|
Weblog Ukhti Ani..Proud To Be Muslimah..

last modified Apr 15, 2008 at 23:32
Terlalu lama weblog ini kutinggalkan sehinggakan ianya bagaikan sudah usang dan hanya menjadi sampah di alam maya. Segala ruang masa, waktu dan tempat menyebabkan weblog ini agak terabai.
Setelah melalui beberapa waktu fasa hidup selama mana weblog ini kutinggalkan, ingin sekali ku menyegarkannya kembali dengan satu sinar harapan agar segala yang tersimpan dikotak pemikiran ini akan dapat terus salurkan untuk manfaat bersama.
Gersang Bumi Tanpa Hujan, Gersang Minda Tanpa Ilmu, Gersang Jiwa Tanpa Amal, Gersang Hati Tanpa Iman.
"Research means that you don't know, but are willing to find out"

Anak-anak adalah amanah dari Allah SWT dan Ia sebahagian dari ujian Allah SWT kepada kita hamba-hambaNYA. Firman Allah SWT : "Harta benda dan anak-anak kamu hanyalah menjadi ujian dan di sisi Allah ada pahala yang besar." (QS. At-Taghabun, 64 : 15)
Sebagai ujian, Ia akan dipertanggungjawabkan. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul?
Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak."
Lalu Rasulullah SAW berkata "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai banyak anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi manfaat kepadanya sesudah ia meninggal dunia."
Maksud Al-Hadits, ini mungkin disebabkan beberapa kelalaian dalam mendidik anak-anak.
Kelalaian pertama : Kurang berdoa A. Kurang berdoa semasa mengandung. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah : - Saidul (penghulu) Istighfar - Doa memohon rahmat (QS. Ali Imran, 3 : 8-9) - Doa memohon zuriat yang baik (QS. Ali Imran, 3 : 38) - Doa agar anak mengerjakan solat (QS. Ibrahim, 14 : 40-41)
B. Kurang berdoa semasa membesarkan anak. Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah : - Doa agar anak patuh kepada Allah SWT (QS. Al-Baqarah, 2 : 128) - Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (QS. Al-Furqan, 25 : 74) - Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Kelalaian kedua : Banyak memberi ajaran tarhib (menakutkan) daripada targhib(dorongan atau motivasi) Ajaran tarhib antara lain seperti : - menakutkan anak-anak dengan sekolah. - menakutkan dengan tempat gelap. - menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau. - menggunakan kekerasan dan paksaan waktu menyuruh anak tidur.
Kelalaian ketiga : Tidak tegas dalam mendidik anak-anak. - tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak - terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti saja tanpa mengerti perasaan mereka.
Kelalaian keempat : Menegur anak secara negatif. - mengeluarkan kata-kata kasar dan makian kepada anak-anak (terutama sewaktu marah).- membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain.
Kelalaian kelima : Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani,rohani dan intelektual. Pendidikan intelektual lebih dipentingkan daripada pendidikan rohani. Apabila diberikan pendidikan rohani, pendidikan intelektual biasanya diberikan porsi yang lebih besar. Sehingga tidak terjadi keseimbangan.
Kelalaian keenam : Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak. Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : 'Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussein bin Ali ra. Ketika itu Aqra bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda.
Berkata Aqra : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka."
Rasulullah melihat kepada Aqra kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."' (Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kelalaian ketujuh : Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang baik. Orang tua tidak menunjukkan cara berpakaian yang baik dan sesuai syara bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara seenaknya atau berpakaian seksi di hadapan anak-anak.
Kelalaian kelapan : Susunan rumah tangga yang tidak baik. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara salah seorang dari ibu bapanya.
Kelalaian kesembilan : Membolehkan orang yang tidak baik perilaku, kesopanan, dan ahlaknya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak. Apabila kelalaian ini terjadi, maka akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang sedang dalam pertumbuhan.
Kelalaian kesepuluh : Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton di TV ataupun video.
Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syara' dan perbualan yang dapat merosak aqidah dan pemikiran anak-anak.
