we::blog beta
.:danchan:.
.:my album:.
.:teratak comel tomei:.


Visitors:
recently modified weblogs
rahroo's weblog
Haileyduke
Asailas' Blog...and shtufff...
Summer is near...
something ordinary
the unbearable lightness of blog
Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..
DI SINI LOPPIESS
a cuppa nestum
Black Rose Immortal
archived material
2002 June
2002 July
2002 August
2002 September
2002 October
2002 November
2002 December
2003 January
2003 February
2003 March
2003 April
2003 May
2003 June
2003 July
2003 August
2003 September
2003 October
2003 November
2003 December
2004 January
2004 February
2004 March
2004 April
2004 May

.:ToMeI::HiDuP AnTaRa ReAlItI:.

Dalam realiti kadang-kadang ader jugak fantasi..dan kadang-kadang nak menjadikan fantasi tuh realiti adalah satu perkara yang susah... 
 
pengumuman!! 
 
aku dah alih benda alah blog nih satu tempat lain.. so update terbaru dan muka baru aku dgn page aku kat situ 
 
sesapa yang masih sudi melawat aku.. lawat la halaman baru aku..lawa oo.. kali nih dgn gegambo terbaru sekalik.. aku cuba bawak pembaharuan
 
 
www.tomei.blogspot.com

31 Jul 2003

KeCeWa..

satu ari suntuk aku memang tak boley nak buat ape-ape..aku hanya dapat mengajar untuk 3 masa yang pertama.selebihnya aku terpaksa buat kerja pentadbiran dan pengurusan.sebaik sahaja task yang diberi aku selesaikan,kepala aku terasa bagai nak pecah.aku.tak pernah aku rasa macam nih macam ader satuh bender tak kena.

waktu pengajaran aku naik angin.sebab ape yang aku beri tak dapat ditunaikan dengan baik oleh 'adik-adik'ku.arahan cukup mudah..bawa jangka lukis.dan muka yang sama jugak buat hal.darah ku dah sampai ke kepala.aku halau semua yang aku rasa 'kurang di ajar'.dada aku bebetul rasa sesak hari tadi.tapi alhamdulillah aku dapat mengawal balik kemarahan aku.rasa marah dapat aku lontar..dan bebudak yang tak'berdosa' aku ajar dengan sebaik mungkin...

selepas waktu break aku memang tak larat nak melangkah.makan ubat sebijik,tetap tak terasa kebahnye.cuba aku gagah kan.tapi tempat operation alma tetiba terasa sakit semula.aku mula takut dengan derita semalam..mungkin penangan aku berlapar pagi tadi.terlalu bz sampaikan tada masa untuk makan...masyallah..nikmat kurniaan tuhan aku tak aplikasikan sebaiknya...ruginya umat yang bernama manusia ini.mujur la ader sahabat yang sudi menghulur bantuan membelikan aku makanan...(mekasih..)

waktu mesyuarat aku paksa diri supaya tersenyum.supaya tada org yang bertanya aku kenapa..i really hate when people gave the 'look' at me with pity and sympathy.i feel awkward.. dan yang paling menyedihkan..balik ke rumah aku terima berita bahawa permohonan ku tidak berjaya..Ya Allah, dugaan apa kah ini...dosa semalam kah yang menyebabkan begini.hina sangat diri ini sehingga sekelumit rezeki pun susah nak dikecapi..

tak tertangis diri.sebab ini adalah takdir ilahi.berilah aku ke tabahan ya rabbal alamin..ya hayyul qayyumm..

