|
..::TRISAKTI ONLINE::..
TRISAKTI DENGAN BANGGANNYA MEMPERSEMBAHKAN TRISAKTI ONLINE
last modified Oct 16, 2004 at 10:13
Trisakti nie kalau nak beli makanan kene tunggu dah tutup kedai baru beli... So bila kedai trisakti tutup baru trisakti gerak nak pegi beli makanan... And kalau dah tutup kedai tu baru trisakti menuju ke kedai makan untuk membeli makanan... Then bila semua pc dah dimatikan barulah trisakti boleh pegi beli makanan... Kalau nak pegi beli kene tutup kedai dulu... Semasa dah tutup tu lah trisakti pegi beli makanan... Ohh god lambatnya nak habiskan taip nie... So bila sampai kedai trisakti kene order makanan... Then trisakti kene tunggu pulak makanan siap... Trisakti kene tunggu makanan siap selepas trisakti order... Bila dah siap trisakti kene bayar tak boleh balik gitu jer.. Ok lah macam tuelah cara2 trisakti nak beli makanan pada waktu malam...
Lambat kan proses nak membeli makanan untuk trisakti makan nie...
Trisakti: gejala lambat semanjak dua menjak nie makin ketara...
Semua lambat....nak format komputer and reinstall nie dah lambat....nak bukak danchan pun lambat....nak tunggu printer yang hantar servis pun lambat....nak jadi kaya pun lambat...nak tido pun jadi lambat pasal komputer yang trisakti format belum siap install...oh god semua lambat2 belaka...
Trisakti: Asal jangan kawin lambat sudah.....
sorry dah lama menyepi.... pasal sekarang jarang ade kat depan pc so tak de masa nak mengeblog... ada beberapa bende trisakti nak ulas kat sini...
first peristiwa tsunami... arwah ayah trisakti adalah orang aceh asli... so melalui teman2 ayah trisakti, dapatlah juga trisakti dapat gambaran peristiwa tue sebelum 26 Dis 2004
* malam 25 disember 2004 pihak tentera indonesia (TNI)telah mengadakan satu pesta muzik ala2 konsert sure heboh gamaknya kat kawasan yang berhampiran kawasan perkuburan ulama2 ternama aceh di syiah kuala(suatu kawasan di aceh)
*di tempat tersebut juga pada hari yang sama pihak tentera indonesia telah membunuh seorang ulama pondok sekolah agama dengan mengerat2 tubuh beliau kerana ulama itu membantah diadakan konsert itu serta melarang penduduk aceh dari menhadirinya...
*pihak tentera juga telah memaksa orang2 islam aceh untuk menghadiri konsert itu bagi meraikan krismas...yang mana banyak dari tentera indonesia yang berasal dari daerah lain menganut agama kristian..
*untuk pengetahuan pembaca pihak tentera indonesia memang gemar membunuh penduduk aceh memandangkan mereka selalu menganggap orang aceh adalah pemberontak GAM (gerakan aceh merdeka)
*oleh yang demikian bagi trisakti peristiwa tsunami adalah satu kuasa Allah yang mana Allah lebih menyayangi orang yang tersiksa dari terus hidup didunia ini...Allah pendekkan umur mereka kerana Allah sayangkan orang yang menderita..Allah lebih sayang pada umat yang turut perintah dari umat yang leka. Jikalau tidak mengapa tidak dihempas sahaja tsunami itu di kota2 besar penuh maksiat melainkan datang ke aceh yang penduduknya miskin...kedah kampung nelayan...nyawa anak2 kecil tak berdosa...kenapa tidak digegarkan gempa itu dikota maksiat seperti jakarta...kl...singapura..kerana Allah mahu biarkan semua umat yang ingkar terus hidup melakukan dosa....biarlah umat yang patuh pendek umurnya agar dipermudahkan jalan menuju syurga..
Lagi satu perkara trisakti nak ulas...
*semalam RTM mengecam ulama2 di negara kita yang sibuk memikirkan soal haramnya sure heboh, maksiat berleluasa, pergaulan bebas...dan macam2 lagi benda yang merupakan penyelewangan akidah...
RTM mengatakan kita mundur sebab ada ulama yang macam ini...sepatutnya ulama ini lebih menekankan kemajuan teknologi dalam dunia islam dari memikirkan baik buruk akidah manusia...
bukan trisakti tak setuju seratus peratus....sepatutnya tak perlu bangkit isu ini walaupun adanya keperluan menekankan islam had-hari(ada had ada harri untuk dilaksanakan) memang tugas ulama untuk menyedarkan yang leka..trisakti tak rasa ulama kita jumud sampai tak membenarkan kemajuan teknologi diadaptasi dalam negara kita...tapi kalau canggih teknologi itu untuk dapat mendengar muzik disko dengan lebih asyik apa gunanya...RTM kata dunia barat maju dalam bidang perubatan sehingga dapat membantu umat islam...adakah dengan mundurnya dunia perubatan dinegara islam diakibatkan oleh ulamanya...tentu tidak...sebenarnya keseluruhan sistem itu perlu dikaji semuala...
ambil mudah, di malaysia untuk seseorang menjadi doktor berapa lama usia dihabiskan untuk belajar..hingga umur hampir 30 tahun baru benar2 menjadi doktor... tetapi sistem pendidikan dinegara barat melahirkan doktor diusia muda...jadi lebih cepat untuk doktor dibarat mencapai tahap pakar...oleh itu banyaklah inovasi dicipta oleh doktor2 muda ini...kerana mereka lebih komited jika dibanding doktor tua yang menunggu pencen...adakah ulama yang memainkan peranan untuk memajukan sistem pendidikan kita..tidak bukan...tidak ada ulama yang menghalang kemajuan kalau betul kemajuan itu berguna untuk umat...tapi kalau kemajuan untuk membuat pertunjukan pentas yang canggih bagi menghiburkan orang kan tetap salah disisi agama...
sudah jelas perkara haram haruslah dicegah, jangan ada kompromi...ingat nak masuk neraka ada komptromi ke nanti...
sudah jelas tak pakai tudung itu haram nak soal itu ini buat apa...
sudah jelas judi itu haram nak debat apa lagi...apa agama buddha suruh penganutnya berjudi...tidak bukan...
walau trisakti ni tak beriman sangat tetapi kalau perkara tu haram tetap juga trisakti tak setuju pelaksanaannya...
biarlah kita kurang membuat amal tetapi jangan sampai kita menidakkan al-quran, mengiayakan maksiat...
