.
.
.
Site Translation
Radio NHK Jepun (B.Melayu)
NHK Online (B.Melayu)
RadioSingapore Int. (RSi)
Radio1 RTM
China Radio Int. (CRI)
Majlis TY Taipei-Taiwan
Al Quran Online
Lagu Selimut Putih
Doa Sheikh Al Mohaisany, Masjidil Haram
Site 
Meter
Musa Hitam
Sanusi Junid
Siddiq Fadhil
Syed Naquib Al-Attas
Zam
Syed Hussien AlAttas
Hishamuddin Rais
Rustam A Sani
Hassan Ahmad
A Kadir Jasin
Subky Latif
Abdullah Ahmad
A Aziz Bari
Lutfi Othman
Zaini Ujang
Mohamad Abu Bakar
Noordin Sopiee
FathiArisOmar
KhalidJaafar

Uipts: Catatan Pinggiran



east midlands, england

last modified Nov 7, 2005 at 3:05


Wednesday, May 26, 2004

Death in Gaza

-----------------------------------------------

Lagu latar,
Abu Ratib:Omaaho Deenee
-----------------------------------------------



dochouse.org

Malam tadi sempat melihat filem ini, di tayangkan oleh Channel 4.
Aku menonton filem tersebut dahulu dan baru bertemu dengan berita yang di tulis seperti yang di sertakan di bawah ini.

Aku menjadi cukup sedih sewaktu menontonnya kerana dapat melihat dengan lebih jelas penderitaan rakyat Palestine yang terpaksa mengorbankan nyawa untuk mempertahankan agama
mereka dan tanahair mereka.

Mereka terpaksa melalui keperitan itu untuk mempertahankan rumah mereka, hartabenda, nyawa, maruah, bumi mereka dari terus ditelan oleh orang Yahudi Israel yang menjajah tanahair mereka dan mahu menghalau mereka dari negara asal mereka Palestine yang kini nama negara itu telah tiada dalam peta.

Yang ada dalam peta hanya nama negara Israel, nama kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Tebing Barat. Tiada nama negara Palestine dalam peta.

Sebelum tahun 1948, keseluruhan negara Israel sekarang, kawasan Semenanjung Gaza dan kawasan Tebing Barat adalah sebuah negara Palestine. Tetapi bila British yang menjajah Palestine membenarkan orang Yahudi dari seluruh dunia untuk datang ke Palestine melalui 'penipuan' di PBB, maka orang Yahudi datang dan menetap disebahagain kawasan negara Palestine dan selanjutnya melancarkan peperangan untuk terus menakluk dan meluaskan kawasan bagi pembentukan negara Yahudi Israel, melalui Peperangan tahun 1948, 1967 dan peperangan lain yang tidak habis sehingga sekarang.

Penderitaan yang terpaksa mereka tanggung hingga ke hari ini telah di putarkan ceritanya. Pemberitaan dan penceritaan tentang Palestine oleh media dunia ialah, penderitaan rakyat Israel yang di serang oleh pengebom berani mati rakyat Palestine.

Negara Yahudi Israel yang merompak dan menjajah negara Palestine telah di gambarkan sebagai pihak baik yang mempertahankan diri, sedangkan rakyat Palestine, orang yang dijajah, ditindas, dibunuh tiap hari digambarkan 'orang jahat', 'orang ganas', 'militan', yang mesti dibenci.

Kita tidak harus terus ditipu. Dan kita tidak mahu orang lain juga ditipu.

----------------------

"
Death In Gaza" broadcasts on Channel 4 at 10.40pm on Tuesday May 25th

Published: 24-May-2004

By: Channel 4

An extraordinarily powerful film that takes an unflinching look at the lives of three Palestinian children caught up in the cycle of violence between the Israeli army and Palestinian fighters, and at the same time documents the killing of acclaimed filmmaker James Miller, who fell victim to the violence he was trying to document.