69705 | tomei | 20:43 | 1 comments

29 Jul 2003

PeNaT

erghh..susah tol aku nak bukak mata aku ari nih.penatnya melampau.tapi semalam aku rasa segar je.siap bley cuci keta lagi tetengah malam buta.eheh..bukan ape..keta aku tuh dah tak rupe kereta.kalau org kata kete sorong pun bley gak kot.so..dek nak mengikut arahan bonda terchenta..aku pun membasuh la sebaik sahaja melepasi pukul lapan malam...dalam ati aku bertanya gak yang aku nih dah buang tebiat ke basuh keta memalam.

kat tempat kija, aku rasa nak angkat beg sendri pun dah tak larat.berat nye macam nak tercabut tangan aku.padahal bukannya berat sangat pun.mungkin sebab keletihan semalam baru terasa hari ini.nak je aku patah balik memandu.terkenang aku bantal matahari yang empuk di dalam bilik tidur aku.kalau dapat sambar bantal tuh memang sedap aku tido. ergh.. aku dah tak tahan nih..aku perlu tidur....chiow..!!

69417 | tomei | 1:47 | 1 comments

27 Jul 2003

CaMpInG YaNg ReLaX

ermm.tige ari aku tinggalkan weblog nih..rasa rindu plak.rindu nak membebel lagi kat dalam blog nih.even though i'm not a good story teller..tapi sekurangnya walaupun aku bukan novelis terkenal macam Christoper Pike, mahupun John Grisham(credits to them) or Ramlee Awang Murhid (bile laaa aku nak abis baca buku tuh..)..sekurangnye aku ader inisiatif nak memajukan hobi aku..maju ke?cheh..!!

petang jumaat aku ke Mersing.Bercuti sambil memimpin anak buah aku yang aku anggap dalam kategori yang baik dan hebat.cuma perlu digilap lagi sedikit untuk menyerlah kecemerlangan mereka.macam juga tembaga kalau tak polish malap semacam je..ha macam tuh jugak la dgn bebudak aku nih.malap...langsung susah nak menyinar.so kerja yang perlu dilakukan tuh agak keras sedikit la.
nak dijadikan cerita,memula geng-geng jabatan yang terlibat sepatutnya dalam lebih kurang 7 orang.termasuk aku dgn Cik Sue.3 rakan lelaki dan 4 nye perempuan.last-last sebelum berlepas 2 org menarik diri.yang sorang bagi alasan atas demam(demam ke mengelak?) dan sorang pun atas alasan yang lebih kurang sama...banyak pulak alasan..isk..ikut hati nak je aku bahasakan sesikit.ye la..dalam kepala otak aku dah budget;budget macam mana dan berapa perkiraan yang nak dimasukkan.teiba plan bertukar.mau tak pening kepala otak aku ngan pengurus perkhemahan tuh nak berpikir camner nak settle.nasib baik la pengurus tuh banyak pengalaman dan tak berkire (lebih kuarng macam aku la tuh..eheh!!).makanya..berlangsung la satu sessi perkhemahan yang agak lancar..

hari yang seterusnya berlangsung dgn baik.aku dan cik sue jadik org dapur.dan yang paling banyak menyumbang tenaga cik sue.maklumlah.org berpengalaman dalam catering nih memang pantas membuat kerja.seronok je aku tgk die buat keje.lancar dan pantas.aku sekadar membantu ape yang patut.byk yang aku belajar dari die secara tak langsung melalui pemerhatian dan pertanyaan tersembunyi.dan dia plak tak lelokek nak bagi idea...(err..ini bukan bodek ha!!).
bebudak pulak okie la gak.cuma time tido tuh je la yang aku tak sanggup skit.bebudak nih kalau dah jumpe kengkawan mulutnye tak boley nak tutup.macam murai.

err..bercakap pasal tido..ader lah satu perkara yang bebetul emmalukan telah berlaku pada malam pertama perkhemahan.tah macam mana.bebudak sentri terdengar bunyik 'katak kodok' kat khemah aku.sapa lagi aku la tuh.aku pun sedar yang aku telah mengeluarkan bunyik 'kambing' daripada mulut tuh.dah tido mati .nak sedar mender.penat sangat...alamatnye,sepanjang perkhemahan tuh tetiap kali isu tido/tak tido malam di utarakan dikalangan fasilitator 'tak cukup garing' tuh.aku lebih suke diam darik bercakap.reasonnya, aku malu,kedua aku segan,ketiga kang aku kene..dan yang seterusnya aku malu!! kenapa aku malu? sebab aku rasa bender tuh satu yang memalukan.cheh...nasib baik pandai kaber..kalau muke nih bley tetukar warna,dah jadi warna kelabu asap belang-belang merah jambu sebab dek malu yang teramat.dah la kene sound direct dgn 'budak itam'.tader insuran mulut punye budak!!

