulunya,apa lagi yang ditunggu.NGAP!! (bodohlah tak ambil peluang..Peluang bukan datang banyak kali beb!!).

Jangan bila dah di NGAP!Terus hancur lebur tak bersisa!.Hey berani makan berani simpanlah.Jangan bila dah kenyang,dah berpulas perut tu,si anak kura-kura dilepaskan berenang bersendirian!.
Telinga ni sudah pedih mendengar pelbagai khabar-khabar yang sudah semestinya tidak pernah bertiup lembut dan menyenangkan.
Malah lebih dasyat daripada hujan garuda!.Kenapa mesti ada yang tersungkur?Kenapa mesti ada yang tertahan?Kenapa mesti ada yang mengandung!!.

Semalam tersentak aku mendengar dari seorang sahabat mengatakan ada modul jelik yang di selitkan dalam slot "self building".Modul yang memutik dan seterusnya mencambah-buahkan pelbagai perasaan dan naluri insan.Modul bertentang mata.
Semestinya lelaki memandang perempuan.Usha gitus.Hai seronoklah cupid-cupid sekalian memberi panahan arjuna kepada si penggoda dan jelita!.Banyak modul lain yang boleh digunakan untuk memperkasakan jatidiri dan membuang sifat malu peserta.Kalau gagal public speaking,cuba selitkan sirah-sirah perjuangan Rasullullah,latihkan mereka meanggotai forum dan lagi dan lagi (opss..sebut sirah Rasul s.a.w karang ada yang cakap aku pro pembangkang!!.Hey..mana Islam Hadari yang gemar digembur-gemburkan?.Kenape? tak percaye?Islam Hadari tak boleh cerita pasal Rasullullah ke?)

Mana melayangnya Islam Hadari (makan angin di Mauritius ke).Tak payahlah buang masa dan air liur (lebih baik air liur basi..boleh juga melakar peta tak diitiraf)bercakap lantang untuk membina saksiah dan jati diri serta memupuk semangat perpaduan dan cintakan negara kalau bab ibadah zero.
Hampeh.Haprak.Kalau bab solat diambil mudah dan dikejikan,jangan bercakap soal kekuatan!.Tolonglah.Membuatkan aku memuntahkan gelak yang bukan sedikit!.

Mata ni dah merah benar melihat ramai peserta-peserta yang bersidai di luar MASJID berselang-kaki,bertepuk-tampar dan gelak mengalahkan langsuir ketika orang lain sibuk menunaikan kewajipan.Tak terjentikkah rasa malu?.Bukan semua yang berperangai "tak sekolah" (tak dak langsung hormat),tapi bilangan yang bersama-sama imam Masjid mendirikan solat hanya sedikit!.Kenapa?.Tak muat ke Masjid UIA nak menampung orang ramai bersolat?.Ini masjid bukan surau,kalau surau percayalah juga mungkin tak muat.Itupun bergilir-gilir bersolat.Bukan tak solat langsung.Apa??..OooO..cuti..bendera jepun..OoO..ramai ek (takkan sampai nak suruh tanggalkan seluar periksa pad ada ke idak?..Tutt..Cut!).

Rupa2nya beberapa minit slps ana&ukhti nahdia beredar drp tempat kami melepak, berlaku satu pergaduhan antara peserta PKN oleh peserta lelaki di desa ana dan desa yg satu lagi. Nasib baik tak ada pertumpahan darah yg berlaku. pak guard hanya dtg diakhir pergaduhan dan hanya sempat menahan lbh kurang 22 org shj.

Takkanlah tak terkesan langsung di jiwa peserta-peserta akan rasa perpaduan?.Kalau pergaduhan sering mengakhiri perkenalan.Aku hanya boleh menunduk sambil berkata.Matlamat kerajaan gagal!.
Inikah soal perpaduan yang mereka cuba terapkan?Inikah soal persahabatan tak mengira kaum yang patut di amalkan?.Di UIA ni,bukan calang-calang komando yang mengawasi bilik peserta-peserta yang dikenali samseng kampung dusun.Lagak seorang ahli bina badan.