Kelalaian kesebelas : Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak.
Sebagai ibu bapa kitalah yang akan diminta pertanggungjawaban di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber: light of islam Org yg b'fikiran besar byk m'perkatakan ilmu,Org yg b'fikiran sederhana byk m'perkatakan peristiwa,Org yg b'fikiran rendah byk m'perkatakan diri sendiri.
Persaudaraan dlm Islam itu sangat indah.Islam sendiri membahagikan persaudaraan itu mengikut katogerinya yg tersendiri.Namun tidak wajar jika sesuatu urutan hidup ini dilalui membuta tuli.Tanpa ilmu kita akan mudah tergelincir.Tanpa nasihat kita akan mudah melatah...tiada nasihat yg paling bermakna melainkan nasihat dari diri sendiri.Walau sewarak mana nasihat yg diberikan kpd kita namun jika hati kita tidak terbuka menilai dan menerimanya maka sudah pasti kita akan menolaknya.Persahabatan ini bukan hanya satu ungkapan yg mudah utk direalisasikan. Ia memerlukan tunjang keikhlasan,kasih sayang dan kejujuran.Berdasarkan tunjang yang kuat dan jelas itu akan membentuk satu batang pokok yg dilapisi kulit kesabaran.Cuba kita imbas,apb kita diuji dgn karenah sahabat yg krg kita gemari namun berdasarkan tunjang kasih sayang,kita mampu bersabar.Dgn tunjang keikhlasan juga kita mampu menasihatkannya.Dgn tunjang kejujuran,kita yakin dgn setiap tindak tanduknya bukan kepuraan. Islam itu membahagikan 4 katogeri persahabatan: 1)sahabat jalan 2)sahabat pintu pagar 3)sahabat pintu rumah 4)sahabat ruang tamu 5)sahabat bilik tidur.
jika kita perhatikan begitu teliti perancangan Islam.Sememangnya Islam menggalakkan persaudaraan namun kita dituntut mendalami ilmu agar dapat meneliti intipati yg diterangkan.Tidak semua sahabat kita itu sama...apa yg penting istilah sahabat bilik tidur itu bermakna yg betul2 boleh dipercayai dan diharapkan.Tiada hasad dengki dan mempunyai tunjang asas persahabatn.
Selain itu Al-Islam membahagikan persaudaraan ini di dalam 2 katogeri:
1)persaudaraan am- memberi nasihat yg ikhlas, membalas salam, menziarahi org yg sakit,menyambut org yg bersin dgn ucapan'yarhamkallah' dan menyempurnakan hak2 org yg hidup dan mati.
2)persaudaraan khas- ziarah, cintai mencintai, mengutamakan saudaranya lebih dari dirinya,bersegera menunaikan hajatnya,menyebutkan kebaikan saudaranya,membela kehormatannya tatkala dia tiada dan menyembunyikan rahsianya,tidak bertengkar dgnnya,mengampuni kesalahannya,mendoakan baginya semasa hidup dan setelah matinya.setia kepadanya,ikhlas menepati janjinya,tidak menyusahkan dia dan lain2 adab dan hak.

Alhamdulillah, suamiku dah tamat pengajiannya. Sedar tak sedar, dah grad suami aku rupanya... .Semalam, ingat nak sambut gak atas kejayaannya habiskan degree dia. Tapi, tak sempat sebab ayah mak balik semalam dari KL. So, kena siap2kan apa2 yang patut. Hanya sempat buat kek coklat sebiji. Itu pun, tak sempat nak bubuh chocolate topping atasnya. Balik ofis nanti, ingat nak siapkan decorate kek tu, nak masak special sikit malam ni. Hihihi...entah jadi ketidaknya .
So, sekarang ni duk sibuk cari kerja untuk hubby. Dia kata nak kerja dengan accounting firm dulu dalam setahun dua ni...ambil pengalaman. Tapi, tak tahulah camne. Hari Isnin baru ni...pergi interview kat Pengkalan Chepa...entah dapat ke tidak. Tawakkal dan tawakkal .

