|
Uipts: Catatan Pinggiran

east midlands, england
last modified Nov 7, 2005 at 3:05
Saya mencuba semula, adakah weblog ini masih boleh digunakan dan berupaya untuk secekap blog yang lain.
Jika ia masih senang digunakan dan setanding, kalaupun tidak sama, maka ia boleh digunakan semula.
Maklumlah kenangan lama di sini cukup memberi erti. Catitan lama dari mula-mula mengenali blog di awal-awal dulu adalah catitan kespontanan masa itu. Ia adalah sejarah masa itu.
Jika seronok, apa salahnya.
di tempat lain yang mungkin lebih lancar dan selesa saya terpaksa ke sana. Kita jumpa di sana.
Ayat di atas adalah contoh ayat yang tidak jelas dari saya. Saya menyedari mungkin itu contoh ayat-ayat saya gunakan dalam menyampaikan mesej. Tidak jelas, mungkin memberi makna di sebalik ayat, tanpa menampakkan terang-terangan. Saya tidak tahu apakah itu kekuatan atau kekurangan.
Apa salahnya sebut saja, weblog saya berpindah ke sini! Kan senang!
Mesin basuh dirumah saya sebelum ini mengalami sedikit kerosakan. Ia masih boleh digunakan tetapi perlu dibantu untuk membolehkannya pusingan automatiknya berjalan sehingga tamat pusingan lengkapnya. Beberapa hari yang lalu, tanpa dibaiki, mesin tersebut telah baik seperti sedia kala. Pusingan automatiknya telah berjalan seperti sediakala.
Ketika mesin itu rosak, tentu ada peralatan elektroniknya yang terganggu atau wayar terputus atau sambungan yang tercabut atau apa-apa lainnya. Saya tidak ada ilmu tersebut.
Tetapi jika menggunakan contoh yang sedikit ketara ialah seperti tayar motorsikal kita yang asalnya telah bocor. Kita menyedari ia mungkin bocor bila angin pada tayar itu mula hilang dan tayar tersebut kempis. Jika kita tidak membaikinya, tiba-tiba kita mengisi semula angin pada tayar berkenaan, dan tayar itu elok semula, menjadi keras. Tentu kita agak terkejut, bagaimana tayar yang kita kata bocor pada asalnya tetapi telah pulih semula.
Saya berkata, itu adalah contoh yang Allah hendak kurnia rezeki. Kami patut sangat untuk sujud bersyukur atas rezeki tersebut.
Saya berkata pada isteri saya, sebenarnya banyak keadaan yang berlaku pada diri kita adalah tanda rezeki yang Allah beri. Tetapi kita jarang untuk berterima kasih. Sakit kepala, sakit gigi, selsema, batuk-batuk adalah perkara biasa yang datang dan pergi silih berganti.
Ketika kita mendapat sakit kepala, kita berkata mungkin mengadap komputer terlalu lama, atau berjaga malam, atau berjalan dalam panas matahari menjadikan kita sakit kepala. Tanpa memakan apa-apa ubat, mungkin hanya berihat seperti tidur, sakit kepala itu hilang dengan sendiri. Ketika sakit kepala itu hilang, jarang untuk saya sedar ia rezeki yang Allah beri, sebab ia sering berlaku dan macam ia tiada apa yang peliknya.
Tetapi bila benda atau alatan yang rosak yang memerlukan ia dibaiki seperti mesin basuh tadi atau tayar bocor itu, ia menjadikan sedikit terkejut. Tetapi kadang-kadang ia masih belum menjadikan terkejut sebab kita mula memikirkan mungkin ada apa-apa yang membolehkan ia baik semula.
Atau kita kata, sebenarnya ia tidak rosak, cuma ada sambungan yang tidak lekat betul. Atau jika tayar itu boleh diisi angin semula, ia bukan bocor, tetapi ada sedikit hal pada tiubnya dan ia baik semula, tanpa kita menyedari itu adalah rezeki yang Allah hendak beri.
Itulah bentuk lupa yang mudah terjadi. Rezeki yang mudah dan dapat tiap-tiap hari akan hanya dianggap biasa dan terasa tidak sedar itu adalah pemberian yang Maha Esa. Tetapi kita hanya sedar bila sesuatu yang pelik berlaku.
Kenapa sibuk sangat untuk menunjukkan perbezaan antara kita orang Melayu dengan bangsa Eropah yang lain? Kalau itu soalan yang diajukan kepada saya, maka saya jawab, ia semata-mata bertujuan untuk mengingatkan saya dan tuan-tuan bahawa bangsa kita dan bangsa mereka adalah berlainan.
Cara berfikir bangsa kita adalah berbeza dengan cara befikir bangsa mereka. Cara kita melihat alam, orang lain dan persekitaran adalah jauh sekali berbeza dengan bangsa mereka.
Dan akibatnya kita jangan terus menerus melihat dunia, peristiwa di sekeliling kita dan apapun yang berlaku dari kaca mata mereka, sebaliknya kita mesti melihat dari kaca mata kita. Kerana kacamata mereka berbeza dengan kaca mata kita.
Ini kerana semua berita dan peristiwa yang dilaporkan kepada kita oleh segala bentuk media dilihat, dilapor oleh mereka. Kalaupun media kita yang melaporkannya, tetapi media kita masih mahu melihat dengan menggunakan kaca mata mereka dan menggunakan kaedah bangsa Eropah melihat sesuatu peristiwa. Lebih-lebih lagi kita adalah anak bekas jajahan mereka, yang telah dijajah ratus tahun lama.
Sebagai contoh mudah, dalam arena bolasepak. Mana ada peminat bola sepak di negara kita yang tidak mengetahui tentang perkembangan bola sepak Inggeris. Ini kerana kejohanan bolasepak Inggeris telah menguasai seluruh fikiran kita kerana ia telah boleh ditontoni di rumah kita hampir setiap hari. Kita telah melihat ia sebagai suatu kehebatan besar yang wajar diikuti dan dicontohi.
Kehebatan skill mereka, corak permainan mereka, jersi yang dipakai, bola yang digunakan, ramainya penonton yang datang, stadium yang digunakan, pengadil yang mengadili permainan, kelab yang mereka anggotai, jumlah gaji yang mereka dapat, teman wanita yang mereka ada, 'wanita yang mereka sondol', 'skandal yang mereka ada', ketagihan yang mereka dapat segalanya diketahui, dilihat dan diambil peduli oleh kita. Kita anggap ia sebagai hebat dan 'bagus' kerana ia didokong oleh 'kehebatan mereka itu' dan kerana kita melihat menggunakan kacamata mereka.
Di sebalik yang disebut 'hebat' dan dianggkat oleh media mereka dan media kita dan diakui oleh kita itu ialah tunggang langgangnya nilai hidup mereka.
Jika kita menggunakan kacamata kita untuk melihat yang hebat itu, kita akan dapat mengetahui bahawa mereka itu, telah menjadikan bolasepak sebagai ugama yang mereka anuti. Mereka telah meletakkan bola sebagai Tuhan baru mereka.
Mabuk setiap hari adalah cara hidup mereka kerana minum arak setiap hari adalah seperti kita minum teh atau kopi setiap hari. Kebanyakkan mereka pemain bolasepak itu adalah dari golongan kelas pekerja yang ramainya dibesarkan oleh ibu tunggal. Kehidupan mereka yang dipanggil ibu tunggal ini ialah, mereka tiada suami kerana tidak berkahwin dan pasangan lelaki untuk mereka tiduri bagi memenuhi kehendak batin mereka akan datang silih berganti ikut siapa yang dapat.
Anak yang lahir dari sistem hidup begini, memang tidak tahu siapa ayahnya. Antara anak-anak inilah yang sebahagiannya adalah pemain bolasepak yang kita sanjung itu.
Memang anak itu tidak salah, tetapi sistem hidup yang menjadikan mereka lahir itu sangat dipandang rendah oleh orang kita, kalau di negara kita.
