|
AGENSI KERAJAAN PALING CEKAP
Sepanjang trisakti berurusan dengan agensi2 kerajaan nie..jarang yang cepat buat kerja. Mesti kene beratur panjang....atau tunggu lama...atau nombor jauh beza dengan nombor semasa....atau waktu menyiapkan task yang lama...atau borang yang sukar diisi (takde rujukan pulak tu)...atau kurang senyuman..atau waktu proses yang lama....atau laman web yang tak berupdated...tah lahhh punya banyak tak boleh nak taip sampai. Tapi ade satu agensi kerajaan yang trisakti kira puas hati banget. Tapi tak tau pulak agensi nie ok ke tak kat tempat lain. Atau pada orang yang lain yang berurusan dengan agensi ni. Trisakti memang puas hati dengan sistemnya, layanan staf nya (diaorang suka terang seketul-seketul trisakti ulang 'seketeul-seketul' nak bagi pelanggan paham), tak bayak karenah, cepat, sistematik, suasana yang selesa, mengikut piagam pelanggan mereka dengan menyiapkan semua permohonan seperti yang ditetapkan dan staf yang tak bad mood (sepanjang trisakti dah pegi 7-8 kali setahun nie) mungkin pegawai kat agensi tue mempunyai bos yang pandai ajar staf layan customer dan bos dia jugak pandai jaga mood staf. So trisakti cukup puas hati. Nak tau agensi ape? Suruhanjaya Syarikat Malaysia. Saje trisakti nak bagi kredit supaya diaorang maintain prestasi, sebab kalau benda bagus nie kita kena bagi pujian supaya mereka semakin bersemangat untuk meningkatkan prestasi serta memaintainkan prestasi yang sedia ada. Lastly trisakti nak ucap banyak terima kasih pada staf2 kat situ...trisakti rasa hampir semua staf kat situ murah senyuman ditambah pula dengan nilai tambah (value added) yang sedia ada iaitu staf2 kat situ hensem2 dan lawa2. Kat tempat lain pun banyak trisakti tengok ader company or goverment agency yang amik staf hensem2 dan lawa2 (tapi kalau monyok dan bad mood tak guna) buat sakit hati. So nanti kalau ade agensi kerajaan lain atau company lain yang trisakti rasa puas hati berurusan trisakti akan khabar kat korang. Trisakti: Selalu pegi SSM(Suruhanjaya Syarikat Malaysia) sebab banyak trisakti daftar company.
last modified Oct 25, 2004 at 23:03
|