Panggilan jihad bergema lagi. Haiyya bil Jihad!!..Persiapan demi persiapan…terasa bagai banyak benda yang perlu dibuat. Di saat-saat mereka yang lain asyik dengan kehidupannya, namun tidak bagi pejuang-pejuang ini. Setiap saat dilalui dengan penuh bertafakur. Mengatur langkah dan strategi dengan teliti dan berhati-hati. Kerahan demi kerahan…ayuh sumbangkan sesuatu. Amal Jamai’ perlukan kesatuan yang utuh dari semua.
Didoakan semoga kita semua diberikan kekuatan untuk terus bersama-sama bil jihad. Namun, dalam kesibukan ini, janganlah ditinggalkan amalan-amalan rohani kita. Kekuatan kita bukan pada strategi yang diatur. Kekuatan kita pada hati yang sentiasa taqarrub billah..ikatan yang tidak putus-putus padaNya. Amalan solat tahajjud, solat dhuha, solat sunat rawatib, bacaan Al-Quran, zikir, al-mathurat….wajib diamalkan. Moga ada keberkatan.
Bila kita akan berangkat dari alam ini ianya ibarat penerbangan ke sebuah negara
Di mana maklumat tentangnya tidak terdapat dalam sebarang brosur penerbangan, tetapi melalui Al-Quran dan Al-Hadith
Di mana penerbangan bukannya melalui Air Asia atau AirJordan,tetapi Al-Jenazah ATAU AirJenazah
Di mana bekalan kita bukan lagi beg seberat 23 kg, tetapi amalan yang tiada caj lebihan berat, atau tiada caj lebihan berat ianya atas kesudian Pencipta kita
Di mana bajunya bukan Pierre Cardin, atau setaraf dengannya tetapi kain putih cotton
Di mana pewanginya bukan Channel atau Polo, tetapi air mawar dan cendana
Di mana pasport kita bukan Malaysia, British atau American, tetapi Al-Islam
Di mana visa kita bukan lagi sekadar 6 bulan, tetapi 'Lailahaillah'
Di mana pelayannya bukan pramugari jelita, tetapi Izrail dan lain-lain
Di mana layanannya dalamnya bukan lagi kelas business atau ekonmi, sekadar kain yang diwangikan
Di mana destinasi mendarat bukannya KLIA, Heathrow Airport atau Jeddah International, tetapi tanah perkuburan
Di mana ruang menunggunya bukan lagi bilik air-cond dan permaidani, tetapi bilik 6 kaki dalam, gelap gelita
Di mana pegawai imegresen adalah Munkar dan Nakir, mereka hanya memeriksa samada kita layak ke destinasi yang diidamkan
Di mana tidak perlu pegawai kastam dan alat pengesan
Di mana lapangan terbang transit adalah Al-Barzakh
Di mana destinasi terakhir samada Syurga yang mengalir sungai di bawahnya atau Neraka Jahannam
Penerbangan ini tidak dinyatakan nilainya..Ianya percuma, jadi simpanan (savings) anda tidak akan dihabiskan
Penerbangan ini tidak akan dirampas atau dibom, oleh itu tidak perlu bimbang
Sajian tidak akan disediakan, oleh itu tak perlu risaukan masalah alergi atau halal-haram makanan
Jangan risaukan delays, penerbangan ini sentiasa tepat waktunya, ia berangkat dan tiba tepat pada masanya
Jangan fikirkan tentang hiburan dalam penerbangan,anda telah hilang selera bersuka-ria
Jangan bimbang tentang tempahan, ianya telah siap ditempah sejak anda disenyawakan di dalam rahim ibu
Ya! Berita Baik!!
Jangan bimbangkan siapa yang duduk di sebelah anda. Anda adalah satu-satunya penumpang penerbangan ini. Oleh itu bergembiralah selagi boleh! dan sekiranya anda boleh! Hanya ingat!! Penerbangan ini datang tanpa 'amaran' Cuma perlu ingat! Nama anda telah ditempah untuk penerbangan... ADAKAH KITA TELAH BERSEDIA UNTUK BERANGKAT???