Mereka ini pula meneruskan cara hidup yang serupa. Dan berterusan begitu. Dan mereka yang 'hebat' ini terus menerus bertukar pasangan mengikut sesedap rasa.
Cara hidup mereka yang mabuk setiap hari itu, bertukar pasangan tidur setiap masa mengikut selera, anak tidak tahu siapa ayahnya, bolasepak adalah Tuhan baru mereka jika kita melihat dari kacamata mereka, ia tidak pernah di baca dan dipandang sebagai salah, rendah, jijik dan berdosa.
Media mereka dan media kita tidak menyebut perkara itu jijik, tetapi menceritakan hebatnya mereka, kayanya mereka. Kalau mereka bertukar pasangan, itu adalah perkara biasa sebagai seorang yang popular. Kalau mereka dijumpa oleh media kerana ditahan polis akibat mabuk memandu dan dikenakan tahanan mesti membuat kerja kebajikan menyapu sampah di tengah bandar, itu sebagai insiden yang makin mempopularkan mereka.
Jika mereka ada anak dan tidak tahu siapa bapa dan terdapat beberapa lelaki yang cuba menuntut supaya dia dikenali sebagai bapa sebenar anak itu, kisah itu hanya perkara normal untuk mereka.
Kerana berita dan penceritaan tentang cara hidup begitu tidak di burukkan, 'meminum arak' tidak digelar 'seperti minum air kencing', 'bertukar pasangan tidur' tidak di ceritakan 'sebagai jalang dan sundal' maka kita juga akhirnya menerima ia sebagai perkara biasa.
Kejahatan, kejijikan, punah ranah hidup mereka itu tidak tertonjol sebaliknya kemegahan dan kehebatan dan kekayaan yang timbul.
Maka amat perlu kita berterusan melihat mereka dan juga melihat kita, dari kaca mata kita.
Dan media kita mesti makin bersedia menonjolkan, mereka yang tidak tinggal sembahyang, tidak pernah menipu, hidup secara sederhana, hafaz Al Quran, dan hafaz puluhan atau ratusan hadith, adalah sebagai cara hidup yang sangat baik dan perlu diikuti. Mereka itu sungguh hebat, sungguh bersih, sungguh sempurna hidupnya. Agar setiap hari makin ramai dari kita bersedia untuk melihat alam sekitaran dari kaca mata kita sendiri.
Oleh kerana kita berada dalam kelompok negara yang masyarakatnya berfahaman kolektivis, maka setiap tindakan yang kita buat akan dipastikan bersesuaian dengan ahli kelompok kita. Ini sangat berbeza dengan individu yang berada dalam masyarakat dan negara individualis. Individunya tidak akan memikirkan orang lain, sebaliknya hanya mememikirkan diri sendiri sahaja.
Malah kita dari kelompok masyarakat Melayu Malaysia, Indonesia, Brunei, Selatan Thai dan Filipina ini, seperti yang telah disebut sebelum ini sentiasa akan memikirkan apa orang lain kata. Kita tidak akan bercakap yang menampakkan kita seperti berbangga, menunjuk pandai, menunjuk hebat, tahu segala-galanya.
Kerana kita tidak mahu orang kata kita bercakap besar, berlagak, sombong, membangga diri dan bongkak. Kalaupun kita sebenarnya sangat tahu, pandai, dan sememangnya mengetahui sesuatu perkara itu dengan baik.
Akibat dari itu, kita sering menyebut, 'saya bukan tahu sangat perkara ini' (sebenarnya dia sangat mengetahui hal tersebut), atau 'saya tidaklah pandai, cuma tahu sedikit-sedikit' (sebenarnya dia sangat pandai tentang perkara itu).
Atau jika kita hanya tahu serba sedikit sesuatu perkara, kita akan menyebut, 'saya tidak tahu buat perkara itu', atau 'saya tidak pandai hendak tulis nya' (sebenarnya dia boleh menulisnya).
Kita dari masyarakat kolektivis memandang ucapan-ucapan itu sebagai sangat tinggi nilainya, sangat beradap orang yang menuturkannya. Kerana kita sering bersandarkan peribahasa kita, ikut resam padi, makin tunduk, makin berisi, atau ibarat ular yang menyusur akar, tidak akan hilang bisanya.
Tetapi cara bercakap sebegitu, yang kita pandang tinggi nilai itu, akan dianggap oleh individu dari masyarakat individualis sebagai seorang yang tidak ada kepercayaan pada diri sendiri. Akan di ertikan sebagai semangnya tidak pandai dan tidak mengetahui.
Bagi mereka, bercakap yang tidak menunjukkan keyakinan adalah lambang kelemahan, tidak pandai, dan negetif. Mereka tidak memahami cara bercakap secara tidak terang-terangan, dan beralas-alas seperti kita. Mereka akan faham bila kita menyebut, 'tidak pandai', 'tidak tahu' sememangnya kita tidak pandai dan tidak tahu.
Jadi tanggapan mereka kepada kita sudah berbeza. Mereka melihat kita lemah, tidak reti dan tidak tahu.
Kita harus mengenali diri kita dan diri mereka. Lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di negara barat seperti Amerika Syarikat, atau United Kingdom atau Belanda, supaya mengenali kita dan mereka adalah berbeza.
Bagi yang sedang belajar, jangan sesekali kata 'saya tidak tahu nak buat', 'saya tak pandai nak tulis', 'minta maaflah saya buat tidak lengkaplah' kepada pensyarah orang putih (sebagaimana kita bercakap dengan orang melayu lain). Kerana mereka akan faham memang kita teruk betul. Mereka tidak reti bahasa 'beralas-alas' ini.
Frasa 'nanti apa orang lain kata' adalah terhasil dari pemikiran dan hati orang Melayu yang 'terlalu memikirkan orang lain atau pihak lain' dan perasaan pihak lain.
Sebelum dia membuat sesuatu keputusan untuk bertindak samada dari percakapan atau tindakan-tindakan lainnya, dia akan memikirkan apa akan dibuat oleh pihak lain itu hasil dari tindakan perbuatan dan percakapannya.
Dia memikirkan orang lain dahulu sebelum melakukan sesuatu tindakan. Dia megambil berat orang lain dahulu sebelum berbuat sesuatu. Dia tidak mahu orang lain dan pihak lain terjejas kerana tindakannya.
Perbuatan memikirkan orang lain dahulu itu adalah perbuatan yang baik untuk mengelakkan sebarang konflik dan perselisihan faham.
Konflik, perselisihan, percanggahan atau perkelahian terhasil bila tidak wujudnya persefahaman antara satu pihak dengan pihak yang lain. Ketidaksefahaman itu berlaku bila satu-satu keputusan yang diputuskan oleh satu pihak telah menjadikan dipihak yang lain berasa tidak senang atau marah.
Bila ini berlaku, maka ia dikatakan konflik dan perselisihan. Konflik adalah merugikan. Konflik menjadikan sesuatu kerja perlahan, tergendala dan terhenti.
Konflik menjejaskan produktiviti. Konflik menyebabkan kos meningkat. Maka konflik adalah masalah dan perlu dihindarkan.
Sehingga terlalu banyak teori-teori yang di dikemukakan supaya konflik boleh dihindarkan.
Rupa-rupanya, konflik yang menjadi beban dalam organisasi atau masyarakat, yang meningkatkan kos itu telah lebih awal di jauhkan dan dihindarkan oleh orang Melayu.
Rupanya orang Melayu tidak memerlukan teori baru untuk menghindarkan konflik. Orang Melayu telah dari awal mempunyai kaedah yang tersendiri dalam menangani konflik. Telah tertanam dalam diri orang Melayu kaedah-kaedah penghindaran konflik. Orang Melayu telah mempunyai infrastruktur untuk melaksanakan cara-cara penjauhan dan pembenterasan konflik, jauh lebih tinggi dan hebat kaedahnya berbanding dengan teori pengurusan penghindaran konflik dalam kaedah pengurusan orang-orang Barat.
