|
Uipts: Catatan Pinggiran

east midlands, england
last modified Nov 7, 2005 at 3:05
saya bercadang untuk pindah dari danchan, kerana banyaknya kekurangan yang dihadapi untuk melayari web ini serta anasir2 luar yang menempel sama yang saya tak reti nak halang.
Bagi rakan2 yang boleh bertahan mungkin mereka cukup senjata untuk mendinding dari pelbagai kerenah itu.
Cuma kemana saya hendak pergi?
Sepanjang pengalaman saya bertemu dan berbicara dengan anak-anak muda Melayu apabila bertanya mereka tentang selepas menamatkan sesuatu pengajian kemana mereka hendak pergi, ramai yang berkata mereka hendak bekerja dahulu mencari pengalaman.
Ini berlaku takala mereka telah melalui sesuatu peringkat pengajian selepas dari persekolahan menengah mereka.
Jika mereka itu sedang mengambil peringkat sijil, mereka sangat berasakan bekerja dahulu untuk mencari pengalaman adalah sangat bererti dari terus sahaja menyambung pelajaran ke peringkat diploma.
Jika mereka sedang mengambil diploma, bekerja dahulu adalah pilihan mereka dari terus mengambil ijazah.
Begitu juga yang sedang mengambil ijazah, tidak ramai yang berminat untuk terus menyambung ke peringkat sarjana, juga sering dengan alasan perlukan pengalaman bekerja.
Malah mungkin juga tidak ramai yang dari awal-awal meletakkan cita-cita dan angan2 untuk mendapatkan sijil ke peringkat doktor falsafah.
Alasan-alasan yang sering diberikan ialah seperti perlu merasa dapat pegang duit sendiri, kumpul pengalaman kerja, kene kahwin dahulu, setelah stabil baru sambung belajar dan seumpamanya.
Kenapa fahaman begitu berlaku dan kehendak untuk mengumpulkan sijil kelulusan peperiksaan ke peringkat yang tertinggi itu kurang, mungkin disebabkan oleh banyak faktor.
Mungkin timbul persoalan dalam fikiran mereka ialah, apa perlunya sijil ke peringkat tertinggi, kerana kedudukan pekerjaan dengan sijil yang diperolehi itu sudah cukup dan memadai.
Fahaman dan fikiran sebegitu ada pada kita yang masih muda di awal 20an ketika melalui peringkat pertama pengajian selepas alam persekolahan. Fahaman dan fikiran itu tentu sekali berbeza setelah kita lebih dewasa, tetapi ketika fahaman itu mula bertukar, pada ketika itu kita telah mempunyai pelbagai halangan dan kekangan.
Jika faktor gaji yang cuba dilihat, duit gaji $500 sebulan adalah besar bagi kita yang selama ini hanya mungkin dapat $50 atau $100 sebulan dari ibu bapa sewaktu belajar. Pada ketika itu seolahnya sudah cukup sebanyak itu untuk kita seorang.
Lebih-lebih lagi kalau dengan kelulusan diploma kita mendapat gaji permulaan sebanyak $1500. Seolahnya apa lagi yang kita mahu setelah mendapat wang sebesar itu, padsa saat tersebut kita masih bujang, hidup seorang.
Kita orang kebanyakan ini tidak pernah meletakkan angan-angan untuk gaji permulaan kita selaps belajar mesti dapat $5000 sebulan.
Tetapi setelah kita lama bekerja, rupa-rupanya gaji yang kita dapat itu akhirnya tidak pernah cukup dan berlebih dan memaksa kita mula memikirkan untuk membuat kerja sambilan dan tambahan untuk menampung kekurangan.
Walaupun faktor gaji dan kelulusan sijil pengajian itu agak relatif dan tidak semesti selalunya kelulusan tinggi bergaji tinggi, tetapi hubungannya masih ada.
Apabila faktor-faktor ketidak keselesaan dalam pekerjaan terjadi samada faktor gaji dan tekanan kerja dari bos di atas di waktu itu baru ia menjadi faktor dorongan yang agak kuat untuk kita memikirkan kembali perlunya kita mengambil sijil kelulusan yang lebih tinggi.
Tetapi berubahnya fahaman kita itu pada ketika kita telah berkeluarga dan mempunyai anak. Telah ada pekerjaan yang tidak boleh kita tinggalkan, telah mempunyai hutang kereta dan rumah yang mesti dibayar tiap-tiap bulan dan yang kekuatan fizikal dan mental yang sudah berbeza tidak seperti di waktu muda remaja.
Dari web Nur's (Daily Bahasa Malaysia) saya ketemu NHK ONLINE Malay, (terima kasih). Laman web tersebut menyatakan;
"Radio Jepun NHK World merupakan salah satu daripada 22 bahasa siaran yang ke udara menerusi NHK WORLD, dipancarkan ke seluruh dunia ke zon-zon geografi khusus mengikut bahasa para pendengarnya. Siaran ini juga dikenali sebagai Perkhidmatan Rantau. Siaran Radio Jepun NHK World memulakan siarannya mulai 1 April 1963. Kini siaran Bahasa Melayu Radio Jepun ke udara setiap hari selama 30 minit tiga kali sehari (termasuk dua kali siaran ulangan) yang dipancarkan dari studio di Tokyo."