Mereka mengadakan pemeriksaan brgan yg dibawa oleh pelajar, mereka menjumpai ganja yg disimpan di "private part" peserta lelaki. Tapi yg peliknya, pihak "U" hanya memaklumkan kpd ibu bapa shj dan tidak melaporkan hal ini kpd pihak polis. Mungkin nak jaga nama.

Kenapa ini semua mesti terjadi?Aku tak salahkan peserta-peserta itu,aku lebih salahkan orang itu,orang ini,dan orang di hujung sana.Mereka lebih dewasa.Mereka lebih makan garam.Kenapa tidak mereka menurunkan ilmu kesaktian makan garam mereka itu kepada peserta itu,ini dan di hujung sana?.Kenapa?.Kenapa mereka terlalu kedekut mementingkan diri sendiri.Kenapa?Syurga bukan untuk anda itu,anda ini,dan anda di hujung sana saja.Syurga untuk semua!.

Kenapa perlu membazirkan wang rakyat demi untuk membohongi orang itu yang menunduk (dipenjarakan),orang ini yang tuli (dikapaskan) dan orang di sana yang buta (dikorek buangkan).Aku tak kisah anda,anda dan anda yang setiap kali keluar ada orang pimpinkan,salam dan eh eh cium lagi (bodek ke) menggunakan duit rakyat (ops aku belum bergaji daa) untuk membina program sebegini murni (hanya permulaan sahaja).Gunalah.Laksanalah.Andai esok remaja-remaja ini bakal menjadi wira negara.Bukan wira pada urusan dunia,malah gah urusan akhirat.Gunalah andai itu membawa kebaikkan.Besar tapak kem,jangan surau dikecil-kecilkan kami mengadah harapan.

Peristiwa Hujan Garuda di entry ku yang lepas,ada peristiwa lain yang melatarinya.Peristiwa sampuk dan peringatan oleh makhluk ALLAH yang lain benar-benar membuatkan hati ini separuh geram dan separuh lagi melayang kekesalan.Ustaz Ashraf yang kebetulannya dipanggil untuk meredakan sampuk yang bukan dua orang sampuk,tapi ramai itu,membongkar hujan garuda yang dasyat.Semuanya gara-gara ilmu maksiat yang entah dari mana mereka pelajari.Itulah senang-senang dipraktikkan tanpa memikirkan apakah natijah yang akan menimpa memburukkan lagi keadaan.

"Mereka menari.."

"Menari??..menari apa ustaz.."

"Menari cha cha cha.."kedengaran melucukan..mungkin ustaz tak tahu apa nama tarian itu.Heh!

Tapi di sebabkan ilmu itulah mereka merana.Dan mengikut kata peserta-peserta lain yang menceritakan pada ustaz,kejadian yang sebegini juga pernah terjadi ketika di kem Jasin sebulan yang lepas.Ribut yang sama.Kilat yang sama.Sampukkan yang sama.Serta suara kemarahan yang sama.

"Selagi dorang tak nak tinggalkan maksiat..selagi itulah aku akan ganggu."

Nah..makhluk lain pandai mengasingkan mana yang baik dan mana yang buruk.Inikan kita manusia,sebaik-baik kejadian dan sebaik-baik aqal,lupa dan leka tentang kebaikkan dan keburukkan.

"Sebaik-baik jin adalah sejahat-jahat manusia"

Kalau "sejahat-jahat manusia" itu ber'aqal'.
Takkanlah "sebaik-baik jin" yang beraqal itu hampeh aqalnya!.Malulah sikit.Kucing pun tahu malu tau.

P/s: aku bukan meledakkan pesimis aku hanya kerana kerajaan UMNO yang mengetuainya.Bukan.Kalau program ini setulus-tulusnya,akulah orang di barisan pertama yang menyokongnya.Apalah sangat jika untuk Islam.Bukankah kita semuanya bersaudara!.Aku sedih kerana mereka masih mentah.Yang lelakinya,suara pun baru habih pecah!.Aku kasihankan mereka.Alahai.