tapi kesimpulannya aku bagi rate 5 bintang la dari sepuluh.kire tahap okie la camping nih.sebab i really enjoy being there with my frenz.even though its not like other camping trip that i have gone before.

agak penat rupenye walaupun bercuti.penat apsal.penat bile terpikir esok kejer..pergh..makin penat bile berpikir esok kelas penuh..aergh..lagi-lagi penat terpikir malamnye aku kene keje lagi...waaaaaa!!!penat laaa...(nak amik mc ke tanak..nak amik mc ke tanak..)

69261 | tomei | 23:31 | 0 comments

23 Jul 2003

BaGai MeNyIrAm AiR Di DaUn KeLaDi

memang kalau nak diikutkan manusia nih hidup die tak pernah puas dgn apa yang ada?kenapa..sebab nafsu dan amarah...dan sebab itu jugak aku tak pernah puas ati dgn apa yang aku ada.tetiap kali aku buat sesuatu aku yakin aku akan dapat lakukan.dan hasilnya memanglah aku dapat lakukan..tapi sekadar untuk tatapan org lain..dan aku tak pernah puas hati dgn apa yang dah aku buat..kenapa haa??

tadi aku hanto sorang budak sebab dia sakit jantung..terus dikejarkan ke ER.dan tetiba je aku sakit ati lak tadi.sepatutnya memang la aku yang bertugas menjaga kebajikan anak-anak buah aku..tapi sifat masing-masing yang mengelak untuk melakukan kerja lebih sedikit,membuatkan hati aku rasa macam terkilan.memang la selama ni aku setia menjadi seorang mis nice gal...dan aku tak kisah buat keje lebih pun..aku anggap sebagai penaglaman but,sesekali..ape la salah dan kirenye ader yang mahu menghulur bantuan.penat betul..aku baru bekejar menyelesaikan tugas di tempat kerja..baru mahu ke ruang rehat,sorang budak opis dah terjerit-jerit memanggil nama sorang hanba Allah nih.kebetulan aku berada di situ.dalam diri memang ader gak rasa tanggungjawab.dah memang tanggungjawab aku .tapi yang membuatkan aku terkilan ialah..dia dah sedia ada memang keluar dari situh untuk meninjau keadaan ape yang berlaku..dan seharusnya dia mengambil tindakan drastik.amik kereta dan terus angkut minah tuh g spital.ini tak..bely lak dia bertanya pada aku plak.." tom,ko bley bawak tak..ko bawak laju skit.aku bawak kang lembab.."
terus termati niat aku nak berbakti.dan dalam nada bengang..(aku tak bermaksud pun nak keluarkan statement begitu) aku cakap budak tuh dah 2 kali macam nih berlaku.dan semestinya dia tak makan ubat...cheh wut am i thinking..sian budak tuh tak pepasal kene rungutan aku.sorri la dik..aku tak bermaksud berkata begitu.last-last..aku pegi kat tmpt parking,terus aku amik keta dan bawak budak tuh gi ER dgn rasa bengkak ati.bukan kerana budak yang sakit tuh, tapi pasal kawan aku yang #%^$^%**&*%%^$%^ ...(bukan mencarut tau..)