Tetapi kene diingat, melaksanakan sesuatu kaedah memerlukan tatacara atau prosedur. Prosedur dalam melaksanakan penghindaran dari berlakunya konflik bagi masyarakat Melayu itu melibatkan faktor masa.
Yang di maksudkan faktor masa ialah, keputusan yang perlu dibuat oleh orang Melayu dalam sesuatu hal memerlukan sedikit masa.
Ini bermakna, orang Melayu akan mengambil masa untuk melaksanakan proses 'memikirkan' dan 'merasa' bagi memenuhi frasa 'nanti apa orang lain kata' sebagai prasyarat menghindarkan konflik.
Jika sesuatu keputusan itu perlu diputuskan, proses untuk memutuskan keputusan itu perlu di proses melalui kerangka 'nanti apa orang lain kata', sebelum keputusan di buat. Ini supaya keputusan yang dibuat itu tidak menyakitkan perasaan orang lain.
Jika keputusan itu memerlukan menjawab soalan, maka menjawab soalan itu perlu melalui kerangka 'nanti apa orang lain kata', sebelum menjawab soalan itu diberikan.
Jika keputusan itu memerlukan tindakan bertulis, maka tindakan bertulis itu perlu melalui kerangka 'nanti apa orang lain kata', sebelum keputusan bertulis itu di keluarkan.
Tetapi faktor mengambil masa itu telah dikritik oleh orang Melayu sangat menjadi pengkagum orang Barat sebagai tindakan yang perlahan/slow, lembab dan lemah. Tidak seperti keputusan yang dibuat oleh orang Barat yang segera dan cepat.
Maka dijaja disana sini kononnya kaedah orang Melayu itu sebagai negatif dan tidak elok. Dan kononnya tindakan yang segera dan cepat itu sangat baik dan bagus.
Tanpa mereka menyedari kaedah 'mengambil masa' itu telah tidak meningkatkan kos yang terhasil dari konflik. Kerana keputusan yang dibuat oleh orang Melayu ialah 'zero konflik'.

Tulip2007
'Nanti apa orang lain kata' rupanya perkara besar dalam hidup seharian orang Melayu. Dalam segala pergerakan hidupnya sehari harian ungkapan 'nanti apa orang lain kata' seperti menjadi kayu ukur yang membolehkan seseorang itu akan berbuat sesuatu atau tidak.
Samada ia ingin bercakap, menulis, melukis, berpakaian, membeli kereta motor kenderaan, membeli peralatan rumah, hendak menyimpan misai, janggut atau bertudung atau berskaf, tidak bersikat, berkasut kulit atau kasut sukan, naik bas atau bermotorsikal, hanya berkereta kancil atau mesti berkereta besar, semua tindakannya amat mudah difikirannya memikirkan 'nanti apa orang lain kata'.
Inilah ungkapan perkataan yang sangat besar dalam diri saya, awak, awak dan awak juga. Kalau bukan awak, tapi kawan sebelah awak itu. Tanyalah dia, kalau tak percaya.
Ungkapan 'nanti apa orang lain kata' itu rupanya juga telah menjadikan kita tidak merdeka, kita jadi penakut, kalau tidak penakutpun jadi tidak berani, kita jadi terikat, kita tidak bebas untuk membuat sesuatu, semata-mata 'eh nanti apa orang lain kata'.
Antara kesan besarnya ialah banyak kebaikan yang boleh dibuat dan dimanfaatkan oleh orang lain tetapi tidak diberitahu, tidak tercerita semata-mata tidak berani, kerana 'eh nanti apa orang lain kata'.
Ini terhasil kerana sifat perasaan hypersensitive yang ada dalam jiwa orang Melayu yang sentiasa memikirkan perasaan orang lain. Dia sangat memikirkan orang lain lebih dari dirinya. Dia memikirkan apa orang lain akan fikir, buat dan bertindak terhadap dirinya hasil dari tindakannya itu nanti.
Ciri-ciri ini juga terhasil dari sifat kekitaan, 'orientasi kekitaan (we)' yang bila bercakap dengan orang lain, baik berdua orang atau lebih, dengan mudah menggunakan ganti nama 'kita' dan tidak 'saya', 'aku', 'I'. Dan kita bukan dalam kelompok masyarakat yang ber'orientasi aku (I)', 'saya'.
Terlalu mudah dalam perbualan dan pertuturan menggunkan perkataan 'kita', dengan anggapan orang lain itu adalah sebahagian dari dirinya.
Memang tidak salah untuk menggunakan ganti nama 'kita', sebab orang kita memang telah menerima ungkapan 'kita' adalah juga dirinya.
Hal 'saya'/'aku' atau 'kita' adalah hal yang lain, tetapi yang besar terhasil dari situ ialah 'nanti apa orang lain kata'.
Jika saya, awak, awak dan dia hendak berubah dan jadi berani, lupakanlah cerita 'nanti apa orang lain kata'
Cuba, kita cuba.
aj,
memang kawan tahu awak memang reti menulisnya awak memang reti menyampaikan detik-detik masa awak berjumpa dengan kawan awak itu, sebab itu orang lain kata ianya menyentuh perasaan, menyentuh hati, kalaupun awak buang ayat-ayat pertama dan ayat-ayat terakhir yang mengaborkan kawan awak dah tak ada itupun, kawan tahu ianya masih jadi tulisan yang kuat untuk menyentuh perasaan.
Aj, orang kita, bangsa kita, adalah bangsa yang perasaannya hypersensitive. Tak boleh langsung membaca tulisan, mendengar cakap, mendengar kata-kata atau lagupun yang boleh mengusik perasaan. Perasaan dia mudah terguris, hiba, merajuk, masam, suka, marah dan macam-macam lagi.
Sebab itu kawan tahu awak ramai peminat, sebab awak reti mencuit perasaan, tulisan awak boleh membawa orang yang membaca rasa sedih, hiba, marah, ketawa kalau tidakpun tersengeh.
Biarlah orang lain nak kata apa dengan apa yang kawan sebut ni, sebab satu benda lagi yang bangsa kita sibuk, atau risau sangat ialah takut 'orang lain kata apa'. Sudahnya habis semua benda duduk fikir 'apa orang lain akan kata' dan jadi tak berani nak buat dan cakap.Dan kawan juga tahu awak ada keberanian itu.
Dan kawan tahu awak dan kawan-kawan lain juga tahu kita jenis payah nak memuji orang, kalau bercakap pun tak reti nak memuji, kalau menulispun tak reti nak memuji.
Habis kuatpun kalau masa di sekolah dulu, kalau keputusan periksa dah dapat baikpun, cikgu hanya tulis, 'Baik', atau 'memuaskan' dan kalau tak berapa baik, dia tulis 'usaha lagi'. Itulah beberapa patah perkataan yang cikgu tulis.
Kawan rasa kalau di tempat awak tu, tempat orang putih, berjela-jela dia menulisnya yang 'awak sangat pandai, sangat kuat usaha, sangat luas pandangan dan boleh menampilkan bakat yang luar biasa dan boleh membantu rakan-rakan lain untuk berjaya, seorang yang kelakar dan tegas' dan macam-macam lagi yang cikgu orang putih itu tulis untuk menerangkan yang keputusan periksa awak itu baik.
Jadi kawan sekadar nak memaklumkan saja dalam keterangan yang agak panjang di tempat awak ini, kekuatan yang awak ada. Itu saja yang kawan nak sebut.
Al Fatihah dari cerita awak itu.
uipts.
dengan beberapa hambatan yang ada, aku tidak mampu mencoret seperti dulu lagi. Walaupun sering rasa bermacam-macam perkara yang mahu di turunkan, dikeluarkan dari dalam kepala.
aku gembira kawan2 yang masih mampu bertahan untuk terus mencatit segala detik perjalanan waktu yang tentunya adalah rakaman masa, rakaman perjalanan umat kita, rakaman sekelompok generasi yang melihat perlu pentingnya catatan waktu itu disebut, dinyatakan.