In May 2003, James Miller was shot dead by an Israeli soldier in the Gaza Strip. Miller and his close friend, reporter Saira Shah, had set out to follow up their award-winning films Beneath The Veil and Unholy War with a documentary about children caught in the crossfire of the bitter territorial dispute at the heart of the Middle East's troubles.

Attempting to unravel the vicious circle of violence that perpetuates the conflict, Shah and Miller focus on three children in the border town of Rafah, in the Gaza Strip. The children face violence on both sides. The Israeli army has built a network of sniper towers, which often claim civilian lives. The Palestinian paramilitaries use every victim to recruit kids and groom them for martyrdom.

Ahmed is a likeable, football-loving 12-year old. But after he witnesses the death of a friend, shot in the head by an Israeli sniper, he falls in with the paramilitaries, helping them as a messenger and lookout. Death in Gaza features incredible footage of the militants teaching Ahmed the tricks of their trade in their hideout.

In one scene, masked extremists give Ahmed weapons to play with and call him 'our little brother'. But when Saira asks about the morality of using such a young boy as a messenger and lookout, the militant's leader replies: 'Don't worry about responsibility, sister. When we say goodbye to Ahmed, there are a thousand more like him.'

Mohammed is Ahmed's timid but devoted best friend. His mother begs him not to go near the front line, but such is his loyalty to Ahmed that he joins him in making primitive bombs to throw at the Israeli tanks.

Sixteen-year-old Najla lives on the border, where the Israeli army is demolishing Palestinian homes to create a security zone. Eight members of her family have been killed. When the Israeli army shoots Najla's young cousin Salem, his funeral provides a climactic moment of revelation. The paramilitaries use Salem's death to recruit more children to their cause.

The film ends with Miller's death. His final moments were captured by a local cameraman, as he approached an Israeli army APC, wearing clothing that clearly identified him as a television journalist and shining a torch on a white flag while asking permission to pass. Saira, who was with James, also identifies the team as British TV journalists. To date, no-one has been held accountable for his death.

Six months later, the team have received a glimmer of hope from Rafah - Ahmed has given up working for the paramilitaries. He now wants to be a cameraman, like his friend James.

107762 | posted by uipts at 5:56 | 0 comments

Sunday, May 23, 2004

Apa? lanjutkan tempoh belajar?

-----------------------------------------------

Lagu latar, Goodwin: Windows Of The East
-----------------------------------------------

Hasrat dan cadangan supaya tempoh pembiyaan untuk pengajian peringkat PhD ditambah dari 3 ke 4 tahun atau lebih sering kedengaran. Alasan yang dikemukakan oleh mereka yang membawa cadangan ini ialah tempoh 3 tahun untuk menghabiskan pengajian penyelidikan sering tidak mencukupi.

Menamatkan pengajian peringkat tersebut dalam tempoh genap 3 tahun atau kurang adalah suatu keistimewaan dan kehebatan dan rezeki bagi mereka yang mampu melakukannya.

Kerana situasi, bentuk, bidang, jabatan, skop, tajuk, supervisor, berbeza-beza dari seorang ke seorang dan ukuran darjah cukup, lengkap, sempurna, mencukupi, memenuhi syarat, lulus atau tidak lulusnya penganugerahan ijazah peringkat itu juga berbeza2 dari satu bidang ke bidang yang lain dari seorang pemeriksa luar ke seorang pemeriksa luar juga berbeza.

Malah jika definisi ijazah doktor falsafah itu dinilai dari 'contribution to knowledge' maka jika pada penilaian pemeriksa luar sesuatu penyeldikan itu belum dianggap membuat contribution to knowledge, maka tentunya baginya ia belum cukup. Tetapi jika ada pemeriksa lain yang mengatakan
penyelidikan itu telah membuat contribution, tentulah baginya ia telah cukup. Jika begitu tentu sekali darjah, bilangan contribute itu jadi berbeza.