Dah 5 hari abang ke pondok Pulau Manis. Katanya abang...dia ada program kat sana, khusus untuk bulan Ramadhan. Mula-mula nak lepaskan abang pergi dulu, sedih gak. Sebab masa tu...duit dalam poket dia tak berapa ada. Tapi, abang kata, masa dia tengah takde kerja ni lah bebas nak ke mana-mana. Bila dah dapat kerja nanti, banyak komitmen pulak.Keyla...ani redha abang pergi. Lagipun, ani pun dapat pahala jugak kan abang...
Hujung minggu ni baru abang balik. Katanya abang, dia pergi untuk seminggu. Nanti abang balik...kita buat biskut raya sama-sama ye...Rindunya kat abang .
Success is one thing you can’t pay cash for. You’ve got to buy it on the installment plan and make payments everyday.
.......Raudhatul Amni....... 
Alhamdulillah, usia perkahwinanku dah masuk 2 bulan. Rasanya baru semalam kami diijabkabulkan Rupa-rupanya dah 2 bulan . Masih banyak yang perlu dipelajari dalam pendidikan rumahtangga. Bergelar seorang isteri bukannya mudah…terlalu berat amanah ini dipikul.
Saat-saat bahgia dirasai bergelar isteri apabila melayani karenahnya, makan minumnya, pakaiannya…lengkap sebagai seorang setiausaha sulit. Mula-mula kahwin dulu, terasa kekok juga untuk memanggilnya “abang”. Selepas dua tiga minggu, barulah terasa serasi dan indahnya panggilan itu. Huh!...baru lepas stage satu…hihihi.
Dalam pendidikan rumahtangga, banyak yang perlu dipelajari. Nak memahami tugas sebagai isteri dan suami memakan masa jugak. Ada sekali tu…teruk betul Ani nih. Masa makan malam (makan pukul 6.30), tak ingat dah kat suami. Sebab masa tu, bukannya nak makan nasi lagi…saje-saje teman mak makan. Pastu, dah rasa kenyang lah pulak. Lepas selesai solat Isya’…suami kata dia lapar. Masa tu baru ingat yang dia tak makan lagi….Kesiannya dia. Hihihi…kalau maknya tahu, mesti marah sebab menantunya tak pandai jaga suami.
Bulan-bulan puasa ni…semangat rasanya bila time nak sediakan juadah berbuka untuk suami. Hari-hari tanya dia nak makan apa. Tapi, katanya…”abang tak kisah Ani masak apa-apa pun. Abang makan je”…Jadi, pening gak Ani nak sediakan makanan untuk dia. Hari-hari kat ofis, sebelum balik…pening fikir menu apa hari ni. Alhamdulillah, suamiku tak memilih dalam bab makan. Semua yang Ani masak, dia makan. Hihihi….target Ani tahun ni, dia berisi sikit…3 kilo. Bukannya apa, badannya kurus sangat. Ani lak…macam belon.

Sup Bubur Lambuk bertulang
Bahan-Bahan untuk bubur: 1 pot beras 2 cm halia (ditumbuk kasar) 4 biji bawang putih (ditumbuk kasar) 5 biji bawang merah (ditumbuk kasar) 2 camca besar udang kering (ditumbuk) 1 Kentang dipotong dadu 1 lobak merah dipotong dadu 1 camca teh lada putih 1 camca teh lada hitam Garam secukup rasa Daun sup 4 pot air
Untuk Sup tulang 1 kilo tulang Rempah tumis sekampit 5 biji bawang merah 4 biji bawang putih 3cm halia 2 camca teh serbuk sup 2 camca besar rempah kurma
Bubur lambuk 1. Beras dibasuh bersih dan ditoskan. 2. Tumis bawang merah, bawang putih,halia dan udang kering di dalam periuk yang sederhana besar dengan sedikit minyak. 3. Masukkan beras dan air. 4. Masukkan lada putih, lada hitam dan garam secukup rasa. Masak dengan api sederhana. 5. Selepas 15 minit masukkan lobak merah dan kentang. Masak sehingga nasi menjadi bubur.