Ada pulak ulama indonesia yang terkenal memuji Siti Nurhaliza, trisakti tak setuju ulama tu buat kenyataan tu. Haram tak menjadi halal kalau sekalipun seorang ustazah membuka tudungnya. Haram juga tak menjadi halal kalau isteri pemimpin yang tidak memakai tudung. Jangan dipertikaikan perkara yang jelas haramnya, kalau perkara yang melibatkan pendapat ulama masa kini lainlah (macam penekanan istilah islam hadhari) bolehlah jugak kita bincang2, tapi kalau jelas haram dalam Quran tak payah lah nak dikaji lagi.
Trisakti: Biar nyawa jadi taruhan, jangan islam engkau gadaikan.
Rabiatul Adawiyah Album : Impian Kasih Munsyid : In-Team
Engkau bermula dengan sengsara Dalam mencari bahagia Terasa bagai bayang-bayang Gelap walau disuluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah Pabila hakikat melanda Ketenangan yang kau cari Terpancar di lorong sufi
Kau hiasi rumah kasih abadi Serik menghiasi singgahsana-Mu Kau berjaya merubah segala Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu Dalam simpuhan ketaatan Bagi mengharapkan keredhaan Dari-Mu, Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta Sungguh agung pengabdianmu Kau berjaya menjadi iktibar Asmaramu dihampar suci Pintalan dari awanan putih Membuahkan titisan rahmat Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan Ikutan ummah sepanjang zaman Ayuh bersama kita susuri Perjalanan kekasih Allah
Lagu : Munif Ahmad Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. Lirik : Abdul Kahar Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd
Trisakti: Kena tukar kalau tak orang bosan
Kenduri kawen nie...pehhhhhh tiap2 minggu kawan hanyak trisakti untuk pegi kenduri diaorang.
Tersangat berbondong-bondong mereka tu buat kenduri. Mana taknya. Selagi tak masuk bulan Junauari selagi tulah ade jer yang plan nak buat kenduri.
Ada satu kes best. Orang buat kenduri selalunya pilih hari yang amat cuti. Contohnya cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti umum, atau cuti cuti malaysia. Ada sowang member trisakti nie dia kawen buat kenduri hari Rabu. Apa nie, mentang2 duduk Felda dia lenjan kenduri hari Rabu. Orang Felda bolehlah datang pasal dia tak keje opis hour atau sehari suntuk.
Apa nak jadi pun tak tau. Macam tak nak kasi orang datang lah tue. Rasanya kalau buat raya pertama pun orang tak marah lagi. Tapi takper dia pun dah selamat kawen. Trisakti tak dapat datang. Selalunya trisakti akan pegi umah kawan kawen, seboleh2nya trisakti pegi jugak walau seribu halangan. Kalau seribu satu dah tak pegi dah.
Anyway sesapa yang baca blog nie dan nak kawen, 'Selamat Pengantin Baru'. Ingat jangan buat kenduri hari pelik2. Hari Jumaat ker contohnya...nak kene sambar petir? Orang sibuk nak semayang dia sibuk nak kawen.
Trisakti: Nak buat kenduri hari jumaat kliwon.
Tulah dah nak abis raya baru terhegeh-hegeh nak beraya... semua habis....cuma datang melawat jer...tapikan syawal belum habis, tak gitu.
Semalam trisakti beraya kan rumah kawan2 dan jugak kat restoran yang kawan2 ajak beraya memandangkan kekadang mereka tak ada kat umah.
Tupun sebab ada kawan trisakti datang dari kl ajak beraya kat umah kawan2 kat johor. Sehari suntuk beraya, tu nasib baik sorang je dgn trisakti kalau ramai macam dulu-dulu-dulu mesti pecah perut. Mana taknya asik buat lawak jer memanjang.
Apa-apa pun tujelah masa yang trisakti ada nak pg beraya. sebab banyak komitmen lain. Harap semua paham...lain kalai kalau trisakti dah kaya trisakti pegi awal2...
Trisakti: Kalau dah kaya, tiap2 hari pegi beraya pun takpe....
Semenjak lepas raya nie ramai sungguh kawan2 trisakti secara berbondong-bondong melangsungkan perkahwinan. Tiadalah tujuan lain untuk mereka secara berbondong-bondong berkahwin selain menyahut sunnah nabi. Maklum juga memang musim berbondong orang kawen....
Arakian diceritakan bahawa ada seorang hamba yang bernama trisakti nie terpaksalah membondongkan diri untuk ke majlis kawan2 tue. Maka sibuklah beliau setiap hujung minggu.
Namun, ada pulak ramai kawan2 yang turut melahirkan, hasil dari kebondongan tahun lepas. macam pakat2 pulak nak dapat baby sama2. Haa nanti baby mereka tue membesar dan akan jumpa kat universiti pulak...kebetulan sungguh.
Oleh yang demikian bolehlah dianggap pada tahun depan akan banyaklah jugak kawan2 yang berbondong tadi akan melahirkan jua....
Bila trisakti pikir2, rasanya dah tiba masa trisakti memikirkan tentang membondongkan kawan2 ke majlis trisakti. Mungkin tahun depan trisakti tunang kot...and tahun depannya trisakti akan melansungkan majlis membondong kawan2 ke majlis trisakti.