Setelah itu saya terfikir juga untuk melihat apa yang BBC ada dari siaran World Servicenya. Yang saya jumpa, menurut BBC;
"Besides English, the BBC World Service broadcasts in Albanian, Arabic, Azeri, Bengali, Bulgarian, Burmese, Caribbean English, Cantonese, Croatian, Czech, French, Greek, Hausa, Hindi, Hungarian, Indonesian, Kazakh, Kinyarwanda/Kirundi, Kyrgyz, Macedonian, Mandarin, Nepali, Pashto, Persian, Polish, Portuguese for Africa and Brazil, Romanian, Russian, Serbian, Sinhala, Slovak, Slovene, Somali, Spanish, Swahili, Tamil, Thai, Turkish, Ukrainian, Urdu, Uzbek, and Vietnamese.
The German broadcasts were stopped in March 1999 after 60 years, as research showed that the majority of German listeners tuned into the English version. Broadcasts in Dutch, Finnish, French for Europe, Hebrew, Italian, Japanese and Malay were stopped for similar reasons. (The Malay language, also known locally as Bahasa Melayu, is an Austronesian language spoken by the Malay people who are native to the Malay peninsula, southern Thailand, Singapore, central eastern Sumatra, the Riau islands, and parts of the coast of Borneo.)"
Bagi saya, berdasarkan perspektif dua blok kuasa Timur dan Barat ini, Jepun (dalam konteks NHK) masih menganggap Melayu sebagai satu kekuatan yang perlu di hormati dan diberikan perhatian.
Manakala Britain (dalam konteks BBC) telah melihat Melayu telah boleh di makan.
---------------------------------------------- ElSuraya (Medan, Sumatera): Doa Sepanjang Masa ---------------------------------------------- Fairuz (Lubnan):Sa'aluni-n-Nass (People asked me)
From the musical al-Mahatta Lyrics: Rahbani Brothers Music: Ziad Rahbani
People asked me about you my love they wrote letters the air took away It is too much for me to sing when for the first time we are not together my love. People asked me about you they asked I told them he'll be back please don't blame me and I closed my eyes afraid that they might see you hiding there the air wafted over me and made me weep for we are not together for the first time. He emerged out of the night and said light up for me. The night met me and blew my candle out don't ask me how I found my way. Toward you my heart was the guide whoever burns with longing goes on burning and for the first time we are not together. ---------------------------------------------- MNasir:KepadamuKekasih ---------------------------------------------- Abu Ratib: Roohee Feedaa Uka روحي فداؤك طال البعد ياوطني مالي اصطبار فراق الشام ألهبني دمشق في القلب قلبي في هوىحلب سورية اليوم بركان سيول دم كفى ضراما بنفسي المعذبة أفديك أفديك هذا بعض أمنيتي دمي حماةونوح الجسرأغنيتي شام الرسول منار نار ملحمتي ياشام ذاب الفؤاد الطفل من ألم وللأحبة في الميدان منزلة …… حلاوة الموت حقاً حين فوزك دمشق في القلب قلبي في هوىحلب سورية اليوم بركان سيول دم ياشام ياشام يكفيني من العنت في النفس ياطيبها ياعز منزلة.. في كلا الحياتين من دنيا وآخرة دمي حماةونوح الجسرأغنيتي شام الرسول منار نار ملحمتي ياثورة غضبت لله وانطلقت رهبان ليل فرسان الوطيس هم... فلاح فجر انتصار تحت واعتصموا دمشق في القلب قلبي في هوىحلب سورية اليوم بركان سيول دم في الله قد فجرتها خير كوكبة.. شقوا الطريق بعزم الطود في ثقة في ثورة في بلاد الشام مؤمنة دمي حماةونوح الجسرأغنيتي شام الرسول منار نار ملحمتي
--------------------------------------
nyanyian rintihan cinta dan harapan dari seluruh pelusuk bumi yang berbuak dan kacau pilu
sedang aku menunggu mawi dan siti dengan liput di sisi matsabu.
---------------------------------------------- latar ElSuraya/Doa Sepanjang Masa ----------------------------------------------
'Tutup pintu, nanti lalat masuk', kata aku pada mereka, bila mereka suka sangat keluar masuk.
Memangpun. Bila masih dalam musim panas sekarang, lalat mudah datang. Jika di masa lain memang sukar untuk jumpa lalat.Mungkin terlalu sejuk untuk mereka hidup. Tetapi bila tiba musim panas, akan keluarlah lalat.
Walaupun tidak banyak, tetapi ia dari jenis yang agak besar dan bewarna kebiru-biruan itu memang amat suka hinggap pada makanan dan mungkin bertelur.