Sup tulang 1. Tumiskan bahan yang sudah ditumbuk halus bersama serbuk sup sehingga naik bau. 2. Tumiskan rempah tumis, serbuk sup dan rempah kurma. 3. Masukkan tulang dan air secukupnya. 4. Masak sehingga daging empuk.
Jus Buah-Buahan Sihat
Bahan-Bahan: 1 mangkuk buah tembikai 1 mangkuk nenas 1 mangkuk betik 1 biji belimbing besi Air gula secukupnya (tanpa gula pun tidak mengapa)
Cara membuatnya 1. Kesemua buah-buahan dipotong dadu. Campurkan buah-buahan dalam sebuah mangkuk dan tuangkan air gula. 2. Kisar kesemuanya. 3. Sejukkan.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau berikanlah aku sifat kasih sesama insan
Ya Allah Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya
Tetapi Ya Allah Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk menarik dirinya keluar dari terus terlena
Ya Allah Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk kearah rahmatMu
Ya Allah sesungguhnya Aku lemah tanpa petunjukMu Aku buta tanpa bimbinganMu Aku cacat tanpa hidayahMu Aku hina tanpa RahmatMu
Ya Allah Kuatkan hati dan semangatku Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu
Ya Allah Ya Tuhanku... Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri yang soleha Isteri yang sentiasa dihati
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..
http://www.yabdoo.com/qr.swf
Setelah sekian lama berehat, akhirnya muncul kembali. Dapat gak mencoretkan sesuatu dalam ni.
Emmm...baru-baru ni menyepi sebab apa ye... Pertamanya, sebab kat umah dan ofis tak dpt guna internet. Nak ke CC pun takde masa. Tiba-tiba jadi sibuk semacam je...kononnya...hi hi hi.
Keduanya, sama gak macam no satu tadi. Sibuk nak kawin baru-baru ni... Ha, nak share dgn semua sahabat sahabiah, gambar kawin kita. Simple je...
So, harap-harapnya, dapatla diteruskan usaha-usaha murni penubuhan weblog ni...
Untuk masakan yang lebih cepat,enak dan selamat.
Cuba dulu untuk pastikan keenakkannya. Dapatkan segera dengan harga promosi RM4.00 (untuk2 ekor ayam).
Hubungi ana; Wan Nuraini 019-9206848, Kak Ni 013-9161874 Ejen jualan juga diperlukan. Cuba dulu,baru tahu.
Nak bagitau ni...
Yayasan Pembangunan Sumber Manusia Kelantan mengadakan SKIM KERJA SAMBIL BELAJAR yang pertama seumpamanya di Kelantan dan MALAYSIA.
Disediakan kerja dan belajar dengan sistem 4 hari kerja, 1 hari belajar, dan 1 hari cuti.
Memang confirm ditempatkan kerja dalam tempoh 2 tahun pengajian dan selepas tamat pengajian akan ditempatkan dengan pekerjaan yang lebih baik dengan gaji yang lebih tinggi.
Syarat-syarat kelayakan: -lulusan SPM. -lelaki sahaja.
Datanglah beramai-ramai untuk temuduga pada 25-26 Jan 2005 di Bilik Operasi PKINK.
Kalau berminat, hubungi saya; WAN NURAINI WAN ADNAN (019-9206848)
cepat tau!!!
Selamat Hari Raya untuk semua...sahabat-sahabiah. Moga dimurahkan rezeki dan dicekalkan iman dalam menuju redha Ilahi. Moga kedatangan raya kali ni membawa persediaan kita untuk menghadapi bulan Muharram yang bakal tiba, In Sya Allah.
Kekuatan berfikir
Cinta bermula dari fikiran kita. Berfikir tentang pasangan ideal yang kamu inginkan akan membantu kamu mengenali dia, ketika kamu akhirnya bertemu dengan orang yang tepat tersebut.