Bukan niat nak lambat2 membuat majlis perbondongan nie. Tapi trisakti ngan teman trisakti tue banyak komitmen pada keluarga dan masa depan. Pasal kitaorang nie bisnes, banyak jugaklah komitmen pada perniagaan yang dijalankan.
Maka terpaksalah trisakti melambatkan sedikit majlis membondong kawan2 trisakti ke majlis trisakti. Namun percayalah, bahawa trisakti rasa InsyaAllah plan kali nie menjadi, bukan apa dah hampir kira2 4-5 tahun trisakti berteman ngan pasangan trisakti tue.
Trisakti: Nampaknya buat masa nie cuma boleh bersama kawan berbondong ke majlis orang jelah...
Your overall intelligence quotient is the result of a scientifically-tested formula based on how many questions you answered correctly. But it's only part of what we learned about you from your answers on the test. We also determined the way you process information.
The way you think about things makes you an Intuitive Interpreter. This means you are a highly conceptual thinker. Rather than focusing on facts and figures, you look at the big picture. You are less inclined to need to walk through something step by step to understand the logic behind it. This also lets you make connections between something you learned three weeks ago and something you are learning today. While other people need those types of connections pointed out for them, you just naturally make them.
How did we determine that your thinking style is that of an Intuitive Interpreter? When we examined your test results further, we analyzed how you scored on 8 dimensions of intelligence: spatial, organizational, abstract reasoning, logical, mechanical, verbal, visual and numerical. The 3 dimensions you scored highest on combine to make you an Intuitive Interpreter. Only 6 out of 1,000 people have this rare combination of abilities.
Trisakti: Only 6 out of 1,000 people have this rare combination of abilities. Pehh sikit tue....
Setiap kali menjelang syawal trisakti pasti akan mengalirkan airmata kerana teringatkan kenangan lalu. Kisah itu takkan pernah luput dari ingatan trisakti. Airmata ini pasti mengalir jatuh kepipi lantaran dari kenangan itu.
Trisakti tak pernah sangka yang trisakti akan kehilangannya selama-lamanya. Jika tidur pasti dia akan datang melawat trisakti, seolah-olah dia tak pernah pergi meninggalkan trisakti. Serasa masih segar diingatan sewaktu-waktu trisakti berbual, bersalam, berjalan dan semuanya yang menggamit kenangan itu.
Masih lagi mengharap yang suatu hari nanti dia pasti akan muncul dimuka pintu untuk kembali bersama, tapi itu hanyalah harapan palsu. Kerana sudah tentu pasti tidak akan datang saat itu. Namun mengapa masih jua trisakti mengharapkan peristiwa itu akan berlaku. Akuilah bahawa diri ini masih belum dapat menerima pemergiannya. Bahawa setiap saat yang berlalu trisakti masih mengharap akan bertemunya lagi.
Penyesalan yang tak bertepi sentiasa mengganggu benak ini. Sesungguhnya adalah satu penyesalan yang sungguh besar kerana semasa hayatnya aku belum puas bermesra dengannya. Serasa ingin sekali aku peluk erat dan salam mesra sewaktu-waktu menyambut syawal bersama dengannya. Aku sungguh sedih kerana itu tidak kulakukan sewaktu hayatnya. Sesungguhnya peluang itu takkan datang lagi buatku. Tetapi kalau peluang itu datang pasti tidakkan kulepaskan pelukanku sehingga rasa puas hati ini melepaskan rindu yang sungguh menebal setelah hampir 5 tahun tak bertemu.
Ya 5 tahun lamanya rindu ini tak berkesudahan. Namun orang pasti akan melupakan orang yang telah pergi, tetapi tidak untuk trisakti. Kerinduan yang semakin menebal membuatkan diri ini tersiksa. Semakin membelenggu rasa, semakin menngamit rasa. Taktaulah sampai bila trisakti akan begini.
Sepanjang pemergiannya trisakti tak pernah lagi dapat duduk didepan pusaranya. Mungkin sedikit sebanyak ianya dapat memberikan satu petunjuk yang beliau telah pergi selama-lamanya. Mungkin juga kerana itu trisakti masih merasa beliau masih ada dialam ini. Tidak sesekali aku enggan melawatnya, tetapi pusaramu terlalu jauh untuk kusampai. Namun percayalah, trisakti tetap akan menunggu kehadirannya semula dalam hidup ini walau mustahil.
Ini merupakan satu kenangan yang takkan pernah pergi atau luput dari ingatan trisakti, malah berkurang pun tidak. Kasih sayang itu tetapkan subur sehingga hayat ini habis. Terimalah salam kasih sayang tulus ikhlas, maaf zahir dan batin buat Ayahku yang telah pergi meninggalkanku, semoga rohnya dicucuri rahmat.
Trisakti: Hargailah mereka yang masih ada didepan matamu moga-moga anda tidak merasa apa yang trisakti rasa ketika ini.
Look carefully to the picture....

Trisakti: See something intrested huh.
 Your element is Fire: Strong, hot tempered, powerful, and passionate. Well now lets see, being fire you are quite strong and powerful, people look up to you greatly and often seek your protection. You have the ability to gain many friends and you are always one people can count on to do what you say you will do. You are extremely loyal be it friends or family you'll stick up for them and you are never willing to put them in a position that could hurt them. You know what roll you play in life, leader, and you intend to let people know it. Not everyone is capable of leadership but you certainly have the willpower and flare to do it. You have quite a temper if it shows itself, one that can often lead you into trouble. Once your mind is made up there is no changing it but no one said that was a bad thing.
.:-|What is your true element?|-:. -With Anime Pictures and detailed answers- brought to you by Quizilla
You Are a Pundit Blogger!
 Your blog is smart, insightful, and always a quality read. Truly appreciated by many, surpassed by only a few.