Sejak pagi tadi, daging ayam dari peti sejuk Umi telah keluarkan. Biar ia cair sendiri dan mudah untuk di masak. Dan kini ketul-ketul daging ayam itu hampir semuanya telah lembut dan aisnya telah cair.
Buka saja beg plastik bungkusannya dan basuh. Ketul-ketul ayam itu sederhana besarnya,kalau berbanding dengan yang dibeli bulan lalu di kedai ada gambar masjid nabi. Tapi yang ini dibeli dikedai jirannya Chaudhori.
Ayam bahagian peha dan kaki kali ini memang tidak besar. Kalau beli yang ada tawaran tiga ekor £5.00 itu biasanya kecil sangat. Ayamnya masih dara, kecil saiznya. Bukan ayam tua.
'Potong kecil-kecil?' ingat lagi pertanyaan jiran Chaudhori itu masa aku beli ayam dulu.
'Ya', kata aku pendek.
'Buang kulit?'
'Tak payah'. Sebab aku masa itu hendak cepat. Aku ada kerja lain.
Periuk telah dipanaskan. Ayam tadi telah aku basuh dan kulitnya aku buangpun. Saja malas makan dengan kulit.
Minyak sapi yang tinggal sedikit itu aku masukkan saja ke dalam periuk yang tengah panas dan nampak sedikit berasap.
Minyak sapi separuh beku itu bila terkena wap panas periuk terus aja cair dan mengalir laju ke tepi periuk aluminium yang sederhana besar.
Minyak itu tidak cukuppun, aku tambah sedikit dengan minyak bunga matahari cap Tesco, botol kecil.
Apinya diperlahankan.
Bawang dah habis? kata aku sendiri bila tengok bawang besar yang dibeli seguni £2.50 dulu sudah habis rupanya. Yang tingga hanya sejuring kecil.
Tak apalah, bubuh bawang putih aja, sedikit halia, kulit kayu manis, bunga lawang, satu lagi yang bulat2 biji apa tu. Lupa dah namanya. Yang orang Arab biasa minum teh campur benda itu.
Bawang sejuring, bawang putih 3 ulas dipotong halus dan 4 keping irisan halia aku goreng sekali. Setelah bawang putih seperti ada yang telah kekuningan, baru dimasukkan rempah biryani dari dalam kotak, yang diluarnya tertulis mengikut resepi malaysia.
Semua itu ditumis dan selepas itu baru dimasukkan 8 ketul daging ayam, digaul bersama. Aku masukkan sesudu mayonis, sebiji buah tomata yang telah dipotong, sedikit gula dan sedikit garam.
Selepas lebih kurang 5 minit, kelihatan ia seperti agak kering, maka aku tambahkan sedikit air supaya ayamnya cepat empuk.
Aku kacau sekali-sekali.
Apinya disederhanakan, aku letak pada nombor dua.
Lepas itu aku ke depan sekejap. Buka semua surat khabar The Guardian bahagian dua, yang ada tunjukkan gambar kapal terbang NASA Boeing 747 membawa kapal angkasa Discovery di atasnya, akan diterbangkan ke Florida.
Aku ke dapur semula. Wap nasi telah keluar dari periuk. Kerana sejak sebelum masak ayam, beras basmati yang baru beli tadi,aku masak hanya 3 gelas kecil, dengan airnya 3 setengah gelas.
Nasi putih aje, memang tak cadang untuk bubuh minyak sapi, sebab minyak sapi yang koret tadi dah dipakai pada daging ayam.
Aku rasa kuah ayam yang dah mula nampak pekat sedikit dan ayamnya nampak dah hampir masak.
'Alamak, masin sikitlah'.
Tak apa, tambahkan sejemput gula, ditabur dan dikacau. Api dibiarkan perlahan.
Tiba2 telefon berbunyi. Aku angkat.
'Abang tengah masak? suara tanya aku. Mungkin dia saja teka sebab aku lambat angkat telefon.
'Aaa, naper', balas aku pendek.
'Tak la, ini dah dapat email dari pakcik ni. Dia komen-komen macam', balasnya lagi.
Dia kata, ****, ****, ****.
Lagi, kata aku.
***, ****, ***. ****, ****,****, *****. ****. *******************, *************.
Tak payah nak pening, kita pilih mana yang patut-patut. Dan tak payah ambil hati, angin dia tak baiklah tu, kata aku buat meredakan.
'Oklah', bye.
Aku terus ke dapur balik. Dan ayam tadi kelihatannya memang telah masak.
5 ketul ayam diletakkan dalam mangkuk dan sedikit madu dituangkan pada ketulan daging ayam itu agar biar lebih manis madu dan hilang masinnya.
'Mari makan!', aku sedikit berteriak.
'Tutup komputer, dan mari makan', kata aku lagi.
Sayur?, ya sayurnya dipotongkan buah timun yang berkulit hijau tua itu diletak dalam satu piring.
Juga sayur salad campur yang ditulis pada plastik bungkusannya 'sudah dibasuh'.
