|
Camping
Majalah Camping berharga £3.10 senaskah, hanya £1.00 untuk keluaran dahulu. Dari 86 muka surat, 42 darinya adalah muka surat iklan. Iklannya dari lebih 70 buah syarikat dari barangan untuk camping hinggakan iklan majalah penulis. Jauh sungguh hubungkaitnya, tetapi itulah rangkaian iklan dan pemasaran. Bolehkah budaya camping berkembang di tempat kita dan industri hilirannya yang banyak boleh menjanjikan pelbagai peluang bisnes. Sudah adakah majalah camping tempatan? Jika belum, bolehkah ia diceburi? Saya tidak tahu mendalam realiti industri penerbitan tempatan. Cuma yang saya sedar, hanya majalah wanita dan hiburan (dunia artis) sahaja yang lumayan. Yang lain difahamkan sukar. Kerana sebarang penerbitan sangat bergantung pada iklan. Jika dilihat kepada pengiklan2 dalam majalah Camping di sini, tentu sekali kita juga boleh mengajak pelbagai pengusaha untuk mengiklankan barangan dan servis mereka. Bakal-bakal pengiklan seperti, pengusaha2 chalet, khidmat bot memancing laut dan sungai,baranagn dan alatan pancing, iklan tambang istimewa, jadual feri bot ke pulau tioman,langkawi, pangkor lain2 pulau,serta kawasan2 tasik, pusat latihan lasak, pusat mendaki bukit dan gunung, iklan beg, kasut, pakaian hujan, dan bot barangan dan alatan pancing. Dan jangan lupa iklan majalah geng jurnal dan panduan menjadi penulis serta kursus2 penulisan.
last modified Sep 4, 2005 at 18:11
|