Kahwin, kawin, kawen,

Kenduri kawen nie...pehhhhhh tiap2 minggu kawan hanyak trisakti untuk pegi kenduri diaorang. 
 
Tersangat berbondong-bondong mereka tu buat kenduri. Mana taknya. Selagi tak masuk bulan Junauari selagi tulah ade jer yang plan nak buat kenduri.  
 
Ada satu kes best. Orang buat kenduri selalunya pilih hari yang amat cuti. Contohnya cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti umum, atau cuti cuti malaysia. Ada sowang member trisakti nie dia kawen buat kenduri hari Rabu. Apa nie, mentang2 duduk Felda dia lenjan kenduri hari Rabu. Orang Felda bolehlah datang pasal dia tak keje opis hour atau sehari suntuk. 
 
Apa nak jadi pun tak tau. Macam tak nak kasi orang datang lah tue. 
Rasanya kalau buat raya pertama pun orang tak marah lagi. 
Tapi takper dia pun dah selamat kawen. Trisakti tak dapat datang. Selalunya trisakti akan pegi umah kawan kawen, seboleh2nya trisakti pegi jugak walau seribu halangan. Kalau seribu satu dah tak pegi dah. 
 
Anyway sesapa yang baca blog nie dan nak kawen, 'Selamat Pengantin Baru'. Ingat jangan buat kenduri hari pelik2. Hari Jumaat ker contohnya...nak kene sambar petir? Orang sibuk nak semayang dia sibuk nak kawen. 
 
Trisakti: Nak buat kenduri hari jumaat kliwon.

last modified Dec 7, 2004 at 0:04

[ MARI BERTAPA ]

trisakti you belajar kat universitas trisakti ke ???

130485 | posted by anon:hairi on December 7, 2004 at 5:49