Akan ada yang mengatakan, jika contribution itu boleh di ukur dengan nombor; menambah dari 30 menjadi 31 adalah merupakan satu contribution, iaitu tambahan 1. Akan ada yang mentakrif menjadikan 30.5 pun adalah contribution, kerana berlakunya tambahan 0.5 kepada ilmu dibidang itu. Mungkin akan ada yang menyebut, 1 tidak cukup, kene 5 baru cukup. Jadi ia boleh berbeza2.

Malah terdapat yang menyebut contribution to knowledge itu boleh terhasil dari 4 kaedah, atau laluan.

Pertama, melalui replication, telah dibuat ditempat lain, tetapi tidak dibuat lagi di sini, maka dengan data baru tetapi kaedah yang sama seperti di sana, maka replication juga merupakan satu bentuk contribution.

Kedua, melalui extension; jika contoh 30 di atas tadi menjadi 31, maka 1 itu merupakan extension.Cuma yang menjadi masalahnya, bagaimana untuk diketahui tahap sekarang telah 30, mungkin juga telah 55,mungkin juga baru 28.

Ketiga, melalui filling gap; jika nombor juga sebagai contoh,dan dikatakan jika ilmu dibidang itu telah ada 30, 31, 32, 33, tetapi meletakkan 31.5, 0.5 yang di letak antara 31 dan 32, merupakan bentuk contribution juga.

Keempat, melalui, new idea. Bermaksud belum pernah bermula satu nomborpun dibidang tersebut. Dan penyelidiikan itu memulakan nombor 1.
Atau gabungan dari mana2 diatas.

Tetapi takrifan contribution tadi sering menjadi perdebatan dari seorang ke seorang.Dan kerana ukuran peperiksaan telah tidak ada maka pentakrifan lulus periksa itu tidak ada. Yang ada cuma cukup atau tidak, takrif sesuatu penyelidikan itu untuk dianugerahkan doktor falsafah, atau doktor sains, atau doktor kejuruteraan, atau doktor pengurusan perniagaan dan doktor 2 bidang2 yang lain.

Malah bentuk program pengajian peringkat ini juga berbeza-beza dari satu negara ke negara yang lain.

Jika pengajian peringkat doktor falsafah yang dilihat sebagai contoh, kerana perbezaan2 takrif cukup itu berbeza2, maka sering terdengar mereka dari pelbagai bidang itu baik yang telah melaluinya atau sedang melaluinya akan mengatakan dalam bidang mereka tamat pengajian setelah 4 tahun adalah perkara biasa.

Akan ada pula yang mengatakan tiada siapa yang boleh menghabiskan pengajiannya di jabatannya, kurang dari 3 1/2 tahun. Terdapat juga yang mengatakan belum ada seorang dari pelajar2 yang terdahulu, yang berada dibawah seliaan supervisornya, tamat kurang dari 3 tahun.

Akan ada juga yang menyebut, dia bernasib baik dapat tamat dalam tempoh kurang dari 3 tahun kerana supervisornya tidak cerewet dan memberi kebebasan dia membuat keputusan dan sering menerima pandangan darinya walaupun dari kita sebagai pelajar.

Malah tidak kurang yang menyebut, supervisor sentiasa ingin menang dalam berhujah atau berbincang, tidak mahu menerima pandangan pelajarnya, walaupun kononnya sering menyuruh pelajarnya mengeluarkan pendapat sendiri, membuat keputusan sendiri, tetapi realitinya setiap pandangan sendiri dan keputusan sendiri di kritik oleh supervisor itu bertubi2 dan akhirnya seperti memaksa idea supervisor tersebut, pandangan supervisor tersebut, cara supervisor tersebut di laksanakan oleh pelajar tadi. Yang menampakkah keterbukaan pendapat tadi hanya tipu sahaja.

Malah yang sebenarnya supervisor itu sedang melatih pelajarnya menjadi pengikut setia, tanpa banyak soal, sedang cuba melahirkan kembarnya, atau sedang membuat pengklonan, akan lahir klon baru yang serupa.