Trisakti: ingat pundit tue aper...pelik bunyinya. Kat kamus maksudnya = 'pakar, orang yang terpelajar'. Best tue.
Trisakti pernah rasa takde duit masa raya. Raya tahun lepas. Masa tue baru start meniaga. So banyaklah guna duit untuk perniagaan. Lagipun hutang orang kene bayar dulu. Nak dijadikan cerita tahun lepas masa dah nak raya, trisakti kene bayar letrik, kalau tak kene potong. Bil dia adelah dekat RM800, so sampai lagi 2 hari nak raya baru cukup duit nak bayar.
Trisakti tak berapa ingat ape lagi trisakti kene bayar masa tue. Tapi yang trisakti ingat. Masa last puasa tue, malamnya trisakti pegi bayar zakat. Untuk bayar zakat habis semua duit yang trisakti ade.
Dahlah cari amil kutip zakat tak jumpa malam tue. Pegi masjid takde, orang kata kat rumah. Mana lah trisakti tau kat mana rumah amil tue. Lagi perit masa tue van trisakti rosak. Ya Allah penat trisakti jalan kehulu-kehilir mencari rumah amil tue. Selepas kira2 sejam baru trisakti jumpa rumah amil tue. Punyalah jauh dari kedai trisakti. Masa balik tue trisakti tumpang orang yang bayar zakat sekali dengan trisakti. Kalau nak jalan tak larat dah.
Yang lagi best kalau trisakti tak sambung bukak cc trisakti malam tue. Maknanya trisakti raya tak berduitlah. Masa balik dari bayar zakat tue, trisakti sambung bukak kedai, masa tue pukul 10.00 malam. Dari pukul 10.00 malam tue trisakti bukak sampai pukul 3.00pagi. Tapi takder orang sangat. Maka dapatlah trisakti duit tak sampai RM20 malam tue, buat bekal nak raya.
Tapi masa raya esoknya tue bukan trisakti ade guna pun duit tue. Malam masa lepas tutup kedai tue trisakti keluar pegi beli makan sikit. Pagi raya tue trisakti cuma duduk sorang2 je kat kedai trisakti nie. Sebab nak balik JB takder bas meniaga masa raya. So masa hari raya pertama tue trisakti duduk sorang2 kat kedai trisakti. Punya lah tak raya, dengan kuih raya ke rendang ker, ketupat ker dan semua makanan yang berkaitan raya trisakti tak rasa masa raya pertama tue. Cuma baring2 sorang kat bilik. Masa raya kedua trisakti dah bukak kedai. Sebab duit nak guna bayar bil talipon. Sampai raya ke-7 baru trisakti rasa makan mende2 raya nie, sebab ader pakcik trisakti hantar kuih2 dan ketupat rendang. Ya Allah punya lah lahap trisakti makan rendang tue sampai habis trisakti makan semua masa tue jugak. Hingga menitis air mata trisakti sebab rasa nikmat sangat makan rendang tue. Lagipun teringat mak trisakti. Trisakti tak rasa pun rendang mak tahun tue. Sebab trisakti tak balik masa awal raya tue.
Selama 7 hari raya trisakti tak merasa ape2 mende yang berkaitan raya. Padahal bukan duduk kat luaq negri pun. Orang melesia kat luaq negri pun makan rendang raya pertama.
Tapi bila ingat balik boleh jadi satu kisah yang cukup menarik untuk trisakti sampaikan kat orang lain, atau generasi trisakti yang akan datang. Kalau stu hari nanti trisakti senang, takkan trisakti lupa bahawa trisakti pernah susah satu ketika dulu.
Bak kata kawan trisakti tak best lah kalau masuk 'Potret Kejayaan' kalau tak mengharungi kesusahan masa nak berjaya tue.
Trisakti: Tahun nie pun belum mewah lagi jugak...tahun depan kot kaya sikit.
Masa trisakti meniaga dulu...sampai lagi 2 hari nak raya trisakti masih meniaga kat pasar ramadhan tue... Sebabnya trisakti kurang duit. So masa last day trisakti meniaga tue...trisakti cuma jual steamboat. Dan duit yang last meniaga tue jelah yang trisakti boleh guna untuk buat raya. Sebab duit yang sebelumnya trisakti guna untuk beli tv buat mak trisakti. Tv 29 inci(Panasonic). Jadi habislah duit trisakti.
Kalau tak trisakti nak meniaga lagi hari last puasa tue. Tapi kawan trisakti kata tak payahlah. Dia kata gunalah hari last tue buat penghargaan pada diri sendiri. Pegi jalan2 ker, pegi riadah ker. Kawan trisakti tue ajak main bowling kat Daiman Bowl. So hari yg last tue trisakti jln2 je dgn member tu.
Tak silap trisakti adelah duit trisakti dalam RM100 untuk raya. Bagi trisakti cukuplah, sebab takde orang lagi trisakti nak bagi makan.
Trisakti: Tapi dah beberapa tahun kebelakangan nie selalu tak cukup duit nak sambut raya.
Haa nie lagi bagus...memang bagus...company bas yang celaka nie dia suruh naik bas ganti yang dah ade penumpang....jadi adelah beberapa orang tak dapat tempat duduk....dreber tu suruh berdiri sampai batu pahat....
Kalau dah dekat tak per. Ni baru kat skudai. Rasa trisakti ader 6 orang kene diri termasuk trisakti. Mula2 tue trisakti diri tapi bila dah penat trisakti duduk jer kat tangga.
Itu takpe kira tak sedih sangat. Yang sedih lagi celaka sungguh tue ade sorang yang berdiri ni wanita mengandung....diulang sekali lagi mengandung . Ape yang haramjadah sangat tue perempuan mengandung takder orang kesian. Takde ke terasa nak bagi tempat duduk kat orang tue....MasaAllah ape punya manusia yang ade dalam bas tue.