99400 | thurayya | 11:37 | 0 comments

7 Apr 2004

Hidayah ALLAH pada berlian terpilih..

Aku pernah menyentuh kisah ini di entry tahun lepas ketika ustaz Farhan pernah datang ke UIA menjadi ahli panel forum yang diadakan oleh pihak Universiti.Beliau ada juga bercerita kisah pengislamannya.Aku kira semoga dengan membaca kisah ini,kita sebagai umat Islam (lebih-lebih lagi lahir sebagai muslim) dapat mengambil iktibar.

Sedih bukan,kita sebagai muslim merendah-rendahkan kebolehan muslim yang lain,apatah lagi muslim yang baru menerima hidayah.Sepatutnya dialu-alukan,bukannya menghina!

Kisah Farhan (Kisah Perjalanannya Masuk Islam)

Nama saya Farhan Bin Abdullah. Nama asal saya sewaktu beragama Kristian ialah Johanis. Saya dilahirkan di bumi Sabah dalam keluarga Kristian. Bapa saya seorang ketua Paderi yang menjaga 15 buah gereja di satu kawasan di Sabah.

Saya dilatih oleh bapa saya untuk menjadi seorang paderi. Sejak mula PBS bawah Datuk Joseph Pairin Kitinggan usaha kami mendapat sokongan penuh kerajaan negeri. Kumpulan saya masuk ke kampung dalam pelbagai program. Selalunya program khidmat masyarakat. Pihak gereja selalunya membekalkan wang tunai
sekitar RM50,000/==. pelbagai aturcara dibuat untuk membantu orang kampung. Kami ziarah rumah ke rumah. tanya masalah mereka dan bantu mereka. Berbagai masalah Diluahkan. Ada kami bantu dengan duit secara spontan. Ada kami hantar keperluan harian,pakaian dan buku sekolah dsn.

Dengan cara ini kami mendekati mereka. Hasilnya dengan beberapa kali kunjungan susulan,kami berjaya mengkristiankan mereka.
Paling berbaloi kami mengkristian remaja Islam,tambah berbaloi dari
kalangan intelek. Hasilnya kami dapat RM3,000/== setiap seorang Islam yang dimurtadkan. Bayangkan pendapatan saya ketika masih dialam persekolahan.

Sewaktu Tingkatan 3 saya dan beberapa rakan mengambil m/pelajaran Agama Islam yang boleh dipilih dengan lukisan(betapa hinanya m/pelajaran ini setanding dengan lukisan).

Saya mendapat A-3. Sewaktu tingkatan 4 saya belajar di sekolah asrama penuh. Saya terus ambil pelajaran Agama Islam.
Tujuan saya untuk tahu mengenai Islam dan memudahkan saya menyebarkan agama kristian. Saya mempunyai beberapa soalan yang saya kira tidak mampu dihuraikan oleh orang Islam….

Pada suatu hari sewaktu tingkatan Enam bawah,saya bersemuka dengan Ustaz yang mengajar saya(saya panggil cikgu).

"cikgu saya ada beberapa soalan, tapi saya rasa tak sesuai di kelas ini, boleh ke saya kerumah cikgu..."

Ustaz itu bersedia. Lalu saya bersama beberapa rakan ke rumah ustaz itu. Saya katakan..

"cikgu saya mahu berdialog secara ilmiah, bukan atas nama Islam,agama cikgu dan bukan atas nama Kristian,agama saya".

saya Kemukakan beberapa persoalan,antaranya;-

-Mengapa orang Islam sembah kaabah -Sebenarnya semua agama sama sahaja. Nasrani, Yahudi, Kristian dan Islam adalah agama langit.

–Mengapa diakhir zaman, Nabi Isa akan turun bersama Iman Mahadi
membebaskan kezaliman dan kekacauan dan bukannya Nabi Muhammad.

-Mengapa dalam sejarah dan hingga kini orang Islam suka peperangan.

-Injil sekarang dikatakan diseleweng.Kalau begitu mana yang asalnya.