Berdasarkan contoh2 perbezaan tersebut maka hasrat untuk diadakan semakan supaya tempoh pembiayaan pengajian diperingkat doktor falsafah di tambah dari 3 tahun ke 4 tahun tanpa perlu membuat permohonan adalah sangat wajar.

Cuma para pembuat keputusan yang sebahagiannya pernah melalui keperitan sewaktu pengajian nya dahulu, sering lupa dan mengaggap perkara lepas itu senang sahaja semata2 kerana dia telah mengecapi kesenangan, keseronokan kerana telah memperoleh kelulusan itu, adalah sikap kacang lupakan kulit, sepatutnya jadilah ibarat ikan pulang ke lubuk.

Saya tidak tahu kecocokan perumpamaan bahasa yang sepatutnya.

------------------------
setahun dahulu, May

107231 | posted by uipts at 3:10 | 0 comments

Wednesday, May 19, 2004

Hari panas dan mereka mula berguling2

-----------------------------------------------

3.00 ptg, Lagu latar, Abu Ratib:Roohee Fedaa Oka
-----------------------------------------------

Seronok bila dapat hari panas. Matahari memancar sampai ke petang dan suhu mencecah 20C.

Kalau di tanahair tidak menjadi pelik dengan cahaya matahari dan panas matahari. Dan sering pelik kenapalah Mat Saleh yang datang melancung akan sibuk untuk berjemur dalam panas matahari.

Tapi bila kita sendiri tinggal dalam negara yang sejuk, dapat cahaya matahari dan panas matahari merupakan suatu perkara yang berharga. Jadi baru fahamlah kenapa mereka suka sangat dengan cahaya matahari dan suka berjemur.

Tapi yang tidak tahannya ialah, bila hari panas begini mereka mula tidak berbaju atau macam tak pakai baju atau pakaian.
Itu yang tidak sanggupnya.

Mereka pakai baju macam tak pakai baju. Agaknya sedikit masa lagi semua mereka ini akan tidak berpakaian langsung. Bila tidak berpakaian menjadi tidak pelik dan berpakaian menjadi pelik.

Kita yang sakit hati ini akan jadi lali dan menjadi tidak apa akhirnya, kerana perkara tersebut sudah menjadi lumrah hidup orang bukan islam eropah.

Itulah peranan persekitaran. Sebab itu dalam rancangan setengah jam yang di dibuat oleh Rageh Omar di BBC1 baru2 ini tentang orang Inggeris yang telah memeluk Islam, mereka mula menyatakan hasrat mereka untuk pindah berhijrah ke negara umat Islam sebab
itu kata mereka untuk membesarkan anak dalam suasana bukan Islam yang penuh dengan segala maksiat, sukar untuk menjadi baik.

Begitu sekali takrifan orang Inggeris yang diberi hidayah oleh ALLah dan dapat nikmat iman dan Islam menganggap negara tumpah darah kelahiran mereka tidak mampu untuk membentuk suasana jadi baik.

106750 | posted by uipts at 4:38 | 3 comments

Saturday, May 15, 2004

106190 | posted by uipts at 3:31 | 0 comments

Kenapa?

Video Berg rakyat Amerika dipotong kepala mendapat liputan meluas.

Berita yang datang dengan paparan video itu menyebutkan Berg adalah orang awam Amerika yang masuk secara sendirian ke Iraq, dia hilang dan akhirnya kene potong kepala.

Berita tersebut dapat memberi pelbagai tafsiran.

1. Ada orang Islam yang menafsirkan, video itu memberi gambaran orang Islam ganas dan kejam. Mengapa orang awam Amerika yang bukan askar, ditangkap dan dipotong kepala oleh orang Islam.
Bukankah itu salah dan gambaran kejam dan boleh memburukkan tanggapan orang bahawa Islam kejam?