Mungkin mereka tak perasan yang perempuan tue mengandung...sebab dia pakai tudung labuh dengan baju yang agak besar. Tapi tue tak penting...sedangkan trisakti nie orang lelaki pun perasan. Memang celaka sungguh ...trisakti tak tau nak buat aper...
Masa perempuan tu turun bas...nampak sangat dia mengah kepenatan, apelah yang dia rasa dalam hati. Trisakti rasa nanti satu hari ade lah balasannya kepada penumpang2 lain yang tak berperikemanusiaan tue.
Apa2 pun trisakti memang cukup marah terutama pada company bas tue. Bas dah rosak pun guna jugak....memang haramjadah.
Trisakti: Rasanya ayat haramjadah dan celaka yang trisakti guna tak cukup censorced pasal Kamarudin NTV7 pun pakai.
Ada satu citer best trisakti nak cerita tentang company bas kat Johor nie.... Semalam trisakti pegi jb....tapi kali nie trisakti naik bas dari Batu Pahat...malas nak bawak kete.
Pagi dari bp trisakti naik bas Johore Motor...sebab bas yang trisakti suka naik dah penuh...trisakti ak suka naik bas Johore Motor...terkenal dengan keburukan basnya...So nak dijadikan cerita bas nie dah uzur...masa kat Kulai bas nie rosak, tapi air cond je yang rosak. Dari Kulai sampai Jb bas tue takder Air Cond, panas siot. Tapi trisakti sabarkan aje, tu pun dalam bas tu ader 3 orang jer. Bas punyalah uzur, nak naik bukit pun semput....tu 3 orang je tue...
Tapi takper sampai jugak....bolehlah trisakti menyiapkan tugas kat JB, bila kerja trisakti selesai, trisakti bergegas balik semula ke busstand larkin, supaya dapat bas awal balik ke Batu Pahat. Masa tu pukul 3petang. pegi kaunter KKKL tanya pukul berapa ade bas pegi BP. Laaa pukul 5 baru ader...takkan nak tunggu 2 jam. So terpaksalah pegi kaunter Johore Motor pulak...then kat situ ader bas pukul 3.30petang. Trisakti terpaksa amik sebab malas nak tunggu lama. Walaupun dengan rasa berat hati sebab geram peristiwa pagi tue.
Yang menjadi surprise tue....company Johore Motor nie gunakan bas yang sama trisakti naik pagi tue. Celaka sungguh dah tau bas tue rosak tadi pagi jalan jugak....dalam hati trisakti rasa akan berlaku kerosakan yang lebih besar. Tapi petang tue air cond dia idup balik. Cuma trisakti agak mesti air cond tue mati balik bila bas dah jalan nanti. Tapi kali nie bas penuh. Mampus laa kalau air cond mati.
Bila tiba kat skudai tiba2 satu bunyi yang kuat terdengar kat enjin bas, trisakti agak mesti bas nie rosak berat. Penumpang semua terkejut, ade yang panik, ade yang tidur lagi. Rupa2nya enjin bas tu rosak total. Ni yang celaka banget, dah tau bas rosak guna jugak, company yang sungguh celaka ( marah banget nie) tau cari untung jer. Yang trisakti heran tue tengok kat lesen yang LPKP kasik (alah lepas inpection kat PUSPAKOM) baru lepas diperbaharui. Macam mana PUSPAKOM buat inspection. Nielah akibatnya dari kerosakan sistem pengurusan kat... sape yek( tak tau pulak nak salahkan sape, JPJ? PUSPAKAOM? pekerja PUSPAKOM?). Dan yang paling celaka dalam hal nie ialah company Johore Motor tue....sungguh celaka yang amat.
Trisakti cukup geram, tau cari untung jer. Nie lah masalah bila kurang persaingan. Dia hentam bas buruk jer.
Trisakti: Takder ker lagi company nak buat trip BP-JB selain dari 2 company nie?
 Pehhhhh, 11 bulan...tu order harini.....kalau esok 12 bulan...sebab 1 hari dekat 1000+/- orang order kete nie seluruh negara...
Tadi trisakti tengok laa kat showroom Toyota...kete baru yang diwarwarkan kat media massa dan elektronik tu. Kete nie memang lawa...harga sangat ok just around 58k to 60k on the road price.
Tapi terkejut bila salesman tu kata 11 bulan bari dapat. Wah lagi lama dari Gen2. Memang trisakti tengok ramai orang order. Masa trisakti tengah usyar tue ade 2 orang tengah buat booking, sanggup jugak yee dia tunggu 11 bulan.
Yang lagi best tu ade sepasang suami isteri yang nak beli kete Avanza nie. Mereka dah pegi dah minggu lepas, tapi nak balik pikir dulu. Minggu lepas kalau buat booking dalam 5-6 bulan dah dapat kete. Tapi pasangan nie buat keputusan booking arini. Haaa tunggu lah 11 bulan...lama tue...setahun.
Sementara nak dapat kete tue cuma boleh berangan jelah memandu Avanza. Sian jugak kat pasangan tue. Trisakti tengok bini dia dah sugul jer....
Trisakti....cuma tengok2. Tunggu kaya skit baru boleh beli, sekarang duit takder. Harap2 kalau trisakti dah ader duit kalau booking tunggu 1-2 bulan dah dapat kete tue...Tapi kalau ader jenama lain lawan Avanza rasanya baru best...ade pilihan yang lebih....
Trisakti: Siap test duduk kat seat driver lagi...bukan setakat duduk...siap tutup pintu...padahal orang ramai kat showroom tue....saje nak feel.
