Ukhti Ani
masuk::daftar
weblog induk

Doa seorang isteri

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim 
Kau ampunilah dosa ku yg telah ku perbuat Kau limpahkanlah aku dengan 
kesabaran yg tiada terbatas Kau berikanlah aku kekuatan mental dan fisikal 
Kau kurniakanlah aku dengan sifat keredhaan Kau peliharalah lidahku dari 
kata-kata nista Kau kuatkanlah semangatku menempuhi segala cabaranMu Kau 
berikanlah aku sifat kasih sesama insan  
 
Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini adalah pilihan Mu diArash Berilah aku kekuatan dan 
keyakinan untuk terus bersamanya Sekiranya suami ku ini adalah suami yg akan 
membimbing tanganku dititianMu Kurniakanlah aku sifat kasih dan redha atas 
segala perbuatannya Sekiranya suami ku ini adalah bidadara untuk ku di 
Jannah Mu Limpahkanlah aku dengan sifat tunduk dan tawaduk akan segala 
perintahnya Sekiranya suami ku ini adalah yang terbaik untukku di DuniaMu 
Peliharalah tingkah laku serta kata-kataku dari menyakiti perasaannya 
Sekiranya suami ku ini jodoh yang dirahmati olehMu Berilah aku kesabaran 
untuk menghadapi segala kerenah dan ragamnya  
 
Tetapi Ya Allah 
Sekiranya suami ku ini ditakdirkan bukan untuk diriku seorang Kau 
tunjukkanlan aku jalan yg terbaik untuk aku harungi segala dugaanMu 
Sekiranya suami ku tergoda dengan keindahan dunia Mu Limpahkanlah aku 
kesabaran untuk terus membimbingnya Sekiranya suami ku tunduk terhadap nafsu 
yang melalaikan Kurniakanlah aku kekuatanMu untuk aku memperbetulkan 
keadaanya Sekiranya suami ku menyintai kesesatan Kau pandulah aku untuk 
menarik dirinya keluar dari terus terlena  
 
Ya Allah 
Kau yang Maha Megetahui apa yang terbaik untukku Kau juga yang Maha 
Mengampuni segala kesilapan dan ketelanjuranku Sekiranya aku tersilap 
berbuat keputusan Bimbinglah aku ke jalan yang Engkau redhai Sekiranya aku 
lalai dalam tanggungjawabku sebagai isteri Kau hukumlah aku didunia tetapi 
bukan diakhiratMu Sekiranya aku engkar dan derhaka Berikanlah aku petunjuk 
kearah rahmatMu  
 
Ya Allah sesungguhnya 
Aku lemah tanpa petunjukMu 
Aku buta tanpa bimbinganMu 
Aku cacat tanpa hidayahMu 
Aku hina tanpa RahmatMu  
 
Ya Allah 
Kuatkan hati dan semangatku 
Tabahkan aku menghadapi segala cubaanMu Jadikanlah aku isteri yang disenangi 
suami Bukakanlah hatiku untuk menghayati agamaMu Bimbinglah aku menjadi 
isteri Soleha Hanya padaMu Ya Allah ku pohon segala harapan Kerana aku 
pasrah dengan dugaanMu Kerana aku sedar hinanya aku Kerana aku insan lemah 
yg kerap keliru Kerana aku leka dengan keindahan duniamu Kerana kurang 
kesabaran ku menghadapi cabaranMu Kerana pendek akal ku mengharungi ujianMu  
 
Ya Allah Ya Tuhanku...  
Aku hanya ingin menjadi isteri yang dirahmati Isteri yang dikasihi Isteri 
yang soleha Isteri yang sentiasa dihati  
 
Amin, amin Ya Rabbal Allamin..

last modified Oct 22, 2005 at 19:02



[ add a comment ]