Soalan yang timbul, betulkah Berg adalah orang awam, atau mungkin dia askar, atau pengintip yang memberi maklumat kepada askar bahagian perisikan? Terdapat beberapa site yang cuba menjawab soalan ini, yang menunjukkan dia bukan orang awam.

2. Betulkan video tersebut? Terdapat beberapa site yang mengatakan video itu tidak betul. Maklumat dari laman tersebut menyebut, Berg tidak mungkin dipotong kepala pada masa itu, kata seorang Dr perubatan yang memberikan pendapatnya, jika video itu betul, patutnya darah memancut deras jika leher orang dipotong pada ketika itu, tapi ia tidak berlaku dalam video tersebut, maka video itu tipu.

3. Terdapat yang mengatakan gambar orang bertopeng itu bukan orang Islam Iraq, kerana mereka bertutur dalam bahasa Russia sebelum mereka memotong kepala mangsa tersebut. Menurut penganalsis tersebut ..The terrorists in Berg's beheading video are communicating to each other in Russian ! One of them tells to the executioner who was cutting Berg's head: "Davay pozhivee !" meaning "Do it quicker !", or "Hurry up !" in pure unaccented Russian. Initially, I thought I was the only one who noticed it, but other Russian speakers confirmed it as well independently from me. So, who actually killed Berg ?..
Malah ada dakwaan dia dibunuh oleh askar amerika sendiri.

Dan dakwaan Berg dibunuh oleh Zarqawi orang al Qaeda, sedangkan terdapat berita
yang menyebut Zarqawi telah mati terbunuh.

4.Betulkah maklumat2 atau berita2 yang diterima ketika masa perang di Iraq? Terdapat maklumat yang menyebut bahawa terlalu banyak propaganda (yang membawa maksud tipu) yang tidak betul yang menggambarkan orang Islam Iraq salah, kejam, tidak bertamadun dan perlu dikalahkan. Dan Amerika adalah betul, mereka yang menyerang ini adalah penyelamat dan membebaskan orang Islam Iraq dari kekejaman Saddam Hussin, dan mereka yang melawan Amerika adalah musuh yang mesti di hapuskan.

Orang Islam Iraq yang mati, baik askar atau orang awam, mereka memang patut mati dan tidak perlu di risaukan. Tetapi askar Amerika dan Britain yang mati mesti dirisaukan dan mengapa mereka mati dan mereka adalah pahlawan perang yang berjuang untuk negara mereka.

Orang Islam Iraq tidak digambarkan pahlawan yang berjuang untuk mempertahankan kemerdekaan maruah diri dan negara mereka, tetapi penyerang ini pula yang tergambar sebagai pahlawan.

Itu antara gambaran propaganda perang.

5. Malah seorang diplomat US yang telah bersara, Eugene Bird,ada menyebut di TV Kanada, penderaan yang dilakukan oleh askar Amerika di Iraq itu sebenarnya adalah aktiviti anggota perisikan Israel, Mossad.

Mengapa begini?

106189 | posted by uipts at 3:31 | 0 comments

Sunday, May 9, 2004

Al Quds, Lebanon, Beirut

-----------------------------------------------

Fairuz: El Quds Al Atiqa


Hassan Nasrallah:Rayat al Nasr


RonGoodwin: Old Beirut

-----------------------------------------------

105125 | posted by uipts at 18:31 | 0 comments

Saturday, May 8, 2004

Bila dapat bercakap.....

-----------------------------------------------

Lagu latar, Goodwin: The Moon and Me
-----------------------------------------------

Sejak pukul 3.00 pagi lagi telah bangun. Subuh masuk awal iaitu pukul 3.30 pagi dan terbit matahari pukul 5.30 pagi. Waktu masuk subuh dan terbit matahari mula awal kerana sekarang telah pertengahan musim luruh dan pertengahan bulan Jun akan bermula musim panas. Begitulah waktu sembahyang bila telah menghampiri musim panas, waktu siang makin panjang dan malam makin pendek.

