|
|
|
apa ada dengan hati... biar hati dibawa sendiri.. apa ada dengan jiwa... jangan selalu terbawa-bawa.. ada apa dengan cinta.. mungkin sesuatu dengan makna.. Dua tiga hari lepas sedang aku rancak baguk kuliah...tiba-tiba kasut tinggi aku patah tumitnya.Nasib baik tak terbalik kebelakang dan nasib baik aku tak digelakkan oleh 'penonton' yang sentiasa mencari peluang nak menggelakkan aku.Dan sebagai keputusannya aku kembali ke cubical aku dengan berkaki ayam.Pergh... nasib baik sepanjang kaki lima nak ke bilik rehat tuh tada orang yang lalu lalang.Kalau tak dah tentu kene hujan dengan soalan yang tak larat aku nak jawab.. Ingat tak ingat aku berjalan.Mengalahkan acara jalan kaki..dalam hati jangan la ader orang tegur aku kenapa aku jalan kaki ayam. Hadoi.. kene plak petang tuh aku kene hadirkan diri pergi mesyuarat.Nak tanak terpaksa la aku tebalkan muka pinjam kasut kak Misz sebab nak buat urusan rasmi kene lah beretika kod pakaian rasmi.. Nasib baik satuh saiz... Selamat la aku untuk hari tuh.. Selang beberapa ari lepas tuh ader pulak satuh kes. Tah macam mana budak kuliah aku mengadu yang salah seorang student yang carik pasal dengan rakan sekuliah yang lain. Aku cuba nak konfrentasi dengan 'si pembuat hal'.Kes yang dia lakukan agak ringan cuma kalau dah melibatkan perasaan orang lain..dah boleh dikategorikan sebagai kes berat sesama makhluk.Mungkin aku nih dah terlalu rapat dengan mereka menyebabkan aku lebih suka berbincang, dan aku ingatkan yang makhluk seorang nih boleh menerima teguran,rupanya aku balik menerima padah. Aku balik yang kene marah.. terkejut aku..tetiba je dia kata semua nih salah aku dan dia tak suka tindakan aku. Terkejut aku..apa dia ingat aku nih aweq dia ke nak cakap gituh. Pergh.. memang terkejut sekejap la. Tapi cecepat aku cover sebab kat kaki lima depan bilik kuliah tuh ramai pulak orang lalu lanag lepas tuh tah bile masa ader pulak la makcik tukang sapu sampah. Last-last aku blah dengan muka selamba.. dalam hati aku merungut tak hehabis... cheh..tulah sapa soh carik pasal..Rupanya kes tuh tak abis macam tuh. LEpas mamat tuh jumpa aku dia tunjuk perasaan.. dia pegi kat gelanggang bola baling, dia bukak baju..dia terus baling bola bertubi-tubi kat dalam gol yang baru lepas coach bola baling aku buat... tuh nak tunjuk perasaan la tuh.. lepas kejadian hari tuh dia memang tanak tengok muka aku.waktu turun training sesama pun dia buat dek je bila pandang muka aku. Tapi aku tau dia cecurik pandang kat aku sebab ader budak yang perasan and aku pun penah caught him red handed tgk aku ..haaa...malu padan muka! Sejak ari tuh jugak la dia macam lari je bile bertembung dengan aku. Aku pun tak tau apsal.Aku dah memang malas la nak layan dia. Tapi aku pernah dengar yang bebudak cakap dia macam ada sumthing kat aku.. lawak plak la aku dengar.. MAna mungkin..!!?? Tapi tetiba semalam aku dapat satu bungkusan comel atas meja aku. Ada bongkah kristal dengan ukiran gitar didalamnya beserta nota comel meminta maaf.. pengirimnya tidak dinyatakan kecuali bertanda tangan 'secret admire'...ermm... macam aku tau je sapa bagik...
by tomei on
17 Feb 2004 at 7:02
0 comments
|