Yang menghairankan ustaz ini dapat menjawab pertanyaan saya dan kawan-kawan dengan begitu ilmiah. Saya dan kawan-kawan mati akal. Kemudian saya dibebani dengan 3 persoalan yang tidak mampu saya menjawab secara tepat.

-Apakah boleh manusia(paderi) mengampunkan dosa manusia lain.
- Persoalan ketuhanan 3 dalam 1 dan 1 dalam 3
- konsep ketuhanan Jesus.


Saya mengatur pertemuan ustaz saya dengan beberapa orang paderi,kawan-kawan bapa saya. tetapi mereka enggan. Lalu saya bawa ustaz itu ke rumah saya dan bertemu bapa saya seorang ketua paderi. Ternyata bapa saya juga tidak mampu menjawab persoalan yang dibawa oleh ustaz itu. Sebaik ustaz itu pulang, bapa saya memarahi saya kerana bawa "orang malaya' datang kerumah.

Sejak itu beberapa kali saya tidur rumah ustaz itu. Disamping
mengulangkaji saya gemar berdialog dengan ustaz itu. saya memerhatikan kehidupan ustaz tu,saya mengagumi cara hidupnya.

Suatu malam saya bermimpi didatangi 3 orang berjubah. Seorang berjubah hitam membawa salib. Seorang berjubah putih membawa bendera bertulisan jawi. Dan seorang berjubah hijau yang meminta saya membuat pilihan. Yang berjubah hitam dan berjubah putih saling menarik saya mengikuti mereka. Saya meronta-ronta. Disamping itu saya dapati yang berjubah hitam semakin tengelam dan yang berjubah putih semakin tinggi.

Sedang saya meronta-ronta, saya terjaga.Saya mendengar suara azan dan ustaz tadi berada ditepi saya dan berkata,"

"Mengapa Johanis....awak mengigau...."

Saya pegang tangan ustaz itu, saya katakan,"Cikgu Islamkan
saya.........".


Ustaz itu minta saya bersabar untuk dia uruskan dengan pihak
tertentu. Tidak lama selepas itu saya pun di Islamkan oleh Ustaz itu.

Selesai penIslaman saya, saya pulang ke rumah. Sampai di rumah, saya lihat pakaian saya bertabur diluar rumah. Rupanya bapa saya telah tahu. Sebaik melihat saya, bapa bergegas masuk dan keluar semula dengan mengacu senapang ke arah saya. Tiba-tiba emak menerkam dan peluru senapang meletup keatas.

Saya segera meninggalkan rumah sehelai sepinggang. Tinggalkan keluarga saya. Tinggalkan sekolah. Saya bersembunyi sekejap rumah ustaz sebelum saya dibawa oleh ustaz pulang ke semenanjung sebaik habis kontrak mengajar di Sabah.

Saya diserahkan kepada PERKIM di Kuala Lumpur. Secara kebetulan rakan saya Nazri,vokalis kumpulan Raihan juga memeluk Islam, tetapi mengikuti kumpulan Ar-Arqam. 2 lagu dalam album pertama kumpulan Raihan adalah saduran Lagu koir yang kami nyanyikan dalam gereja sewaktu di Sabah dulu..

6 tahun saya di PERKIM. Saya masuk pula Maahad Tahfiz. Alhamdulillah saya dapat sijil Al-Hafiz selepas 3 tahun. Kemudian saya bekerja dengan Jabatan Agama Islam. Saya banyak masuk kawasan di Negeri Sembilan, Melaka dan Pahang. Tak sampai setahun saya letak jawatan.Saya sedih kerana ramai pendakwah ini nak dakwahpun merungut duit over time. Saya rasa
tiada keiklasan. Biarlah saya jadi pendakwah bebas. Saya ingin membilas dosa lalu. Saya telah ramai memurtadkan orang..kini saya mahu berjuang untuk mengIslamkan seramai mungkin kualiti bukan kuatiti saja.