Dari awal pagi telah mencari2 kalau ada sahabat2 ditanahair yang boleh dihubungi. Menggunakan telefon hujung minggu akan mendapat kadar yang lebih murah maka inilah masanya untuk bercakap agak lama.

Akhirnya dapat juga berborak dengan sahabat ini yang katanya baru lepas pulang dari kursus. Dalam keadaan sekarang yang semua perkara hendakkan kursus dan periksa maka beliau kata untuk naik gaji dan pangkat perlukan pelbagai kursus.
Bercerita lebih dari sejam setengah setelah pelbagai perkara keluar.
Sahabat ini sedang belajar juga tetapi dalam masa yang sama masih bekerja.

Kemudian dapat menghubungi sahabat seorang lagi, juga pelbagai cerita dapat diborakkan. Sahabat ini juga sedang belajar dan katanya sedang tercari kemana hendak difokuskan penyelidikannya.

Dengan sahabat yang pertama saya katakan, dalam konteks belajar diperingkat sekarang, kajian yang dibuat makin terperinci dan halus, sehinggga apa yang kita hendak kaji dan selidik itu sukar difahami oleh orang lain. Kerana masalah itu masalah kita dan supervisor pun kadang-kadang belum tentu sepenuhnya menjiwai apa yang ingin kita kaji.

Dalam keadaan begitu saya berkata, kita perlu bertukar maklumat dan masalah supaya ada tempat untuk kita mengeluarkan pendapat dan ada pihak yang mendengarnya. Biarlah orang yang mendengar itu tidak faham. Tapi biarkan dia bertanya supaya dia faham dan kita akan cuba pastikan kita dapat memberi penjelasan sehingga dia faham.

Proses dapat mengeluarkan apa yang yang terpendam dalam fikiran dan ada pihak yang mendengar dan cuba faham dan bertanya adalah pada saya proses pembelajaran yang sihat.

Ia patut disuburkan supaya kita tidak sangkut dan pening untuk memikirkannya berseorangan. Biarlah orang yang dengar itu tidak faham, tidak apa. Kita perlu menukar perbincangan itu supaya pendengar jadi faham masalah kita dan suruh dia tolong beri cadangan, jika dia berada pada kedudukan kita apa sepatutnya boleh dibuat.

Pertukaran idea ini adalah pada saya perkongsian yang bijak. Tetapi dalam kelompok yang kita hendak bentuk itu perlulah sama-sama faham tugas masing2. Kita memberi pendapat bukan untuk mengutuk, merendahkan, atau membangkang, yang perlu kita persetujui bersama proses ini adalah proses percambahan idea dan percambahan penyelesaian masalah.

Nilai idea baik atau tidak baik itu biar kita sendiri yang menilainya. Hendak pakai atau tidak idea yang diberikan oleh rakan kita itu, itu adalah hak kita. Yang pentingnya masalah kita itu telah kita kongsikan bersama dengan orang lain dan ada orang lain yang cuba faham dan dengar.

Pada saya ini proses yang wajar kita buat.

Dan sebenarnya saya telah 'beku' bila tiada sahabat yang boleh bercerita dan bertukar2 idea dan pandangan. Bila ada peluang untuk berborak panjang, peluang itu menjadikan saya seronok gembira. Ada orang mendengar dan dapat bercerita.

Terima kasih MMD & BJA, saya belum mula.

104882 | posted by uipts at 3:25 | 1 comments

Friday, May 7, 2004

Mencari kebaikan dari kebebasan media

Media2 di Britain buat masa ini sedang memberi penumpuan kepada penyiksaan yang dilakukan oleh tentera Amerika di Iraq terhadap rakyat Iraq yang di tawan. Dalam masa yang sama akhbar tabloid Daily Mirror menunjukkan gambar yang tentera British juga membuat penyiksaan ke atas tawanan perang Iraq.