Aku tengok semua diam sambil terus mengunyap.
Kak Long nak lagi nasi? tanya aku, bila lihat dia buku tudung periuk.
Dari dahulu saya berangan untuk menceritakan keadaan sebenar tentang keburukan dan kelemahan orang Inggeris. Kelemahan, kejelikan dan keburukan itu bukanlah perkara yang saya sengaja reka, tetapi ialah kenyataan yang sebenarnya.
Hasrat saya itu bertitik tolak dari imej hebat, baik, bagusnya mereka di sisi kita orang Melayu.
Sedang imej negetif pada orang Melayu seperti telah terpahat dalam diri orang Melayu sendiri.
Kita sampai kini masih mendendangkan orang Melayu yang malas, mudah lupa, tidak rajin, bermasalah sosial, kadar jenayah tinggi, golongan penagih yang ramai, runtuh akhlak dan pelbagai unsur negatif lainnya.
Orang kita sendiri yang menyanyikan lagu itu kepada bangsa kita sendiri dan memandang bangsa lain sebagai lebih baik dan elok. Apatah lagi jika kita membandingkan orang Melayu dengan orang Inggeris.
Tetapi dari pengamatan saya sendiri terhadap bangsa Inggeris yang kita gambarkan sebagai hebat dan bagus itu sebenarnya mempunyai pelbagai ciri-ciri negatif yang jauh lebih teruk dari bangsa Melayu.
Perbandingan yang saya buat adalah berdasarkan orang awam, rakyat biasa, pekerja bawahan bangsa Inggeris.
Jika yang ingin diukur ialah sifat malas, orang Inggeris jauh lebih malas dari orang Melayu.
Jika ingin diukur di segi jujur dan ikhlas, orang Melayu jauh lebih jujur dan ikhlas dari orang Inggeris.
Jika diukur dari segi sopan santun, orang Melayu jauh sopan santun dari orang INggeris.
Jika diukur dari curi tulang, orang inggeris jauh mencuri tulang dari orang Melayu.
Jika diukur dari kewarasan, orang melayu jauh lebih waras dari orang Inggeris yang sering tidak waras dan mabuk hampir setiap hari.
Tetapi imej negatif itu tidak tertonjol. Imej buruk itu tidak tergambar dan tidak popular.
Imej buruk sistem hidup berkelamin mereka sudah seperti haiwan ternakan kerana runtuhnya sistem perkahwinan mereka, seperti begitu banyak kes-kes dilapurkan dalam akhbar dan tv seorang isteri bebas membuat hubungan kelamin dengan lelaki lain dan suami mempunyai hubungan kelamin dengan perempuan lain.
Bapa meniduri isteri anak dan ibu tidur bersama suami anak adalah kes-kes yang tidak ganjil.
Iklan tentang seorang gadis yang bijak ialah gadis yang sentiasa membawa kondom di beg tangannya kemana-mana dia pergi, terpampang di pusat-pusat kesihatan, klinik dan hospital.
Anak gadis yang mempunyai empat teman lelaki yang boleh ditiduri silih berganti adalah perkara normal.
Peratus anak gadis belasan tahun di bawah umur mengandung makin meningkat dan merupakan yang tertinggi di kalangan negara eropah yang lain.
Tanpa kira budak-budak atau orang tua, kegiatan mencuri pakaian dipusat membeli belah senang berlaku bila mana mereka mencuba pakaian baru. Mencuba pakaian baru dan terus keluar kedai dan meninggalkan pakaian lamanya, sehingga hampir semua kedai mengenakan alat pengesan untuk mengurangkan kadar kecurian.
Tanpa unsur prajudis dan supaya bersikap adil kepada mereka, mereka sangat menjaga waktu datang kerja supaya tepat waktunya dan sangat menjaga waktu balik supaya tidak lambat balik. Tetapi setelah datang mereka sangat sibuk untuk minum teh dan berborak.
Kerja yang boleh orang Melayu buat dalam tempoh 15 minit, mereka tulis dan dokumenkan dengan rapi dan mempunyai manualnya sekali sebagai memakan masa 30 minit.
Sedang orang Melayu sering datang lambat dan tidak kisah balik lambat.
Mereka rajin membersihkan rumah dan taman persekitaran. Hampir semua rumah mempunyai cermin tingkap yang luas dan besar dan cerminnya berkilat-kilat dan kita dari luar melihat kedalam seperti melihat akuarium.
Oleh kerana bangsa mereka adalah bangsa yang sangat manis mulut ketika bercakap dan bercakap besar dan seperti bagus, dan memberi tahu mereka boleh buat semua benda dan bagus, maka ia menjadi kaedah pemasaran yang sangat berkesan.
Sedang kita bangsa yang sering meminta maaf ketika belum tentu kita bersalah, dan sering menyebut kita mungkin buat silap dan mempunyai kelemahan dan tidak berapa baik, walaupun benda tersebut telah sangat bagus; akhirnya menampakkan kita rendah dan tidak reti.