Kekuatan untuk menghormati
Kamu tidak mampu mencintai seseorang atau apa saja kalau kamu tidak menghormati mereka. Orang pertama yang patut kamu hormati itu adalah dirimu sendiri. Untuk mulai menghormati diri sendiri, kita patut bertanya pada diri sendiri "Apa yang aku hormati dalam diriku ?". Untuk mendapat perasaan hormat dari orang lain, bahkan dari orang yang kamu tidak suka, kita patut bertanya pada diri sendiri,"Apa yang aku hormati dalam diri mereka ?"
Kekuatan untuk memberi
Jika kamu mahu menerima cinta, kamu harus mampu memberikannya terlebih dahulu. Makin banyak cinta kamu beri, makin banyak yang akan kamu terima. Mencintai sama ertinya dengan memberi cinta tulus pada dirimu sendiri. Belajarlah untuk melakukan berbagai macam kebaikan. Formula rahsia untuk menciptakan hubungan yang ceria, penuh cinta, dan abadi adalah dengan selalu berfikir "Apa yang dapat aku beri?" dan bukan "Apa yang akan aku dapat".
Kekuatan persahabatan
Untuk mencari cinta sejati, kamu mesti mencari sahabat sejati terlebih dahulu. Cinta bukan bererti mata kalian saling berpandangan, tapi lebih bererti bersama - sama melihat ke satu tujuan. Untuk mencintai seseorang seutuhnya, kamu harus mencintai keperibadiannya, bukan fizikalnya. Persahabatan adalah tanah dimana benih cinta dapat tumbuh. Jika kamu ingin membawa cinta ke suatu hubungan, kamu harus menciptakan persahabatan terlebih dahulu.
Kekuatan dari sentuhan
Sentuhan adalah salah satu ekspresi cinta yang paling kuat, menghancurkan dinding pemisah dan menyatukan suatu hubungan. Sentuhan membuat kita lebih dapat merasakan getaran cinta yang sebenarnya. Tetapi agama Islam melarang kita bersentuh-sentuhan tatkala bercinta, kekuatan ini difokuskan kepada suami isteri.
Kekuatan untuk melepaskan
"Jika kamu mencintai seseorang, bebaskanlah dia. Jika dia kembali kepadamu, maka dia adalah milikmu. Jika tidak, maka dia tidak akan pernah jadi milikmu". Bahkan dalam hubungan percintaan, seseorang perlukan ruang untuk dirinya sendiri. Jika kita mahu belajar untuk mencintai, pertama kita harus belajar untuk memaafkan dan melupakan masa lalu yang buruk serta kedukaan hati kita. Mencintai bererti melepaskan rasa takut, curiga, dan ego.
"Hari ini aku melepaskan semua rasa takutku, masa lalu tidak akan dapat mempengaruhiku- hari ini adalah lembaran baru bagi hidupku"
Kekuatan dalam komunikasi
Ketika kita belajar untuk berkomunikasi secara terbuka dan jujur, hidup lalu berubah. Mencintai seseorang bererti berkomunikasi dengannya. Biarkan orang yang kamu cintai tahu bahawa kamu mencintai dan menghargainya. Jangan pernah takut untuk mengucapkan 3 kata magik : "Aku cinta kamu". Jangan pernah melewatkan kesempatan untuk mengucapkan itu kepadanya. Selalu tinggalkan orang yang kamu cintai dengan kata - kata mesra, kerana ia mungkin boleh jadi hari terakhir kamu melihatnya. Contohnya, jika kamu akan mati tapi diberi kesempatan untuk menelefon orang yang kamu cinta, siapa yang akan kamu telefon, apa yang akan kamu katakan...dan sekarang...kenapa kamu menunggu ?
Kekuatan dari komitmen
Jika kamu ingin mendapatkan cinta yang berlimpah, kamu harus mampu menciptakan komitmen, dan komitmen tersebut akan tercermin dalam fikiran dan tindakanmu. Komitmen adalah ujian cinta yang sejati. Jika kamu ingin memiliki hubungan yang penuh cinta, kamu harus setia dengan hubunganmu itu. Ketika kamu terikat komitmen pada seseorang, berhenti mencintainya bukan merupakan pilihan. Komitmenlah yang membezakan antara hubungan yang mudah hancur, dengan hubungan yang kuat.