Biar catatan waktu itu adalah catatan umat kita dan bangsa kita.
Sedang aku masih berada di kalangan bangsa eropah dan inggeris, jika mahu dibandingkan dengan segala macam bahan yang terbit dari tulisan2 mereka, memang mereka jauh lebih banyak.
Tetapi kitapun banyak. Dan kitalah yang harus mendukung untuk menyuburkan seberapa banyak bahan dalam bahasa kita untuk boleh dibaca oleh bangsa kita.
Kita kene menyakinkan bangsa kita, kita tidak perlu kagum dengan bangsa eropah lain, dengan bahasa mereka, kerana bangsa kita, bahasa kita juga mampu untuk disuburkan.
Penerbitan dalam bahasa kitapun juga hebat. Kita tidak perlu rasa rendah diri. Seolah bila kita menulis dalam bahasa kita, bahan tersebut menjadi bahan dan tulisan kelas dua. Bila menulis dalam bahasa inggeris atau bahan tulisan dalam bahasa inggeris ia kononnya tulisan kelas satu.
Itu semua tidak betul.
Itu hanya lahir dari rasa jiwa hamba bangsa kita.
Itu lahir dari rasa kerdilnya kita dan sikap-sikap tidak berani, malu melampau, sengaja meletakkan diri dan bangsa dalam kelas rendah, dan disamping segolongan elit dari bangsa kita yang tidak sedar diri dan cuba menindas kaum mereka sendiri yang berada dikampung.
Kitalah yang harus terus menerus menyemarakkan api kekuatan semangat bangsa kita untuk yakin dengan keupayaan kita. Keyakinan bahasa kita mampu untuk berada dimana-mana, digunakan dimana-mana dan untuk kegunaan dalam kelas setinggi manapun.
Loppies,
aku tahu catitan engkau sangat kuat untuk menimbulkan detik-detik peristiwa perjalanan kelas menengah bangsa kita. Sepanjang yang aku kenal tulisan engkau, engkau tidak melatarkan tulisan engkau dari kelas atasan bangsawan yang lupa sejarah bangsa mereka.
aku tahu watak-watak seperti Busu Manap, Mak Som, Kulub Hussien adalah contoh watak-watak bangsa melayu kita yang sangat mengakar dikampung2 dan sangat tinggi nilai2 ketimuran kita.
Tetapi tidak kurang dari sekelompok dari bangsa kita yang cuba memandang Busu Manap, Mak Som dan Kulub HUssien yang mempunyai ketinggian budi pekerti itu adalah kelas kedua dari bangsa kita. Mereka sengaja menjaja dan menonjolkan watak Erra, Natasha dan Sam adalah kelompok kelas satu yang berlatarkan bangsar, damansara dan klcc.
Tetapi jajaan mereka dan penonjolan mereka terus-terusan dalam media akhirnya mengabui pandangan umum bahawa latar Busu Manap, Mak Som dan Kulub Hussien adalah latar kelas kedua yang ketinggalan, rendah dan tidak bernilai dan kononnya latar Erra, Natasha, Sam, bangsar dan damansara adalah kelas atas dan mesti tinggi.
Kita harus terus melawan konsep ini dan kita mesti mempamirkan kekuatan, kemulian dan kemurnian latar2 melayu sebenar dan mempamerkan kepura-puraan latar mereka.
Kita mesti berani dan tidak malu untuk terus dengan identiti dan latar kita.
dari salam loppiess
Saya rajin bercerita pada kawan2 yang baru nak belajar. Atau juga pada yang belum terfikir untuk menyambung belajar lagi sedang usia mereka baru 20 tahun.
Saya katakan pada mereka, letakkanlah angan-angan untuk terus belajar sampai ke peringat yang setinggi mana dan lupakanlah 'pegangan' dan 'sikap' orang budak-budak Melayu kita yang sering menyebut, ' saya nak cari pengalaman dulu'.
Tak payah.
Terus aja. Bila dah habis ijazah pertama, terus sambung MA atau MSc dan lepas itu cari peluang untuk buat PhD.
Atau cara lainnya. Lepas BSc, cari universiti yang membolehkan buat MPhil dan di akhir tahun satu MPhil itu bila dah buat report dan besar kemungkinan terus boleh dinaikkan taraf untuk sambung PhD di tahun ke 2 dan jika laju, boleh tamat pada tahun ke 3.
Jadi boleh dapat PhD dalam 3 tahun selepas tamat BSc.
Budak2 yang pandai dan tekun boleh menggunakan cara ini.
Cara ini mesti didedahkan kepada budak-budak kita yang kita dah lihat ada potensi untuk buat cara ini. Mereka dalam tempoh 3 tahun selepas BSc dah boleh dapat PhD.
Dengan ada PhD pada umur 25 tahun, atau paling kurang, ketika berumur kurang dari 30 tahun, dalam tempoh sepuluh tahun berikutnya, kita boleh tengok ke mana mereka ini boleh pergi.
Cubalah.
Jangan ikutlah cara mereka yang dah beranak pinak belajar.
Perit. Tak tahu berapa kali air mata berlinang.
Apakah perlu saya akan kembali semula ke sini?
terima kasih danchan.
apakah ada cara untuk membuang segala pop-up yang duduk bergayut di sini, saya tidak tahu. mungkin jika ada yang boleh menyarankan apa yang harus dibuat.
atau paling mudah, pindah saja ke tempat lain. nak angkut barang tu yang lambat.
---------------------------------------------- Fairuz:BebtobEsmak ---------------------------------------------
Seorang rakan, dulunya sungguh terkenal diseluruh negara dengan pelbagai tulisannya dalam pelbagai media. Saya kagum dengan keupayaan rakan ini untuk memenuhi pelbagai tanggungjawab sampingannya iaitu sebagai editor disebuah majalah, kolumnis bulanan di majalah yang lain dan kolumnis di sebuah akhbar harian nasional.
Malah beliau juga ketika mula bekerja2 peruntukkan sebahagian dari gajinya untuk semata2 membeli buku2 popular baru dan berjaya membaca lebih 5 buah buku dalam sebulan.
Antara peristiwa yang menarik juga ialah, sebelum beliau mendapat tempat sebagai kolumnis mingguan diakhbar harian itu, beliau sangat aktif menulis dan menghantar banyak ulasan,pendapat, rencananya ke akhbar tersebut sehinggakan pada satu ketika editor akhbar itu telah tersalah meletakkan gelaran Dr kepada rakan saya ini, sedangkan beliau pada ketika itu baru di tahun akhir pengajian di peringkat ijazah pertama.
Saya masih ingat rencana itu dikeluarkan pada keluaran hari Ahad, kerana akhbar nasional sering memuatkan banyak rencana2 untuk edisi hari minggu.
Ketika saya bertemunya waktu itu, saya bertanya, hai dah dapat Dr nampak?
'Itulah mereka boleh tersilap', kata rakan saya ini.
Apa yang berlaku pada saya berkemungkinan editor bertugas untuk ketika itu belum mengenalinya dan editor yang mengenalinya mungkin bercuti hari itu.
Keduanya kerana beliau begitu sering menulis dan tulisan2nya sering membawa isu2 besar maka pada tanggapan mereka tentu penulis ini adalah seorang yang berkelulusan seperti itu.
Tetapi setelah 'doa' akhbar itu 20 tahun yang lalu, dimakbulkan, dan setelah 10 tahun yang lalu beliau berjaya menamatkan pengajiannya dan kini telah bergelar profesor penuh, rupanya beliau seperti tidak bersedia lagi untuk membuat sebarang ulasan2 semasa, sebaliknya hanya menjurus kepada penulisan dalam penyelidikannya sahaja.
Di satu segi saya masih dahagakan tulisan2nya di dada-dada akhbar hari ini.
Keseronokan saya membaca pelbagai pandangan kolumnis2 terkenal tanahair suatu ketika dulu, kini tinggal kenangan.