Kerana manis mulut membelit dan menipu lah maka mereka menjajah ratusan negara dan sampai sekarang masih menjajah negara orang seperti di Iraq, kerana rendah dirilah kita mudah sangat memberi projek kepada kontraktor dan perunding luar, sedang orang kita dah ramai yang pandai dan makin susah nak dapat projek dari kita sendiri.
Apa bila AJ menyebut dia sering berkunjung ke blog Pak Latip dan menyertakan sambungannya, lantas saya juga kesana, untuk tahu sendiri apa isunya antara AJ dan Pak Latip.
Kaedah yang dilakukan oleh AJ ini adalah salah satu pendekatan pemasaran yang berkesan, iaitu 'cerita dari mulut ke mulut' dari pelbagai pendekatan dalam ilmu pemasaran.
Antara yang ingin saya kutip dari sana ialah pengalaman kegembiraan yang dirasai oleh Pak Latip sebagai penulis. Beliau berkata:
'sebagai seorang penulis saat paling bahagia bila melihat karya diterbitkan atau dibukukan. Saat paling menyukakan hati bila mendapat royalti atau menang sayembara walau sekadar hadiah saguhati. Rupanya ada lagi saat paling membahagiakan dari itu semua bila karya dibuat kajian oleh pelajar universiti bagi memenuhi syarat graduat mereka' (24 Januari 2005)
Sedikit lagi akan banyak penyelidikan pelajar universiti tentang blog dan penulisan di weblog yang makin berkembang.
Kita akan boleh dengar kegembiraan seperti disebut oleh PakLatip dari penulis2 blog yang ramai selepas ini.
'selamat datang', kata oang tua itu sambil menghulurkan tangannya. Aku sambut jabat tangan itu dengan ucapan terima kasih.
Ada orang pakai bilik C, soal dia pada kerani didepan yang dari tadi aku tidak berapa nampak dia kerana meja kaunter didepannya agak tinggi.
Kerani itu menggeleng-geleng tanda tiada siapa yang guna.Orang tua berjalan terus ke depan melalui bilik besar yang ramai pekerja sedang serius memandang pc masing-masing.
Macamana tadi? senang jumpa? sapanya lagi sambil membuka tingkap agar udara luar masuk kebilik kecil itu. Memang bilik itu kecil aja, diluar terdengar bunyi sesuatu seperti bunyi mesin pencetak.
Bolehlah, lagipun ikut jalan yang lama itu, balas aku sambil senyum.
Minum kopi, letak gula atau tidak? sambil dia menyangkut kot warna kelabunya pada kerusi di depannya.
Aaa, boleh letak sikit.
Lima minit kemudian dia masuk dengan dua gelas kopi di tangannya. Aku mula bercerita tentang kerja sekarang dan cuba bercerita seringkas mungkin.
Aku nampak dia mencatit sesuatu pada bukunya dan disisinya ada sebuah fail palstik yang kelihatannya banyak kertas-kertas diselitkan.
Bila dia mula bercerita satu persatu dan lantas mengeluarkan segala kertas-kertas dan minit mesyuaratnya, fikiran aku mula memikirkan, tentu sekali orang tua ini mula bersungguh-sungguh untuk mencerita kan segala-galanya.
Kesungguhannya bercerita dan menunjukkan segala kertas-kertasnya sama sekali jauh berbeza dengan Paul Not semalam. Aku tahu Paul Not bukan baru kerja. Jawatanya besar, syarikatnya besar. Orangnya bulat berisi. Biliknya jauh lebih besar dari bilik C ini. Meja bulat di bilik Paul Not jauh lebih hebat.
Tapi Paul Not cakap sedikit saja. Cakapnya satu persatu macam sedang memikir apa yang patut di cakapkan. Sehingga penat aku memikir apa lagi yang hendak ditanya supaya Paul Not bercakap lagi.
Tapi orang tua ini lain. Orangnya agak kurus, tidak tinggi. Jauh sekali saiznya berbanding Paul Not yang bulat dan besar itu. Aku hanya mengangguk-angguk saja, tanda setuju. Dia masih bersugguh-sungguh bercerita.
Beberapa kali aku melihat jam, agar dia reti aku bukan hendak lama. Kepala aku terus terfikir mungkin orang tua ini sudah lama tidak bercakap dan tidak dapat melepaskan apa yang hendak cakapkan. Maka aku jadi mangsa untuk dia lepaskan segala ceritanya. Sedang Paul Not Bulat telah penat dan habis modal tengahhari itu yang sentiasa ingatkan waktu makan. Dan aku macam penghalangnya untuk keluar cepat dari pejabat.
Hari ini dimaklumkan telah di isytihar darurat dibeberapa kawasan, seperti di kuala selangor, apabila index pencemaran udara telah mencecah 500 mata.
Dari pendapat yang saya dengar kegelisahan orang ramai makin bertambah2 bila pihak berkuasa lambat bertindak dan macam tak buat apa.