68662 | tomei | 19:26 | 1 comments

22 Jul 2003

KePaLa LuTuT MeNgGeLeTaR

dari pagi sampai balik kerja kepala aku berpinar...berpinar melihat kertas kerja.dan baru pagi tadi aku dimaklumkan bahawa aku terlibat dalam projek baru.kursus meningkatkan profesionalisme.er...muke aku lagi la tuh kene sediakan data perangkaan ngan kertas kerja.kursus yang baru abis nih pun nasib baik aku tak kena.katanya bagi aku berehat seketika sebab aku baru lepas menjalankan kerja berat untuk jabatan.kengkadang aku terpikir gak yang aku nih dipergunakan atau diguna-gunakan?tapik bile difikir aspek yang positif,semua nih perlu untuk menimba pengalaman.dan perasaan amarah aku padam semula.sepadam api yang disimbah air sebaldi...

hari nih hari terkhir aku berkursus.aku terpaksa kembali bertugas pada pagi tadi dan petang bekejar ke tempat kursus untuk menamatkan program kursus tersebut.serabut..nasib baik sempat solat.makan pun tak sempat..nasib baik ader bekalan bahan bacaan untuk aku melayan mata nanti..sekurangnye boley la aku tak memikir pasal makanan nanti...tapalah..lagipun aku dah 'melantak' nasik goreng dgn telur mata lembu pagi tadi.mm..walaupun tak setanding ngan masakan bunda aku..tapi..kalau nak rating, aku bagi tahap 'okie" untuk nasik goreng makcik kantin tuh..ala...kalau dah lapar, kulit kayu pun rasa sedap..tapi tuh citer pukul 9 pagi tadi..dah sampai kol 12 perut aku mula la berlagu rentak lagu 'karma' dedangan kumpulan 'cokelat'..(band indon)..lapo laaa

hari nih giliran aku pulak mempersembahkan bahan perbincangan.daripada bengkel semalam..dalam hati aku dah kecut dah sebab ape yang bakal aku persembahkan ialah tidak sebagaimana yang diharapkan..mesti group yang lain menjangka kan aku buat menggunakan teknik canggih,berpadanan dgn ape yang aku keluarkan sebelum ini..tapi..aku rasa aku nih dah memalukan diri aku sendri..mungkin terlalu letih dan tidak bersedia.malam tadi aku tetidur sebelah monitor.mulenye nak mencatat maklumat..tak kusangka sampai ke pukul 4.30..dan nasib baik terjaga..kalau tak..ermm...memang arwah lah presentation tuh..cakap-cakap belakang mengatakan bahawa presentation kumpulan aku agak melampau kali ini.tapi hakikatnye aku sendiri yang tau..

dah lah tuh semua menolak nak ke depan..aku plak yang kene present macam kene present kat klien.aku kene yakinkan kilen dgn produk aku.pegh..gile pening..nasib baik propose aku untuk perancangan tercapai..dgn err..data yang bercelaru..akhirnye aku berjaya klentong hadirin dan hadirat di hadapan aku...arghh..lantak la..yang penting aku dapat sijil...lepas nih aku bley ajo kat anak-anak bawahan aku camner nak klentong kalau data tuh ader dalam kepala tapi tak sempat nak organize..yang penting data diakui sahih dan terbukti..ahahah....yeyeyyyy..

to cik Sue..kagum la ngan hang nya presentation..tulang ishikawa aku hang kata macam tulang dinasour kan....tapi tulang ishikawa hang lagi bughukk..macam tulang ikan sardin kene lenyek ngan steamroll...hahhaha!!

68567 | tomei | 21:56 | 0 comments

21 Jul 2003

APe Nak DiKatA

semalam g shopping untuk persatuan pejabat aku..
abih satu air itam aku bejalan dengan cik Sue..
Mak aku yang tak bersalah pun terlibat sama..(tapa la mak..)
akhirnya aku kembali ke kedai pertama sekali aku pegi..
dah selesai satu kerja aku..

papa pegi kursus due minggu..
all incharge and expenses of the house are on me..(not all..but sum)
esok 'die' pun gi kursus
seksanya menunggu....

68281 | tomei | 1:52 | 0 comments

18 Jul 2003

DaLaM PeRhItuNgAn..