Dan saya juga sering terimbau dengan suara Jamaludin Alias untuk acara senaman dalam Radio1 disubuh hari, selepas irama2 padang pasir ketika itu, dengan katanya, 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8.
2, 2, 3, 4, 5, 6, 7, berhenti', sambil saya bersiap untuk ke sekolah, sedang api pelita masih hidup.
Apakah memaklumkan tentang masalah mempamerkan sikap tidak redha dengan ujian? Atau memaklumkan tentang gembira menunjukkan sikap kebongkakan?
Tidak.
Saya cuba untuk lari dari kedua-dua jalur itu, dan mohon dijauhkan.
Namun semua itu kembali kepada nawaitu sipembuat. Orang yang sangat tawadhu' dan memilih jalan untuk kelihatan sehingga seperti 'compang camping' bagai orang miskin semata-mata tidak mahu riak takabur dengan kebendaan dunia, akan hanya sia-sia, jika masih mahu disebut orang, berbangga dengan kemiskinan dan tawadhu'nya dan keserdahanaannya.
Begitu juga memilih berada paling kanan sekali dengan segala bentuk kebendaan yang dimiliki untuk disebut dan di gelar orang dan dikenali, juga menjurus kepada kemurkaan Tuhan.
Biarlah kita memilih untuk membersihkan niat masing2 dan sangkaan yang baik.
Saya masih percaya kepada perlunya merekodkan, mencatat, menulis apa saja. Kerana bangsa kita telah meninggalkan kerja baik ini setelah orang alim, berilmu dan tuan2 guru dahulu telah menunjukkan contohnya yang sangat jelas.
Lihat saja tokoh2 orang 'alim dahulu yang telah menunjukkan contoh dengan menulis segala macam ilmu dalam pelbagai buku dan kitab sehingga pelbagai jilid banyakknya.
Dengan meninggalkan contoh baik ini dan menenggelamkan peranan dan contoh tauladan mereka, dengan mudah kita menerima sahaja, kita bangsa yang tidak reti, tinggal kebelakang, malas, kita tidak ada apa dan dengan segala macam nilai negatif.
Akhirnya kita menerima sahaja tohmahan2 tersebut. Sedangkan nilai dan kekuatan kita ada dan contoh sejarah kita ada. Kita perlukan suntikan baru. Tulis dan catatlah apa saja, ia adalah latihan awal proses suntikan itu.
terima kasih drroza atas simpati dan doa; KeneKeLayan? saya gembira anda menyatakan situasi belajar anda. saya ketawa bila ishamR menyebut dalam 'Budi dan Bahasa' nya 'Kita wajib dapat membezakan yang mana hutan dan yang mana kayu'.
---------------------------------------------- El Suraya:Hidup Bagai Lampu Dinding ----------------------------------------------
Tidak ada perbezaan darjat, atau kelas atau kelompok. Pangkat seharusnya tidak membezakan darjat. Kedudukan sepatutnya tidak membezakan darjat. Kelulusan sepatutnya tidak membezakan darjat. Harta sepatutnya tidak membezakan darjat.
Kita patut menghapuskan darjat, kasta dan kelas. Kita adalah sama disisi Tuhan dan kita mesti perjuangkan persamaan itu.
Yang membezakan kita ialah jumlah markah yang kita kutip untuk berdepan dengan Tuhan Rabul A'lamin.
Tetapi kita mesti menggalakan orang untuk cari ilmu, cari pengetahuan, baiki tahap hidup dan pencarian supaya ruang untuk buat kerja baik lagi luas terbentang, lagi dipermudahkan.
Supaya membolehkan kita membanyakkan ruang untuk menyediakan 3 laluan yang markah pahala kita sentiasa dicatit sampai hari kiamat;
ilmu yang manfaat yang boleh digunakan oleh orang lain, harta yang dibelanjakan untuk kegiatan kerja baik berjaya membina anak yang taat pada Tuhannya dan sentiasa mendoakan kita ibu bapanya
Tidak kurang dari mereka yang sedang belajar peringkat PhD dan telah bekeluarga dan mempunyai anak2 yang menyebut, 'kalaulah boleh diputarkan jam balik semula, memang tidak akan pilih untuk buat PhD'.
Kata-kata sebegini saya dengar dari lebih dari seorang. Kata-kata itu tidaklah terkeluar terus dari mulut mereka. Ia biasanya terkeluar setelah berborak beberapa lama sedikit terutama bila mengingatkan saat-saat perit yang sedang di lalui.
Tetapi saya belum dengar ucapan begitu dari mereka yang masih bujang. Tentu sekali laluan yang dilalui oleh orang bujang dan mereka yang sudah berkeluarga berlainan.
Tetapi kata-kata seperti itu mungkin telah bertukar, bila kawan kita ini telah boleh hantar tesisnya dan menunggu bila hendak viva (peperiksaan lisan, seperti diinterview oleh dua orang pemeriksa).
Atau bila kawan kita itu telah berjaya dan mendapat kelulusan PhDnya.
Tetapi ungkapan 'untuk memutar balik jam ke belakang itu' mungkin tidak memberi apa2 makna bagi mereka yang belum menempuhnya.
Pengalaman perit itu jarang sangat diceritakan secara detail sedetail penceritaan dalam sebuah cerpen atau novel. Jika ada rakan yang boleh menulis novel ataupun cerpen, dan sedang atau pernah membuat PhD dan mempunyai pengalaman perit, tolonglah buat cerpen atau novel.
Supaya orang kemudian yang belum dapat mengambarkannya paling kurang dapat menjangka bagaimana detik2 yang akan dilalui.
Memanglah tiap orang akan melalui proses dan pengalaman yang berbeza, tetapi sebelum kita buat, kita seperti tidak ada gambaran yang menyakitkan itu.
Saya tidak berhasrat untuk mematikan semangat orang yang sedang buat dan akan buat. Saya sangat suka dan positif kita orang Melayu perlu ramai sambung pengajian ke peringkat PhD.
Cuma saya gembira kalau sebelum kita melalui proses itu, paling kurang kita telah ada gambaran2 saat2 sukar.
Gambaran yang ada biasanya adalah gambaran yang seronok, indah, gembira, tidak ada masalah dan kerana diwarnai oleh kelulusan PhD itu seolah2nya adalah segala-galanya.
Malah dengan kelulusan itu masyarakat memandang sebagai orang yang pandai dan seperti tahu semua benda, sangat tinggi kedudukannya dan kalau bercakap, cakapnya seperti betul semua atau mesti betul.
Pengiktirafan dan pujian itu telah memadamkan atau mengelabui laluan payah dan perit itu.
Dan kerana tidak adanya catitan terperinci kesusahan laluan tersebut.
Siapa yang reti tulis novel, tolonglah tulis.
Kalau tanya saya kenapa tak tulis,
'kami tinggal mampu menulis dengan air mata'
Langkah yang diambil oleh Jabatan Sains Komputer University of Sheffield meletakkan beberapa e-tesis PhD naskah penuh dalam format pdf di laman web mereka adalah antara tindakan ke depan yang wajar di lihat dengan positif.
Tindakan tersebut menunjukkan kesediaan pihak jabatan itu untuk mendahului mana-mana jabatan lain khususnya dalam konteks universiti-universiti di United Kingdom dalam memasarkan dan mempromosikan hasil penyelidikan mereka.
Walaupun darjah kesediaan dan keterbukaan itu agak jauh berbanding dengan kesediaan dan keterbukaan jabatan-jabatan dari universiti2 di negara eropah lain seperti;
School for Operations Management & Logistics, Technische universiteit Eindhoven, The Netherlands
Royal Institute of Technology in Stockholm, Sweden
PhD theses -University Groningen, The Netherlands
ERIM Ph.D. Series Research in Management, Erasmus University Rotterdam, The Netherlands
Mansholt Graduate School of Social Sciences,Wageningen University, The Netherlands
sekadar menyebut beberapa contoh. Tetapi ia adalah usaha yang positif bagi sebuah jabatan di universiti di United Kingdom yang terkenal dengan nilai konsevatifnya.