Apa orang harus buat bila kene bagini?, Kenapa guru2 besar dibiarkan buat keputusan sendiri nak tutup sekolah atau tidak, kan baik jabatan pendidikan daerah yang buat keputusan dan keluarkan makluman dalam radio semua sekolah tutup.
Kenapa biarkan orang pergi kerja juga, sedangkan kawasan rumah dia kawasan darurat, di kawasan kerja tidak darurat?
Kenapa dalam website2 jabatan2 tertentu yang bertanggung jawab tidak memberikan garis panduan apa yang patut dibuat dengan segera?
Kan dulu dah pernah berlaku, kenapa masih seperti tidak ada pengalaman menghadapinya?
Rungutan2 orang ramai itu nampaknya masih tinggal rungutan sebab pihak yang bertanggungjawab rasa tidak menjejaskan apa2 kalaupun orang marah atau merungut.
Banyak perkara dan kes yang bersifat nasional yang kita macam buat tidak apa dan macam tidak kisah sangat.
Bila sistem kita boleh berubah untuk mesra masyarakat dan pro aktif dengan segala bentuk masalah, supaya kita masyarakat terbanyak mendapat manfaat dan tidak menjadi mangsa kelemahan sistem sendiri.
Kalau idea pengswastaan dulu ialah menjadikan ajensi yang lembab jadi cekap bila di swastakan.
Agaknya sudah tiba masa kita swastakan sistem kita pada mereka yang mampu memberi perkhidmatan yang cekap.
Menyaksikan pendaratan kapal angkasa Discovery secara langsung dari TV NASA bermula sebelum dari kapal angkasa tersebut memasuki ruang udara bumi sehingga selamat mendarat sedikit mendebarkan.
Saya bukanlah peminat setia kepada program jelajah angkasa atau peminat agensi tersebut bukan juga peminat jenis-jenis kapal angkasa seperti penyokong bola kelab manchester United yang tidak boleh tidak akan menonton setiap kali pasukan itu bertanding.
Minat saya lebih terdorong untuk mengikuti perkembangan kapal tersebut, bila kemungkinan untuk dia meletup semula di udara bila kapal itu mula memasuki ruang udara bumi, sama seperti berlaku pada kapal sebelum ini.
Saya tidaklah berdoa supaya dia meletup, tapi kemungkinan dia meletup itu yang makin menarik minat saya.
Yang lebih menariknya, pada saat kapal itu mendarat sahaja, komputer saya menyiarkan azan tanda masuk waktu zohor, kerana saya telah memuat turunkan perisian azan dari IslamicFinder. Perisian tersebut akan memainkan seruan azan apabila masuk waktu sembahyang mengikut waktu lokasi di mana kita berada.
Saya tidak tahu apa erti secara langsung yang saya dapat dari melihat peristiwa tersebut. Yang hanya terfikir ialah kemajuan teknologi yang telah dicapai oleh Amerika dan bagaimana mereka mendominasi segala cara melaporkan dari pespektif Amerika, sedangkan kejayaan NASA itu didokong oleh ramai tenaga dari pelbagai negara.
Kepakaran orang dari negara lain yang bertugas di NASA tidak tertonjol, kehebatan Russia lebih awal memiliki stesen angkasa lepas tidak tertonjol, yang disajikan ialah kehebatan Amerika.
Apakah itu gambaran kebencian saya pada Amerika, saya tidak tahu.
Yang pasti juga, anak saya makin memahami di mana negara2 dunia dengan melihat dari angkasa yang jika dibanding dengan ketika saya kecil, saya tidak berpeluang memahami itu.
Pernah terkeluar ketulusan pengakuan Ketua Setiausaha Negara (KSN) tentang tenatnya sistem kita bergelumang dengan rasuah.
Walaupun pengakuan tulus KSN itu mendapat sedikit kritik kononnya betulkah seteruk itu, atau kalau ya, mengapa perlu KSN membuka pekung di dada, namun itulah kenyataannya.
Kalau sekadar untuk menunjukkan contoh-contoh sebut saja apakah aktiviti-aktiviti dalam pentadbiran dan masyarakat yang tidak melibatkan 'hulur duit dan terima duit'.
Saya diberitahu mana-mana lori membawa barangan ke singapura, pastikan pemandunya tidak lupa turut membawa 'bungkusan kecil' yang perlu ditinggalkan di tambak johor, jika tidak lori kamu akan di periksa lambat.
Kalau kamu pertama kali membayar cukai tanah dan sedang beratur panjang, kamu jangan heran akan ada Ah Chong yang membawa sebeban geran terus kedepan memotong barisan menyerahkan gerannya yang banyak itu di kaunter. Sebentar lagi dia datang lagi mengambil geran2nya yang telah berbayar, sedang kamu masih beratur.
Kamu juga boleh lihat seperti itu di mana2 kaunter pejabat lain.
Kalau kamu baru bekerja menjaga mana-mana projek kerajaan, jangan kamu terkejut mendapat pelbagai hamper dan duit ampau yang kamu mungkin taidak sangka banyakknya.