English Translation
I don't have to worry anymore, cause you will be by my side when I cry You always smile at me I am blessed because you always shine before me Things that we have missed hastily at time, that's the way it is Faces that always being looked at Forever hugging each other Your smile has helped me endless time, you know Thank you thank you Best Friend
These plenty happiness that I felt at this moment All the friends that I have here, you the best present I am blessed because you always be by our side Surely things that I have accomplished here, those things too give me strength (change to strength) Faces that always being looked at Forever hugging each other All of your smile has helped me endless time, you know Thank you thank you Best Friend
Things that we have missed hastily at time, that's the way it is Faces that always being looked at Forever hugging each other Your smile has helped me endless time, you know Thank you thank you Best Friend
Always always always my Best Friend
Trisakti: Cuba cari profile dan cerita Kiroro nie untuk tatapan korang.
Best Friend
by Kiroro Mou daijoubu shinpai nai to nakisou na watashi no soba de itsumo kawaranai egao de sasayaite kureta mada mada mada yareru yo datte itsu demo kagayaiteru toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai zutto mimamotte iru karatte egao de itsumo no you ni dakishimeta anata no egao ni nando tasukerareta darou arigatou arigatou Best Friend . Konna ni takusan no shiawase kanjiru toki wa shunkan de koko ni iru subete no nakama kara saikou no purezento mada mada mada yareru yo datte itsu demo minna soba ni iru kitto ima koko de yari togerareru koto sonna koto mo chikara nikawaru zutto mimamotte iru karatte egao de itsumo no you ni dakishimeta minna no egao ni nando tasukerareta darou arigatou arigatou Best Friend
Toki ni wa isogisugite miushinau koto mo aru yo shikatanai zutto mimamotte iru karatte egao de itsumo no you ni dakishimeta anata no egao ni nando tasukerareta darou arigatou arigatou Best Friend
Zutto zutto zutto Best Friend
Trisakti: Nak cari meaning dia...kalau jumpa trisakti post.
Sepanjang trisakti berurusan dengan agensi2 kerajaan nie..jarang yang cepat buat kerja. Mesti kene beratur panjang....atau tunggu lama...atau nombor jauh beza dengan nombor semasa....atau waktu menyiapkan task yang lama...atau borang yang sukar diisi (takde rujukan pulak tu)...atau kurang senyuman..atau waktu proses yang lama....atau laman web yang tak berupdated...tah lahhh punya banyak tak boleh nak taip sampai.
Tapi ade satu agensi kerajaan yang trisakti kira puas hati banget. Tapi tak tau pulak agensi nie ok ke tak kat tempat lain. Atau pada orang yang lain yang berurusan dengan agensi ni. Trisakti memang puas hati dengan sistemnya, layanan staf nya (diaorang suka terang seketul-seketul trisakti ulang 'seketeul-seketul' nak bagi pelanggan paham), tak bayak karenah, cepat, sistematik, suasana yang selesa, mengikut piagam pelanggan mereka dengan menyiapkan semua permohonan seperti yang ditetapkan dan staf yang tak bad mood (sepanjang trisakti dah pegi 7-8 kali setahun nie) mungkin pegawai kat agensi tue mempunyai bos yang pandai ajar staf layan customer dan bos dia jugak pandai jaga mood staf.
So trisakti cukup puas hati. Nak tau agensi ape? Suruhanjaya Syarikat Malaysia.
Saje trisakti nak bagi kredit supaya diaorang maintain prestasi, sebab kalau benda bagus nie kita kena bagi pujian supaya mereka semakin bersemangat untuk meningkatkan prestasi serta memaintainkan prestasi yang sedia ada. Lastly trisakti nak ucap banyak terima kasih pada staf2 kat situ...trisakti rasa hampir semua staf kat situ murah senyuman ditambah pula dengan nilai tambah (value added) yang sedia ada iaitu staf2 kat situ hensem2 dan lawa2. Kat tempat lain pun banyak trisakti tengok ader company or goverment agency yang amik staf hensem2 dan lawa2 (tapi kalau monyok dan bad mood tak guna) buat sakit hati.
So nanti kalau ade agensi kerajaan lain atau company lain yang trisakti rasa puas hati berurusan trisakti akan khabar kat korang.
Trisakti: Selalu pegi SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak trisakti daftar company.
Selalu orang akan kata 'aku nak balik kampung'...'aku nak balik jb'...aku nak balik rumah'...jadi balik nie untuk tempat asal atau tempat tetap atau tempat lahir. Kalau tak orang akan kata aku 'pergi'. Contoh 'aku nak pergi kl'...aku nak pergi kerja'...aku nak pergi melancong'...jadi pergi nie tempat yang bukan dia asal atau menetap atau tempat tinggal.
Tapi ade ayat pelik juga....contoh kawan trisakti yang asal Terengganu, keje kat kl, pernah belaja kat jb. Dia suka kata nak balik jb...padahal dia bukan permastautin...seolah2 dia berasal dari jb. Pelik kan....mungkin dah lama duduk jb.
Tak taulah....dia kata dia dah macam orang Johor. Seolah2 dia bukan orang Terengganu lagi. Tak tau trisakti nak cakap aper.
Trisakti: Nak balik London, jangan main2 trisakti asal London.
Trisakti tak berweblog 2 hari nie pasal trisakti banyak kerja....semalam trisakti pegi pontianlah...jblah...sanalah....sinilah...
Cerita trisakti berniaga pun trisakti belum sambung lagi....Cuma trisakti nak cerita 2 hari lepas, ketamakan datang kepada trisakti...Nak tau ape yang trisakti tamakkan tue...
2 hari lepas trisakti beli 3ekor ikan bakar padahal trisakti cuma berdua jer...pasal trisakti nak ikan talapia...'orang' tue nak ikan pari...so trisakti beli 3ekor ikan terus..tamak betul....tapi yang bestnya 3 ekor tue kosnya cuma Hinggit Malaysia 8 sahaja. Jadi tak lah ralat sangat...