Dalam era penggunaan internet yang makin meluas kini, mendapatkan maklumat menggunakan kaedah lama seperti membuat pinjaman antara perpustakaan dari mana-mana institusi makin mula berkurangan apabila semua maklumat makin banyak disediakan dalam bentuk e-format.
Syarikat-syarikat yang menjual perkhidmatan membekalkan segala bentuk naskah-naskah kertas penyelidikan dari ribuan jurnal seperti, proquest, sciencedirect, emeraldinsight dari hari ke hari makin menambahkan jumlah pengkalan data mereka.
Pengguna2 pengkalan data ini terutamanya para penyelidik, pelajar2 sarjana dan doktor falsafah makin selesa menggunakan perkhidmatan tersebut yang telah dilanggani oleh institusi pengajian mereka.
Dalam hal ini, universiti yang cepat ke depan untuk terbuka dan bersedia menawarkan perkhidmatan seperti e-tesis ini, akan lebih cepat dikenali dan menjadi rujukan utama.
Di satu segi yang lain perkhidamtan ini dapat disorot dari aspek kesediaan dan keterbukaan untuk berkongsi ilmu dan maklumat.
Ini disebut oleh Boer (2005) dalam tesisnya berhubung dengan nilai-nilai kebersamaan, pengiktirafan, penglibatan dan kesetiaan serta perkembangan kepakaran yang menyebabkan kesediaan seseorang/organisasi untuk berkongsi ilmu dan maklumat hingga melepasi hanya semata-mata faktor ekonomi, 'berkongsi hanya mengharapkan pulangan'.
Disamping itu ini merupakan simbol pengiktirafan yang dibuat oleh jabatan tersebut terhadap kerja penyelidikan yang dilakukan oleh para pelajar PhDnya.
Berbanding dengan sesetengah jabatan langsung tidak bersedia untuk menyiarkan senarai nama pelajar-pelajar PhDnya seakan-akan pelajar2 ini tidak membawa sebarang sumbangan untuk mewajarkan nama dan kerja mereka ada di laman web jabatan berkenaan.
Dengan langkah yang telah dilakukan oleh Jabatan Sains Komputer, Universiti of Sheffield ini menjadikan kita boleh bertemu dengan e-tesis PhD yang dihasilkan oleh Dr Sharifah, seorang isteri dan ibu kepada 6 anak, pensyarah dari Malaysia dan telah berjaya menerbitkan 8 penerbitan dari penyelidikannya itu.
Tahniah Dr Sharifah.
Kakitangan awam akan dapat dua bulan gaji atau paling kurang sebulan gaji?
Eh boleh rupanya bayar bonus dalam keadaan dikatakan kerajaan dah tidak ada duit.
Pada hemat saya, memberi bonus itu bagus sebagai insentif dan pemberi semangat pada kakitangan awam.
Cuma kalau cadangan kesatuan sekerja agar kakitangan awam mendapat gaji mengikut minggu maka tentu sekali kakitangan awam mendapat 52 minggu yang sama dengan 13 bulan.
Menafikan pembayaran mengikut minggu dan mengekalkan cara dibayar ikut bulan selama 12 bulan setahun itupun sudah menjimatkan belanja. Jadi membayar banus sebulan tidak ada bezanya dengan mendapat gaji atas 52 minggu.
Kakitangan awam yang tidak berapa sedar akan terasa sangat seronoknya dan berterima kasihnya. Sedangkan ia hanyalah dipusingkan disitu juga.
Hak untuk dibayar gaji ikut minggu itu patut terus di perjuangkan, supaya kakitangan awam tetap merasa bahagian mereka.
Ramai menganggur?
Jangan salahkan budak-budak, pelajar2 universiti, atau salahkan universiti sebab kursus tidak bagus.
Mengapa tidak salahkan kegiatan ekonomi yang lembab. Pengurusan ekonomi yang tidak bagus menjadikan kurangnya aktiviti ekonomi syarikat2 sedia ada.
Bila syarikat kurang dapat kerja baru, permintaan untuk keluarkan barangan baru sedikit,projek baru makin kurang, jualan barang makin sedikit, bagaimana syarikat mahu menambah mengambil kakitangan dan pekerja baru.
Buang pekerja lagi ada.
Bila sektor pembinaan lembab, sektor perkilangan lembab, sektor komunikasi lembab, barangan syarikat2 tempatan makin sedikit dapat dieksport dan terjual, bagaimana syarikat mahu terus besar dan berkembang. Bagaimana mahu ambil pekerja baru.
Cuba ekonomi aktif, order barangan kilang melambak2, syarikat kene tingkatkan pengeluaran, pembinaan bangunan2 baru banyak, permintaan terhadap eksport meningkat-ningkat, masa itu bermacam2 pekerjaan ditawarkan.
Di masa itu gaji awalpun meningkat. Tak sibukpun universiti salah tawar kursus, budak tidak pandai komunikasi.
Yang dasar bahasa kita yang tidak tegas membenarkan pihak industri sesuka hati meletakkan syarat sendiri, budak2 pula yang disalahkan.
Cuba dasar bahasa industri kita guna bahasa sendiri, seperti Perancis, Jerman, Jepun, Korea, Indonesia kan tidak timbul soal pelajar tidak pandai komunikasi. Cuba tanya sesiapa yang berada di Jepun, Korea, Jerman, Perancis, Austria, Russia apa ada masalah komunikasi ker lulusan dinegara2 itu?
Kerana anak-anak bangsa mereka menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri di universiti mereka sendiri, kerana mereka lebih cerdik untuk menggunakan bahasa mereka sendiri di universiti2 mereka untuk rakyat mereka dan tidak menyusahkan rakyat mereka untuk belajar bahasa ke dua semata-mata untuk belajar di universiti di negara sendiri.
Adakah mereka jadi tidak maju kerana munggunakan bahasa pengantar bahasa ibunda sendiri di sekolah dan universiti sendiri? Malah banyak dari negara2 itu jauh lebih maju lagi.
Kenapa biarkan bahasa Mandrin boleh laku dalam industri untuk membolehkan mereka yang tamat dari Taiwan boleh bekerja tanpa ada masalah.
Cukuplah untuk menyalahkan bangsa sendiri . Cukuplah menyalahkan orang kampung yang tak reti, tapi kita tagih undinya tiap 5 tahun sekali. Cukuplah!
Pertemuan di London minggu lalu memberikan beberapa tanggapan. Dari 172 kertas yang dibentangkan, hanya 5 kertas dari orang Melayu Malaysia dan 2 dari Indonesia. Kesemua mereka itu masih berada di luar negara dan masih dalam proses penyelidikan.
Tidak kurang bilangan peserta dari negara2 Arab, Hong Kong dan Singapure di samping beberapa negara Asia lain seperti India dan Sri Langka.
Yang menjadi tanda tanya kenapa rakan-rakan bangsa Melayu yang telah menamatkan penyelidikan dengan jayanya tidak lagi mahu ikut serta ke pertemuan2 begini?
Tidak dapat dinafikan yuran penyertaannya agak tinggi jika di nilai dalam ringgit. Tetapi sepatutnya institusi dimana mereka bertugas masih boleh mengeluarkan peruntukan untuk memasarkan para pakar mereka ke peringkat eropah.
Di satu segi, institusi2 di negara kita sangat berkehendakkan pengiktirafan peringkat antrabangsa. Malah hampir semuanya seperti menggariskan matlamat dan cuba meletakkan diri di peringkat dunia.
Jika persoalan kenapa kurang atau tiadanya wakil dari institusi di tanahair turut serta ke persidangan seperti itu di asaskan kepada sukarnya mendapat peruntukan, maka cita-cita dan hasrat untuk meletakkan institusi di peringkat dunia itu seperti bercanggah dengan amalan yang dilakukan.
Percanggahan itu seolahnya, kita mahukan dikenali ramai, tetapi kita tidak sanggup mengeluarkan belanja untuk meletakkan wakil2 kita di tempat-tempat yang membolehkan mereka dikenali ramai.