Berbalik kisah keluarga saya. Selepas meninggalkan rumah dan belajar di PERKIM saya selalu telefon ayah,emak dan adik beradik saya. Saya katakan jangan bencikan saya. Saya sayang ayah,saya sayang emak.saya sayang adik beradik saya. Ayah dan emak tetap ayah emak dunia dan akhirat.

Walaupun ayah menyambut dingin suara saya, saya hantarkan buku-buku yang sesuai menerangkan tentang Islam. 7 tahun saya telefon. 7 tahun saya hantar surat dan buku-buku. saya menangis kerana rindukan ayah,emak dan adik beradik.

Akhirnya, sewaktu saya di Maahad Tahfiz, bagaikan halilintar saya
mendapat berita.Ayah saya menganut Agama Islam. Allah saja yang tahu perasaan saya ketika itu. Saya menangis dan menangis. Saya ambil wuduk dan sujud syukur. Air mata saya menjadi terlalu
murah.saya terus menangis.saya pejamkan mata.saya bayangkan ayah dihadapan...saya peluk erat tubuh ayah dan kami menangis
bersama.Ya Allah betapa agungnya kekuasaanMu.Peristiwa yang saya alami sewaktu memeluk Islam turut dirasai oleh payah saya. Dia dihalau dari rumah yang diberi oleh pihak gereja.

Kini saya pendakwah bebas. Saya sedih melihat umat Islam hari ini
berpecah. Kita berpecah kerana kita meninggalkan Quran dan sunnah Rasul. Kita ambil sebahagian dan kita tinggalkan sebahagian.

Kita ambil contah pelaksanaan hukum Hudud dan Qisas. Mengapa kita cari jalan nak menentang pelaksanaanya. Sepatutnya kita cari jalan supaya dapat dilaksanakan. Inilah sikap umat Islam. Saya pernah berdialog dengan beberapa orang pensyarah universiti tentang isu Hudud & Qisas. Dia boleh sergah saya,

"You apa tahu.Islampun baru setahun jagung."

Saya sedih dengan sergahan pensyarah itu. Kalau ini sikap pendakwah saya tak akan masuk Islam. Tapi saya pilih Islam kerana saya tahu Apa itu Islam. kerana itu saya ajak menghayati Islam. Saya kumpulkan semula kawan-kawan masa Kristian dulu. Saya berdialog tentang Islam. Saya kumpulkan derma untuk tujuan dakwah ini,untuk bergerak perlukan wang. Saya diancam oleh puak Kristian.

Saya juga diancam oleh umat Islam. Apa tauliah awak,mana kebenaran Jabatan Agama,mana permit polis,sapa benarkan pungut derma dll. Saya tak gentar berdialog dengan puak Kristian,kerana saya ada pengalaman tapi sukarnya bila Umat Islam sendiri menyulitkan saya.

Marilah kita awasi dakyah Kristian. Satu usaha yang agak ketara ialah diIPT. Pendakyah ini mendekati kaum muslimah,pura-pura nak belajar Islam.jatuh cinta.lalu dimurtadkan.ada yang pura-pura masuk Islam dan dimurtadkan. Saya sudah pergi banyak IPT.

Saya paling bimbang di Universiti Putra Malaysia. Itulah satu-satunya Universiti yang ada gereja. Gereja ini antara yang aktif untuk memurtadkan orang Islam.

Saya nak nasihatkan kalau ada saudara kita terminum 'Holly Water'. Sebenarnya air ini dibuat di Vatican City. Dijampi oleh paderi termasuk Pope John Paul yang jemput Perdana Menteri kita dulu.
Kalau terminum, cari air kolah dari 3 masjid. Baca Al-Fatihah 1x, Yasin 1x, 3 qul 1x, dan selawat. Ambil sebahagian buat minum dan sebahagian buat mandi. InsyaAllah mereka akan sedar dan dapat diselamatkan. insyaAllah.