Kamu tidak perlu jawat jawatan tinggi untuk pakai kenderaan baru, sekadar kerani tapak saja kamu mampu memakainya. Jika tayar kamu telah botak, sebut saja tayar kamu telah tidak baik kepada kontraktor yang bekerja dengan kamu, nanti dia akan suruh kamu tukar di mana2 kedai tayar. Kalau projek kamu besar, sebut saja kereta proton kamu telah teruk, kamu boleh merasa kereta jepun baru.
Kalau abang kamu tok kadhi dan sedang mencari pembekal kitab2 ke seluruh masjid di daerahnya, pesan pada dia, akan ramai pembekal akan beri duit lebih pada dia, supaya dia beli kitab2 dari syarikatnya.
Kalau kamu baru jadi juruhebah radio di mana stesyen, jangan kamu terkejut kene mainkan banyak kali lagu dari syarikat yang sama, sebab mereka 'telah berjasa pada kita, kata bos kamu'.
Yang cuma hanya belum aku tengok ialah Yusof Hslm memasukkan adegan dalam Gerak Khas nya, A Glak terima byaran bila menahan orang ditepi jalan seperti dalam filem hindustan.
Terlalu banyak perkara yang perlukan diberikan makna yang baru. Makna-makna yang lama lebih membawa kepada pengasingan dan pemisahan.
Ambil sahaja tentang makna bidang sains dan sastera. Kita terus menerima sahaja apa itu bidang sains dan apa itu bidang sastera. Secara umum mungkin tidak ada salahnya menerima pembahagian itu.
Tetapi makna yang dibawa bersama dengan pengkelasan itu ialah apa yang kita amalkan sebagai pengkelasan keputusan peperiksaan persekolahan, antara keputusan baik dan kurang baik, antara pelajar pandai dan kurang pandai.
Ukuran pandai dan kurang pandai tadipun diukur dengan keputusan peperiksaan yang bertulis itu. Dan sistem yang kita amalkan mereka yang pandai mengambil aliran sains dan yang kurang pandai pula ke aliran sastera.
Kewujudan pengkelasan itu sebenarnya telah membuat amalan kasta dan memberi imej tinggi dan rendahnya sesuatu bidang. Ini sepatutnya tidak begitu.
Sepatutnya bukakan saja aliran itu kepada sesiapa dan biar tidak ada makna baik dan kurang baiknya antara dua aliran tersebut. Biar tidak ada makna apa-apa yang membezakan kebolehan dan kepentingan antara dua bidang itu.
Mungkin nanti mereka yang lebih meminati sesuatu bidang itu memilihnya sendiri tanpa adanya penetapan dan perbezaan darjat. Pelajar-pelajar akan belajar dengan bersungguh-sungguhlah jika mereka telah memilih sesuatu bidang yang disukainya, kerana usaha bersungguh-sungguh dari sesiapa sahaja tanpa berpandukan keputusan peperiksaan yang lepas, jelas menunjukkan tangga kejayaan.
Berapa ramai mereka yang kurang pintar dan tidak mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang di peringkat persekolahan, dengan berkat berusaha bersungguh-sungguh dapat mendaki tangga akademik ke peringkat yang paling tinggi. Begitu banyak bukti itu.
Demikianlah juga mereka yang sangat cemerlang keputusan peperiksaan diperingkat persekolahannya, tetapi berakhir dengan menjawat pekerjaan biasa sahaja, kalau kedudukan pekerjaan dibuat sebagai ukuran.
Dalam waktu yang sama, apabila dilihat disektor pentadbiran masyarakat, negeri dan negara, sering pula mereka yang dari aliran sastera ini yang memegang jawatan-jawatan penting di peringkat pentadbiran, jawatan yang membuat keputusan dan polisi.
Jawatan untuk mereka yang bijak pintar dahulunya itu akhirnya hanya sebagai jawatan pelaksanaan, baik jurutera, doktor, ahli sains dan yang lainnya, bukan jawatan pembuat polisi dan dasar.
Debat ini harus disegarkan kembali. Memberi makna baru dan memecahkan makna lama tentang sistem kelas ini harus di hapuskan.
Kita tidak harus dipecahkan antara orang pandai dan kurang pandai, semata-mata ukurannya peperiksaan persekolahan.
Semua orang ada kekuatan, semua orang memberi sumbangan, kita mesti memecahkan tradisi ini.
---------------------------------------------- latar RahbaniBros/Goodwin-returntoparadise ----------------------------------------------
Hari ini apabila angkasawan dari kapalangkasa Discovery keluar berjalan di angkasa membaiki kerosakan kapalnya, menarik serpihan yang terkopak ketika waktu pelancarannya dahulu, ia menjadikan catatan sejarah besar bagi aktiviti penerokaan angkasa.
Yang lebih mengesankan ialah ianya di beri liputan secara langsung dari kaca TV NASA dan dipancarkan keseluruh bumi.