Jika institusi beralasan bukan itu sebabnya. Dan semuanya atas kesediaan individu masing2, maka yang ditimbulkan persoalan ialah, kenapa individu2 ini, makin tidak produktif, sedangkan ketika mereka dalam proses penyelidikan dahulu sangat berwibawa dan mampu menghasilkan pelbagai kertas penyelidikan.
Tentu budaya kerja yang mereka alami sekarang yang menjadi halangan.
Dan institusi sepatutnya memberi ruang yang besar yang menggalakakan terus mereka berkarya untuk dapat meletakkan institusi mereka di tempat yang dihasratkan.
Budaya dan persekitaran kerja itu yang harus berubah supaya mereka kembali meneruskan pengalaman yang telah mereka perolehi dahulu. Agar ianya tidak terbantut dan kembali kepada lingkaran persaingan tempat, kedudukan dan jawatan.
Lantas meninggalkan keupayaan dan pengalaman yang pernah mereka ada untuk berjaya meletakkan nama institusi di persada antarabangsa, jika itu yang diinginkan.
Kita kene berubah.
Dalam konteks masyarakat Melayu faktor umur atau usia sering mewujudkan jurang pemisah atau perbezaan kelas atau kelompok. Perbezaan kelas, kelompok, geng itu menjadikan percakapan, perbincangan atau berkawan dalam kerangka tersebut.
Kita sering akan berborak, bercakap, berkawan dalam kerangka kelompok kita . Dalam kelompok sebaya umur.
Atau dalam pecahan yang lain seperti kelompok bujang dan kelompok yang telah bekerluarga.
Dalam konteks orang lelaki pada hemat saya pengkelasan kelompok umur ini tidaklah begitu ketara sebagaimana orang perempuan.
Orang lelaki pada pengamatan saya masih boleh berborak untuk menyapa dengan panggilan nama sahaja walaupun perbezaan umur mereka agak jauh. Mereka masih selesa untuk berkawan, bergaul tanpa meletakkan gelaran panggilan abang adik semata-mata perbezaan umur lima tahun.
Tetapi berdasarkan pengamatan saya, ia tidak begitu di kalangan orang perempuan. Mereka kelihatan sangat teliti untuk mewujudkan perbezaan umur itu. Malah sehingga wujud mereka yang lahir pada bulan Januari pada tahun yang sama dipanggil panggilan kakak oleh yang lahir pada bulan disember.
Dalam era komunikasi email internet egroup sekarang ini faktor fizikal tidak lagi menjadi elemen utama yang menghubungkan komunikasi antara seseorang.
Komunikasi hanya terbatas pada tulisan atau suara. Berborak, berbincang lebih tertumpu kepada apa yang diborakkan dan dibincangkan tanpa menghiraukan umur orang yang berkomunikasi itu.
Tetapi bila pihak yang berkomunikasi tadi mula menyedari faktor umur, maka komunikasi jadi berbeza dan norma2 perbezaan kelas, kelompok tadi mula mengikat.
Maka panggilan2 kakak, abang, pakcik, makcik, adik mula keluar dan kebebasan untuk mengeluarkan pandangan, cadangan, kritikan, marah, puji mula terikat dengan norma2 yang mengikut dengan faktor usia tersebut.
Akibatnya cadangan yang baik, saranan yang baik, kritikan yang baik, marah yang membina sering terhalang dan kalau sampaipun sering berkias2, berbelit2 tidak jelas sehingga tidak difahami semata-mata kuatnya ikatan usia yang memberikan jurang perbezaan tersebut.
Adakah ini faktor penghalang kemajuan orang Melayu, kerana elemen orang muda tidak akan boleh ke depan selagi ada orang tua?
Terlalu banyak perkara yang boleh dikongsikan antara sesama kita yang mendapat peluang untuk berada di pelbagai negara.
Perkongsian tersebut boleh sahaja dari aspek pengajian dan pembelajaran, jika kita adalah pelajar. Memberitahu maklumat yang kita ada kepada rakan di negara sendiri atau dinegara lain adalah kerja baik.
Itu sepatutnya kita amalkan.
Begitu juga jika pengalaman,peristiwa dan aktiviti yang ada dinegara yang kita diami sekarang yang boleh ditiru, dicuba buat di tempat kita, jika ianya baik.
Itu adalah antara kerja dan tanggungjawab yang sangat perlu kita lakukan, merupakan sumbangan kita pada negara tanahair yang kita cintai.
Atau memaklumkan benda buruk yang telah dilalui oleh negara lain, supaya kita dinegara sendiri tidak akan menirunya pula.
Rakan2 dari Jepun, Amerika, UK, China, Jerman, Mesir, Singapura, Indonesia, Brunei dan lain-lain negara yang menjenguk ke sini, terima kasih kerana ke mari.
Banyak perkara yang kita boleh kongsikan;untuk kita dan mereka yang lain.
Majalah Camping berharga £3.10 senaskah, hanya £1.00 untuk keluaran dahulu. Dari 86 muka surat, 42 darinya adalah muka surat iklan.
Iklannya dari lebih 70 buah syarikat dari barangan untuk camping hinggakan iklan majalah penulis.
Jauh sungguh hubungkaitnya, tetapi itulah rangkaian iklan dan pemasaran.
Bolehkah budaya camping berkembang di tempat kita dan industri hilirannya yang banyak boleh menjanjikan pelbagai peluang bisnes.
Sudah adakah majalah camping tempatan?
Jika belum, bolehkah ia diceburi? Saya tidak tahu mendalam realiti industri penerbitan tempatan. Cuma yang saya sedar, hanya majalah wanita dan hiburan (dunia artis) sahaja yang lumayan.
Yang lain difahamkan sukar.
Kerana sebarang penerbitan sangat bergantung pada iklan.
Jika dilihat kepada pengiklan2 dalam majalah Camping di sini, tentu sekali kita juga boleh mengajak pelbagai pengusaha untuk mengiklankan barangan dan servis mereka.
Bakal-bakal pengiklan seperti, pengusaha2 chalet, khidmat bot memancing laut dan sungai,baranagn dan alatan pancing, iklan tambang istimewa, jadual feri bot ke pulau tioman,langkawi, pangkor lain2 pulau,serta kawasan2 tasik, pusat latihan lasak, pusat mendaki bukit dan gunung, iklan beg, kasut, pakaian hujan, dan bot barangan dan alatan pancing.
Dan jangan lupa iklan majalah geng jurnal dan panduan menjadi penulis serta kursus2 penulisan.
Saya sempat ke Cambridge pergi ke jualan borong buku-buku umum dan akademik baru-baru ini.
Semua buku umumnya berharga £1 dan buku akademik £2. Gembira berjumpa jualan murah begini untuk kita dapat mengumpulkan koleksi buku-buku kesukaan yang boleh didapati.
Terdapat juga buku yang pada asalnya kita ingin cari tetapi tiada dijual disitu dan bertemu buku yang tidak dicari tetapi sangat bermakna.
Antara yang saya dapat ialah buku Children's Writers' & Artists' Yearbook 2005, terbitan A & C Black, London, 2004. Yang menyebut di muka depannya , a new essential resource for writers and artists wanting to enter the highly competitive world of children's publishing.
Yang menariknya juga ialah bertemu dengan pelbagai kenyataan pengalaman dari penulis2 besar buku kanak-kanak yang masing-masing telah lumayan dengan hasil karya buku-buku dan ilustrasi dalam penerbitan untuk kanak-kanak.
Antaranya seperti Michael Morpurgo yang telah menulis lebih dari 100 buku kanak2. Antara buku-bukunya seperti The Butterfly Lion, The Wreck of the Zanzibar dan Why the Whales Came, yang mana telah difilemkan.
Kata Micheal Morpurgo, I've been very lucky. Whilst many struggle to publish their first book, I sent off my first short story and joy of joys, a publisher said they liked it! They even said they wanted four more.