PM Tony Blair berkata jika itu benar ia amat memalukan dan akan membuat siasatan terperinci adakah ia benar atau tidak. Banyak penganalisis berkata gambar yang di keluarkan oleh Daily Mirror mungkin tidak benar dan Ketua Pengarang akhbar tabloid tersebut mungkin akan dikenekan tindakan. Tetapi mereka berkata
kerajaan tidak terus membuat tindakan kerana bimbangkan Daily Mirror mempunyai bukti gambar yang lebih kukuh untuk mengatakan dakwaannya benar.

Malah Daily Mirror sendiri berkata dia mempunyai barisan askar2 yang sanggup ke hadapan untuk membuktikan yang tentera British juga terlibat sama mendera tawanan perang rakyat Iraq.

Yang boleh memberi pengajaran dari peristiwa ini ialah dalam masyarakat barat yang memberi kebebasan kepada akhbar untuk membuat pegangan sendiri dalam menentukan sikap terhadap sesuatu dasar yang telah dibuat oleh kerajaan mereka, akhbar telah jauh ke depan menjadi medan untuk membongkar kepincangan yang berlaku.

Akhbar Washington Post di Amerika yang membuat pendedahan gambar2 tawanan perang Iraq yang di bogelkan dan di perlakukan seperti binatang oleh tentera Amerika itu mempunyai motif tersendiri.

Samada Washington Post merupakan akhbar yang menyokong calon Presiden baru John Kerry atau tidak, saya tidak ketahui, tetapi menyerang kepincangan yang dilakukan oleh tentera Amerika dibawah pimpinan presiden George Bush tentunya makin memburukkan imej Bush yang telah sedia buruk.

104771 | posted by uipts at 9:11 | 0 comments

Thursday, May 6, 2004

Saya cuba juga...

Untuk istiqamah menulis memang payah. Bukan menulis saja, malah banyak benda lain yang saya tak mampu untuk buat berterusan. Saya makin sedar saya bukan jenis yang boleh untuk buat sesuatu perkara secara berterusan untuk jangka masa yang panjang.

Sebabnya setiap hari ada saja benda baru yang datang mengganggu fikiran yang saya suka melayan untuk memikirkannya,maka perkara dulu telah jadi benda lama dan macam tidak penting.

Kerana benda baru itu pada saya ada pentingnya dan boleh dipentingkan. Kalau tidak penting untuk diri sendiri, mungkin penting pada orang lain.

Berapa darjah penting antara satu perkara itu dengan perkara yang lain, saya tidak tahu. Dan darjah penting itu berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. Maka saya tidaklah meletakkan sangat darjah kepentingan itu kepada diri saya seorang sebab saya
beranggapan penting untuk diri sendiri bukanlah nilai yang baik sangat. Maka darjah penting untuk diri sendiri sering terganggu.

Perkara baru yang datang itu datangnya dari pelbagai sudut. Dari bacaan akhbar ada saja benda baru. Dari internet pelbagai perkara baru. Dari TV pelbagai perkara baru yang kesemua itu tentu sekali mencurah2 datangnya.

Gangguan inilah, kalau ia boleh dikatakan gangguan yang menjadikan saya tidak boleh istiqamah dalam banyak hal. Dan sering pula menjadi masalah.

Tapi saya masih gembira dengan minat itu, walaupun saya agak berduka cita bila banyak yang dikatakan penting untuk saya dahulukan tidak saya laksanakan dan tertinggal kerana melayan minat idea2 yang tiap hari datang itu.

Namun untuk meletakkan perkara tersebut dalam bentuk tulisan di sini memerlukan masa dan banyak mencuri masa. Dan akhirnya saya tidak mampu untuk meletakkannya dalam tulisan yang baik.
Dan untuk sentiasa berada di sini.

Saya cuba untuk terus disini sekadar yang mampu.

104484 | posted by uipts at 4:27 | 0 comments