Kekuatan semangat
Semangat, membakar cinta dan membiarkan cinta tetap hidup. Semangat yang terus berkobar, bukan hanya datang dari daya tarik fizikal, tapi datang dari komitmen yang dalam, kemahuan, dan rasa saling tertarik. Semangat dapat diciptakan kembali dengan cara membayangkan saat indah di masa lalu dengannya. Spontan dan kejutan dapat menciptakan semangat cinta. Pokok dari cinta dan kegembiraan selalu sama; yang harus kita lakukan adalah mengisi hari - hari kita dengan penuh semangat.
Kekuatan dari rasa percaya
Rasa percaya selalu menjadi komponen penting dalam suatu hubungan. Tanpa rasa percaya, seseorang bisa menjadi curiga, cemas, dan takut dan orang lain akan merasa terperangkap dan secara emosional menjadi tertekan. Kamu tidak boleh mencintai seseorang secara utuh sehinggalah kamu mempercayainya secara utuh pula. Bersikaplah seakan - akan hubunganmu dengan orang yang kamu cintai tidak akan berakhir. Salah satu cara untuk mengetahui apakah seseorang itu benar - benar untuk kamu, tanyakanlah pada dirimu sendiri "Apakah aku benar - benar mempercayainya sepenuh hati ?" jika jawapannya adalah "tidak", maka kamu harus berfikir dengan mendalam sebelum kamu membuat komitmen yang lebih jauh dengannya.

Malam ni sibuk buat biskut.Lepas tarawih tadi,start buat biskut sampai sekarang,dah pukul 12.15.Tengah tunggu biskut masak dalam oven.Tahun ni tempahan biskut agak banyak.So, letihla sikit...tapi,enjoy.
Hari ni banyak benda nak kena buat.Dari pagi tadi,duk marking exam paper budak-budak ni.Hari ni,tak mengajar sangat.Masuk ke kelas,duk marking exam papers.Budak-budak pulak,buat kerja masing-masing.Lagipun,dah nak cuti sekolah.Final exam pun dah habis.Tengahari tadi,mengarang surat application letter.Tak siap lagi.Esok,nak kena post dah.Takpe,sempat lagi.Moga Allah permudahkan kerja hari ni....Ameen
Bila dah lama tak update weblog, sesekali buka rasa sedih je. Sebabnya, kecian kat web ni...tuan dia tak amik kisah pun.
Tadi, sempat gak jenguk-jenguk web El. Aaahh, tenang je masuk web El (http://missapple.sodeeq.com). Pandai adik akak ni.....creative, innovative. sayang sikit; muah!!
Satu hari saya pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah) untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya. Dalam mencari-cari barang ternampaklah saya orang yang mukanya amat familiar dengan saya. Dia memakai kain sarong, berbaju melaju, berserban di kepala dan yang paling menarik membawa bakul rotan di ketiaknya. Saya rasa macam tak percaya.... itulah Menteri Besar Kelantan. Subhanallah.. penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya seorangpun pengawal peribadi. Perasaan saya bercampur antara terharu dan bangga melihat beliau. Dia sendiri yang membeli barang-barang dapur, ikan serta sayur.
Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen (nampak macam kertas borang). Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau (memang saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang mereka perkatakan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa.. urusan peribadi ke urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab.. itu adalah urusan peribadi bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks sekolah anaknya. Lalu Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang berharga 50 sen (saya rasa Kilometrico). Rupanya Tuan Guru ada 2 pen.. 1 untuk urusan rasmi kerajaan (milik kerajaan) dan satu lagi di belinya sendiri untuk tujuan peribadinya saja.
Tengok lah sendiri.. sampaikan perkara yang sebegitu.. beliau berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna apalagi dalam perkara yang besar.. Saya rasa amat bangga dengan beliau .
