Ukhti Ani
masuk::daftar
weblog induk

Forward dari email untuk tatapan semua....Pemimpin idolaku

Satu hari saya pergi ke Pasar Besar di Kelantan (Pasar Siti Khatijah)  
untuk membeli barang-barang keperluan dapur dan sebagainya. Dalam  
mencari-cari barang ternampaklah saya orang yang mukanya amat familiar dengan  
saya. Dia memakai kain sarong, berbaju melaju, berserban di kepala dan  
yang paling menarik membawa bakul rotan di ketiaknya. Saya rasa macam  
tak percaya.... itulah Menteri Besar Kelantan. Subhanallah..  
penampilannya amat sederhana dan tanpa adanya seorangpun pengawal peribadi.  
Perasaan saya bercampur antara terharu dan bangga melihat beliau. Dia sendiri  
yang membeli barang-barang dapur, ikan serta sayur.  
 
Dalam pada memilih barang-barang datang seorang hamba Allah berjumpa  
beliau untuk meminta tolong menandatangi suatu dokumen (nampak macam  
kertas borang). Oleh kerana saya berada berhampiran dengan beliau (memang  
saya ikut pun kemana dia pergi) saya dapat dengar apa yang mereka  
perkatakan. Tuan Guru bertanyakan kertas itu untuk apa.. urusan peribadi ke  
urusan kerajaan. Hamba Allah itu memjawab.. itu adalah urusan peribadi  
bagi meminta sokongan untuk meminjam buku teks sekolah anaknya. Lalu  
Tuan Guru mengeluarkan sebatang pen yang berharga 50 sen (saya rasa  
Kilometrico). Rupanya Tuan Guru ada 2 pen.. 1 untuk urusan rasmi kerajaan  
(milik kerajaan) dan satu lagi di belinya sendiri untuk tujuan peribadinya  
saja.  
 
Tengok lah sendiri.. sampaikan perkara yang sebegitu.. beliau  
berhati-hati dalam mengunakan amanah rakyat tidak mahu tersalah guna apalagi  
dalam perkara yang besar.. Saya rasa amat bangga dengan beliau .  
 
Sekian 
wasalam 
Mohd Zulkifli B. Mohd. Din

last modified Jun 5, 2004 at 2:30



[ add a comment ]