|
Apabila terlalu ramai yang kawen dan melahirkan...
Semenjak lepas raya nie ramai sungguh kawan2 trisakti secara berbondong-bondong melangsungkan perkahwinan. Tiadalah tujuan lain untuk mereka secara berbondong-bondong berkahwin selain menyahut sunnah nabi. Maklum juga memang musim berbondong orang kawen.... Arakian diceritakan bahawa ada seorang hamba yang bernama trisakti nie terpaksalah membondongkan diri untuk ke majlis kawan2 tue. Maka sibuklah beliau setiap hujung minggu. Namun, ada pulak ramai kawan2 yang turut melahirkan, hasil dari kebondongan tahun lepas. macam pakat2 pulak nak dapat baby sama2. Haa nanti baby mereka tue membesar dan akan jumpa kat universiti pulak...kebetulan sungguh. Oleh yang demikian bolehlah dianggap pada tahun depan akan banyaklah jugak kawan2 yang berbondong tadi akan melahirkan jua.... Bila trisakti pikir2, rasanya dah tiba masa trisakti memikirkan tentang membondongkan kawan2 ke majlis trisakti. Mungkin tahun depan trisakti tunang kot...and tahun depannya trisakti akan melansungkan majlis membondong kawan2 ke majlis trisakti. Bukan niat nak lambat2 membuat majlis perbondongan nie. Tapi trisakti ngan teman trisakti tue banyak komitmen pada keluarga dan masa depan. Pasal kitaorang nie bisnes, banyak jugaklah komitmen pada perniagaan yang dijalankan. Maka terpaksalah trisakti melambatkan sedikit majlis membondong kawan2 trisakti ke majlis trisakti. Namun percayalah, bahawa trisakti rasa InsyaAllah plan kali nie menjadi, bukan apa dah hampir kira2 4-5 tahun trisakti berteman ngan pasangan trisakti tue. Trisakti: Nampaknya buat masa nie cuma boleh bersama kawan berbondong ke majlis orang jelah...
last modified Dec 1, 2004 at 2:53
|