4.30 p.m-bilik komputer

"okie..sampai di sini nampaknya kursus kita pada hari ini.sesi yang seterusnya akan disambung oleh rakat sejawat saya pada esok hari..maka..anda dibenarkan pulang.."

angkat kaki..stat enjin..and terus keta ala sportage (sebab die nye eksos dah bocor,bunyi macam keta turbo!)aku meluncur menuju ke bandar (..again??!!!).tapi kali nih ke bandar ada misi dan visi aku sendiri (aplikasi kursus yang aku ikuti sejak dari 2.15 p.m).misis aku ke bandar untuk photostat,dan visi aku ialah supaya jabatan aku tak disalahkan kerana tidak memenuhi tanggungjawab yang telah dibekalkan.seronok ke kursus.for personal views...ermm..kursus itu satu yang tidak begitu menyoronokkan kecualilah penceramah tersebut tidak monotone dan pandai mengambil hati..sekiranya monotone dan hanya berpandu pada slide dihadapan ,ceramah setiap slot akan menjadi slot untuk aku baca buku dan melukis di belakang dewan..dan kursus tadi aku menjadikan slot tersebut slot untukmembaca buku di belakang..(err..jgn pula ikuti..).bukan tidak berminat..cuma mata aku ini terlalu berat menahan kantuk.makanya Cik Sue(nanti pinjam nota ekk wak!)lah menjadi pendengar setia kursus hari nih dan aku pembaca buku yang setia...tahniah untuk perangai aku yang tidak beretika itu...

what have crossed my mind is, what is the feelings of being a demonstrator or the coordinator of a course.and all the course's members are actually your friends.and your collegues.??ahahahah.....kecian pegawai kanan aku...tapi satu-satunya yang aku suka pasal kursus tuh ialah time kudapan..perghh..sedap betul die nye kek marble..semua lengkap..as I like it!

dan yang pastinya aku dah mengjangkau bab ke 15 pembacaan..errr... esok sampai bab 60 kot!
____________________________________________________

menjawab istilah biru untuk jiwang..

as i stated before...
in the study of colour(as i learnt )..blue is how we express motion of happiness,or gesture of our feeling of peace,sooth,smooth,cool,cold..and all other expression
and black is all about sadness.untame..etc..
but not all will agree wit me.why?
because its juz an opinion man!

and of course this is my personal opinion..
and jiwang is not juz for 'wut' we have translated as..'keadaan jiwa-jiwa yang melarat atau melampau".
and for my opinion jiwang is not for that only..its how we express our feeling in real expression..and of course others will have different opinion for that word..(err..no controversion plz..this is personal opinion!)
as one of the blue lover..(I LOVE BLUE AND BLACK KALER!!!)
i like to express that i'm such a lovely and cool,one of a kind ppl...like a sky(perasaan yang melampau!! ;P)..and of course i will stick to my words..lagi pun aku rasa aku tak cakap plak yang biru tuh warna jiwang...yang aku maksudkan mungkin ada org yang beranggapan "meemntang la kaler weblog die biru,jiwang gile!!"
kalau ko tak pecaya cube open pendidikan seni book for SPM

lagipun Malaysia negara demokarasi.ko layak berfikir apa saja..lagipun tuhan dah kurniakan perasaan,minda dan akal..jadi opinion tetap opinion.cuma tertakluk macam mana anda meluahkannya..

68051 | tomei | 19:54 | 1 comments

PeRaBoT LuSuH

tadi dapat berita kawan lama aku waktu kat kampus dulu bertunang.tahniah aku ucapkan kat die..dan aku harap sampai la ke jinjang pelamin hendaknya.amideto fadhilah chan...gambarou kudasai!and soli la aku tak dapat kesana meraikan bersama ko sebab aku bz la dgn aktiviti-aktiviti yang berpekdah dan juga tak berpekdah..cume satu jer la Fad.doakan la utk kebahagiaan aku..err...dengan sesapa je la...

ari nih aku tak gi bandar..(tahniah untuk aku!).semua stuff yang aku patut buat pun dah selesai.cume masalah yang satuh tuh je yang tak selesai-selesai lagi.patut ke aku ber'jiwang'?ermm..tak seswai plak aku rasa..nanti org cakap meemntang la kaler weblog die biru jiwang gile!!erkk..tak bagus pulak persepsi macam tuh.
tapi aku tader lak isu dalam kepala otak aku nih due tige menjak nih.selalunye,sebaik saja aku pegang papan menulis nih..terus je jari aku menari..ada saja bende yang nak di 'typo' kan.