Malah katanya lagi, My stories come about organically, from the world I see and have seen around me, from people I meet, places I go, feelings I have. I record. I try each day to write a few lines about some event of the day....
Kita yang telah terjun ke dunia blog sekarang ini patut menuruskan kerja baik ini. Menulis seadanya dan merakamkan segala detik2 yang boleh kita rakamkan.
Usaha yang telah dibuat oleh rakan2 seperti Tok Rimau dan projek terbaru 'Jiwa Kacau' adalah usaha baik yang patut diteruskan.
Dengan adanya rakan kita Sri Diah; pengarang/editor kanan, yang telah terlibat sama dengan geng jurnal mungkin dapat mendekatkan Pak Hishamuddin di Karangkraf untuk melihat ramainya bakat2 di geng jurnal yang akan menjadi penulis2 besar satu hari.
Rangkaian pembaca geng jurnal yang telah merentasi sempadan geografi dan menembusi Singapura,Brunei, Indonesia telah membuka pasaran ratusan juta penduduk.
Percayalah, seperti pengarang Mazlan Nordin mengingatkan baru-baru ini, Bahasa Melayu kita adalah yang ke 9 terbesar di dunia di hadapan bahasa Perancis, German dan Italy.
Yang perlu kita buat terus menerus meyakinkan penerbit untuk memasuki pasaran besar ini.
saya bercadang untuk pindah dari danchan, kerana banyaknya kekurangan yang dihadapi untuk melayari web ini serta anasir2 luar yang menempel sama yang saya tak reti nak halang.
Bagi rakan2 yang boleh bertahan mungkin mereka cukup senjata untuk mendinding dari pelbagai kerenah itu.
Cuma kemana saya hendak pergi?
Sepanjang pengalaman saya bertemu dan berbicara dengan anak-anak muda Melayu apabila bertanya mereka tentang selepas menamatkan sesuatu pengajian kemana mereka hendak pergi, ramai yang berkata mereka hendak bekerja dahulu mencari pengalaman.
Ini berlaku takala mereka telah melalui sesuatu peringkat pengajian selepas dari persekolahan menengah mereka.
Jika mereka itu sedang mengambil peringkat sijil, mereka sangat berasakan bekerja dahulu untuk mencari pengalaman adalah sangat bererti dari terus sahaja menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
Jika mereka sedang mengambil diploma, bekerja dahulu adalah pilihan mereka dari terus mengambil ijazah.
Begitu juga yang sedang mengambil ijazah, tidak ramai yang berminat untuk terus menyambung ke peringkat sarjana, juga sering dengan alasan perlukan pengalaman bekerja.
Malah mungkin juga tidak ramai yang dari awal-awal meletakkan cita-cita dan angan2 untuk mendapatkan sijil ke peringkat doktor falsafah.
Alasan-alasan yang sering diberikan ialah seperti perlu merasa dapat pegang duit sendiri, kumpul pengalaman kerja, kene kahwin dahulu, setelah stabil baru sambung belajar dan seumpamanya.
Kenapa fahaman begitu berlaku dan kehendak untuk mengumpulkan sijil kelulusan peperiksaan ke peringkat yang tertinggi itu kurang, mungkin disebabkan oleh banyak faktor.
Mungkin timbul persoalan dalam fikiran mereka ialah, apa perlunya sijil ke peringkat tertinggi, kerana kedudukan pekerjaan dengan sijil yang diperolehi itu sudah cukup dan memadai.
Fahaman dan fikiran sebegitu ada pada kita yang masih muda di awal 20an ketika melalui peringkat pertama pengajian selepas alam persekolahan. Fahaman dan fikiran itu tentu sekali berbeza setelah kita lebih dewasa, tetapi ketika fahaman itu mula bertukar, pada ketika itu kita telah mempunyai pelbagai halangan dan kekangan.
Jika faktor gaji yang cuba dilihat, duit gaji $500 sebulan adalah besar bagi kita yang selama ini hanya mungkin dapat $50 atau $100 sebulan dari ibu bapa sewaktu belajar. Pada ketika itu seolahnya sudah cukup sebanyak itu untuk kita seorang.
Lebih-lebih lagi kalau dengan kelulusan diploma kita mendapat gaji permulaan sebanyak $1500. Seolahnya apa lagi yang kita mahu setelah mendapat wang sebesar itu, padsa saat tersebut kita masih bujang, hidup seorang.
Kita orang kebanyakan ini tidak pernah meletakkan angan-angan untuk gaji permulaan kita selaps belajar mesti dapat $5000 sebulan.
Tetapi setelah kita lama bekerja, rupa-rupanya gaji yang kita dapat itu akhirnya tidak pernah cukup dan berlebih dan memaksa kita mula memikirkan untuk membuat kerja sambilan dan tambahan untuk menampung kekurangan.
Walaupun faktor gaji dan kelulusan sijil pengajian itu agak relatif dan tidak semesti selalunya kelulusan tinggi bergaji tinggi, tetapi hubungannya masih ada.
Apabila faktor-faktor ketidak keselesaan dalam pekerjaan terjadi samada faktor gaji dan tekanan kerja dari bos di atas di waktu itu baru ia menjadi faktor dorongan yang agak kuat untuk kita memikirkan kembali perlunya kita mengambil sijil kelulusan yang lebih tinggi.
Tetapi berubahnya fahaman kita itu pada ketika kita telah berkeluarga dan mempunyai anak. Telah ada pekerjaan yang tidak boleh kita tinggalkan, telah mempunyai hutang kereta dan rumah yang mesti dibayar tiap-tiap bulan dan yang kekuatan fizikal dan mental yang sudah berbeza tidak seperti di waktu muda remaja.
Dari web Nur's (Daily Bahasa Malaysia) saya ketemu NHK ONLINE Malay, (terima kasih). Laman web tersebut menyatakan;
"Radio Jepun NHK World merupakan salah satu daripada 22 bahasa siaran yang ke udara menerusi NHK WORLD, dipancarkan ke seluruh dunia ke zon-zon geografi khusus mengikut bahasa para pendengarnya. Siaran ini juga dikenali sebagai Perkhidmatan Rantau. Siaran Radio Jepun NHK World memulakan siarannya mulai 1 April 1963. Kini siaran Bahasa Melayu Radio Jepun ke udara setiap hari selama 30 minit tiga kali sehari (termasuk dua kali siaran ulangan) yang dipancarkan dari studio di Tokyo."
Setelah itu saya terfikir juga untuk melihat apa yang BBC ada dari siaran World Servicenya. Yang saya jumpa, menurut BBC;
"Besides English, the BBC World Service broadcasts in Albanian, Arabic, Azeri, Bengali, Bulgarian, Burmese, Caribbean English, Cantonese, Croatian, Czech, French, Greek, Hausa, Hindi, Hungarian, Indonesian, Kazakh, Kinyarwanda/Kirundi, Kyrgyz, Macedonian, Mandarin, Nepali, Pashto, Persian, Polish, Portuguese for Africa and Brazil, Romanian, Russian, Serbian, Sinhala, Slovak, Slovene, Somali, Spanish, Swahili, Tamil, Thai, Turkish, Ukrainian, Urdu, Uzbek, and Vietnamese.
The German broadcasts were stopped in March 1999 after 60 years, as research showed that the majority of German listeners tuned into the English version. Broadcasts in Dutch, Finnish, French for Europe, Hebrew, Italian, Japanese and Malay were stopped for similar reasons. (The Malay language, also known locally as Bahasa Melayu, is an Austronesian language spoken by the Malay people who are native to the Malay peninsula, southern Thailand, Singapore, central eastern Sumatra, the Riau islands, and parts of the coast of Borneo.)"
Bagi saya, berdasarkan perspektif dua blok kuasa Timur dan Barat ini, Jepun (dalam konteks NHK) masih menganggap Melayu sebagai satu kekuatan yang perlu di hormati dan diberikan perhatian.
Manakala Britain (dalam konteks BBC) telah melihat Melayu telah boleh di makan.
|