99252 | thurayya | 16:23 | 3 comments

2 Apr 2004

Hujan Garuda

Meeting semalam terlalu banyak episod yang melatari.Episod ceria dan gelak ketawa ketika bersua kembali setelah hampir beberapa minggu tidak bersua selepas peperiksaan akhir semester lepas menggamatkan suasana yang mulanya kelihatan malu-malu untuk menyerlah.Juga tersiar episod duka dan cebisan luahan hati membuatkan hati tiba-tiba bergetaran sayu,mana tahu hati keras seorang yang bergelar lelaki bisa goyah andai ada yang mencuit perasaan terkubur.

"Saya nampak je macam keras di luar,tapi hati lembut"

Saat aku melangkah masuk ke dalam bilik mesyuarat,SU sudah menanti sambil tersenyum ,pemangku masih tidak kelihatan.Mungkin terjerat di antara kesesakan lalu-lintas kampus ataupun kepenatan menuruni tangga dari tingkat empat ke ruang legar.Huh!.Nanti berkejaran menaiki motosikal ke tempat mesyuarat pula.Tidak seburuk motomit (jalan kaki) yang dipunyai oleh aku.

Mesyuarat yang sepatutnya habis pada pukul 6.30 petang dilajak ke angka 7.15 minit malam.Bukan disengajakan.Langit kelam seawal jam 5 petang sudah meributkan suasana.Hujan menggila diiringi dentuman petir meragutkan sebahagian kekuatan diri,terkejut beberapa kali yang bukan kepalang takutnya.Perbincangan dilajakkan,bukan lagi berkisar pasal badan yang dipegang,tapi komentar peribadi pilihanraya lepas.Aku?Hanya menadah telinga mendengar.

Hujan yang bukan satu rintik,dua rintik malah berbilion rintikkan itu tak berhenti sehinggalah menginjak ke waktu Isyak.Aku bersolat maghrib di masjid,lantas bergerak ke perpustakaan mengunyah akhbar-akhbar yang terhidang di kerusi-kerusi empuk berwarna merah.Ralit di situ.Gelisah tidak surut memikirkan bagaimana ingin pulang ke kolej.Parah.

Sewaktu pulang hujan masih tidak jemu untuk membasahi bumi.Walaupun rintik-rintik,basah juga tudung yang tersarung di kepala.Berjalan pulang dalam kegelapan 11.30 malam membuatkan aku terkesima memandang kelibat hitam di hadapan pintu pagar.Ah.Sudah.Dua batang pokok besar yang meraksasai tunjangnya bersebelahan pintu masuk ke kolej Hafsah tumbang menghancurkan sebahagian kecil pintu pagar utama.Meloloskan diri di celah-celah dahan yang bukan sebesar paha,tetapi sepemeluk seorang gendut membuatkan aku beristighfar berkali-kali.Risau andai menghempap kepala ketika melewati bahagian bawah dahan-dahan malang itu.

Kasihan dia,jasanya merendangi kepanasan si pekerja-pekerja bandaran mengelap peluh hanyir diragut-gantikan untuk mengisi ruang tempat pelupusan sampah.Nak dijadikan kayu api?Teknologi sudah meragut kebebasan lama.Baik dibuang.Tutup cerita.

**************************************************

"Ana rasa ada yang kurang dalam meeting kita kali ni.."

(aku dah agak..dah dapat agak..diam mulut..)

"Ana dapat agak ustaz.."

(Sudah..alamak..nahas kali ni..malasnya.)

"SU sah..next meeting teh susu ek.." Pepandai je cakap kita ni SU sah (baca = susah = SU II)

(Aduss..perkara tula yang paling malas aku nak buat..)

"Err..muslimin la pulak buat..asyik muslimat je.." aku berdalih..

"Enti kan pro..pandai..buatkan la..nanti ana belikan kuih"

(Iyelatu..bodek nampak..takpala wahai tangan..khidmatmu di nanti...teh susu teh susu la..)

Erm..baru rasa nak berhenti menyajikan minuman petang setiap kali meeting..dah ada yang menanti..sampai cakap terkurang seri pula tu..

p/s : Sem lepas dah minta maaf kat aku sebab gelarkan aku teh susu..rasanya abih sem ni,dorang perlu minta maaf sekali lagi dengan aku..hehe..

98666 | thurayya | 23:54 | 0 comments