..::TRISAKTI ONLINE::..

 
SETELAH SEKIAN LAMA MENYEPI....KINI CUBA UNTUK KEMBALI...

last modified Jun 26, 2008 at 13:15

Sunday, January 30, 2005

Lambat beli makanan...

Trisakti nie kalau nak beli makanan kene tunggu dah tutup kedai baru beli...
So bila kedai trisakti tutup baru trisakti gerak nak pegi beli makanan...
And kalau dah tutup kedai tu baru trisakti menuju ke kedai makan untuk membeli makanan...
Then bila semua pc dah dimatikan barulah trisakti boleh pegi beli makanan...
Kalau nak pegi beli kene tutup kedai dulu...
Semasa dah tutup tu lah trisakti pegi beli makanan...
Ohh god lambatnya nak habiskan taip nie...
So bila sampai kedai trisakti kene order makanan...
Then trisakti kene tunggu pulak makanan siap...
Trisakti kene tunggu makanan siap selepas trisakti order...
Bila dah siap trisakti kene bayar tak boleh balik gitu jer..
Ok lah macam tuelah cara2 trisakti nak beli makanan pada waktu malam...

Lambat kan proses nak membeli makanan untuk trisakti makan nie...

Trisakti: gejala lambat semanjak dua menjak nie makin ketara...

136025 | posted by trisakti at 9:40 | 2 PERTAPAAN

Saturday, January 29, 2005

Lambat sangat...

Semua lambat....nak format komputer and reinstall nie dah lambat....nak bukak danchan pun lambat....nak tunggu printer yang hantar servis pun lambat....nak jadi kaya pun lambat...nak tido pun jadi lambat pasal komputer yang trisakti format belum siap install...oh god semua lambat2 belaka...

Trisakti: Asal jangan kawin lambat sudah.....

135974 | posted by trisakti at 13:27 | 1 PERTAPAAN

Wednesday, January 26, 2005

berita terlambat...

sorry dah lama menyepi....
pasal sekarang jarang ade kat depan pc so tak de masa nak mengeblog...
ada beberapa bende trisakti nak ulas kat sini...

first peristiwa tsunami...
arwah ayah trisakti adalah orang aceh asli...
so melalui teman2 ayah trisakti, dapatlah juga trisakti dapat gambaran peristiwa tue sebelum 26 Dis 2004

* malam 25 disember 2004 pihak tentera indonesia (TNI)telah mengadakan satu pesta muzik ala2 konsert sure heboh gamaknya kat kawasan yang berhampiran kawasan perkuburan ulama2 ternama aceh di syiah kuala(suatu kawasan di aceh)

*di tempat tersebut juga pada hari yang sama pihak tentera indonesia telah membunuh seorang ulama pondok sekolah agama dengan mengerat2 tubuh beliau kerana ulama itu membantah diadakan konsert itu serta melarang penduduk aceh dari menhadirinya...

*pihak tentera juga telah memaksa orang2 islam aceh untuk menghadiri konsert itu bagi meraikan krismas...yang mana banyak dari tentera indonesia yang berasal dari daerah lain menganut agama kristian..

*untuk pengetahuan pembaca pihak tentera indonesia memang gemar membunuh penduduk aceh memandangkan mereka selalu menganggap orang aceh adalah pemberontak GAM (gerakan aceh merdeka)

*oleh yang demikian bagi trisakti peristiwa tsunami adalah satu kuasa Allah yang mana Allah lebih menyayangi orang yang tersiksa dari terus hidup didunia ini...Allah pendekkan umur mereka kerana Allah sayangkan orang yang menderita..Allah lebih sayang pada umat yang turut perintah dari umat yang leka. Jikalau tidak mengapa tidak dihempas sahaja tsunami itu di kota2 besar penuh maksiat melainkan datang ke aceh yang penduduknya miskin...kedah kampung nelayan...nyawa anak2 kecil tak berdosa...kenapa tidak digegarkan gempa itu dikota maksiat seperti jakarta...kl...singapura..kerana Allah mahu biarkan semua umat yang ingkar terus hidup melakukan dosa....biarlah umat yang patuh pendek umurnya agar dipermudahkan jalan menuju syurga..

Lagi satu perkara trisakti nak ulas...

*semalam RTM mengecam ulama2 di negara kita yang sibuk memikirkan soal haramnya sure heboh, maksiat berleluasa, pergaulan bebas...dan macam2 lagi benda yang merupakan penyelewangan akidah...

RTM mengatakan kita mundur sebab ada ulama yang macam ini...sepatutnya ulama ini lebih menekankan kemajuan teknologi dalam dunia islam dari memikirkan baik buruk akidah manusia...

bukan trisakti tak setuju seratus peratus....sepatutnya tak perlu bangkit isu ini walaupun adanya keperluan menekankan islam had-hari(ada had ada harri untuk dilaksanakan)
memang tugas ulama untuk menyedarkan yang leka..trisakti tak rasa ulama kita jumud sampai tak membenarkan kemajuan teknologi diadaptasi dalam negara kita...tapi kalau canggih teknologi itu untuk dapat mendengar muzik disko dengan lebih asyik apa gunanya...RTM kata dunia barat maju dalam bidang perubatan sehingga dapat membantu umat islam...adakah dengan mundurnya dunia perubatan dinegara islam diakibatkan oleh ulamanya...tentu tidak...sebenarnya keseluruhan sistem itu perlu dikaji semuala...

ambil mudah, di malaysia untuk seseorang menjadi doktor berapa lama usia dihabiskan untuk belajar..hingga umur hampir 30 tahun baru benar2 menjadi doktor... tetapi sistem pendidikan dinegara barat melahirkan doktor diusia muda...jadi lebih cepat untuk doktor dibarat mencapai tahap pakar...oleh itu banyaklah inovasi dicipta oleh doktor2 muda ini...kerana mereka lebih komited jika dibanding doktor tua yang menunggu pencen...adakah ulama yang memainkan peranan untuk memajukan sistem pendidikan kita..tidak bukan...tidak ada ulama yang menghalang kemajuan kalau betul kemajuan itu berguna untuk umat...tapi kalau kemajuan untuk membuat pertunjukan pentas yang canggih bagi menghiburkan orang kan tetap salah disisi agama...

sudah jelas perkara haram haruslah dicegah, jangan ada kompromi...ingat nak masuk neraka ada komptromi ke nanti...

sudah jelas tak pakai tudung itu haram nak soal itu ini buat apa...

sudah jelas judi itu haram nak debat apa lagi...apa agama buddha suruh penganutnya berjudi...tidak bukan...

walau trisakti ni tak beriman sangat tetapi kalau perkara tu haram tetap juga trisakti tak setuju pelaksanaannya...

biarlah kita kurang membuat amal tetapi jangan sampai kita menidakkan al-quran, mengiayakan maksiat...

Ada pulak ulama indonesia yang terkenal memuji Siti Nurhaliza, trisakti tak setuju ulama tu buat kenyataan tu. Haram tak menjadi halal kalau sekalipun seorang ustazah membuka tudungnya. Haram juga tak menjadi halal kalau isteri pemimpin yang tidak memakai tudung. Jangan dipertikaikan perkara yang jelas haramnya, kalau perkara yang melibatkan pendapat ulama masa kini lainlah (macam penekanan istilah islam hadhari) bolehlah jugak kita bincang2, tapi kalau jelas haram dalam Quran tak payah lah nak dikaji lagi.

Trisakti: Biar nyawa jadi taruhan, jangan islam engkau gadaikan.

135710 | posted by trisakti at 6:59 | 0 PERTAPAAN