Anyway nasib baik habis...Semalam trisakti pegi jb...trisakti beli ayam golek seekor, pehh ingat sedap sangat..pasal masa display tue trisakti tengok macam sedap...tapi apa2pun dah beli kene habiskan jugak....trisakti nie jenis tak suka membazir.
Tapi yang trisakti perasan dalam seminggu nie takder lah satu makanan yang sedap bangat yang trisakti dapat beli...semuanya rasa biasa2 jer....tue yang nak cuba char kuey tiaw macam kat post matjan ngan selendang birue tue..tapi trisakti kat JOHOR...arghhhhhh. Takper nanti trisakti pegi Penang trisakti melantak puas2.
Oklah ader ape2 citer nanti trisakti post lagi...Bye....
Haa kali nie trisakti nak cerita pulak ape yang trisakti buat sepanjang meniaga kat pasar ramdhan tue....
Trisakti meniaga 2 orang jer dengan 'orang yang trisakti tolong buat weblog tue'. Tapi kadang2 ader jugak adik atau kawan atau sedara yang datang nak melihat suasana sambil menolong2 meniaga serta menolong2 makan hasil jualan yang tak habis...(senang kira nak buka makan steamboat trisaktilah kiranya)
So sepanjang meniaga kira2 28 hari tue trisakti takde masalah sangat dengan kecukupan tangan untuk melayan pelanggan...maklumlah ramai yang tolong menolong...
Cumanya masa nak berbuka tue kadang2 rasa geram (macam tak ikhlas pulak) bila kawan2 tue makan steamboat yang selidi RM1...banyak pulak tue kadang2 depa amik. Bukan aper kadang2 trisakti pun makan berpada2...
Sebab nya steamboat nie dia boleh simpan untuk esok...pasal kita belum masak...boleh masuk peti ais balik...cuma kalau dah 3 hari gitu kena makan sendiri jugak kalau tak habis
Selain dari tue trisakti ade jual nasi campur. Kalau lauk nasi campur tak habis trisakti tak kisah kalau kawan2 atau sape2 nak perabiskan lauk tue untuk dibawa balik....sebab tak boleh nak recycle...baik trisakti bagi kat mereka2 itu....(ha yang ini ikhlas bangat) tapi kadang2 kita bagi depa tak nak pulak...depa kata tak habis makan laa..takder saper nak makan laaaa...hish banyak songel pulak...tapi takper, trisakti bagi jugak...asal trisakti balik tak bawak banyak lauk lebih...
Ader satu kes tue....seorang pelanggan tue dia suka beli kuah sup kat tempat trisakti meniaga...kuah sup tue pulak trisakti cuma buat dalam minggu pertama jer...start minggu yang berikutnya trisakti jual kuah tomyam pulak....pelanggan nie dia tak minat kuah tomyam...so sepanjang minggu yang berikutnya tue dia selalu jugak datang nak ushar ader tak kuah sup...tapi memang bukan rezeki dia sebab trisakti tak jual lagi kuah sup sebab permintaan kuah tomyam lagi tinggi....memang kesian..tapi nak buat macam mana kan..mungkin dia boleh cari kuah sup kat tempat lain...
Nak tau ape lagi kisah kat pasar ramadhan tue...ohhh tak dapat...sebab trisakti akan sambung pada bahagian 4....(haa pelik ker) bahagian 3 rahsia...boleh gitu..
Trisakti: Tak pernah meniaga kat perayaan thaipusam
Nie ape citer doodleboard nie...takkan mentang2 free sukati2 dia jer nak delete mendelete...ubah mengubah...tanpa memaklumkan kepada pelanggan..
Maybe dalam term of aggrements si dodol nie berhak menterminate, mengubah, mendelete atau ape2 sekalipun...tetapi sekurang2nya carilah cara supaya boleh backup.....Jangan mentang2 free kite kene ikut semua term si dodol nie...Kalau tak nanti orang tak percaya nak amik premier service...Kita boleh anggap yang free nie macam trial..atau beta testing...
Apa2 pun trisakti tetap geram walaupun ianya free..(geram tak memasal)...Ape2 pun semua pelanggan dodol harap bersabar atas ujian ini...Mungkin si dodolboard nie nak bagi kite pahala bulan puasa...
Trisakti: Nak cipta shoutbox dengan tajuk kedodol board
Bebudak nie kekadang trisakti rasa nak penampor jer...nasib baik trisakti penyabar...
Ade ke patut dia main mercun dalam kedai trisakti..Bedesing telinga...kesian orang yang tengah menaip ker...mengechat ke..mesti terkejut sampai tersalah tapi....opss xxxx( ha trisakti pun baru terkejut) 
Nie pagi2 trisakti dok tengok doodleboard trisakti hilang pulak semua comment2 tue...mana pegi? Macam mana boleh hilang...? Sape punya angkara...Ahh biarkanlah..ape yang boleh di aspect dari perkhidmatan percuma..kalau bayar bolehlah argue...tak gitu
Oklah, trisakti nak makan tgh hari ni..ok see u again..(Ohh puasa yek, thanks ingatkan) 
Trisakti: Macam mana ade mercun walaupun dah kene haram. Sape salah nie..ape kes...
Trisakti meniaga pasar ramadhan kira2 3 tahun yang lepas....nak tau trisakti jual aper...Jual steambot macam yang banyak orang jual kat pantai lido tu...disamping itu ade juga trisakti juak nasi campur...
Korang tau ape rintangan paling besar masa trisakti meniaga tu..Haaaaa, road tax van trisakti is not valid anymore. Peh memang dugaan, sebab dari rumah trisakti kira jauh laa jugak nak sampai UTM tue....Mungkin kerana rezeki tak jugak trisakti menghadapi dugaan yang perit dimana pak polisi (kata orang indon) sering mengeblok jalan.
