TERINGAT KENANGAN LALU...

Setiap kali menjelang syawal trisakti pasti akan mengalirkan airmata kerana teringatkan kenangan lalu. Kisah itu takkan pernah luput dari ingatan trisakti. Airmata ini pasti mengalir jatuh kepipi lantaran dari kenangan itu. 
 
Trisakti tak pernah sangka yang trisakti akan kehilangannya selama-lamanya. Jika tidur pasti dia akan datang melawat trisakti, seolah-olah dia tak pernah pergi meninggalkan trisakti. Serasa masih segar diingatan sewaktu-waktu trisakti berbual, bersalam, berjalan dan semuanya yang menggamit kenangan itu. 
 
Masih lagi mengharap yang suatu hari nanti dia pasti akan muncul dimuka pintu untuk kembali bersama, tapi itu hanyalah harapan palsu. Kerana sudah tentu pasti tidak akan datang saat itu. Namun mengapa masih jua trisakti mengharapkan peristiwa itu akan berlaku. Akuilah bahawa diri ini masih belum dapat menerima pemergiannya. Bahawa setiap saat yang berlalu trisakti masih mengharap akan bertemunya lagi. 
 
Penyesalan yang tak bertepi sentiasa mengganggu benak ini. Sesungguhnya adalah satu penyesalan yang sungguh besar kerana semasa hayatnya aku belum puas bermesra dengannya. Serasa ingin sekali aku peluk erat dan salam mesra sewaktu-waktu menyambut syawal bersama dengannya. Aku sungguh sedih kerana itu tidak kulakukan sewaktu hayatnya. Sesungguhnya peluang itu takkan datang lagi buatku. Tetapi kalau peluang itu datang pasti tidakkan kulepaskan pelukanku sehingga rasa puas hati ini melepaskan rindu yang sungguh menebal setelah hampir 5 tahun tak bertemu. 
 
Ya 5 tahun lamanya rindu ini tak berkesudahan. Namun orang pasti akan melupakan orang yang telah pergi, tetapi tidak untuk trisakti. Kerinduan yang semakin menebal membuatkan diri ini tersiksa. Semakin membelenggu rasa, semakin menngamit rasa. Taktaulah sampai bila trisakti akan begini. 
 
Sepanjang pemergiannya trisakti tak pernah lagi dapat duduk didepan pusaranya. Mungkin sedikit sebanyak ianya dapat memberikan satu petunjuk yang beliau telah pergi selama-lamanya. Mungkin juga kerana itu trisakti masih merasa beliau masih ada dialam ini. Tidak sesekali aku enggan melawatnya, tetapi pusaramu terlalu jauh untuk kusampai. Namun percayalah, trisakti tetap akan menunggu kehadirannya semula dalam hidup ini walau mustahil. 
 
Ini merupakan satu kenangan yang takkan pernah pergi atau luput dari ingatan trisakti, malah berkurang pun tidak. Kasih sayang itu tetapkan subur sehingga hayat ini habis. Terimalah salam kasih sayang tulus ikhlas, maaf zahir dan batin buat Ayahku yang telah pergi meninggalkanku, semoga rohnya dicucuri rahmat. 
 
Trisakti: Hargailah mereka yang masih ada didepan matamu moga-moga anda tidak merasa apa yang trisakti rasa ketika ini.

last modified Nov 17, 2004 at 20:57

[ MARI BERTAPA ]

"Ya Tuhanku tabahkan hatinya...
kuatkan semangatnya dalam menghadapi hidup...
Limpahkanlah maghfirah dan kasih sayangmu..
Agarnya hdupnya bahagia di dunia akhirat..."

128470 | posted by anon:selendangbiru on November 19, 2004 at 0:21

Al-fatihah buat ayah trisakti. Semoga rohnya berada di kalangan org-org yg beriman.

Belum terlambat rasanya nak ucap Selamat Hari Raya!

128385 | posted by anon:cheura on November 18, 2004 at 0:40