Sekian wasalam Mohd Zulkifli B. Mohd. Din

Maaf banyak-banyak buat sahabat-sahabat; diri ini tak kesampaian menghadiri majlis walimah mereka, terutamanya member2 Hira'.
Selamat Pengantin Baru untuk sahabat-sahabat Alumni Hira'. Moga dimurahkan rezeki dan bahagia hingga ke akhir hayat. Alhamdulillah, makin besarlah keluarga kita nanti dengan kelahiran mujahid mujahidah baru 

SENYUM adalah bahasa dunia. Ia menunjukkan keceriaan.
SENYUM adalah perhiasan batin yang dapat membantu mengindahkan perhiasan lahir yang tidak sempurna.
Setiap kali berhubung dengan orang lain, sewajarnyalah kita SENYUM.
SENYUM adalah jalan pintas bagi menyatakan anda menyukai seseorang.
"SENYUM" yang kamu berikan apabila berhadapan dengan sahabatmu adalah satu sedekah.
SENYUM adalah jambatan persahabatan.
SENYUM adalah satu perlabuhan yang pastinya tidak akan merugikan.
Di Moscow, Rusia, ada sekolah yang mengajar untuk SENYUM.
SENYUM harus ada ketululusan.
SENYUM yang dibuat-buat pasti tidak akan menyenangkan, sama saja dengan kening yang berkerut.
Adalah diperakui, setiap kali terSENYUM kita hanya menggerakkan 15 otot manakala ketika marah kita akan mengedutkan 63 otot di bahagian muka. Perbuatan mengerutkan dahi saja memerlukan gerak kerja 40 otot. Bayangkanlah !
Kebanyakkan SENYUM adalah jangkitan. Apabila kita SENYUM orang akan SENYUM balik kepada kita.
Orang akan merasa dihargai bila kita SENYUM padanya, sekligus ia akan memberi tanggapan yang baik kepada diri kita. Lantas ... kenapa kita tidak mulakan ? Mulakan dengan diri kita.
Alangkah mudahnya membina rangkaian persahabatan........ Willian Shakespere mengatakan : "Apa yang anda kehendaki akan lebih cepat diperolehi dengan SENYUM daripada memotong dengan pedang"
Semasa bekerja, semasa belajar, SENYUMlah. Ia akan menumbuhkan rasa keriangan dan kegembiraan.
Bila berhadapan dengan keadaan sukar SENYUMlah. Bukankah ketawa yang sopan itu sihat?
Pujangga menyebut : "SENYUMan itu kelopak. Tertawa itu bunga yang sempurna kembangnya
Sekejap je rasa masa berlalu. Rasa baru semalam berada di alam kampus. Tak sangka, dah jadi cikgu rupanya hari ni. Life sebagai seorang cikgu cukup bahagia dirasakan. Sehari-hari mendidik murid-murid yang pelbagai karenahnya. Mengajar dan mendidik bukan semudah ABC kerana murid-murid inilah penentu masa depan negara kelak....ish...macam nak bersyarah lak 
Dalam kekalutan menyesuaikan diri di alam pekerjaan, banyak pengalaman yang tak dapat dilupakan. It's ok, saya budak baru belajar.
El...thanks coz jenguk-jenguk masuk web akak ni...Akak sekarang ni masih dalam proses menyesuaikan diri di alam kerja, jemaah, dan family. Apapun, akak akan usahakan untuk buat yang terbaik dalam segalanya. Miss you too. muah!!
Pemahaman aqidah yang sahih.
Aqidah dan politik; parti tiada aqidah, yg ada aqidah adalah Islam. Penganbilan dasar Al Quran didalam perlaksanaan kepimpinan dan politik.
Nujum : Muhammad adalah seorang nabi yang diutiskan oleh Allah dan bukannya orang gila seperti mana yang di dakwa oleh orang-orang Arab pada masa zaman awal kedatangan Islam.
Hijrah : Pengorbanan demi menegakkan Islam.
Meletakkan Al Quran sebagai sumber pengambilan yang utama.
Istiqamah dalam beramal.
Qiamualail sebagai sumber kekuatan dalam kehidupan dan perjuangan.
|