Tapi ade satu hari tu masa trisakti nak pegi meniaga....trisakti lalu area larkin....ader roadblock..(bukan roadblog)...laa macam mana nie....Takann nak burn je mende2 yang nak diperdagangkan haritu......Last-last pikir punya pikir trisakti redah jer road block tue...
Memang lah rezeki trisakti lagi sebab trisakti lepas road blok tue...Pehhh dalam hati punya lah lega...Maka dapatlah trisakti meniaga haritu...
Sepanjang trisakti meniaga..banyak lah jugak pengalaman yang trisakti dapat...so sampai sekarang trisakti tak boleh lupa semua peristiwa itu....Dari hari pertama puasa hingga kira-kira 2 hari lagi nak raya trisakti meniaga...
Nak kata banyak untung tue tak jugak...setakat untuk mengisi kekosongan wang....yelah meniaga sebulan jer aper kite boleh aspect (betul ke trisakti eja) ...kecil2lan pulak tue...tapi dengan duit meniaga tue trisakti beli tv 29inci dari kawan trisakti....
Ok harini setakat nie je celoteh trisakti...Jumpa lagi di sesi pertapaan yang akan datang...
Trisakti: Tapi satu hari tu tertangkap jugak trisakti oleh JPJ...kena saman...(dalam hati tak rezeki kali nie)
Trisakti buat link conveyer style...nasib baik jadik..ingat susah sangat, senang jugak...
Anyway sape nak coding dia boleh mintak...tapi kene belanja makan...boleh... Tapi kalau tahu cuba sendiri lagi bagus..boleh memahirkan diri anda dalam mengedit css coding system....
Setakat nie tujelah weblog yang trisakti dapat linkkan...lain kali mungkin triskti tambah lagi berdasarkan keminatan trisakti ok....
Tadi trisakti makan ikan bakar seperti yang diidam-idamkan. Murah jugak. RM 2 jer...oklah trisakti makan sorang jer...
Trisakti: Banyak minum air batu masa buka tadi..dah kene serang batuk pulak...
Trisakti ingat lagi satu masa dulu kira-kira 8 tahun lepas masa trisakti sekolah lagi....trisakti dah meniaga kat pantai lido...masa tu trisakti dah pandai bawak van...takde lesen pun..meniaga pun haram...tapi nak jugak meniaga..sebab nak rasa pegang duit...
Trisakti punya parents ader kedai runcit..tapi trisakti tak suka stay kat situ...trisakti suruh ayah belikan satu generator supaya trisakti boleh meniaga...korang tau trisakti meniaga aper...? Meniaga gula kapas, sebab pakcik trisakti ade jual mesin tu kat trisakti...
Maka meniagalah trisakti gula kapas...laku jugak...sebab masa tu tak ramai orang meniaga gula kapas. Tiap-tiap hari trisakti cuma kene beli gula dalam 2 kilo...ngan plastik nak bungkus gula kapas tu serta chopstik..buat pemegang dia. Oh lupa minyak petrol. Adelah dalam RM20 modal dia tiap-tiap hari...
Tapi yang bestnya dalam satu hari tue mesti dapat sekurang-kurangnya RM80-100...tak banyak ..tapi untuk trisakti sorang oklah....Boleh mewah-mewah sikit masa kat sekolah...
Ade satu hari tu trisakti macam malas nak meniaga. So duduk rumah ....then pegi merayap. Masa tu hari sabtu. Masa hari Ahad trisakti meniaga macam biasa...(trisakti meniaga hari Sabtu & Ahad jer). Tengok punya tengok...takder orang meniaga...pasal yek...trisakti sowang jer meniaga. Rupa-rupanya masa hari yang trisakti tak meniaga tu MBJB datang buat penguatkuasaan...habis barang-barang peniaga lain kene angkut...kesian.
Nasib baik trisakti tak meniaga hari Sabtu tue...selamat...Sampailah pertengahan tahun tu trisakti meniaga...masa dekat nak SPM, trisakti stop.
Kalau ingat masa tue seronok jugak....Macam2 jenis pelanggan, ade yang beli satu kongsi ngan couple dialah...ade yang nak buat sendirilah...ade yang kata manislah (nama pun gula kapas)..macam-macam ader....
Nanti trisakti cerita pengalaman meniaga kat pasar ramadhan pulak...tunggu.....
Trisakti: Pernah sekali tengah meniaga MBJB datang..apalagi...kalangkabut lah kemas barang2...pakai campak jer dalam van...sampai berterabur gula...Padahal MBJB kutip sampah...kakakah
Trisakti nie kadang2 geram jugak kat customer nie..dah bagi notis tutup pukul 12.00mlm kat pc diaorang..tapi tak reti2 jugak nak balik...
Kalau marah karang tak datang lagi orang2 tue kat kedai trisakti nie karang...Nasib baik trisakti sakit harini..kalau tak mesti dah pakai kesaktian untuk memarahi orang2 ini secara batin...
Takpe, kene tutup jugak...Prinsip (bak kata 'orang' yang trisakti tolong buat weblog)
Trisakti: Nasib baik cc nie trisakti punya....kalau keje baiklah trisakti balik jer...
Lega trisakti bila dah siap edit template harini..oklah dalam masa 2 hari jer dah dapat antaramuka mcm nie...anyway luck kot...sebab aritu ade tlg 'orang' buat weblog jadi ingatlah ape2 error masa tolong 'orang' tue...
Mula2 malas jugak nak buat weblog nie....Tapi dok tgk 'orang' tue tiap2 hari buat weblog. Trisakti pun teruja jugak nak buat weblog.... :/ so semalam bermulalah era trisakti berweblog
Oklah, dah malam nie...trisakti nak tutup kedai...
Trisakti: Tunggu orang tengok weblog trisakti..tak datang2 jua..takpe lama2 adelah tu...(anyway saper 'orang' yang saya tolong buat weblog) dapat jawab trisakti bagi hadiah)
|