.
.
.
Site Translation
Radio NHK Jepun (B.Melayu)
NHK Online (B.Melayu)
RadioSingapore Int. (RSi)
Radio1 RTM
China Radio Int. (CRI)
Majlis TY Taipei-Taiwan
Al Quran Online
Lagu Selimut Putih
Doa Sheikh Al Mohaisany, Masjidil Haram
Site 
Meter
Musa Hitam
Sanusi Junid
Siddiq Fadhil
Syed Naquib Al-Attas
Zam
Syed Hussien AlAttas
Hishamuddin Rais
Rustam A Sani
Hassan Ahmad
A Kadir Jasin
Subky Latif
Abdullah Ahmad
A Aziz Bari
Lutfi Othman
Zaini Ujang
Mohamad Abu Bakar
Noordin Sopiee
FathiArisOmar
KhalidJaafar

Uipts: Catatan Pinggiran



east midlands, england

last modified Nov 7, 2005 at 3:05


Thursday, June 23, 2005

Metod yang berbeza2, maka kene laluilah

Akhirnya dapat juga membuat temujanji temuduga dengan beberapa syarikat yang bersedia untuk bercerita tentang kejayaan pengalaman mereka.

Pada asalnya tidak mudah untuk membuat temujanji temuduga tersebut. Mereka tidak terpanggil untuk turut serta. Ada kalangan merasakan tiada apa2 keuntungan yang mereka perolehi dari temuduga tersebut.

Ada kalangan berasa pihak yang ingin membuat temuduga seperti pihak penyiasat yang boleh mencari kelemahan dan kesilapan. Maka kelemahan atau kesilapan tersebut akan memburukkan prestasi mereka. Malah ada juga yang bersikap apa yang ada pada mereka sebagai rahsia, maka ia tidak wajar terlepas kepada pihak yang dikatakan penyiasat ini, kerana nanti mungkin rahsia organisasi akan terlepas kepada pesaing dan perniagaan mereka boleh terjejas.

Kesemua perspektif negatif tersebut mesti ditanangi supaya pihak industri yakin penyelidikan yang kita buat, temuduga yang diadakan itu boleh menguntungkan mereka dan memberi kebaikan kepada syarikat. Pandangan ini yang harus dibuka dan diajukan ketika peringkat awal membuat temujanji temuduga tersebut.

Sedang peringkat mengumpulkan data?

Kalau itu soalannya, maka apa yang saya lakukan belum di peringkat pengumpulan data. Tetapi kaedah penyelidikan awal dari pihak industri bagi mengetahui masalah sebenar dan sebagai pengesahan apa yang telah dibuat dari literature review merupakan method yang suka dibuat oleh supervisor.

Kerana setiap supervisor mempunyai method yang berbeza2, maka kita yang bekerja dengannya terpaksa melalui method yang disukainya. Method yang disukainya itu biasanya ialah method yang dia sendiri pernah lakukan dan lalui. Jadi agak sukar untuk kita mencadangkan method yang lain.Maka kene laluilah.

143915 | posted by uipts at 16:03 | 0 comments

Wednesday, June 8, 2005

Belajarlah lah benda baik walau dari manapun

Tahniah umi, kerana hari ini telah dapat buku percuma dari penerbit di Jerman, kerana kertas yang dibentangkan di Oldenburg dahulu telah diterbitkan dalam buku tersebut. Buku setebal 620 ms itu menampilkan 36 bab dari 70 penulis dari pelbagai negara.
Semua penulisnya mendapat buku percuma.

Apa yang menariknya ialah usaha penganjur seminar yang mahu mengangkat semua kertas seminar itu untuk dijadikan buku dan diterbitkan dalam sebuah buku rujukan akademik. Dan kejayaan penganjur seminar untuk meyakinkan penerbit buku, agar mahu menerbitkan buku tersebut. Dan keyakinan penerbit untuk menerbitkan dan tentunya dalam perkiraan mereka ia menguntungkan.

Penerbit2 buku tentu sekali tidak mahu menerbitkan buku yang dijangka tidak dapat dipasarkan. Jadi mereka hanya melihat dari aspek sesuatu naskah buku itu, samada ia boleh dipasarkan atau tidak.

Usaha yang telah dibuat oleh penganjur seminar tersebut seharusnya dicontohi oleh kita, khalayak ahli akademik universiti.

Mungkin usaha awal yang boleh dibuat ialah membina jaringan dengan pelbagai penerbit dan mendedahkan kepada mereka bentuk2 kerjasama dan peluang yang baik untuk menerbitkan buku2 akademik dan melihat bagaimana ia merupakan peluang yang belum betul2 di kembangkan dalam konteks nasional.

Walaupun pelbagai batasan dan halangan yang boleh menjejaskan industri penerbitan buku akademik di tanahair, tetapi pintu untuk menerokai bidang ini masih luas dan masih banyak ruang yang belum benar2 diterokai dengan baik.

Mungkin peringkat awal ialah dengan mendampingi penerbit2 universiti dan menggalakkan mereka untuk terus yakin, cepaat dan cekap dalam usaha penerbitan buku2 akademik dari tenaga pensyarah tempatan.

Terima kasih Prof Kotzab, Prof Seuring yang mendedahkan idea ini, Magnus yang bekerja keras urusan penerbitan, Oldenburg University yang menganjurkannya. Belajarlah benda baik walau dari manapun. Kita patut meniru untuk turut bergerak ke depan.

143280 | posted by uipts at 11:59 | 3 comments