Mendengar perbualan telefon mereka secara langsung dan melihat gambar mereka serta gambar kapal angkasa tersebut mendarat di Stesyen Angkasa Lepas Antarabangsa dengan berlatarbelakangkan gambar bumi memberikan gambaran alam yang sungguh luas dan amat mengkagumkan.
Pergerakan yang sangat laju stesyen tersebut mengelilingi bumi melintasi seluruh benua, dengan sekejap sahaja melalui bahagian malam dan siang di bumi sungguh memberi kefahaman tentang sistem putaran alam ciptaan Tuhan.
Jenguklah untuk melihat kebesaran Tuhan dan kekerdilan manusia.
Ajaklah atok, nenek, ayah, emak dan kanak-kanak dikampung untuk melihat sendiri perkembangan teknologi manusia, di zaman kita boleh melihat gambar tv dan suara orang bercakap nun 220 batu di langit.
Pengetahuan yang sangat bererti buat mereka dan kita juga.
Sejak supermarket Morrisons mengambilalih (baca menelan) supermarket Safeway menjadi pengunjung makin ramai ke situ.
Yang sangat terasa ialah harga2nya jauh lebih murah berbanding ketika Safeway masih hidup.
Walaupun Morrisons itu telah lama beroperasi lebih di kawasan utara England, tetapi dengan kerajaan mengizinkannya menelan Safeway yang lebih besar darinya (sama seperti dalam sektor perbankan di tanah air bila cicak diberi kebenaran menelan buaya) tak terduga ia menjadi supermarket ketiga terbesar di Britain selepas ASDA dan Tesco.
Soal apa yang terjadi itu adalah sepakterajang dalam sektor korporat. Yang lebih utama ialah apa kesan langsung kepada orang awam pengguna. Jika pengguna rakyat kebanyakan mendapat lebih banyak kebaikan, maka ia patut dilihat sebagai unsur positif.
Tetapi jika ia lebih menghasilkan kesan negatif seperti pengguna makin terhimpit, atau harga makin tinggi atau apa-apam lainnya yang tidak baik, maka ia harus dilihat benda tidak elok.
Memanglah untuk mencari semuanya positif dari satu2 tindakan adalah susah. Akan ada yang baik dan tentu jika ada sebaliknya.
Tetapi ukuran harus kepada masyarakat bawahan dan rakyat terbanyak. Keputusan mesti untuk kepentingan orang ramai bukan untuk sekelompok mereka yang boleh mengaut keuntungan segera.
Jika polemik Datuk Seri Rafidah Aziz dan Tun Dr Mahathir tidak terjadi, kita orang ramai mungkin tidak tahu bahawa mudahnya segolongan orang yang terpilih untuk mendapat jutaan ringgit semata2 terpilih untuk menerima AP, yang kalau menurut Tun Dr Mahathir malah ada yang sebuah showroom pun tak ada, bagaimana mahu berniaga kereta?.
Apa kebaikan pada kita pengguna dan rakyat kebanyakan dengan polemik ini?
Buat ketika ini kita hanya menyaksikan perkara itu terjadi, harga kereta baik proton atau naza masih terlalu tinggi berbanding nilai duit kita.
Entah bila agaknya kita boleh menikmati nilai duit berbanding dengan harga kereta seperti di England, membayar ansuran kereta hanya £100 sebulan dari harga sebuah kereta bernilai £7000, maka kerja sebagai tukang sapu bergaji £500 boleh memiliki kereta baru.
Polemik itu sihat supaya kita sama2 belajar dan faham apa keadaan sebenarnya. Cuma tertarik bila terlihat tajuk tulisan Hishamddn Raes, 'selamat datang ke gerakan reformasi Tun'
Di luar masih redup. Cuaca mendung sejak tiga empat hari yang lepas, masih mendung berterusan. Sesekali hujan. Kemudian berhenti. Kemudian hujan lagi.
Itulah cuacanya sejak tiga empat hari yang lepas. Begitulah.
'Boleh kita pergi kolam renang lagi?, tanya abang. Aku diam. Aku masih mengadap pc. Masih melihat dari satu laman ke laman yang lain.
'Boleh ker?, sambung abang lagi.
'Nanti dulu', kata aku pendek.
Dia terus ke dapur. Mencari umi.
'Umi, boleh ker kita pergi kolam renang lagi', tanya abang lagi pada umi.
'tanyalah ayah', kata umi pula.
Abang datang lagi kedepan.
Boleh ker kita pergi?, tanya abang lagi
Ok, ok, ok, kita pergi.
kita pergi, kata aku.
Jam telah tunjukkan hampir pukul 11.00 pagi. Jadual kolam untuk sesi keluarga akan tamat 12.15.
Dan kami akhirnya berendam dalam air sejuk, dengan pakaian yang lain dari semua orang lain.
Penjaga kolam hanya berpandangan saja. Nasib baik kami tak disuruh pulang untuk tukar pakaian.
|