dah lama plak rasanya aku tak mengarang..dah lebih sepuluh kali aku cube terbitkan novel online aku sendri(pergh..berangan mat andeh aku!!) tapi hasilnye,mampu bertahan selama 3 hari..then aku giveup..dah memang ter'kalibrasi' aku begitu sementelah sesekali aku tak punchcard bile pulang dari opis.(apa kaitan nya??)

err..nampak sangat la otak aku nih tak dapat memproses data dengan baik.mungkin esok die pulih sebab lepas nih aku nye cpu a.k.a brain dapat berehat 2-3 ari.dan pastinya minggu depan hari rabu aku kembali berfikir bagai pak menteri untuk menyelesaikan msalah 'negara' kecil aku... cepat la berlalu jumaat..sampailah sabtu.. dan berusaha lah tomei untuk mencipta catatan kau sendiri...(macam nak wakil Malaysia je...).Aku main badminton untuk piala pengarah sabtu ini.doakan aku berjaya!!

untuk B.B if you still being one of my best listener and reader..I'm sorry..but still I'm the same ol' me..bukan tanak balas msg.cume tetiap kali pandang keypad kat hp tuh rasa malas nak menekan.

67915 | tomei | 1:58 | 5 comments

17 Jul 2003

ApE Ke HaL NiH??

tah ape mimpi aku ari nih aku beli buku cerita. selalu nye buku cerita melayu nih susah skit aku nak capai...selalu nye John Grisham la jadik pilihan pertama aku..tak pun sidney sheldon..kenapa?sebab aku sebenarnye tak suke..err..takut sebenarnye nak baca..sebab bile aku baca nanti kan aku takut ending die tak seperti yang aku nak.lelagi la kalau pasal citer berbaur romantis nih.tapi tadik tgh meneman kawan aku sorang nih(erm..berantu btul dgn novel)mencarik buku cerita aku pun jengjalan la kat rak buku.tetiba aku baca satu tajuk.kulit buku tuh warna kuning agak menarik..ala setaraf la ngan John Grisham.tuh baru kulit buku tau!bebaca sinopsis..rupenye ader gak wujud novel thriller kat dalam pasaran..errr..tertinggalker aku??la nih aku baru baca muke surat 4 die..ermm..jalan erita dan pengolahan ayat cukup menarik..tapi baru muke surat empat la..

reason kenapa aku beli buku tuh

..sebab aku dah bosan la idup rutin yang sama tetiap ari.bangun tido mandi solat subuh setat keta and off to work.membebel..then balik..ari2 pi bandar.tah ape aku carik pun aku tak tau.aku rasa muke aku nih dah dikenali kat bandar tuh..lelagi kat plaza yang sesatuhnye ader kat nbandar K nih.erghh..buhsan tau tak!!!lihat la dunia..aku buhdan nak mamp**!!(under age reader..dun ever try this at home)

kenapa tetiba rasa buhsan?

sebab..ARGH............................asjdhiaeyutdbgyawuegdbvyaiegy

67755 | tomei | 0:07 | 3 comments

15 Jul 2003

WeBlOg BuAt HaL

hermm..semalam aku bukak weblog tak bley..
ari ni bukak weblog ader lak citer yang weblog kene hack..
sapa la punya keje tuh..
tapa laa..bukan penting sangat pun weblog aku yang bulan nih punye..so..bergembiralah dengan ape yang ada.tak salah kan..
lagi pun bagus jugak ..
membuka lembaran baru untuk kamus aku.kenapa?
sebab aku dah malas nak berfikir..makin berfikir..makin aku rasa macam org sakit otak..tader citer nak cerita..lebih baik diam dari berkata..
shhhh....

67560 | tomei | 23:13 | 1 comments