|
..::TRISAKTI ONLINE::..
SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI....KINI CUBA UNTUK KEMBALI...
last modified Jun 26, 2008 at 13:15
Rabiatul Adawiyah Album : Impian Kasih Munsyid : In-Team
Engkau bermula dengan sengsara Dalam mencari bahagia Terasa bagai bayang-bayang Gelap walau disuluh cahaya
Pepasir pantai pun berubah Pabila hakikat melanda Ketenangan yang kau cari Terpancar di lorong sufi
Kau hiasi rumah kasih abadi Serik menghiasi singgahsana-Mu Kau berjaya merubah segala Kasih semalam menjadi esok
Kelunakan tangisan kasihmu Dalam simpuhan ketaatan Bagi mengharapkan keredhaan Dari-Mu, Tuhan pencipta alam
Rabiatul Adawiyah Serikandi yang tercipta Sungguh agung pengabdianmu Kau berjaya menjadi iktibar Asmaramu dihampar suci Pintalan dari awanan putih Membuahkan titisan rahmat Menyuburkan mawar yang layu
Namamu menjadi sanjungan Ikutan ummah sepanjang zaman Ayuh bersama kita susuri Perjalanan kekasih Allah
Lagu : Munif Ahmad Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd. Lirik : Abdul Kahar Hijjaz Music Entertainment (M) Sdn. Bhd
Trisakti: Kena tukar kalau tak orang bosan
Kenduri kawen nie...pehhhhhh tiap2 minggu kawan hanyak trisakti untuk pegi kenduri diaorang.
Tersangat berbondong-bondong mereka tu buat kenduri. Mana taknya. Selagi tak masuk bulan Junauari selagi tulah ade jer yang plan nak buat kenduri.
Ada satu kes best. Orang buat kenduri selalunya pilih hari yang amat cuti. Contohnya cuti hujung minggu, cuti sekolah, cuti umum, atau cuti cuti malaysia. Ada sowang member trisakti nie dia kawen buat kenduri hari Rabu. Apa nie, mentang2 duduk Felda dia lenjan kenduri hari Rabu. Orang Felda bolehlah datang pasal dia tak keje opis hour atau sehari suntuk.
Apa nak jadi pun tak tau. Macam tak nak kasi orang datang lah tue. Rasanya kalau buat raya pertama pun orang tak marah lagi. Tapi takper dia pun dah selamat kawen. Trisakti tak dapat datang. Selalunya trisakti akan pegi umah kawan kawen, seboleh2nya trisakti pegi jugak walau seribu halangan. Kalau seribu satu dah tak pegi dah.
Anyway sesapa yang baca blog nie dan nak kawen, 'Selamat Pengantin Baru'. Ingat jangan buat kenduri hari pelik2. Hari Jumaat ker contohnya...nak kene sambar petir? Orang sibuk nak semayang dia sibuk nak kawen.
Trisakti: Nak buat kenduri hari jumaat kliwon.
Tulah dah nak abis raya baru terhegeh-hegeh nak beraya... semua habis....cuma datang melawat jer...tapikan syawal belum habis, tak gitu.
Semalam trisakti beraya kan rumah kawan2 dan jugak kat restoran yang kawan2 ajak beraya memandangkan kekadang mereka tak ada kat umah.
Tupun sebab ada kawan trisakti datang dari kl ajak beraya kat umah kawan2 kat johor. Sehari suntuk beraya, tu nasib baik sorang je dgn trisakti kalau ramai macam dulu-dulu-dulu mesti pecah perut. Mana taknya asik buat lawak jer memanjang.
Apa-apa pun tujelah masa yang trisakti ada nak pg beraya. sebab banyak komitmen lain. Harap semua paham...lain kalai kalau trisakti dah kaya trisakti pegi awal2...
Trisakti: Kalau dah kaya, tiap2 hari pegi beraya pun takpe....
Semenjak lepas raya nie ramai sungguh kawan2 trisakti secara berbondong-bondong melangsungkan perkahwinan. Tiadalah tujuan lain untuk mereka secara berbondong-bondong berkahwin selain menyahut sunnah nabi. Maklum juga memang musim berbondong orang kawen....
Arakian diceritakan bahawa ada seorang hamba yang bernama trisakti nie terpaksalah membondongkan diri untuk ke majlis kawan2 tue. Maka sibuklah beliau setiap hujung minggu.
Namun, ada pulak ramai kawan2 yang turut melahirkan, hasil dari kebondongan tahun lepas. macam pakat2 pulak nak dapat baby sama2. Haa nanti baby mereka tue membesar dan akan jumpa kat universiti pulak...kebetulan sungguh.
Oleh yang demikian bolehlah dianggap pada tahun depan akan banyaklah jugak kawan2 yang berbondong tadi akan melahirkan jua....
Bila trisakti pikir2, rasanya dah tiba masa trisakti memikirkan tentang membondongkan kawan2 ke majlis trisakti. Mungkin tahun depan trisakti tunang kot...and tahun depannya trisakti akan melansungkan majlis membondong kawan2 ke majlis trisakti.
Bukan niat nak lambat2 membuat majlis perbondongan nie. Tapi trisakti ngan teman trisakti tue banyak komitmen pada keluarga dan masa depan. Pasal kitaorang nie bisnes, banyak jugaklah komitmen pada perniagaan yang dijalankan.
Maka terpaksalah trisakti melambatkan sedikit majlis membondong kawan2 trisakti ke majlis trisakti. Namun percayalah, bahawa trisakti rasa InsyaAllah plan kali nie menjadi, bukan apa dah hampir kira2 4-5 tahun trisakti berteman ngan pasangan trisakti tue.
Trisakti: Nampaknya buat masa nie cuma boleh bersama kawan berbondong ke majlis orang jelah...
|